.

Thursday, September 26, 2013

Al-Fatehah buatmu Tan Sri Azizan Abdul Razak...

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dipermudahkan segala urusan di sana. Aamiin-Al Fatehah.
Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini jam 11.05 pagi Khamis akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena kira-kira 5.30 petang. Jenazah Azizan dibawa dari Masjid Nurul Ihsan, Jalan Langgar tiba di tanah perkuburan itu pada jam 4.50.

Antara yang hadir mengiringi jenazah di tanah perkuburan itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Azizan, 69, menjadi Menteri Besar Kedah sejak Mac 2008 hingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu. Bekas Pesuruhjaya PAS Kedah itu meninggalkan dua orang isteri, 14 anak dan enam cucu.

Pada PRU-13, Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 menewaskan sepupunya, Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN), dengan majoriti 2,774 undi.

No comments: