.

Thursday, September 27, 2012

Workstation

Dah crop skit, malu (eceh2...ada rasa malu tu) nak tunjuk semua bahagian workstationku ;)
...semuanya berantakan, mood malas nak kemas apa2. Main campaknya semua barang kat satu tempat, nak guna belek2...cari2...itulah perangainya bila xde mood nak kemas-mengemas workstation zone. Rasanya, sepanjang tahun 2012 ni mmg sekalipun aku tak pernah kemas zone ni. Sakit mata, memang! Tapi, malas punya pasal abaikan je. Nanti (yg entah bila kala kan) dtg mood rajin itu, kemas la.

Wednesday, September 26, 2012

Masih 'berbungkus'...

Cukup lemas pakai stokin, tapi terpaksa la tak tahan sejuk ;(
...bukan saja suasana hati yg kurang sihat dan stabil, kesihatan pun merosot. Tapi, demam ada kurang sikit. Cuma selesema dan batuk pulak makin galak. Serius, cukup seteres dgn keadaan mcm ni. Bukan saja x selesa nak bekerja, nak tido pun terganggu. Kerap batuk sampai terkucil2, dah mcm zombie tak cukup tido. Esok pagi, masuk opis layan kerja. Adoyai, cepatlah baik wahai batuk dan selesema. Janganlah bertandang lama sgt, kesian kat aku.

Saturday, September 22, 2012

Layan tekak...

...kejadian ini berlaku hari ini, layan tekak yg x selera nak mkn.

Thursday, September 20, 2012

Berjimba with Yuse & Ila @ Sg Chiling

Mereka berdua tetap hepi meredah hutan kecil ni walaupun kepanasan
Malas tukar seluar, redah dgn jeans jek hahahaha
Sib baik sandal ini setia menjanda dlm bonet kete kalau tak, terpaksa la meredah pakai selipar jamban
Hahahaha ala2 gitew
Bukan pucuk paku ye
Comel kan...kan...kan
Atau tak apakah ini?
Terpanggil dia periuk nasi...sekali kena sound dgn Ila, "Hey, Periuk Kera la". Hehehehe
Cendawan oren hahahaha
Kena redah beberapa anak sungai yg kaya dgn ikan kelah utk sampai ke tingkat 6

Pakai ipone so ini je hasil drpd tgn yg malas
Sejuk airnya
Bagi kelah makan kopok

Pose tetap pose...
Byk ikan kelah uolls
Inilah Ila (bertudung) & Yuse...;)
...setelah skian lama x p main air kat sg, akhirnya tanpa perancangan rapi jadi gak menjejak kaki ke Sg Chiling lagi. Berzaman tak dtg sini, last dtg 2 thn lepas. Lama sgt pun, sampai ingat2 lupa jalan nak naik ke atas. Nasib baik ada Ila (Shahila Ahmad) yg sudi luangkan masa jadi penunjuk arah (TQ dik).

....asalnya, aku dan Yuse plan nak p PD. Tetapi, memandangkan poket x berapa nak berduit 'kan so cancel. Last2 Ila sebut Chiling, siap offer nak temankan sekali. Cantik.

...pagi2 lagi aku dah bangun p klinik sebab bekalan ubat dah habis (ada ura2 nak sakit balik, tp Chiling punya pasal bo layan la). Siap ambil ubat, terus p Pandan Jaya. Hahahaha...kat sini timbullah segala kebluran aku.

...sampai lokasi kejadian, masing2 pakat dok tanya
 Aku: Kat mana?
Yuse: CIMB la
Aku: Gua dah kat CIMB ni, mana Lu tak nampak pun.
Yuse: Eh, Lu CIMB sebelah mana?
Aku: CIMB sebelah farmasi neh!
Yuse: Hah!

.....rumah Yuse sebenarnya kat Pandan Indah, so dia suruh aku ambil dia kat CIMB Pandan Indah. Tapi dlm kepala aku set benda lain, aku tunggu dia depan CIMB Pandan Jaya maknanya 88 tahun pun x kan jumpa hahahahaha. So, Yuse dgn baik hatinya (dia tahu gua mmg tgh blur & bakal emo hehehhe), dtg p 'amik' gua kat CIMB Pandan Jaya.

....rupanya, tempat kejadian yg sepatutnya sgt bertentangan arah. Sengalkan gua neh? Gua kalau nak dpt sakit mmg mcm ni. Lepas amik Yuse kat umah dia, kami gerak ke Taman Melawati. Time tu dah dekat kul 10am. Tapi, Yuse kata relax la...Ila pun tentu nak makan dulu. So, dia ajak p makan sambil2 beli umpan joran dia hahahaaha (pandai lu umpan gua kan).

....kami p bekpes kat Kedai Nasi Lemak Kak Ani, Taman Melawati. Maasing2 kebulur, terus rembat nasik lemah berlauk sotong dan telur. Perghhh...lega. Pastu, p beli umpan lak (kedainya dekat je).Sekali aku tgk tokey jual umpan dgn selambanya p serkup anak2 katak pisang masuk dlm plastik. Aku dah cuak...biar betul si Yuse ni. Tak aku izinkan katak tu menumpang kete aku sampai ke Chiling!!!

....kus semangat, katak2 tu utk org lain rupanya. Yuse cuma beli umpan2 manja seperti cacing dan cengkerik (itu pun gua suruh dia jaga plastik tu elok2, jgn sampai cacing terlepas dlm kete hahahaha geli noks). Dengan pemanduan selamba, kami menuju ke rumah kakak Ila di Rawang. Sambil chot-chat2 x berhenti dgn si Yuse (mmg xtvt kami kalau berjumpa).

....sampai Pekan Rawang, Ila dah sms...hey kakak berdua jadi x p Chiling. Hahahaha...sian dia, lama tunggu kami. Sebenarnya aku ingat2 lupa jalan ke rumah dia tu, lama x p hehehehe. Dekat kul 12 tgh hari, sampai depan umah Ila. Lega!

...lepas rembat garam dan losen anti-pacat kat umah Ila, kami gerak ke Kuala Kubu. Wah....hepinya rasa sebab dh lama x buat xtvt mcm ni hujung minggu. Kami bertiga, tp riuhnya dlm kete mcm pasar. Terima kasih la kengkawan, gua sgt hepi ni.

...sampai area KKB terutama kawasan takungan air...kami semua tergamam sebab tgk airnya x byk mcm dulu. Dgn kata lain, kering...yg ada cuma part yg tgh2 je (ingat nk ambil gambar tp punyak 'takjub' tgk kekeringan yg berlaku, sampai lupa nk berhenti tepi snap 1/2 gambar lokasi kejadian).

....ok dh sampai, siap sedia utk meredah hutan kecil Sg Chiling. Sapa2 yg dah biasa p sini, tentu tahu mcm mana keadaan perjalanan utk sampai ke atas sana. Senang cerita, memang best ooo...p la x rugi. Kami pun rasa nk p lg waktu terdekat ini.

...aceli byk aku nk cerita, tp simpan dulu la sebab ada benda lain nak taip. hahahahaha...diva sgtkan ^_^ Adios!!!

Wednesday, September 19, 2012

Baking time...

...lepas raya, ni kali pertama membaking semula. Wah, rindu bau kek yg baru masak, terutama bauk Choc Moist Cake. Dek kerana teruja membaking balik, mcm2 rupa kek singgah dlm kepala. Tapi, last2 kek choc juga jadi pilihan.

...jenguk dlm esbox, ada lgi choc power dan telur. Tepung dan lain2 pun masing bersisa, cukup utk buat 2 adunan choc cake (dah mcm rojak bahasa aku neh, layan je la ye...jgn guna utk panduan amik exam lak, nahas korang hehehehe).

....makanya, bersilat ala aku di tgh gelanggang. Bau choc cukup membangkitkan keterujaan, tapi 'M Powder' tetap terlebih. So, Choc Moist yg biasanya aku kukus bertukar tempat. Choc Moist versi bakar...huhuhu sgt senang dan cepat.

...sebenarnya ni perkara biasa bg aku, mmg rajin nak masak...tp memang malas nak layan step yg remeh-temeh wahahahaha. Tapi...hah, walaupun dibakar dekat 40 minit, Choc Cake bikinanku tetap moist uolls...malah hasilnya sama macam dikukus (aku sendiri pun terkejut beruk...beruk pun terkejut lalu lari bertempiaran hahahaha).

...aku suka Choc Moist Cake versi tak dak toping, bila makan tak muak sgt. Lagipun, takde la rasa bersalah sgt kerana menjahanamkan berat badan yg mmg mengerikan ketika ini. Wey, aku nak kurus neh...tapi kenapa x turun???

...dlm masa 60 minit...cewah...pro la sgt kan...semuanya selesai. Peralatan baking siap dicuci, bahan mentah siap disimpan tempat sepatutnya dan kek pun siap dingap!!! Sgt mudah, nak try buat...cuba la...aku google je resipi ni, tolak sana...tolak sini...kadang jadi cantik...kadang jd buruk...kadang tiada kejadian langsung hahahahaha!

....bahan asas utk Choc Moist Cake ni mudah je, korang mesti ada:-
  • Tepung gandum / tepung naik sendiri
  • Baking soda
  • Choc powder
  • Gula
  • Garam
  • Susu
  • Air
  • Telur
...stepnya, aku buat ikut suka dan ikut logik. Bagi yg dah biasa dok membaking, senang je la buat step sendiri.Tapi bagi yg tak biasa boleh tanya Pakcik Google (sila rajin2 kan diri korang). Dan kek ni boleh dibuat 2 versi, bakar dan kukus. Hasilnya sama (kalau kena gayanya), kalau tak sama juga try sampai jadi sama. Kalau takut nak try, boleh masuk kelas baking (aku tak mampu nak masuk kelas, mampu DIY je sampai la puas hati).

...berbalik pada Choc Moist Cake, aku plan nak bg jiran sebekas dan bawa ke opis itu share dgn kengkawan. Depa memang layan kek ni, so far x pernah lagi depa beli kat aku dan aku pun x pernah jual kat depa...kenapa? Tak tau! Lagipun aku selalu bawa kot, so x beli pun x pa hahahahaa (baik tak aku...baik kan...kan...kan)

...ok lah, malas cerita pjg2. Lagipun takde istimewa pun kek ni sama mcm kek2 yg aku buat sebelum ni. Ok jemput layan gambar yg sj2 snap pakai phone jek ne ;)

Ini dah siap potong masuk dlm bekas utk bawak p opis ;)



Tuesday, September 18, 2012

Workstation...

...tiba2 sakit, keadaan ini betul2 buat aku tak selesa. Nak pula bila tgh byk kerja dan jiwa pun kacau semacam. tapi apa nk buat, semua tu Dia yg atur.Terima dgn lapang dada, lagipun sakitkan kira rezeki juga penghapus dosa ;)

...lepas 3 hari cuti, hari ni kembali ke workstation mcm biasa. Gigih pulun proses bahan utk advertorial (tiap2 bulan ada, menyampah seteres sungguh la), buat surat utk loan pakaian fashion shoot dan lain2. Pendek kata superduperbusy la.

....selesema, hidung tersumbat dan batuk betul2 menguji ketabahan jiwa. Rasa mcm nak tercabut pundi kencing apabila batuk dan bersin menyerang. Adoyai, dugaan betul. Apa pun, kerja tetap kerja...layankan je la. Inilah sumber rezeki utama utk dibahagi2kan ke bahagian sepatutnya. So, kena redha dan pasrah. Merungut pun tak guna, sebab kena hadap juga selagi masih bekerja di sini dan di line ni.

...cuma, dek kerana lalok ubat batuk yg dah bercampur dgn mcm2 jenis ubat...tumpuan jadi lari. Nak bercakap rasa malas, nak makan pun x selera. Tapi nasib baik ada kengkawan yg suka menceriakan keadaan seperti Ila, Athira, Ai, Yuse & Shikin. Beruntung kerana di kelilingi adik2 yg mampu membuat aku sengih walaupun tgh sakit dan seteres. Tqvm adik2 ;)

...oklah, nak sambung proses bahan. Lain kali kita sembang lg, hope korang tak bosan baca cerita aku kat sini dan terima kasih sudi membaca apa yg aku tulis hahahaha. Adios!!!

Kembali ke workstation :(



Saturday, September 1, 2012

Alahai 'Karipop Mini' gua ^_^

...mlm ni tiba-tiba rasa nak main tepung lak, terus google resipi yg berasaskan tepung gandum. Hmmm...ada mcm2 yg menarik hati terutama kuih Kaswi dan Karipap. Ikutkan rasa teringin tu, nak aje buat Kaswi. Tapi memandangkan tahap kemalasan nak buat kerja2 mengukus sukar dikawal, jadi aku buat karipap jek.

...sebab2 utama aku pilih buat karipap, nak sumbat serunding daging yg dok menjanda tepi dinding sejak awal puasa tu ari. Kesian beliau, drpd membazir baik jadikan inti karipap jewk. Nak buat karipap pun dekat 30 minit menggoogle. Bukan apa, mencari resipi yg mudah dan nampak sedap. Cari punya cari, aku nampak gambar karipap yg sgt memikat mata kat blog http://qurrataaayun.blogspot.com.

...daripada bahan dan cara mcm senang, nak menguli pun sekejap je (pakai tgn je senang). Tp dek tak pandai nak kelim, maka kelancaran membuat karipap ini terbantut. Cuba guna acuan, lagi ke laut...semuanya terburai balik...stress mak!!!

...last2 aku redha, kena kelim sendiri walaupun tak cantik dan huduh rupanya (mungkinkah sebab aku buat versi karipap mini, jadi karipap ni dah bertukar menjadi 'karipop'???)

...lepas 1 jam, aku pun gorenglah yg mana menjadi tu. Sedih betul, dr dalam kuali lagi aku nampak betapa huduhnya 'karipop' ku itew. Hai...lantak le, malas nak sedih2...emo2...biasalah pertama kali buat mungkin mcm tu kot. Next time try lg la ye...Anis ^_^

Ini bahan2 yg aku gunakan (ikut resipi yg ada dlm http://qurrataaayun.blogspot.com)
4 cawan tepung
2 sudu besar margerin
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan air
Sedikit garam

Cara-cara:
1. Panaskan margerin + minyak, curah dalam mangkuk berisi tepung.
2. Gaul adunan sehingga sebati menggunakan garpu atau senduk kayu.
3. Kemudian campurkan garam dalam air, dan tuang dalam adunan. Gaul sehingga sebati dan menjadi doh yang lembut.
4. Bahagikan adunan pada bebola kecil, canai dan letak inti kesukaan (aku sumbat serunding daging). Cantum dan kelim kemas bahagian tepi. Goreng karipap (aku punya versi 'karipop mini') sehingga kuning keemasan.

Sekarang korang layan la gambar2 'Karipop Minit' gue hukhukhuk

Layan Adele - Set Fire To The Rain



...cukup suka lagu ni, aku rasa ramai juga yg sependapat. Jom layan vokal mantap Adela, ini baru betul 'Vokal Bukan Sekadar Rupa"