.

Thursday, July 4, 2013

Beraya bersama koleksi istimewa Pandora...




Pengarah Urusan Pandora Malaysia, Datin Zarida Noordin bersama selebriti terkenal

Nadia Heng, Fouziah Gous, Kaka Azraff and Cha Cha Maembong

Kini kehadiran barangan kemas jenama Pandora di pasaran tempatan sejak dua tahun lalu telah membawa satu evolusi di dalam koleksi barang kemas yang eksklusif dan mewah bagi pengguna khususnya wanita.

Jadi, jika Uolls nak perhiasan yang dapat mengekspresikan perasaan Uolls, Pandora adalah pilihan tepat. Pandora terdiri daripada 'charm' yang direka dan diukir dengan tangan dan barang perhiasan yang berkualiti tinggi sesuai dengan harganya.


Pandora sesuai digayakan ke setiap majlis kerana ia memiliki elemen 'funky' dan elegan.
Pengarah Urusan Pandora Malaysia, Datin Zarida Noordin berkata, barangan kemas Pandora kini mempunyai peminat dan permintaan tinggi di kalangan pengguna pelbagai peringkat usia daripada remaja hingga golongan berusia.

Jika dahulu, pelanggan sasaran mereka adalah kepada mereka yang berusia 25 hingga 45 tahun, kini trend Pandora merubah fenomena itu dan mula diterima pengguna sama ada untuk dijadikan perhiasan diri mahupun hadiah istimewa kepada insan tersayang.


Pilihan Charm yang menarik
“Ini kerana, reka bentuk Pandora sesuai untuk semua lapisan umur dan boleh disesuaikan dengan gaya dan cita rasa pelanggan,” katanya, ketika ditemui sempena pelancaran koleksi Hari Raya Pandora di Butik Pandora, Paradigm Mall.


Koleksi raya Pandora yang istimewa
Tambah Zarida, hingga kini, Pandora mempunyai lebih 700 koleksi sedia ada terdiri daripada koleksi hari raya, musim bunga, luruh dan sejuk, serta detik-detik indah pembeli.

Info Pandora:
·         Diperkenalkan di Copenhagen, Denmark pada 1982.
·         Dipasarkan di Malaysia secara eksklusif oleh Habib Jewels.
·         Dikenali lebih 50 negara seluruh dunia.
·         100 peratus buatan tangan dan tulen.
·         Barangan ditawarkan serendah RM100
·         Boleh dicuci semula secara percuma di mana-mana cawangan.
·         Cawangan Pandora di Malaysia adalah di Bangsar Village II, Empire Shopping Gallery Subang, 1 Mont Kiara, Mid Valley Megamall, Tropicana City Mall, Gurney Plaza Penang, Setia City Mall Shah Alam, Paradigm Mall Kelana Jaya, Alamanda Putrajaya, Pavillion, Suria KLCC, Tangs 1 Utama dan Ampang Point.  

*p/s: aku dah dapatkan koleksi pilihan, Uolls bila lagi ^_^

No comments: