Jam 4.50pm, tak sentuh makanan...hanya teguk secawan kopi 3 in 1. Duduk menghadap laptop dari pagi sampai ke petang, godek itu ini...susun yang itu dan ini...sangap!!! *PENGSAN*
Act, minggu ni patutnya aku dalam 'zone cuti-cuti Malaysia'. Sayangnya, ada beberapa benda yang tak selesai, terpaksa postpone dengan berat hatinya. Hurmmm...apa nak buat, kita hanya merancang Allah jua sebaik-baik perancang. Redha je 'la.
Jam 6.15pm, perut bukan je berock kapak...pedihnya macam kena hiris dek pisau yang baru diasah dengan gigihnya. Perghhh...tak boleh tahan, masuk dapur dan selongkar peti ais. Biji mata melilau cari bahan makanan yang boleh diproses dengan segera. Kalau tunggu nak nyahbeku ikan...daging or ayam...aku rasa mahunya aku yang 'kerjung' kelaparan!
Bahan paling mudah diproses, bikin saja Mini Tortilla Pizza's. Potong, calit2, humban mozzarella cheese...siap! (resipinya aku dah bagi sebelum ni, boleh tengok kat tag 'Resipi'.) Sambil makan, layan 200 Pounds Beauty. Iya, memang ni filem lama dan aku je yang baru gigih nak tengok. Banyak kerjaan, bukan selalu ada time nak santai-mantai. Ngeeee!
200 Pounds Beauty(2006) ni bergenre romantik komedi lakonan
Kim Ah Joong dan Joo Jin-mo. Banyak mesej menarik dan tersirat dalam cerita ni.
Ceritanya juga menyentuh pembedahan plastik yang memang terkenal sangat di
Korea Selatan.
Ceritanya berkisar mengenai Kang Hanna yang ada bakat menyanyi, tetapi dek fizikalnya yang kurang menarik untuk
menjadi penyanyi akhirnya dia hanya layak meminjamkan (lip singer) untuk seorang
artis bernama Ammy. Hanna sangat berbeza daripada Ammy terutama dari segi
bentuk badan dan penampilan. Ibarat kata, macam langit dan bumi.
Hanna juga dalam diam menyimpan perasaan kat produser tampan,
Han Sang Jun dan dia mampu bertahan serta bersemangat untuk terus hidup kerana lelaki
itu sering memuji dirinya. Hanna mempunyai ayah yang menghadapi masalah mental
dan selalu menganggap Hanna sebagai isterinya namun Hanna tetap menerima
keadaan itu. Dia juga sering 'memberitahu' ayahnya bahawa suatu hari nanti dia
akan menjadi penyanyi.
Hingga suatu hari, secara tak sengaja Hanna
mendengar pengakuan Sang Jun kepada Ammy bahawa Hanna hanya dimanipulasi untuk Ammy
yang sama sekali tidak berbakat dalam menyanyi.
Pengakuan itu itu cukup
memeritkan untuk diterima. Kang Hanna pun down gila dan buat keputusan untuk
mengubah dirinya dengan pembedahan plastik. Pembedahan itu berjalan dengan
jayanya hingga tiada seorang pun yang mengenalinya kecuali teman karibnya Jung
Min (juga teman sekerjanya bersama Sang Jun). Sementara kerjaya nyanyian Ammy tergendala
gara-gara Hanna menghilangkan diri.
Selepas melakukan pembedahan, Hanna mengubah namanya
menjadi Jenny dan berjaya menjadi penyanyi di bawah Sang Jun. Sayangnya, kehidupan
Jenny membuat Hanna berubah hingga sanggup meminggirkan nasihat Jung Min dan
Ayahnya.
Serius weh...aku sempat nanges tengok cerita ni. Ada
la part2 yang menyentuh jiwa kapas aku ni...siapa pernah tengok sure paham.
Bersama sepinggan Mini Tortilla Pizza's, cukup nikmat ditemani cerita yang best.
Hidup ni memang banyak dugaan, chill je kalau tak nak stress!
No comments:
Post a Comment