.

Monday, June 10, 2013

Malam istimewa bersama Dayang Nurfaizah...

Uolls rindu Dayang Nurfaizah? Ini berita baik kepada semua semua peminatnya. Bintang R &  B Malaysia ini bersedia untuk memukau  peminatnya di The Venue, Pavilion KL pada 23 Jun 2013, jam 8.30 malam.

Selepas 14 tahun membabitkan diri dalam industri muzik, melalui persembahan khas ini, penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini ingin memberi penghargaan istimewa kepada peminat atas segala sokongan yang telah diterima sepanjang kerjaya seninya. Penyanyi bersuara emas ini berkata, kasih dan sokongan peminat amat bermakna kepadanya. Atas sokongan peminat juga dia masih dapat meneruskan kembara dalam arena muzik.

Pada malam persembahan istimewa ini, peminat akan dihiburkan dengan gandingan pemuzik terbaik Malaysia, di bawah pimpinan Jenny Chin. Penonton pasti berpuas hati berhibur bersama Dayang pada malam itu, kerana dia memang terkenal dengan persembahan live. Persembahan khas ini menjanjikan kelainan dalam persembahannya, “Lebih intim, lebih ‘personal’, lebih Dayang.”

"Saya amat teruja dan tidak sabar untuk bersama dengan semua peminat, malah sebagai bonus, saya akan menyanyi lagu 'Bisikan Rindu', lagu tema dari drama bersiri Astro Mustika – Dahli,” ujarnya yang semakin anggun dan bergaya.

Persembahan khas ini menjanjikan hiburan terbaik daripada Dayang yang akan membawakan lagu-lagu telah dipilih daripada albumnya, termasuk juga beberapa lagu cover . Bayaran masuk untuk persembahan istimewa ini adalah RM70 (termasuk satu minuman ringan). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 2143 3022 / 03 2110 2800
Jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan live Dayang Nurfaizah di The Venue 23 Jun 2013 ini.

No comments: