.

Saturday, September 6, 2014

Melunas hutang...

Harta yang dibeli tahun 2004, ni dah 2014 baru nak kasi cantik hahaha
Bertahun terbengkalai, akhirnya hari ni proses 'mengemas kini' rumah yang diberi tahun 2004 berjaya dilunaskan dengan tuntas. Alhamdulillah. Syukur atas kurniaan tenaga, semangat, rezekiNya.

Act, rumah ni dibeli tahun 2004 dan siap sepenuhnya sekitar awal tahun 2006, tetapi dua tahun kemudiannya baru aku collect kunci rumah. Jenguk2 apa yang patut dan hanya 'sempat' memasang niat nak kemas kini bila ada duit lebih.

Masa berlalu pantas sekali, sedar2 dah 2014. Berebut dengan waktu kerja yang tak menentu, sibuk dengan hal-hal peribadi, travel sana ini (atas urusan kerja), raya dan lain-lain, beberapa minggu lepas baru berkesempatan semula menjenguk rumah ni. Allahu Akbar...lambakan bil, katalog promo dan waran MPS memenuhi kotak surat.

Terduduk sekejap kat tepi tangga, memikirkan duit yang perlu dicari untuk menyelesaikan segala tunggakan. Belum lagi kena uruskan meter elektrik dan air yang dah 'diangkut' gara-gara tak bayar bil.

Pejam mata, tarik nafas dalam2 dan dengan sangat, aku mohon kekuatanNya untuk menyelesaikan satu demi satu. Iya, bukan senang....bukan sikit duit yang diperlukan, tapi aku nekad nak selesaikan supaya rumah ni boleh disewakan.

Alhamdulillah, satu perkara besar yang membuat aku bersyukur apabila keadaan dalam rumah tak dirosakkan penceroboh walaupun bertahun tak datang jengguk, tombol pintu pun elok lagi tak kena tebuk. Cuma ada kesan tapak kaki kat dinding rumah. Oklah...berbanding rumah2 lain (yang tak berpenghuni) jahanam dikerjakan, sampai cermin sliding door pun hancur berderai, tombol pintu berlubang, dalam rumah penuh disumbat tayar, besi, dan segala jenis 'sampah' bukan milik tuan rumah (mungkin tuan rumah tu macam saya, dah berzaman tak jenguk rumah). Huish...sadis menengoknya!

Hari ni, Alhamdulillah...selesai semuanya. Meter elektrik dah dipasang semula, meter Syabas pun dah ada balik (gigihnya pegi report sambungan kat KKB- Kuala Kubu Baru) lampu, kipas, rail langsir dan basuh rumah berjaya dibuat sepenuhnya. Syukur sangat2.

Balik rumah, siap2 upload gambar rumah untuk iklan di mudah.my . Iya, selepas hampir beribu dihabiskan utk semua kerja penyelenggaraan dan bayaran waran saya cuma mampu sewakan. Nak duduk sendiri tak sanggup. Lagipun  sudah ada rumah sendiri dekat dengan tempat kerja di KL. So, yang ini kita kasi sewalah.

Pengajaran berguna buat aku (yang suka sangat tangguh-menangguh...suka buat der lama sangat), jangan bertangguh dan ambil mudah. Misalnya, elektrik kalau tak guna pegi buat aduan di TNB utk proses tutup akaun secara rasmi. Mcm tu juga dengan Syabas. Walaupun ada kos utk sambung semula, tak semahal bila dah kena cabut meternya. Sakit kepala oulls!!!

Rajin2lah jenguk rumah, tengok apa bil sampai...kalau dah sampai waran...jenuh nak membayar. Bukan sikit2, beratus tau! Tu ajelah pesanan ringkas aku untuk Uolls. Btw... rumah ni di area Bandar Tasik Puteri, Rawang (time beli tu cerdik sangat, tak ambil kesah pasal jauh...janji beli, 2004 harga rumah masih mampu milik lagi hahaha...bijak 'kan!)





Huh...lega, now boleh fokus benda lain pula termasuk sesi melayan segala call/sms daripada bakal penyewa hasil iklan secara online. Hadoiii...!


No comments: