Hari ni agak busy dengan pelbagai tugasan di studio. Perlu selesaikan 'projek' khas sebelum 5 April ni, kemudian berebut masa pulak dengan
dateline proses bahan. Tapi, walaupun sibuk dan terkejar sana-sini tetap
happy sebab
team yang terbabit semuanya kepala gila-gila.
Oh ye, kami
shoot beberapa pasang baju pengantin dengan bunga tangan dan hiasan kepala. Seronok sebab 'Mat Bunga' adalah kawan aku yang 'mewah' dengan idea pelik-pelik. Begitu juga model, Shasha yang cukup sempoi dan cukup mudah beri kerjasama. Orangnya pun baik hati, siap bawak sarapan untuk kami iaitu Nasi Lemak yang cukup sedap.
Sibuk terkejar sana-sini, berlari naik atas turun bawah jam 7.15 mlm baru selesai. Alhamdulillah, selesai tugasan. Kemudian sambung kerja lagi, proses bahan untuk Majalah Jelita. Banyak juga yang masih belum diproses, rasa nak telan saja keyboard depan mata. Hehehe...nak buat macam mana, kerja penulis ber
dateline macam tu'lah. Kadang-kadang, sampai juga ke tahap
'deadline'. Time tu memang bersedialah tadah telinga 'kan. Hahaha...ok lah, jom layan gambar.
|
Inilah Azmi, 'Mat Bunga' yang dimaksudkan ^_^ |
|
Ini Shasha, model dan peramugari yang tinggi lampai. |
|
Sweetnya Sha dengan bunga atas kepala |
|
Sesi sengih depan kamera tu harus, kan...kan...kan |
No comments:
Post a Comment