.

Sunday, April 7, 2013

2 'sahabat' yang meralitkan rasa...

Sejak berkenalan dengan dua sahabat ini, hujung minggu aku terisi dengan baik. Bagai hilang, terbang entah ke mana-mana semua tension yang berselirat dalam kepala. Serius, walaupun bahasa penyampai sebiji butir pun tak difahami. Tetapi, pelakuan dua sahabat ini meresap dalam segenap jiwa raga.

Paling penting, banyak sekali pengajaran bermakna dan berguna aku perolehi daripada setiap pelakuan dua sahabat ini. Aku tak pasti sama ada Uolls pernah melihat dua sahabat ini, kalau ada aku pasti anda sependapat dengan aku.

Pendek kata, dua sahabat ini benar-benar buat aku ralit. Ada ketika pelakuan spontan mereka mencuit hati, adakala sayu dan terharu.  Serius, itu yang aku rasa. Satu pengalaman dan pengajaran yang mungkin tak dapat dikutip daripada 'manusia'. Terima kasih teknologi dan iphone kerana membuat aku dapat banyak ilmu dan pengalaman berguna. Mari...aku perkenalan dua sahabat yang dimaksudkan. Tadaa...

Ini dia 'peneman' aku yang sangat sweet...
Gelagat dua sahabat yang meralitkan aku...

No comments: