.

Friday, July 10, 2009

Sentap...


Ada beberapa kerat org di sekeliling aku ‘sentap’ dgn kebisuan dan kesendirian aku sejak peristiwa dua ari lepas. Aku tak kisah kalau mrk enggan cuba memahami situasi mengejut yg sdg aku lalui…aku x peduli, kerana aku sedar sampai bila2 pun mrk x kan mengerti sifatku yg unik dan bercampur baur ini.

Cuma sadisnya aku merasa ‘kehilangan’! Hilang rasa ingin memahami situasi di sekelilingku jugak. Aku selesa membiarkan saja apa pun spekualasi sekeliling kpd diriku, lantaklah…andai itu boleh membuat mrk rasa puas dan tenang hati, silakan.

Lalu detik2 yg berlaku aku tinggalkan dgn hati bersahaja, enggan membiarkan semua itu berbekas di hati krn aku sedar mana mungkin org lain mahu memahami gejolak dunia batinku.

Tambah pula dgn cara yg aku ambil, memboloskan diri dari jln yg mrk fikir sudah terpesong dan menyimpang. Ah pedulikan saja! Selama ini juga aku sudah terbiasa sendiri, melalui segalanya sendiri…itu dunia asalku.

Mlm td, kuhamburkan segalanya kepada DIA. Dicelah2 nafasku, ada keyakinan bermastautin. Biar apa kata mrk, biar apa sudut pandang yg ingin mrk gunakan…aku redha…kerana aku bukan mrk dan jauh sekali, mrk juga bukan aku. Namun aku tetap menyayangi mrk…mahu menerangi kehidupan mrk ibarat matahari yg selalu ada di dunia manusia…

No comments: