Akhirnya impian Fazura mahu 'bersatu' dengan Shaheizy Sam tercapai... |
"Saya akui agak memilih watak yang ditawarkan kerana itu yang menjamin kepuasan bila berlakon,"tambah Fazura yang membawakan watak Azalea dalam Kisah Cinta. Selain Fazura, turut menjayakan drama Kisah Cinta turut dijayakan pelakin lain seperti Nadia Aqilah,Nazim Othman, Kuza, Arash Mohd, Fazlina Ahmad Daud. Kisah Cinta disiarkan bermula pukul 9 malam pada 9 April ini di saluran TV3.
Bercerita mengenai dirinya, Fazura berkata sejak menginjak usia 30 tahun, dia mula peka pada penjagaan kesihatan agar kekal sihat. Dia juga melakukan pelbagai aktiviti seperti 'pilates' supaya kekal cergas selain mengamalkan cara pemakanan yang betul.
"Saya juga lebih berjaga-jaga soal pemakanan yang betul selain bersenam. Bagaimanapun saya bukannya berdiet, cuma mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan mengelak daripada mengambil minuman berais. Sekarang berat badan saya turun sedikit, tapi saya perlu menaikkan otot-otot badan sedikit supaya nampak sedikit tegap," ujar pelakon cantik ini.
Kata Fazura, Sam miliki kualiti lelaki idaman |
Sam & Fazura 'bersatu' dalam Kisah Cinta |
Fazura ambil berat soal kesihatan diri |
* sumber gambar: Mr. Google
No comments:
Post a Comment