.

Friday, October 21, 2011

Ada apa dgn Johan Asari?

Fasha nampak cam kakak je dlm citer ni bila digandingkan dgn Johan. Gambar, Google.
'Kenal' mamat ni menerusi ost Juvana. Aku layan ost tu sebab ada 'Cikgu Beto' hehehehe, so sambil2 tu layan sekali la citer2 budak Juvana yg lain termasuk la Johan Asari ni. Bagi aku, mamat ni biasa je. X de la hensem pun, tp dia comel sebab bila senyum mesti biji mata jd sepet hehehehe.

Habis Juvana, timbul lak ost Cinta Elysa. Aku start tgk citer ni lepas budak2 opis dok kecoh citer pasal kononnya hero-heroin citer tu ada skandal luar lokasi. Owh...mcm x caya je, cuz heroin citer si Fasha Sanda dan heronya pulak Johan Asari-budak baru nk bina nama. Tak mungkin!

Depa ada Skandal, lawak sgt la korang! Gambar, Google.
Kononnya, depa berdua ni mmg ada hubungan istimewa di luar Cinta Elysa. Serius? Takkan lah Fasha ada hati dgn budak beringus mcm Johan Asari tu? Sgt nonsense la gosip tuh! Bukan ke Fasha high taste? Takkan la budak yg baru nak bikin nama tu dia sangkut? Pelik, tp hari2 kat paper itu jugaklah gosipnya.

Izreen, kalau dh Johan x mo ngaku abaikan je la...awak tu sweet ramai yg nak-Gambar Google.
Tgh kecoh2 gosip tu disebut sana sini, muncul pula pelakon comel Izreen Azminda. Cikgu dlm citer Juvana gak. Johan dan Izreen dikatakan rapat time berlakon citer tu dan Izreen mengaku derang ada hubungan istimewa.

Malangnya, bila media tanya Johan tak mengaku pulak. Kononnya, depa kawan biasa jek. Ah sudah! Mana satu nk dgr nih? Apa pun biaq p depa la khennn...sapa yg betul sapa salah depa jek yg tahu. Org media cuma boleh bertanya dan dapatkan maklumat daripada yg empunya diri. Tp kalau dh tuan punya badan kata Tak dan yg sorang pulak kata Ya-lagu mana nk jawab lg?

Ada apa dgn Johan Asari sampai nama hot mcm Fasha Sanda pun terheret sama? Lawak sgt kan. So, biarlah si Johan tu bikin nama betul2, sian sebabnya aku tgk bila media interview dia cam lurus bendul skit. Tak masak lagi nk melayan tendang terajang dunia hiburan ni.

Utk Johan Asari, aku harap berhati2 lah. Dunia seni ni tak semudah dan seindah yg Lu sangka. Jgn sampai Lu dpt badi sudah ler-Awas Lu!!!

Sinopsis Cinta Elysa:
Mengisahkan Aril (Johan As’ari)  seorang anak yatim piatu yang membesar tanpa kasih sayang telah menjadi seorang pemuda bermasalah yang terlibat dengan kegiatan samseng. Selepas disisihkan oleh keluarga sebelah ibu ekoran pelbagai masalah yang ditimbulkannya, akhirnya bapa saudara sebelah bapanya, Jasman (Dato’ Jalaluddin Hassan) telah membawanya pulang dan masih menaruh harapan kepada Aril untuk berubah.

Isteri Jasman, Yasmin (Zila Bakarin) sangat bencikan Aril dan sering melemparkan kata-kata nista kepadanya. Anak-anak lelakinya, Khairul dan Imran juga memusuhinya. Hanya anak sulungnya, Elysa (Fasha Sandha) yang masih menegur Aril. Namun sebenarnya, Elysa agak gugup berhadapan dengan Aril kerana sudah mendengar macam-macam perkara buruk tentang dirinya.

Aril telah didaftarkan di kolej yang sama dengan Elysa dan diberikan tanggungjawab untuk menjaganya. Aril sering melepaskan kemarahannya kepada Elysa lebih-lebih lagi selepas Elysa jatuh di kolej dan kakinya cedera. Aril menganggap Elysa sebagai beban dan suka menyusahkannya.

Aril berada dalam dilema apabila diamanahkan oleh Jasman untuk menjaga keluarga kerana anak-anaknya masih bersekolah. Jasman telah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Aril cuba mengikut amanat tetapi kebencian Yasmin menjadikan tanggungjawabnya amat sukar dilaksanakan. Hanya cintanya pada sepupunya Elysa menjadi inspirasi dan memberi kekuatan kepadanya untuk tidak meninggalkan rumah itu.

Apabila Aril dihalau keluar dari rumah oleh Yasmin, Aril nekad membawa Elysa yang masih cedera lari bersamanya. Aril kembali menjalani kehidupan sebagai samseng untuk mencari duit demi kehidupannya dan menyembuhkan Elysa. Elysa menyangka Aril melarikannya kerana mahu membalas dendam kepada ibunya. Selepas teguran Elysa, Aril mencari rezeki halal demi Elysa.

Aril dan Elysa menyamar sebagai pasangan suami isteri di sebuah kampung. Mereka mendapatkan pengamal perubatan tradisional, Mak Jah untuk mengubati Elysa. Namun perlakuan mereka menimbulkan syak wasangka Mak Jah dan rahsia mereka terbongkar. Mak Jah menasihatkan mereka untuk berkahwin. Hati Aril berbelah bagi tetapi Elysa akur untuk mengelakkan dosa. Aril berjanji bahawa akan menceraikan Elysa selepas Elysa boleh berjalan semula. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Bagi peminat slot Lestary, drama bersiri romantis ‘Cinta Elysa’ disiarkan mulai 13 September 2011, setiap hari Selasa jam 9.00malam. Drama bersiri 13 episod terbitan Suhan Movies Trading ini diarahkan oleh sutradara Along Kamarudin dengan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem turut membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Zila Bakarin, Addy Ashraf, Naim Daniel, Zaefrul Nordin dan Ika Nabila.

Thursday, October 20, 2011

Blog ibarat diari? Nonsense!!!

Sesawang comel...ahaksss
Perghhh, byknya sawang, taik lipas, taik cicak bagai...penangan berminggu x hapdate blog...kenkonon bz sgt la tp ada jek time hapdate status kat muka buku...hehehehe biasalah, walaupun writer tp bab2 nk menaip benda x bergaji ni mmg malas skit.

Akhirnya, lepas berminggu x update blog, hari ni tetiba dtg angin rajin nk mengemas, mengemop n buang sesawang kat blog nih. Sian die, x dak sapa dok jaga! Walaupun x rajin dok hapdate kat blog ni, tak bermakna aku dh stop berblogging. Saja jek layan mood slow and steady, bukannya slow and stop terus khennn!

Apa nk citer? Aceli byk nk aku gebang2 kat sini, tp kena susun data dlm kepala ni dulu. Kang main taip jek, habis bocor lak rahsia2 yg x patut didedahkan kat sini...sori ye, walaupun ada segelintir org kata n beranggapan blog ni umpama diari dia, tp tidak sama sekali bg aku. Bila kala pulak diari boleh kasi org baca bagai? Konon diari versi generasi X.. alasan tu semua bagi aku sgt2 Nonsense!!! Sgt2 x rasional nk samakan blog dgn diari! Jgn dok wat lawak, boleh!!!

Dengki tol la tgk org lawa2 nih...hehehehe, giler  x dengki khenn
Diari tetap diari, x boleh disamakan dgn blog yg rata2nya mmg kita izin org baca n komen apa yg kita taip kat ruangan ni. Cuba bygkan, diari hang ada org dok tokok tambah...komen mcm2 bagai, hang suka??? Aku tak suka! Sorilah, teremo sat! Apa pun, untuk hapdate seterusnya nanti2 la aku bikin. Walaupun citer2 aku kat blog ni kurang la hot, x kesahlah. Bagi aku ini je tempat nk tumpang kan idea2 mengarut n share yg korang yg suka nk layan hehehehe...K la, sat2 g aku nk p dating ngan Neelofa, awek cun yg tgh hot skrg ni ;-)

Tuesday, October 11, 2011

Fouziah Gous-Anggun memikat

Cantik...manis...d'bommm
Aku suka tgk org lawa...cantik...d'bommm gitew. Tp tu bukan bermakna gua les hokeyy-Awas Lu!!! Dan pelakon baru sorang ni kategori d'bommm kat mata aku. Suka rambut dia yg panjang mengurai, matanya yg tersenyum. Tambah manis bila bibir juga ikut mengukir senyuman.

Lakonannya? Hmmm...setakat ni bg aku biasa2 jek. Dia belum ada identiti sendiri. Masih mencari barangkali! Dia dh ada pakej lengkap, tinggal lagi cari keunikan diri supaya dia lebih hot utk bersaing dgn pelakon cantik manis lain. Tapi, aku suka jugak tgk kalau dia berlakon watak gedik, mmg jadik ko...dia kan seksi nampak menjadi sgt habis la kan.

Menunggu karya 'agung' yg boleh bikin dia HOT!!!
Info:
NAMA PENUH: Nor Fouziah Mohd Gous
USIA: 29 Tahun
TARIKH LAHIR: 11 Disember 1982
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Bongsu daripada lima beradik
KERJAYA: Model dan pelakon
PENDIDIKAN: Diploma Kesetiausahaan dari Kolej Sistematik, Kuala Lumpur
DRAMA: Sangga Saadah, Qa'naah, Cinta Medik, Impak Maksima The Series, Otai The Series, Pencak Akhir, Anak Mami, Enigma, Kain Ketat Isabella, Sutera Maya, Kasihmu Di Bulan Ramadan, Puisi Untuk Anis, Kepulangan, Sutera Maya dan Spa Q 2
FILEM: Bujang Senang, Malaikat Maut, Skrip 7707, Otai, Rasukan Ablasa, Sifu & Tongga, Dua Hati Satu Jiwa & Rasuk.

Friday, October 7, 2011

Kamu yg mana satu...

Bulan Januari
Keperibadian:
* Tenang dan berwibawa
* Suka berterus-terang dan tidak suka basa-basi
* Pandai menyimpan rahasia dan boleh dipercayai
* Disukai ramai orang kerana selalu kelihatan ceria
* Berdikari dan tidak suka meminta bantuan daripada orang lain
* Pandai mengatur kewangan
* Agak pendiam dan lebih senang memperhatikan dirinya sendiri
* Teliti dan tidak sembarangan melakukan pekerjaan

Bulan Februari
Keperibadian:
* Mempunyai hati yang tulus
* Perasaannya peka dan mudah tersinggung
* Senang dipuji dan selalu menuruti apa yang diinginkannya
* Suka bergurau dan hormat pada siapa saja
* Keras hati dan tetap pendirian
* Agak pemalas dan suka mungkir janji

Bulan Mac
Keperibadian:
* Baik hati dan suka menolong
* Suka kehidupan yang serba mewah
* Seleranya tinggi.
* Mudah simpati dan selalu memberi kepada orang yang kesusahan.
* Agak pemalu, namun jujur dan tidak pernah bohong.
* Mudah terpengaruh dan tidak kuat menghadapi godaan.
* Suka mengabaikan kesihatan diri

Bulan April
Keperibadian:
* Tidak mahu mengalah dan selalu mahu menang
* Membosankan
* Suka dipuji
* Agak boros walau pandai mencari wang
* Mempunyai otak yang cerdas namun tidak suka diperintah
* Tak memilih kawan

Bulan Mei
Keperibadian:
* Pandai menguasai perasaan
* Pandai mengambil hati orang lain
* Punya selera tinggi dan senang kehidupan yang serbah wah.
* Senang menunda pekerjaan.
* Agak boros walau rejekinya bagus.
* Tidak suka basa-basi dan tidak senang dipuji.

Bulan Jun
Keperibadian:
* Romantis dan suka menolong
* Tidak tetap pendirian
* Suka berfikiran yang muluk-muluk
* Mudah tersinggung apabila perasaanya tersentuh
* Agak pemalas
* Selalu ceria walau hatinya sedang bersedih

Bulan Julai
Keperibadian:
* Suka berangan
* Kalau marah, kata-katanya tajam
* Tidak tetap pendirian
* Suka dipuji
* Suka menolong
* Pandai bercakap dan cerdas
* Agak pemalas

Bulan Ogos
Keperibadian:
* Mempunyai perasaan yang peka/halus
* Cepat tersinggung
* Suka berangan dan berfikiran yang muluk-muluk
* Tidak mudah terpengaruh
* Agak pemalas
* Kalau bekerja lebih suka ikut kehendak hatinya

Bulan September
Keperibadian:
* Mudah tersinggung dan cepat naik darah
* Baik hati dan jujur
* Boleh menyimpan rahsia
* Suka berfoya-foya
* Pandai menyimpan wang namun tidak kedekut
* Suka menolong dan pandai mendidik anak

Bulan Oktober
Keperibadian:
* Berjiwa besar dan mudah mengalah
* Pandai bercakap
* Cerdas dan baik hati
* Memiliki tekad yang kuat
* Tidak sabar dan agak boros
* Tidak tetap pendirian dan selalu berubah-ubah

Bulan November
Keperibadian:
* Tabah dan kuat dalam menghadapi segala cabaran
* Pandai melakukan setiap pekerjaan
* Pandai mengambil hati
* Agak pemalas dan suka menunda pekerjaan
* Banyak berfikir
* Agak pendendam dan tidak mudah memberi maaf kepada orang yang bersalah
* Keras hati

Bulan Disember
Keperibadian:
* Mudah percaya kepada orang lain
* Kalau mengerjakan sesuatu suka tergesa-gesa
* Tidak sabar
* Tidak mahu mengalah dan selalu mahu menang
* Mudah terpengaruh
* Jujur dan baik hati
* Boros dan suka memaksakan orang ikut kehendaknya