.

Thursday, February 6, 2014

Projek Kari Kepala Ikan...

Aduhai, lama gila aku tak bersiaran di sini dengan 'tekunnya' dan hari ni aku nak melepaskan gian. Yup, hari ini aku dah buat 'pengisytiharan' cuti selepas lebih 18 jam tak berhenti bekerja. Otak penat, tetapi mata tak nak tidur. Jadi, aku teruskan beraktiviti tanpa tidur.

Jam 9.30 pagi tadi aku bergegas ke pasar sekitar rumah, teringin sangat nak masak Kari Kepala Ikan yang superhotspicy. Kebetulan ada dua ketul kepala ikan (tak pulak aku tanya ikan jenis apa, bukan ikan merah sebab tak ada secalit pun merah di situ hehehe), tak kisahlah janji kepala ikan!

Balik rumah, sambil mesin baju aku layan lagu rock kapak. Selesai sidai semua baju, masuk dapur dan mulakan projek mengerjakan kepala ikan. Alhamdulillah, aku dapat ikan segar, insangnya merah dan bau darahnya juga masih segar. Nampak gaya, sedaplah gulai kari aku hari ni.

Sama seperti biasa, aku memang jenis memasak main campak-campak. Campak segala rempah yang dirasakan sesuai (kadang tak tahu jugak apa fungsinya...hahahaha), paling penting kena ada cili kisar, bendi secukupnya dan tanpa penggunaan santan atau susu. Kenapa? Sebab saya nak hirup kuahnya puas-puas, kalau letak santan atau susu segar nanti rasa 'berdosa' sangat nak hirup sampai lupa diri hihihi.

Alhamdulillah, selepas 45 minit berperang di dapur maka siaplah 'Projek Kari Kepala Ikan' idaman kalbu aku...hihihi. Nak tahu rasanya, haruslah mantop. Gila tak sedap, susah tu nak ada masa membikinnya. Setiap hari sibuk, hari ni aku ambil cuti semata-mata nak layan anak tekak...hahaha.

Oklah, macam biasa layan gambar. Kalau teringin, sila la masak sendiri sebab seperiuk ni aku nak pulun sorang-sorang. Tak nak share dengan sesiapa hahaha!

Gigih buat ni, kalau makan di kedai harus berpuluh ringgit 'kan. Paling penting, dijamin bersih ye hahahaha.

Rupa Kari Kepala Ikan siap masak hihihi. Aromanya sangat menyengat!

No comments: