Satu hari, Jane membawa anaknya June ke sekolah. Terperanjat semua rakan sekuliahnya termasuk para pensyarahnya.
Jane tak kahwin lagi tetapi sudah ada anak berumur 4 tahun. Disebabkan Jane seorang yang tidak merapatkan diri dengan orang lain, maka tiada berani yang bertanya, namun perkara-perkara yang disebut-sebut tidak elok didengar.
Jane membawa June berjumpa dengan seorang pelajar Master bernama Badi yang bekerja sambil belajar di sebuah taska.
“Badi, sudi tak mengajar June?” tanya Jane.
Badi bersetuju setelah melihat perwatakan June yang begitu mentaati ibunya.
Setiap hari, Jane bergegas ke taska untuk menjemput June. Mereka akan pergi ke pasar bersama membeli barangan untuk dimasak malam dan juga dijadikan bekal pada hari esok.
June akan mencuci sayur dan daging, manakala ibunya memasak. Setelah habis makan, June akan duduk bercerita apa yang dipelajarinya hari itu sambil ibunya membersihkan pinggan dan dapur.
Kemudian, Jane akan menghabiskan masa ulangkaji pelajaran dan membaca cerita kepada June sebelum tidur sebelum mengulangkaji bahan pelajarannya sendiri sambil menyiapkan pakaian June untuk ke taska keesokan hari.
Walaupun memenatkan, tapi melihat senyuman June setiap hari menyebabkan Jane merasakan segalanya berbaloi.
“Inilah ibu,” bisik Jane di hati.
Adakalanya Jane tertidur ketika membaca cerita kepada June. Anaknya akan secara senyap-senyap menyelimutkannya sambil menutup lampu dan memastikan keesokan paginya, dia akan bangun lebih awal dan bersiap sebelum mengejutkan ibunya dari tidur.
Ada sekali ketika peperiksaan berlangsung, Badi membawa June melawat universiti untuk memberi semangat kepada Jane.
Melihat anaknya berdiri di pintu kaca luar kelas sambil memberikan isyarat kepadanya untuk melakukan yang terbaik, mata Jane kemerahan menahan air mata kegembiraan.
Demi June, segalanya berbaloi.
Setelah beberapa bulan dan telah menjadi rapat dengan Jane, ketika Jane menunggu June keluar dari kelas, Badi akhirnya bertanya…
“Mengapa Jane tidak mahu menceritakan perkara sebenar pada rakan-rakan di universiti? Mereka tengah bercakap di belakang kamu, dan kata-kata mereka sangat tidak sedap didengar?”
Jane melihat pada Badi.
“5 tahun lalu, saya ingat lagi pada 6 Februari 2014, waktu itu petang. Saya baru habis ulangkaji dan ingin keluar mencari makan. Saya berjalan ke McDonald dan membeli nuggets dan air dan makan sambil berjalan ke taman.
Tiba di satu simpang tempat perbuangan sampah, Saya mendekati untuk buang air yang telah habis diminum. Kawasan itu cukup busuk. Tetiba Saya melihat ada gerakan di dalam sebuah beg usang yang terbuang di situ.
Saya ingatkan kucing. Lalu Jane membuka beg. Di situlah Saya terjumpa June yang masih bayi..,” kata Jane.
Badi tidak berkata apa-apa.
“Oleh itu, Saya lebih rela mereka mengumpat Saya daripada mereka mengumpat mengenai June,” kata Jane lagi.
Tetiba, June keluar dari kelas dengan membawa sesuatu di tangannya yang disembunyikan di belakang.
“Mak, June sayang mak. Ini kad hari jadi June buat sendiri,” kata June sambil mencium pipi Jane. Jane tersenyum manis puas.
Melihat ini, Badi cukup terharu. Jane adalah wanita yang paling cantik di dunia baginya.
Mungkin yang terlintas difikiran anda, Jane ini seorang yang tidak berakhlak ketika awal cerita ini? Lumrah. Manusia, yang suka membuat kesimpulan melulu tanpa bersangka baik terlebih dahulu.
Jangan suka dan terlalu cepat buat ‘judgment’ pada orang lain atau situasi tanpa maklumat yang cukup. Apa yang nampak di depan mata dan terfikir di minda bukan selalunya betul, malah kamu kena awasi kerana biasanya ia lebih cenderung ke arah bersangka buruk.
No comments:
Post a Comment