.

Sunday, June 9, 2013

KepadaNya kita kembali...

Al-Fatehah...

 DaripadaNya kita datang, kepadaNya juga kita kembali. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Aamiin.
Selepas seminggu menjalani pembedahan di bahagian perut kerana menghidap penyakit ulser, pelakon veteran, seniwati Latifah Omar menghembuskan nafasnya yang terakhir di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini pada kira-kira jam 6.19 petang.

Allahyarham kembali ke rahmatullah pada usia 74 tahun sebelum itu kelihatan uzur kerana menghidap penyakit lain seperti kencing manis. Kali terakhir Allahyarham muncul di khalayak apabila hadir dalam majlis pertemuan dengan teman-teman pelakon seangkatannya anjuran pengarah veteran Tan Sri L. Krishnan di Kelab Tasik Perdana di sini April lalu.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al-Khairiah AU3, Taman Keramat di Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat, Kuala Lumpur pagi esok (Isnin)

Seniwati terkenal era Cathay Keris ini sering digandingkan dengan seniman Nordin Ahmad. Antara filem yang dibintanginya termasuk Bawang Putih Bawang Merah, Hang Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Gurindam Jiwa dan Putus Sudah Kasih Sayang.





No comments: