.

Saturday, November 30, 2013

Hikmah putus cinta…


Apabila putus cinta, tak jadi kahwin atau putus di tengah jalan (senang cakap, berpisah). Kita biasa dengar ungkapan ni. "Dah tak ada jodoh..."

Sebenarnya, lebih daripada itu. Ada banyak punca, antaranya sebagai pengajaran daripada Allah kepada hambaNya.

Sedar atau tidak, orang yang bercinta atau sedang berkasih sayang. Tiba sampai pada satu tahap, dia berasa atau salah seorang rasa (mungkin juga kedua-duanya), "Dia ‘lah segalanya untukku", "Aku hanya sayang dia seorang", "Rinduku miliknya", "Dia ‘lah satu, tiada dua", "Hanya dia" dan lain-lain.

Maka apabila sampai ke tahap ni, mereka sebenarnya (tanpa sedar atau mungkin sedar) telah membuat satu kesilapan besar iaitu MELEBIHKAN seseorang yang tak patut dilebihkan. Dengan kata lain, mencintai seseorang melebihi cintanya kepada Allah.

Kepada Allah pun tak pernah diluahkan rasa sayang dan cinta, tapi kepada manusia dia beri segalanya…jiwa dan raganya! Lalu, Allah hentikan hubungan itu. Maka terputuslah di tengah jalan.

Tak kiralah putus sebab kerana apa, sebab orag ketiga, orang keempat, orang kelima. Atau salah faham, mak ayah tak restu, harta, sikap, tak sefahaman. Semua itu hanya menjadi asbab...sebab musabab.

Padahal, yang mengawal hati, menentu jodoh, menjadikan hubungan itu kekal atau celaru, semua kuasa Allah SWT.

Selepas hubungan itu tak kesampaian, kepada siapa kita nak tuju? Ya, Allah juga menjadi tempat mengadu. Lalu terpacullah dari bibir, tertaiplah di statusmu, di blogmu, di tweeter, di nukilanmu, "Cukuplah Allah bagiku

Selama ni kita cabar Allah dengan melebihkan manusia daripadaNya. Lalu Dia seru saja mengikut iradat-Nya, "Kun Fa yakun"….Putuslah…Berakhirlah…"Kembali sujud padaKu"

Sekarang selepas tiada jodoh, siapa yang kau lebih perlukan? Barulah tersedar, "Aku perlukan Allah", "Aku sayang Allah". Barulah kepada Allah tempat mengadu dan bermohon segalanya.

Jadi, jangan sekali-kali mencabar Allah! Dengan sengaja atau tanpa sengaja. Hanya kepadaNYA kita berserah.

No comments: