.

Friday, November 22, 2013

Masih dibayangi Ahmad Ammar Ahmad Azam...

Sama seperti penulis ini, aku juga masih gagal menahan perasaan daripada berhenti menulis mengenai Ahmad Ammar. Jadi, di ruang ini aku mahu berkongsi apa yang saya baca di wall facebook Abu Akhyar Al-Qudsi

Gambar Ammar daripada facebook Abu Akhyar Al-Qudsi
 Tulisannya begini:
"Ramai sekali yang masih hairan dengan fenomena Ammar. Saat selepas kematiannya sangat luar biasa sehinggalah saat akhir pemakaman jenazahnya. Luar biasa bagi seorang yang berumur 20 tahun, yang belum habis mengenali dunia dan di saat dunia juga tidak mengenalinya.

Kali ini saya menulis mengenai pembentukan Ammar di Madrasah Hayrat Vakfı, kerana kami di Turki sama2 di bawah penjagaan Hayrat. Pelajar Madrasah Hayrat ada trademark tersendiri. Kalian boleh lihat di dalam video, mereka memakai kopiah hijau, dan berserban putih.

Ada dua kunci yang boleh di ambil iktibar untuk kita semua, agar turut disayangi penduduk langit dan bumi, iaitu:
1) Menjaga hubungan dengan Allah
2) Menjaga hubungan dengan manusia.

Pelajar2 Malaysia di Turki di bawah penjagaan Hayrat tidak tinggal di asrama2 kerajaan, walaupun pelajar tersebut mendapat biasiswa kerajaan Turki. Namun ramai juga memilih tinggal di asrama kerajaan atas alasan kebebasan. Kami di Hayrat tinggal di madrasah-madrasah mereka. Oleh itu penjagaan di bawah Hayrat lebih rapi dan sempurna daripada aspek pengisian ruhani, jasmani dan aqli, di samping persediaan akademik di Universiti.


Di Madrasah, kami pelajar Malaysia dan İndonesia lebih disayangi dan dihormati berbanding pelajar dari negara lain, mungkin faktor kelembutan watak ketimuran, dan kami tidak banyak melawan atau memberontak. Ammar lebih disayangi kerana dia yang paling tidak melawan. Seburuk2 perangai orang Arab tetap menghormati Ammar. Pernah ada seorang Arab yang kasar dan kurang disukai, kaki gaduh yang keperibadiannya baru hendak dibentuk oleh Hayrat, satu-satunya orang yg dia senang ialah Ammar. Menakjubkan. Vakif2 drpd Hayrat kalau nak cari pelajar Malaysia pun mereka tetap cari Ammar, dan jarang sekali mencari pelajar2 lain terlebih dahulu.

Di Madrasah, ada rutin-rutin yang tidak didapati di asrama2 kerajaan. Waktu siang semua sibuk di Universiti masing2 dan aktiviti2 lain. Waktu malam akan ada pengajian risalah an-Nur, solat berjamaah, dan rutin2 lain ialah menulis Risalah an-Nur di dalam tulisan Uthmaniah. Antara rutin2 yang baik lagi ialah solat sunat qobliah dan ba'diah sudah seperti menjadi rutin tetap seperti solat fardhu. 


Begitu juga solat2 tahajjud seperti sudah menjadi seperti solat fardu. Di madrasah ini hubungan dengan Allah dititikberatkan lebih daripada segalanya. Alangkah bahagia saat akhir kematian di dalam suasana ini.

Semua ciri2 pembentukan al-Fateh ada di sini, dan Ammar adalah batch pertama yang melalui proses pembentukan ini. Ammar dihantar di sini bukan secara kebetulan tetapi penuh perancangan rapi bagi mempersiapkan dirinya untuk ummat. Namun Allah lebih mengetahui hikmah di sebaliknya.

Terdapat dua watak pada dirinya, iaitu watak al-Fateh dan watak Abu Ayyub. Barangkali Ammarlah Al-Fateh (pembuka) yang akan membuka dan menghidupkan jiwa2 yang lain, dan watak Abu Ayyub sebagai perintis kepada laluan tersebut.

Adindaku Ahmad Ammar .. berbahagialah engkau di sana bersama bidadari Syurga.


Keterangan gambar ditulis Abu Akhyar Al-Qudsi (seperti di dalanm facebooknya): Gambar ini adalah kenangan kami İftar (berbuka puasa) di Istanbul bulan Ramadhan yang lepas. Rupa-rupanya İftar ini ialah iftar terakhir Ammar di bumi Uthmaniah, kerana esok pagi Ammar pulang ke Malaysia bersama dua orang lagi sahabat iaitu Budin dan Ziyad untuk menyambung puasa dan berhari raya di Malaysia. Ammar sudah dua tahun tidak balik dan dua kali raya tidak beraya bersama keluarga. İftar ini juga untuk meraikan dua orang sahabat kami dari Jordan. Malam ini juga malam kesedihan buat saya sebelum melepaskan mereka pergi pulang berhari raya sementara saya tinggal di bumi Uthmaniah berseorangan di bawah penjagaan Hayrat Vakfı dan penjagaan Allah Taala untuk meneruskan perjuangan di bumi Uthmaniah ini di bulan Ramadhan dan Syawal yang lepas.

Sebelum itu saya menemani Ammar ke Panorama untuk membelikan buku untuk abahnya. Di Turki terlampau susah untuk mencari buku di dalam Bahasa İnggeris, tetapi waktu itu hanya tinggal satu di Panorama. Buku terjemahan bertajuk Ottoman History, Misperceptions and Truths. Malam tu lepas İftar, saya dan Ammar ke Beyazid pula untuk beli buku Ottoman Civilization (2 Jilid) juga untuk abahnya. İni sebahagian hadiah kegembiraan untuk abahnya dari bumi Uthmaniah untuk dibawa pulang ke Malaysia.

D hidup Ammar hari ini ialah hari terakhir Ammar berpuasa di bumi Uthmaniah, iftar terakhir di bumi Uthmaniah, dan Tarawikh terakhir di bumi Uthmaniah, tetapi kuasa Allah selepas mati jasadnya bersemadi di bumi Uthmaniah ini buat selama-lamanya berjirankan sahabat Nabi yang mulia Abu Ayyub al-Ansori, dan berjirankan juga dengan para Syuhada dan Solihin.
Berbahagialah di sana wahai adindaku Ahmad Ammar bersama bidadari Syurga yang Allah kurniakan buatmu.

Al-Fatihah buatmu.

Keterangan gambar ditulis Abu Akhyar Al-Qudsi (seperti di dalanm facebooknya): Sungguh, aku amat merindui Istanbul. Bumi yang disebut oleh Rasulullah di dalam hadis baginda, bumi yang bersemadinya jasad Sultan-Sultan Soleh, dan salah satunya Sultan yang disebut oleh Rasulullah sebagai Panglima terbaik yang akan menawan bumi Konstantinopel, dan di bumi itu jugalah bersemadinya ratusan ribu jasad para Syuhada.

Innalillahi Wa Inna ilaihi Raji'un.

Mulai hari ini, kerinduan terhadap bumi ini akan bertambah. Menerima khabar duka dari bumi Uthmaniah, apabila adindaku Ahmad Ammar dijemput menemui Ilahi dalam kemalangan dengan ambulan malam tadi waktu Malaysia. Mati ketika sedang menuntut ilmu, seorang lagi mujahid akan disemadikan di bumi bertuah ini. Adindaku Ahmad Ammar Ahmad Azam, Allah lebih menyanyangimu.

Anak yang taat kepada pasangan Ahmad Azam Ab Rahman dan Puan Nur Azlina. satu-satunya anak lelaki dan anak harapan terbaik kepada kedua2nya.

Pelajar tahun dua Universiti Marmara. Seorang pakar sejarah Uthmaniah dalam pembikinan. Mahir berbahasa Turki moden dan Turki Uthmaniah. Anak yang sengaja dihantar ke Turki sebagai persiapan untuk membentuknya menjadi pemimpin masa depan. Dijaga rapi di bawah penjagaan Hayrat Vakfi dan diberi didikan spiritual sepenuhnya oleh Hayrat Vakfi. Lembut budibicara dan tuturkata, menghormati orang tua. Kebaikan2nya disaksikan oleh banyak orang.

Anak yang cuba dipersiapkan ini dengan segala persiapan akhirnya pergi terlebih dahulu.
Hanya Allah yang mengetahui hikmah segala sesuatu.
Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang2 Soleh dan syuhada.

Semoga Allah turut memberi ketabahan kepada keluarganya, dan buat seluruh adik2 pelajar2 Malaysia di Turkiye semoga kalian juga tabah menghadapi berita ini.

Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa 'Afihi Wa'fu 'Anhu.
Al-Fatihah untuk al-marhum!!
 


...ini pula perkongsian daripada Muhammad bin Ahmad Zahid Al-Hafiz mengenai Ahmad Ammar Ahmad Azam yang dikenalinya;-

Bismillah...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh kerana ramai yang bertanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yang baru2 ini menggemparkn ummah dengan pemergian beliau menghadap Ilahi. Maka saya sebagai sahabat spengajian beliau di Turki berasa bertanggungjwab untuk memperkenalkan serta mem 'promote' kan segl kebaikan yang beliau pernah lakukan semasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu bermanfaat yang ditinggalkan beliau (yamg mana pahalanya berterusan sehingga kiamat).

Harap kepada siapa yang baca, baca lah sampai tamat. Maaf ia agak panjang dan akan mengambil masa paling kurang 20 minit dengan banyak ayat yang tidak tersusun.

Beliau antara student Malaysia terawal ( beliau batch ke 2, saya ke-4 walaupun sampai sekarang student malaysia di Turki tak sampai 35 orang pun) yang melawan arus perdana apabila memilih Turki sebagai destinasi pengajian setelah SPM. Sebab tu kami panggil beliau Abang Long.

Agak aneh, seorang yang pernah dinobat sebagai pelajar kedua terbaik SPM 2010 di RMC dengan pencapaian 9A1 1A2 memilih untuk sambung di Turki, Negara yang sering dilabel sebagai Negara eropah yang 'sakit'. Patutnya beliau ke tempat yang lebih berprestij.

Dah lah ambil Turki, ingatkan ambil medic ke, atau engineering, tenguk2 ambil sejarah, bidang yang sering diambil oleh student gred C dan D, sejarah Uthmaniyyah pulak tu.

MashaAllah.....Bila pertama kali saya tanya beliau kenapa pilih Turki dan ambil sejarah.

Jawapan beliau:
"Turki ni dulu pernah jadi pusat Dunia Islam 600 tahun, takde kuasa dunia yang lagi lama daripada itu, negara lain pun respect dan tunduk dengan Turki, kenapa kita tidak bangga, itu sjarah kita? Kita boleh kembalikan balik sejarah itu. Lepas itu kita ni dah belajar tinggi2 last2 orang yang belajar lebih2 kurang pulak control kita. sebb itu ana ambil sejarah".

Cukup tersentak dengan jawapan tajam beliau. Beliau seorang yang sangat pndiam, tapi sekali beliau cakap, semua orang nak dengar dan akan ingat apa yang beliau cakap.

Beliau juga sangat susah nak gelak ketawa, tapi sekali beliau ketawa semua orang ingat bila dan apa yang buat beliau ketawa. Beliau jangan haraplah nak bercakap dengan perempuan, sangat kekok kalau beliau dalam situasi tersebut.

Pernah sekali beliau bawak student malaysia overseas yang datang cuti di Turki dan kebetulannya perempuan, oleh kerana beliau malu nak bagi tahu kat perempuan tersebut, beliau call seorang sahabat kami yang ambil master di Turki untuk tolong bagi tau perempuan itu apa yang dia nak bagi tau. Padahal beliau ada depan prempuan tersebut.

Masha Allah...begitu sekali beliau menjaga dirinya.

Beliau seorang yang sangat rajin menolong, kalau ada program apa2 di rumah, beliau orang yang pertama sampai untuk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. Beliau jugalah yang last sekali balik sebab nak bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dan bungkuskan makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau.

Beliau sangat sopan santun, sangat berjaga2 ketika bertanya dan sangat berdisiplin. sebab beliau pernah cakap "dulu masa kecik2 memang kuat ah main2 tapi lepas masuk RMC memang kena train habis".

Saya cukup rapat dengan beliau dan keluarga beliau malah saya mengenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. Mana tidaknya masa first time saya mengaji depan orang umur 8 tahun, atas permintaan bapa beliau lah yang ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lagi saya aktif dalam progarm ABIM dan WADAH sehingga kini.

Sejak saya sampai di Turki, kalau sabtu ahad, saya akan pergi ke rumah beliau dekat Fetih Mahallesi (hari2 lain saya di asrama Turki) ,makan sama2, beliau masak, bersukan, berdiskusi sampai tulis dekat whiteboard dan akan tidur di biliknya.

Antara cara beliau ialah sebelum tidur dan bangkit dari tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pada masa tu saya ingat mungkin dari sekolah menengah lagi kot dia macam ni. Beliau sering tidur lewat kerana membaca buku (buku2 nya bnyak yang dah ghabak dan banyak tulisan menunjukkan yang memang beliau membacanya).

Bulan lepas, saya diminta untuk bentang mengenai sejarah Uthmaniyyah di laman Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yang saya jadikan rujukan utama. Beliau pun bagi lah buku2 dan article2 sebagai persediaan untuk saya.

Beliau juga cadangkan supaya setiap minggu mesti ada student yang akan present mengenai apa2 ikut bidang masing2.

Ketika Eid Adha yang lalu, kami (student Malaysia) berkumpul bersama2 selama seminggu. Dalam seminggu tu ada 1 hari full progarm dari pagi sampai malam. Kami dibahagi2 ikut kumpulan

Ditakdirkan Allah, kumpulan saya diketuai oleh beliau. Tapi yang lawaknya nama kumpulan saya yang beliau bagi oleh sebab beliau sangat suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kumpulan kami yang beliau bagi ialah 'Fatih Var Mı?' yang bermaksud Fatih ade ke? Sangat kelakar sebab nama kumpulan kami soalan.

Jadi setiap kali nama kumpulan kami dipanggil, semua akan ketawa terbahak2 termasuk kami dan beliau sendiri. Tugasan kami adalah pergi ke muzium Atatürk dan buat sedikit research.

Dalam muzium itu, beliau seolah2 jadi penceramah apabila segala gambar2 yang ada dalam muzium tersebut beliau terangkan dengan detail lebih daripada petugas2 muzium terangkan pada kami. Ada sekali tu time makan malam di rumahnya, beliau cerita pengalaman beliau semasa mengikuti misi kemanusiaan di Syria.

Beliau kata,"Ana ni bukannya reti Arab". semua orang yang menyertai misi ini tahu bahasa arab dan bila tentera Syria tanya dari mana datang, mereka jawab Syria (walaupun bukan sebenarnya).

Bila sampai turn beliau ditanya, beliau jawab Maliziya, terus tak dapat masuk. Alhamdulillah beliau berjaya juga cari jalan belakang dan masuk pada waktu malam secara sembunyi. Sebelum beliau pergi, beliau pernah kata "ana kalau tenguk perempuan2 Turki ni mesti rasa macam nak kena kawen dah ni, tak tau sebab apa".

Ketika beliau bermalam di wad hospital Syria , beliau terdengar bunyi bom yang sangat kuat, terus beliau mengucap dan bersedia untuk syahid (kerana salah satu tujuan beliau ke Syria juga adalah untuk syahid).

Kemudian tak de apa2 berlaku beliau terus tidur. Dalam tidurnya beliau bermimpi bertemu bidadari.

Ketika hari terakhir beliau di Syria, beliau ada bertanya dengan seorang pemandu di Syria (kebetulan driver tu boleh cakap inggeris sikit2) "Kenapa pemuda2 kat sini berani betul dan nak syahid?"


Driver tu jawab "pemuda kat sini dah tak pandang dah harta benda dan wanita2, dia orang semua hanya tunggu syurga dan bidadari syurga, sebab tu dia orang nak syahid".

Beliau pun ceritakan apa yang beliau mimpi, driver tu kata "awak ni boleh mati syahid ni".

Sekembalinya beliau ke Istanbul dengan selamat, kami pun (pasal baru habis baca buku 'Kemenangan yang Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkan beliau 'Syahid yang Tertangguh'.

Bila beliau cerita pada kami yang beliau mimpi, kami semua gelak dan kata, "anta ni kuat sangat bergurau".

Namun hari2 berikutnya beliau memang berubah, setiap kali beliau pandang perempuan, tiada apa2 yang dirasainya.

'Ajeeb!!!

Pernah juga beliau minta pada saya, "anta tolong ngaji time ana kawen nanti ye"

Saya pun jawab sambil tersengeh "dah dekat ke? dengan orang mana?"

Beliau jawab "ana mintak ayah ana carikan, ayah nak cari orang bosnia" katanya sambil berseloroh.

Beliau juga cakap "nanti kalau kata ana meninggal kat sini pun anta tolong ngaji juga sikit paling2 pun Qul huAllah pun ok la"

Saya pun jawab "tak yah la cakap2 macam tu".

Beberapa hari seblum beliau pergi mengahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dalam satu majlis makan malam di Çamlıca. Turut dihadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz.

Kebetulan beberapa hari sebelum itu pula, saya berkesempatan bertemu dengan Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nanti saya terangkan kenapa saya selitkan nama Dr. Davut).

Beliau tanya saya macam mana boleh jumpa Dr. Davut sebab beliau nak sangat jumpa dengannya. Saya jawab Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bawak jumpa masa dia datang Beşiktaş hari tu.

Beliau kata Dr. Davut seorang yang sangat bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) sahaja dah boleh gerunkan musuh2 Turki. Pada malam itu beliau bercakap banyak lebih dari biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi tak saya sangka2 itulah pertemuan perpisahan kami di ardhillah ini kerana 2 hari seleps itu, insan yang sudah saya anggap seperti abang dan murobbi telah dipanggil menghadap Tuhannya.

Beliau pergi meninggalkan kami dan ummah buat selama2nya. Saat beliau ingin melintas di jalan raya, kaki beliau tergelincir kerana jalan memang agak licin, terus dilanggar sebuah ambulan kena bahagian bahu beliau (faham2lah ambulan Turki laju macam mana). Kami terus ke hospital untuk urusan forensik.



Ammar dan keluarganya
Ibu bapa beliau tiba di airport pada besoknya dengan keadaan yang cukup tenang (saya tak pernah melihat wajah setenang mereka yang baru sahaja kehilangan seorang permata yang lebih awal dipanggilNya, malah beliau merupakan satu2nya anak lelaki dalam keluarga).

Saya masih tak dapat terima hakikat ketika itu, ia seperti mimpi. Setelah jenazah dimandikan, kelihatan peluh masih ada pada wajah beliau. Saya kenal muka beliau time tidur dan begitulah wajah yang sama pada ketika itu, memang rasa macam nak kejutkan je.

Namun Allah lebih menyayangi beliau. Ketika jenazahnya di solatkan di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yang hadir. Pada ketika itu, saya yakin beliau seorang yang tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng kelas pada hari itu sebab lecture2 pun tak datang universiti semata2 untuk bersama solatkzn jenazah beliau.

Saat dikebumikan di perkuburan Eyyüp Sultan Camii, ramai yang tak sangka beliau boleh ditempatkan di situ (kerana perkuburan teresbut juga ada maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yang lain, jadi agak luar biasa kalau orang yang tiada kaitan dengan kerajaan tambahan pula foreigner untuk ditempatkan di situ)




MasyaAllah....
Ketika itu, kawan2 universiti beliau turut memakai lencana gambar beliau pada pakaian masing2. Dalam video ini, sebenarnya bukan saya dijemput untuk baca surah Al-Ikhlas (tak seperti yang tertera dalam video), tapi sayalah yang minta untuk baca.

Saya cakap dekat Hoca bahawa Al-Marhum pernah minta saya baca pada masa ini. Saya pun baca surah Al-Ikhlas sebnyak 3 kali (dalam video tu kali pertama), kali ke2 dan ke 3 saya sebak dan tak dapat menahan air mata yang mengalir mengenangkn permintaan beliau semasa hayatnya yang pada masa itu saya fikir beliau bergurau.

Setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jumpa dan kata pada saya sambil senyum "nanti baca lama2 lagi." Saya terdiam, hati saya kata pakcik ni tak rasa sedih ke, saya lebih emosi daripada bapa beliau ketika itu.

Pada keesokan harinya, bapa beliau mendapat panggilan telefon dari Dr. Davut yang turut mengucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka orang yang teringin sangat beliau nak jumpa semasa hidup tapi tak berkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mendapat pengetahuan orang itu.

Beberapa hari yang lalu, fakulti beliau di Universiti Marmara telah menanam sebuah pokok yang diberi nama sempena nama beliau.

Papan utama di Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yang brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar".

Bapa beliau tatkala melihat suasana tersebut kata pada saya sambil menggeleng kepala "ini bukan anak yang pakcik didik ni, mesti ada orang lain yang didik dia sampai ke tahap ini."

Last sekali seblum beliau pergi, status terakhir beliau di FB surah Taubah ayat 111 yang mana Allah berfirman

"Sesungguhnya Allah membeli orang2 mukminin, diri mereka serta harta mereka dengan syurga" cukup memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Saya redha beliau tetap telah pergi. Hanya ilmu, nasihat dan semangat yang beliau tinggalkan pada saya.
 

Kalau dulu orang sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa terbahak2, namun kini kalau disebut lagi, hanya wajah beliau yang akan dikenang dan air mata akan mengalir. Ramai antara kami ingat apa yang jadi pada beliau akan menjadi kerisauan ibu bapa di luar untuk menghantar anak2 mereka ke Turki.

Namun kuasa Allah rupa2nya, beliaulah pencetus dan pembuka mata kepada masyarakat untuk mula mengenal apa itu Turki disamping menjalinkan hubungan yang erat antara Malaysia dan Turki. Sungguh, beliau hebat, hebat, memang hebat!!!.

Moga dengan hanya menonton video ini ramai lagi pemuda2 yang akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Saya pasti dan akan selama2nya mencemburui beliau.

"Abang Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau ditempatkan bersama para mukminin.

Al-Faatihah.
MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE


...dan tadi, ketika menyelongkar kisah Ammar aku bertemu lukisan ini di dalam facebooknya.

2 comments:

Unknown said...

assalammualaikum.. mohon izin untuk copy cerita ni ya :)

snapsqueen said...

Silakan Siti, tetapi jgn lupa sertakan link2 yg berkaitan. Nanti jadi isu pulak, tak best kan ^_^