.

Saturday, July 6, 2013

Tebu & rezeki...

Hari ni ada kelapangan ke Pasar Malam Taman Melawati, Hulu Kelang (eh, aku memang selalu ke sini pun hahahaha…gedik ‘kan ^_^) dan lebih awal daripada biasa. Jam 6.35 pm dah bersesak-sesak dengan orang ramai (biasa kalau datang waktu malam –dalam 9pm- kurang sikit manusia hehehe)

Tak banyak barang pun yang diborong, semuanya makanan kemestian iaitu air tebu 1 jar Rm4, sayur yang seikat RM1, laksa RM3, pisang 1/2 kg RM4 dan Satay Minang RM3.50.

Act aku bukanlah nak bercerita pasal makanan yang dibeli, tapi nak share satu kisah ‘Si Penjual Air Tebu’ kat pasar ni. Ya, boleh dikatakan setiap kali datang ke sini aku mesti singgah beli 1 jar air tebunya. Mula-mula dulu aku beli yang di dalam cawan tinggi RM2. Air tebunya sedap sangat dan segar (maklumlah di mesin depan mata pembeli), jadi aku selalu beli dua cawan.

Cuma sejak kebelakangan ni aku beli 1 jar terus (harganya sama dengan 2 cawan = RM4), balik rumah cuma tambah ais sebab air tebunya tak perlu tambah gula memang manisnya secukup rasa.


 
 
Si peniaga air tebu ni baru saja berniaga, tapi perniagaannya mendapat sambutan luar biasa. Pendek kata, setiap kali aku singgah ke gerainya mesti dia tak menang tangan. Awalnya dulu, dia berniaga bersama mak (yang jadi tukang bungkus). Sekarang ni, adik/bini (kot aku tak pernah tanya pun hahaha) dia  yang membantu.

Selain air tebu, dia ada jual jelly kelapa RM1 dan air kelapa. Kira semua simple, cuma kena cepat saja dan bagi aku dia pandai cari peluang berniaga sebab di pasar malam ni memang tak ada orang jual air tebu. So, memang gerai dia menjadi tumpuan ramailah. Pada awalnya memang tak ramai orang singgah, tapi dia tak putus asa. Tetap berniaga macam biasa hingga sekarang, baguslah macam tu ‘kan.

Tengok orang berniaga, teringin sangat-sangat nak join sama. Tapi sekarang masih bekerja makan gaji, so belum boleh cuba. Sekadar mencuba berniaga online saja, itu pun ada masa malas. Ye, malas memang musuh ketat aku. Apabila datang malas, apa pun tak menjadi hahaha. Hmmm… Anis sila la berubah jadi lebih rajin ye!!!

No comments: