.

Thursday, September 26, 2013

Tahniah Adam (AF) & Fiza (Elite)...

Seminggu dua ini agak sibuk dengan pelbagai tugasan, jadi kurang waktu nak membelek berita dunia hiburan. Tup-tup semlm, tengah drive nak ke tempat assignment di Selayang Mulia dengar berita daripada stesen Sinar FM mengatakan Adam (AF) bakal menamatkan zaman bujangnya dengan dramatis juga bekas anggota kumpulan Elite, Fiza.

Terkesima sekejap mendengar berita itu, balik office Athira (writer fashion Jelita) yang memang sentiasa up to date pasal dunia hiburan ni 'mengesahkan' berita yang aku dengar. Wah...hebat sungguh. Maklumlah, Adam masih teruna...pernah juga digosipkan dengan artis-artis muda belia yang hot-hot. Tiba-tiba keluar berita bakal memperisterikan Fiza (yang pernah berkahwin dan ada anak).

Tentu ramai yang kagum dengan kesungguhan Adam yang bersedia menerima Fiza sebagai isteri sekali gus ayah kepada anak wanita itu. Iya, jodoh, pertemuan, ajal dan maut itu ketentuan Allah. Jadi, tak payah fikir yang bukan-bukan...tak payah susah-susah buat andaian meraban. Doakan saja yang baik-baik untuk mereka berdua.

Oklah, aku tempek kat sini berita mengenai majlis akad nikah mereka yang berlangsung hari ini. Buat Adam dan Fiza, tahniah dan selamat pengantin baru. Semoga terus diberi keberkatan dan keredhaanNya dalam melayari kehidupan berumahtangga. Aamiin.

 Adam (AF2) & Fiza (Elite) Sah Bergelar Suami IsteriSHAH ALAM: Dengan sekali lafaz, penyanyi Mohd Aizam Mat Saman atau Adam (Akademi Fantasia 2) dan bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza selamat bergelar suami-isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di sini, pada pagi Khamis.

Akad nikah disempurnakan Pegawai Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad kira-kira pukul 10.30 pagi.

Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 32, menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan sepersalinan barangan untuk solat sebagai hantaran.

Majlis pernikahan yang dijalankan dalam serba sederhana itu hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Adam, 30, dan Fiza saling kenal mengenali pada pertengahan Julai lalu sebelum kedua-duanya memutuskan untuk berumah tangga.

"Kami sebelum ini pernah berjumpa tetapi tiada apa-apa perasaan tapi selepas perubahan dia ke arah menjadi insan yang lebih baik saya mula rasa ingin mendekati dirinya.

"Daripada beberapa pertemuan dengan dia, saya semakin suka dan jatuh hati sehingga melamarnya untuk dijadikan isteri yang sah," kata Adam.
Tambah Adam, dia bersyukur majlis berkenaan berjalan lancar selain mengharapkan hubungan itu kekal ke akhir hayat.

Fiza yang kini sudah berhijrah dengan memakai tudung pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4.

Majlis persandingan pasangan itu akan diadakan pada pertengahan Oktober depan di kampung halaman Adam di Kota Kinabalu, Sabah.(Sumber berita: Mstaronline)

No comments: