.

Friday, November 25, 2011

Alhamdulillah semoga urusan ini dipermudahkan...

Usaha mendekati masyarakat Orang Asli perlu dipergiatkan. Gambar hiasan-Google
RM3 Juta Untuk Dakwah Orang Asli Di Kelantan
BACHOK: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membelanjakan RM3 juta setahun bagi menjalankan kerja dakwah dalam kalangan masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman negeri itu.

Setiausaha MAIK Che Hamat Che Muda berkata hasilnya sehingga kini 5,000 daripada jumlah 10,000 Orang Asli di Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli, telah memeluk Islam.

MAIK telah melantik 16 pembimbing dalam kalangan masyarakat kaum itu sendiri untuk memberi pengajaran tentang Islam," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek RM3,000 kepada keluarga mangsa dua beradik yang mati lemas di Kampung Tualang Salak di sini Jumaat.

Dalam kejadian yang berlaku pada 1.30 petang dua hari lepas, Ahmad Fathi Roslan, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat dan adiknya, Mohd Arif Hakimi, 10, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Jelawat lemas dalam sebuah parit dekat rumah mereka.

Che Hamat berkata sesetengah masyarakat Orang Asli yang memeluk Islam akan diberi peruntukan khas RM200 sebulan dan sesetengahnya pula diberi bimbingan untuk menjalankan perniagaan.
Beliau berkata peruntukan itu adalah sebahagian daripada RM75 juta kutipan wang zakat. - BERNAMA

No comments: