Shahrol, Ustaz Azhar Idrus dan Ajak |
Filem 'Ustaz Mu Tunggu Aku Datang' memang banyak diperkatakan kerana di dalamnya terbabit sama ilmuan agama tersohor, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menjadi fenomena luar biasa di kalangan masyarakat khususnya yang dahagakan ilmu agama dengan penyampaian secara santai.
Apabila UAI disebut bakal terbabit di dalam filem ini, maka banyak sekali komen-komen negatif yang 'mengutuk' pembabitannya. Antaranya berpendapatan, UAI 'gila glamor'. Bakal 'dihnyut' populariti, akhirnya UAI 'masuk lubang maksiat' dan pelbagai lagi tohmahan berbisa. Begitu mudah masyarakat berprasangka, padahal filem belum pun ditayangkan. Namun, seperti biasanya UAI sangat santai menangani semua itu. Sangat cool, dengan senyum tetap menguntum.
Alhamdulillah, empat hari tayangan filem ini berjaya mengutip jualan memberangsangkan (dengar kata 1.5 juta) dan tiada kedengaran komen negatif mengenai kemunculan UAI di dalam filem itu. Pelik? Tetapi aku tahu kenapa! Sebabnya, komen-komen negatif yang tersebar sebelum filem ini ditayangkan nyata meleset!
Mana tidaknya, seperti yang aku jangkakan...UAI hanya 'gula-gula' dalam filem ini. Beliau disebut-sebut dari awal penceritaan, namun muncul hanya di penghujung cerita. Bijak pengarahnya 'memperguna aura' luar biasa yang dimiliki ilmuan agama yang menjadi perhatian masyarakat termasuk generasi muda hari ini. Hebat UAI kita ni (oh, aku tak malu nak mengatakan bahawasanya aku adalah peminat setia ceramah UAI. Banyak sekali ilmu yang aku dapat, terima kasih UAI).
Penceritaan menarik, santai tetapi sarat mesej berguna. |
UAI, tokoh ilmuan agama yang menjadi perhatian masyarakat termasuk generasi muda. |
Memetik dialog UAI mengenai mengapa kita (manusia) perlu (kena) sembahyang, "Kita kena sembahyang? Kita ni hamba Allah. Allah yang jadikan kita. Dulu kita tak ada, Allah jadikan kita, Bukan jadi saja, Dia beri semuanya. Mata boleh tengok, telinga boleh dengar. Kaki boleh jalan, beri rezeki lagi. Semua beri, udara ni kita bernafas hak Dia. Jadi, tanda kita membalas budi diwajibkan ke atas kita lima kali sehari saja. Satu kali, lima minit saja untuk menguji kita adakah kita ini manusia yang bersyukur. Tanda merendah diri, membalas budi kepada Allah. Itu saja. Kenapa kita tak boleh sembahyang?"
No comments:
Post a Comment