.

Wednesday, January 4, 2012

Suara hati Yuna kepada buah hatinya ;-P

Yuna cukup berbakat dan diminati luahan muziknya.
Qi-Yuna saling memberi inspirasi dalam kerjaya mereka
“Terukir Di Bintang” adalah taruhan terbaru penyanyi bersuara unik, Yuna atau nama penuhnya Yunalis Zarai, selepas album Decorate yang dilancarkan pada tahun 2010 lalu.

Dilancarkan di bawah label Yuna Room Records, 8 lagu berjudul Sparkle, Photo Of You, Memo, KL Kita, Terukir Di Bintang, Coffee, Someone Out Of Town dan Fears And Frustration menggabungkan versi Inggeris & Melayu cukup menangkap di telinga juga menyuntik momen gembira dan ketenangan minda

Kata Yuna, “Berbanding dengan album Decorate, Terukir Di Bintang membawa pendengar bagaikan dilamun cinta, hati berbunga-bunga. Makalala Decorate, lebih pada mood berunsurkan kekecewaan dan pasrah.

Lebih menarik, Yuna berkata lagu berjudul Terukir Di Bintang memang ditujukan khas buat buah hatinya itu (siapa lagi kalau bukan Qi, jejaka comel dan sweet yang bertahta di hatinya kini). Malah, ikon fesyen muslimah ini juga mengakui  Qi sangat menyukai lagu itu.

*...ala2 luahan perasaan versi lagu gitew, so sweet Yuna. Hope jodoh pasangan ini membawa mereka ke jenjang pelamin dan kekal ke akhir hayat.

No comments: