BOLEH dikatakan, aku ni jenis yang banyak angin dalam badan (bukan berangin a.k.a emo ye, Uolls). Macam mana aku tahu?
Awal
tahun tu hari, entah mana silapnya boleh jatuh terjelepuk masa panjat Bukit
Broga, tak luka...tak patah mana-mana bahagian tubuh pun. Boleh lagi teruskan
sesi memanjat macam biasa, tetapi esok paginya bangun tidur tiba-tiba rasa
'lenguh lumpuh' satu badan. Berat semacam, sampai nak angkat kaki pun tak
menyeringai sakit.
Call
kakak kat Kepong, tanya dia kot2 kenal tukang urut yang bagus. Alhamdulillah,
dia ada kenal sorang...duduk dekat je dengan rumah dia. Malamnya, aku dalam
sakit-sakit tu gigihkan juga drive ke sana. Tak sanggup tunggu lama, seksa!
Tengah-tengah
syiok diurut tu, tukang urut beritahu badan aku banyak angin. Peliknya,
sepanjang diurut 1 jenis angin pun tak keluar! Mintak jugaklah petua-petua
buang angin kat dia, macam biasa suruh makan jamu, air halia dan jauhkan
daripada kopi. Oh tidak...aku dan kopi sangat bersahabat, mana mungkin kami
berpisah. Doktor pesan pun aku tak nak dengar, teguk jugak. Degil!
Bab
banyak angin tu aku rasa kena mengakulah, sebab antara tanda-tandanya aku
selalu sakit kepala, tak boleh makan lambat, susah tidur dan jarang sangat
'melepas angin'. Act, nak keluarkan
angin ni macam-macam cara aku try. Dah tak gigih nak rebus halia ori, aku beli versi ready made (ala yang dalam kotak tu, siap ada perisa honey lagi...teh halia madu...nama je
ada teh tapi tak ada rasa teh pun, rasa halia semata). Tak jugak menjadi! Apa
degil bona angin dalam badan nih!
Bubur Jepun |
Time
demam dan sakit kepala raya korban tu ari, aku ada buat bubur jepun. Bubur yag
sangat simple tapi berselera makan sampai habis bermangkuk-mangkuk. Bahannya simple je (aku dah cerita pun kat entry
lepas...).
Memandangkan
bubur tu sedap dan dah lama sangat tak membuatnya, seminggu dua ni asyik ulang
masak bubur sama. Kesannya Alhamdulillah, kerap jugak 'melepaskan angin' dalam
keadaan tak sedar...boleh tidur awal (biasa aku hanya boleh lelap jam 3-4 pagi,
sekarang dah boleh lena jam 1.30 pagi). Syukur.
Dek
perubahan yang begitu ketara, aku teruskan buat bubur tu dan jarang sangat
masak nasi biasa. Telan bubur je, kalau lapar aku makan oat pulak or buat la
apa-apa jajan ringan yang tak banyak kolestrol (no more cheese untuk 3-4 bulan ni).
Kelmarin,
sambil hadap bubur jepun yang mudah lagi sedap tu, aku teringat kat arwah Mama
Tok, dia dulu bidang terkenal kat kampung dia. Orang berpantang selalu panggil
dia sampai setengah bulan. Dia jugak jumu sendiri (sayangnya time tu aku taklah
belajar, tak minat sebab baunya menyengat hidung), yang aku sempat
belajar...masak bubur jepun. Setahun duduk dengan Mama Tok (aku duduk dengan
arwah sempat setahun je, itu pun sebab dia uzur dan gantikan Ma yang tak boleh
nak jaga dia), kalau demam or nak exam...itulah makanan yang dia masak
(waktu pagi atau malam).
Halba |
Dulu, aku
tak pernah terlintas nak tanya kenapa dalam bubur tu dia bubuh halba. Act, dalam kebanyakan bubur yang arwah
masak mesti dia bubuh halba. Cuma, setiap kali halba tu sebati dengan semua
ramuannya, wanginya aduhhh...toksah cerita...aromanya memang membangkitkan
selera.
Dua hari
lepas masa assignment di Taman Melawati, aku sempat bersembang dengan seorang
Makcik (lingkungan umur 50-an) ni time tengah
tunggu turn masukkan duit dalam ASB. Dia orang Pasir Mas, Kelantan. Pernah berniaga
nasi berlauk, nasi kerabu, mee celup di Kota Bharu. Kebetulan, arwah Mama Tok
pun orang Pasir Mas di Kampung Kasar...jadi aku saja sebut nama arwah kot-kot
dia kenal. Alhamdulillah, terkedu dia bila aku sebut nama arwah. Dia kata
memang kenal sebab zaman muda-muda dulu dia berurut dengan arwah Mama Tok setiap
kali lepas bersalin.
Herba campur or dipanggil juga sebagai rempah campur. |
Memandangkan
dia pun dah berusia, aku pun tanyalah kenapa orang sebelah Pantai Timur ni
kalau memasak suka bubuh halba, contohnya dalam nasi dagang, bubur dan
lain-lain. Katanya, halba tu bagus. Kaya khasiat yang tak ramai orang tahu.
Haah, memang pun. Aku sendiri jarang guna kecuali time masak kari (itu pun
sebab pakai rempah campur, memang ada halba dalam tu) dan beberapa jenis bubur
yang arwah Mama Tok ajar dulu (macam bubur biji nangka, bubur jepun, bubur sagu
dan lain-lain).
Kata
Makcik tu lagi, Rasulullah S.A.W pernah bersabda pasal kebaikan halba, "Sekiranya
umatku tahu kelebihan halba, nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak
timbangan emas."
Khasiat Halba
1.
Direbus atau rendam dalam air panas dan diminum sebagai teh membantu;
·
-Melancarkan
haid
·
-Menghilangkan
kembung, sebu dan senak perut.
·
-Pencuci
perut
·
-Menguatkan
jantung
·
-Menghilangkan
lender dan kahak
·
-Melegakan
sakit kepala / migraine
·
-Membuang
angin
·
-Menyembuhkan
buasir
·
-Senggugut
·
-Merangsang
rahim
·
-Masalah kegemukan
·
-Kurang
berat badan
·
-Mengawal
kencing manis
·
-Radang
kulit dan Bisul
2. Teh
Halba +Madu, diamalkan untuk membantu;
· -
Kurangkan
ketagihan rokok dan dadah
· - Anemia
3. Bagi
kanak-kanak akil baligh, bagus untuk membantu;
· -Kecergasan
-Kekuatan
badan
· -Tumbesaran
4. Banyakkan
air susu
5. Ramuan
tradisi untuk membantu;
-Merangsang
ghairah lelaki dan wanita.
· -
Memanaskan
buah pinggang dan organ pembiakan.
· - Menjadi
amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.
Hasil
'googlean' aku mendapati, Halba ni antara ubat yang tertua di dunia dan
digunakan Al-Abqirad (Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani. Wow...Hebat
betul remedi cara semula jadi ni, rugi kalau kita tak ambil tahu dan cuba.
No comments:
Post a Comment