.

Saturday, March 9, 2013

Wow...Awie 'jumpa' Erra...

... semlm kat Instagram, Gee (Fauziah Latiff) ada post 1 keping gambar 'menarik'. Hehehe...kat dlm gambar tu ada muka Erra, Awie, Gee & Ezlyn. Hmmm...menarik, sebab bukan senang nak tgk gambar mcm tu.

Kredit gambar: Instagram Fauziah Latiff

Kredit gambar: Instagram Fauziah Latiff




... kemudian pagi ni buka Mstaronline ada story pasal mereka (Awie & Erra). Kepada yg belum baca, aku tempek kat sini lah pasal cerita depa eh.


Sumber berita: Mstaronline
Awie Dapat Izin Isteri Temui Erra Fazira



PETALING JAYA: Isteri kepada penyanyi Awie iaitu Ruzana Misbun memberi keizinan kepada suaminya untuk bekerjasama dengan bekas kekasihnya, Erra Fazira, menerusi rakaman program bual bicara Tunggu Sekejap di TV3.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, selepas mendapat tahu pihak produksi program yang dikendalikannya itu menjemput Erra sebagai tetamu undangan, dia terus memberitahu perkara tersebut kepada isterinya agar tidak berlaku salah faham.

"Sebenarnya isteri saya tidak mempunyai masalah tentang gandingan ini. Apa yang telah berlaku dahulu sudah menjadi sejarah dan sekarang kami mempunyai kehidupan keluarga masing-masing.

"Dia (isteri) juga sangat sporting. Malah dia merupakan peminat Erra dalam program bual bicara Primadona (Astro)," katanya yang dihubungi mStar Online petang Jumaat.

Awie yang merupakan hos Tunggu Sekejap dan Erra telah digandingkan bagi menjayakan rakaman rancangan itu musim kedua yang berlangsung di studio ntv7, Glenmarie Shah Alam, Khamis lalu.

Penyanyi itu menemu bual Erra selama sejam dan ini merupakan kerjasama pertama mereka selepas berlakon bersama menerusi filem Cuci pada tahun 2008.

Sebelum ini, Awie dan Erra pernah bertunang pada tahun 1997 selepas bercinta selama empat tahun, namun perhubungan itu putus pada tahun 1998.

Tambah Awie, dia sebenarnya tidak senang apabila isu gandingan mereka diperbesarkan kerana kerjasama itu lebih bersifat profesional.

"Perlu diingat apabila bekerja di bawah satu industri yang sama, pergilah ke mana sekalipun kita pasti akan berjumpa.

"Sebenarnya saya tak suka komen tentang hal ini, kami tidak ada masalah apa-apa pun. Cumanya... masalah akan timbul jika ada orang yang tidak senang dengan kami," ujarnya.

Dalam pada itu, Awie berkata, dia turut merancang untuk mengambil Erra sebagai pelakon utama dalam filem yang bakal diterbitkan di bawah syarikat miliknya iaitu Awie Entertainment tidak lama lagi.

Selain itu Awie juga merancang untuk menganjurkan sebuah konsert trio yang menggandingkan dia, Erra dan Ziana Zain, bagi mengingati filem Sembilu lakonan mereka yang pernah menjadi fenomena sebelum ini.

"Jika masa mengizinkan, konsert ini bakal berlangsung pada tahun ini, tetapi semuanya masih lagi dalam perancangan.

"Saya percaya konsert ini pasti memberi kenangan pada zaman filem Sembilu yang pernah menjadi fenomena pada tahun 1994," katanya yang baharu menamatkan penggambaran filem Zombie Kilang Biskut.

No comments: