.

Sunday, November 4, 2012

The making...Cornflake Madu Pedas Rangup

...bulan lepas (ye sebulan lepas ^_^), dapat 2 kotak cornflake free. Dek kerana aku ni bukan le jenis tekak amerika, so x reti sgt la nak bekfes mkn cornflake bagai. Maka, dok menjanda la si cornflake tu dlm kabinet dapur.

...hari ni, ada mood rajin nak perasapkan dapur. Pk punya pk, dpt la idea nak mengguna pakai conflake tu. Idea main masak2 kali ni simple ke, nak bikin Cornflake Madu Pedas Rangup...cewah!!! Resipinya mudah je, buat rencah mcm sambal tumis biasa tu. Cuma last sekali boh madu dan bakar sekejap dalam oven. Lepas bakar tu, jgn terus simpan dlm balang. Biarkan cornflake tu sejuk kejap, barulah simpan dlm balang (rujuk gambar).

Bahan:
1 kotak conflake
3 sudu cili giling-nak pedas boleh tambah
2 sudu bawang merah-kisar
1 sudu bawang putih-kisar
Ikan bilis goreng
Kacang goreng
Madu secukupnya
Mentega secukupnya

Cara buat: 
1. Cairkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan cili giling sehingga garing.
2. Bubuh madu, gaul sehingga semuanya sebati.
3. Masukkan cornflake, kacang dan ikan bilis. Gaul lagi sehingga semuanya sebati.
4. Masukkan cornflake dalam dulang bakar. Bakar pada suhu 170 darjah celsius, 5-7 minit.
5. Sejukkan cornflake sebentar kemudian simpan dalam balang. Siap!

Langkah demi langkah:-
Mcm ni la rupanya lepas masukkan madu...
Nampak sgt pedas kan...
Boh dlm dulang bakar...
Now tgh dibakar...huhuhu
Kasi sejuk jap pastu leh boh dlm balang...
Siap utk dijual...hehehhee...kununnya la

3 comments:

Anonymous said...

sedapnyer... boleh tempah x???

snapsqueen said...

...bole je, tinggalkan pesanan di page Qalischa Home Made ye. Thanks

nabilah said...

kalau x bakar bole ke?