.

Tuesday, August 20, 2013

Dilema muslimah by Aiman Azlan...

Tulisan Aiman Azlan cukup menarik aku membaca hingga ke noktah terakhir. Bagi aku, ni pencerahan yang 'molek', sesuai dan elok dibaca sebagai ilmu tambahan. Aku panjangkan di sini untuk bacaan bersama. kepada Aiman, tq atas pencerahan ini.

Tulis Aiman Azlan di wall FB:
Seorang Muslimah meluahkan, "Saya dalam proses untuk mengubah diri untuk menjadi Muslimah yang lebih baik. Raya hari tu saya avoid bersalaman dengan bukan mahram saya. Tetapi, dia rasa offended pula. Ibu marah saya dan suruh saya salam dengan dia jugak out of respect. Saya dalam dilemma. Apa patut saya buat?"

Sekadar gambar hiasan
Senang untuk saya kata, "Ignore saja mereka tu!" tetapi jawapan seperti itu terlalu simplistic bagi saya.

Sebelum kita mula berbicara tentang fekah, kita harus acknowledge jihad dalaman yang sedang dilalui oleh Muslimah ini.

Saya bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang memahami hukum agama dan tidak meletakkan budaya sebelum Islam. Tetapi, ada ramai brothers and sisters kita di luar sana yang tidak hidup dalam "luxury" itu. Ada yang terpaksa argue dengan ibu bapa saban hari, semata-mata untuk terus pegang kepada tali Allah.

Ingat senang ke nak katakan "No" kepada ibu kita? Bila saya fikir-fikirkan tentang ibu saya, memang susah. Nak kata "No" kepada Umi ibarat mengoyak hati kecil saya. Saya sayang Umi dan saya tidak rela melihat Umi marah ataupun sedih. Syurga saya di bawah telapak kakinya.

Tetapi between sayang Umi dengan sayang Allah, sudah tentu saya sayang Allah lebih. Syurga saya milik Allah dan Umi juga milik Allah. Mana mungkin dia yang dimiliki melebihi Dia yang Memiliki.

Sayang itu perlukan bukti. Tidak cukup dengan kata-kata. Kadang kala untuk membuktikan rasa sayang kepada Allah, kita harus mengharungi jihad yang cukup hebat.

Begitulah hakikat situasi yang dialami Muslimah ini.

Saya bukanlah arif dalam isu fekah. Demi rasa hormat saya pada agama ini, saya tidak berani untuk jawab tanpa ilmu. Ada individu yang belajar selama bertahun-tahun untuk mendalami ilmu fekah, mana mungkin saya yang ilmu hanya sedalam sudu teh boleh pandai-pandai masuk gelanggang orang lain.

Cukuplah sekadar saya raise awareness tentang dilemma Muslimah kita ini (dan ramai lagi sepertinya) dan harap-harap mereka yang arif dapat memberikan jawapan yang sahih dan adil.

Semoga Allah redha. Ameen.

No comments: