.

Monday, April 30, 2012

'Serojaku'...

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah datang dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luar atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan pejuang 'hak-hak palsu' wanita.

Faktor-faktor ini antaranya:

1. Lupa mengingati Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau menjaga anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai daripada mengingati Allah S.W.T. Dan kelalaian ini pada hakikatnya adalah saat yang paling bahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: bermaksud;-
"Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."

Sabda Rasulullah s.a.w.: bermaksud:-
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu, sehingga dia berasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2. Mudah tertipu dengan keindahan dunia
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak membuat wanita terjebak ke dalam perangkapnya. Bukan itu saja, syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup derhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: bermaksud:-
"Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

3. Mudah terpedaya dengan syahwat
4. Lemah iman
5. Bersikap suka menunjuk-nunjuk

* Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang baik adalah wanita soleha

No comments: