.

Tuesday, July 9, 2013

...Dan 'pesta' Ramadan pun bermula

Cukup pantas masa berlalu, pejam celik esok sudah 1 Ramadan dan tahun ini masuk kali ke-3 aku menjalani ibadah puasa tanpa Abah. Ya Allah, benarnya 'demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian'.

Hidup harus diteruskan walau sepahit mana dugaan yang diturunkan-Nya dan aku bersyukur kerana masih dipanjangkan usia untuk beribadat kepada-Nya. Bercakap pasal bulan Ramadan, banyak sekali rasa ralat yang membelenggu hati ini. Hendak diluahkan, payah...tak terucap melalui kata-kata. Biarlah, kita semua menempuh fasa hidup masing-masing dan itu semua menjadi pengajaran serta pengalaman paling berguna buat kita sebagai panduan meneruskan kehidupan pada masa depan.

Aku harap, moga2 ibadah puasa kita kali ini lebih matang dan penuh berkah. Dengan setulus hati, aku juga mahu mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas segala kelemahan dan kesilapan yang dilakukan sepanjang perkenalan ini kita di dalam blog ini. Salam Ramadan Al Mubarak teman-teman semua, esok jangan lupa bangun sahur ye ^_^

Niat puasa jangan dilupa ye...
 
Nak berbuka doa dulu...

No comments: