Gedung ini direka khas untuk memaparkan konsep jenamanya yang menyerlahkan ‘approachable fashion’ kepada pelanggannya. Logo merah jambu menggambarkan tenaga mesra, feminine, berinspirasi dan beramah.
Daphne mempunyai pelbagai bahagian yang menampilkan pilihan koleksi kasut untuk semua acara seperti perkahwinan, parti, klasik dan selesa serta beg yang cukup bergaya dan menarik perhatian. Sekali gus mewakili gaya dengan kualiti tinggi dan selesa dipakai direka khusus untuk memenuhi kehendak setiap wanita pada setiap masa.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, DAPHNE INTERNATIONAL HOLDINGS LIMITED, Eddie Chen (Chen Ying Chieh), berkata, Pembukaan butik Daphne di Malaysia menandakan tekad berterusan untuk berada di pasaran baru dan mengembangkan jenamanya. ini sejajar dengan matlamat mereka untuk memposisikan Daphne sebagai jenama yang berada di ambang tertinggi fesyen dengan bertumpukan kepada keselesaan dan perkhidmatan yang baik,” katanya pada majlis pembukaan gedung utama itu.
Tersohor
Jenama kasut, Daphne diperkenalkan di Hong Kong pada tahun 1987. Sejak 1990, DAPHNE telah mengukir nama dalan industri fesyen dan menjadi terkenal di kalangan pelanggannya kerana menawarkan pengalaman membeli belah yang cukup bergaya, berkualiti tinggi dan menyeronokkan
Sejak penubuhannya, Daphne telah diminati untuk gaya rekabentuknya dan keselesaannya. Pada tahun 2010, DAPHNE dianugerahkan dengan ‘China Most Beautiful Footwear’ oleh majalah fesyen, ELLE. Daphne kini menjadi peruncit kasut wanita nombor satu di Tanah Besar China.
Majlis pembukaan butik Daphne di Sunway Pyramid, Petaling Jaya pada 6 April 2013 |
Wow...model kasutnya!!! |
Selebriti terkenal tanahair turut hadir meraikan hari pembukaan butik ini. |
Yasmin Hani pasti rambang mata tengok pelbagai pilihan kasut dan bag yang cukup mengujakan, |
Thanuja, Athilia, Vee dan Yasmin Hani antara artis yang hasir pada majlis istimewa ini. |
* Kepada wanita di luar sana yang 'gila kasut', sila jangan segan-segan ke butik Daphne di Sunway Pyramid ya. Cukup banyak pilihan kasut dan beg ditawarkan di sana, pasti anda rambang mata *_*
No comments:
Post a Comment