.

Thursday, June 27, 2013

Adoyai Benjy...

Ujian air kencing yang dijalankan mendapati Benjy positif dadah jenis syabu
'Tterkezut' beruk tatkala mendengar berita di radio (waktu tu tengah drive nak ke office) mengenai pelakon berbakat besar, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryyl Benjamin Ibrahim, yang sekali lagi ditahan pada pagi Rabu (26.06.2013) atas kesalahan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Petikan berita memberitahu, anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu. Pihak polis akan memohon perintah reman  di bawah Seksyen 15(1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952. Bagaimanapun, hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon itu ketika serbuan tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya

Masih terbayang-bayang lakonan hebat Benjy dalam Saerah
Sebenarnya, aku cukup sedih mendengar berita ni. Pertama, ini bukan kali pertama dia ditangkap. Kedua, rasa sayang sebab dia antara barisan pelakon yang berkualiti dalam industri seni tanah air. Cukup sayang jika benar dia terbabit dalam kes seumpama ini. Apa pun, aku tidak berhak menghukumnya. Biarlah undang-undang sedia ada mengadilinya.

No comments: