.

Sunday, March 10, 2013

Kasut merah + gulai siput sedut

Rasanya mcm dah lama sgt tak mkn Gulai Kuning Siput Sedut. Selepas kes terbeli 'gulai siput sedut busuk' kat pasar mlm, tak silap dekat setahun lebih tak makan. Pagi ni, awal2 dah bangun. Misinya nak mencari siput sedut bikin gulai sendiri.

Alhamdulillah, dpt beli 1/2 kilo siput sedut kat Giant, Taman Permata. Sambil2 tu, rembat jugak barang lain (ni mmg tabiat biasa bila masuk pasar raya...sesi perabiskan duit yg x berapa nak ada 0_0).

Lepas 1 jam merayap tak hengat dunia, barulah teringat nak balik rumah. Itu pun lepas perut dah keluar mcm2 bunyi. Sampai rumah, bergegas masuk dapur. Yup...time utk berperang dgn siput2 sedut itu. Amboi pakat2 x mo 'mati, dah hilang separuh hujung kepala pun still gigih nak 'melarikan' diri dan aku pula mcm org sawan dok terjerit2 marahkan binatang suka merayap tuh. Arghhh...nak mkn pun payah!!!

Lepas 20 minit berperang dgn cik siput, sesi menumbuk rencah gulai. Rasa mcm nak rabak biji mata bila air cili padi terpercik masuk dlm mata. Oh mak ai...rasa mcm nak guling2 atas lantai. *PENGSAN*

Selepas 1 jam berperang di dapur, dgn tangan penuh kaler kunyit...siap sudah hidangan yg dihajati. Huh...nak layan tekak pun payah'kan. Apa pun berbaloi sebab cita rasa sah2 ikut tekak sendiri, tahap kepedasan sure la tahap gaban'kan. Now...korang layan gambo eh sebab aku nak layan nasi sepinggan dua bertemankan Gulai Kuning Siput Sedut & Ikan Selar Goreng....wehuuu...*_*

Sweet je kaler sepatu ni...so rembat...murah je RM11.90
Pen merah pen biru...u marah i (...cer sambung...cer sambung hahaha)
Dua barang ni mmg x de kene mengena dgn cerita masakan aku hahahaha
Rupa siput sedut ni mmg x berapa nak cun, tp bila dah basuh bersih mmg terpikat
Ha...ni hasilnya, kan cun tu
Semerbak baunya uolls...dlm periut lagi, sat lagi bole sedut

Ha...ni dia...kalau dpt siput sdut size besar sure lagi best. Tapi mcm ni pun kira syukurlah kan.

Peneman, simple but sodap uolls

No comments: