Begitu selalunya reaksi yang aku terima apabila ‘teremosi
atau terberemosi’, hehehe. Serius, kadangkala mudah sangat aku ‘tersangkut’
dan ‘tersumbat di dalam ‘tong emosi’.
Alasan ‘emo’? Ada macam-macam alasan, salah satunya sebab
orang cuit sensitiviti aku fasal satu-satu hal. Misalnya (yang ni kategori
paling mudah ‘la);
Si polan: Nezz, novel ko yang aku pinjam tu hari
tertinggal dalam LRT la. Sorry eh.
Aku: (Heh, main pakai sorry-sorry je?) Macam mana boleh tertinggal? (control suara, hati dah sebak)
Si polan: Aku pun tak perasan, rasanya time jawab call laki aku. Letak kat seat sebelah, lupa nak ambil balik. Sorry eh, ala novel je pun. Nanti aku belanja ko makan KFC eh!
Aku: Nilai novel tu lebih mahal daripada KFC tau (serius, dia lupa agaknya bab-bab buku, novel atau apa-apa jenis bahan bacaan memang saya sensitif. Pantang kalau rosak, koyak apatah lagi hilang terus!)
Si polan: Ala ko ni, itu pun nak emo. Hati kapas betul la ko ni! Chill la, kalau ko nak sangat aku boleh beli 10 novel kat ko. Novel yang hilang tu memang aku tak dapat ganti, novel lama kot. Mana aku nak cari?
Aku: Tahu pun ko! Tu pasal aku tak bagi ko bawak balik tu hari, kan dah hilang!
Si polan: Payahlah cakap dengan manusia emo macam ko ni! Nah RM50, ganti novel ko tu!
Serius, sampai sekarang insiden tu masih dan sangat
berbekas di hati aku. Aku kira, setiap orang ada tahap sensitifnya sendiri.
Kalau dicuit atau tercuit, sure boleh jadi emo. Jadi, salah ke kalau aku
beremosi atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas?
Ada beberapa orang di sekeliling kata, aku ni jenis cepat menyentap or 'kaki sentap'
(hanya kerana tiba-tiba aku ‘hilang dalam dunia sendiri’. Tatkala aku menjadi ‘bisu’
tanpa sedar). Serius ni (dari hati aku, hehehe), kadangkala aku tak perasan
pun muka tengah 'ketat, kerjung & beku'.
Aku terdiam dengan tiba-tiba, kadang sebab fokus pada benda-benda yang sedang saya karang (maklumlah penulis ‘kan), fokus pada sesuatu yang aku tengah baca, tonton atau dengar. Dalam keadaan ini, memang mudah sangat aku ‘hilang dan tenggelam’.
Aku terdiam dengan tiba-tiba, kadang sebab fokus pada benda-benda yang sedang saya karang (maklumlah penulis ‘kan), fokus pada sesuatu yang aku tengah baca, tonton atau dengar. Dalam keadaan ini, memang mudah sangat aku ‘hilang dan tenggelam’.
Sayangnya, orang selalu sifatkan keadaan itu sebagai ‘sentap’
dan ‘emo’. Serius, aku tak faham dan selalu tertanya-tanya. Tambah lagi kalau orang
yang cop saya ‘minah sentap’ tu pun tiba-tiba aje ‘terdiam’. Apabila aku
tanya, “Saja, rasa malas nak bercakap!” Hah! Macam mana kira tu???
Kita ‘kan manusia, kita semua ada emosi. Apa itu emosi? Jom
tengok sama penterjemahan makna yang saya kutip daripada;
Kamus Pelajar Edisi Kedua:
Émosi:
- Perasaan jiwa (batin) yang kuat seperti sedih, marah.
- Keadaan perasan atau fikiran yang terangsang dan membabitkan perubahan psikologi dan fisiologi kepada seseorang. Beremosi dengan emosi; emosional: Penceramah begitu ~ (emosi/beremosi) dalam menyuarakan pendapatnya.
Kamus Dewan Edisi Keempat:
Emosi:
1. Perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira,
takut, dan lain-lain: masalah bahasa boleh menimbulkan sentimen dan ~ (emosi)
yang kurang sihat; ada juga beberapa perkara lagi yang perlu diketahui oleh
bakal seniman, misalnya soal menunjukkan ~ (emosi), ketawa, dan menangis;
beremosi mempunyai emosi: peluang komunikasi seperti itu, lagi tepat dan jelas,
lagi tidak ~ (emosi).
Ya ‘la, kita manusia semua ada emosi. Ada masanya mudah
sangat beremosi, adakala tak kisah walaupun dah tahap orang jentik jantung dan
buah pinggang kita. Mungkin tahap tu emosi kita sangat-sangat stabil.
Emosi tu Allah beri, kadangkala kita mampu kawal dan ada
waktu kita lost! Cuma, aku harap (dengan sangat), ada yang sudi nak
faham. Sudi nak terima buruk baik kita. Nak sama-sama perbaiki diri dengan
kefahaman, 'kita semua tak sempurna'!
No comments:
Post a Comment