.

Wednesday, February 29, 2012

Neelofa oh Neelofa...

Cantik tak Neelofa dengan persalinan ala2 Saloma?
...ramai orang bercerita mengenai dara cantik ini, biasalah 'bunga' baru pasti menjadi sebutan ramai. Dan Jelita tak ketinggalan mengabadikan wajah pujaan ramai ini di muka depan Jelita. Dengan persalinan gaya lama yg diberi nafas baru, Neelofa nampak begitu menonjol. Nak tahu apa cerita yg dikongsikan Neelofa, kenalah beli Majalah Jelita edisi Mac 2012. Murah jek, RM7. Beli jgn tak beli, sebab Neelofa mmg tgh hangat di pasaran. Jom beli!!!
Bulan ni jd penyelaras fesyen pengantin hehehehe, bulan depan fesyen lain pulak ;-)
Rencana pengakuan yg aku tulis.
Antara rencana mengenai hubungan suami isteri yg aku tulis.

Rindu serindu rindunya... ;-(

...mood aku skrg adalah...tgh rindu sgt kat kengkawan yg ada dlm gambar di bawah ni. Aceli kurang sorang lg dlm gambar ni, pose sama tp mesti ada sorang yg xde sebab jd tukang snap. Kengkawan, di mana pun kalian berada, rinduku sentiasa bersama kalin-insyaAllah.
Kak Zeda, Wawa, Azie, Kak Emma n Ila (tiada dlm gambar cuz jd tukang snap)

Thursday, February 23, 2012

Al-Fatehah semoga rohmu dicucuri rahmat Faris Nur Daniel

Tabahlah ibu, redhalah atas pemergian anakmu ini. Kredit gambar-Shamrulismawi Abah BlackPearl
Innalillah hiwa ina hiroji'un... Dari kejauhan ini, hanya salam takziah sj yg mampu saya hulurkan buat sahabat, Shamrulismawi Abah BlackPearl, isteri dan ahli keluarganya atas pemergian anakanda tercinta; Faris Nur Daniel pada pagi tadi. Ketentuan Allah mengatasi segalanya. Redha dan tabahlah atas ujian ini kerana, sesungguhnya tiada yg kekal bersama kita di dunia ini. Ada yg diberiNya, ada yg diambilNya semula.

Al-Fatehah buat roh anakanda Faris Nur Daniel ...semoga syurga tempatmu syg

Al-Fatehah Faris Nur Daniel. Semoga syurga tempatmu syg...

Keadaan Faris ketika bertarung dgn maut-kredit gambar drpd muka buku Shamrulismawi Abah BlackPearl
...sayu, itu yg aku rasa ketika ini apabila bgn drpd tido dan mendapat perkhabaran perginya Faris Nur Daniel (anak sahabat aku, Abah @ Shamrulismawi Abah BlackPearl,).


Kau pergi jua Faris-semoga tenangmu di sana. Kredit gambar drpd muka buku Shamrulismawi Abah BlackPearl
...23 hari aku x pernah lepas mengikuti perkembangan Faris di 'muka buku' Abah. Dari kejauhan, hanya doa yg mampu aku titipkan utk anak kecil itu. Dan hari ini, Faris akhirnya pergi kepada penciptaNya. Sesedih mana yg aku rasai skrg, pastinya Abah sekeluarga lebih2 sedih lg. Faris yg comel, ceria kini pergi buat selama-lamanya.


Kasihnya ibu hingga ke akhir hayat Faris, setia di sisi tanpa jemu. Namun Dia lebih menyayangi Faris. Kredit gambar drpd muka buku Shamrulismawi Abah BlackPearl
...Al-Fatehah, insyaAllah syurgalah tempatmu Faris. Menunggu saat dtgnya kedua ibu bapamu kelak. Damailah di sana. Maaf syg krn tak dpt melihatmu hingga saat2 terakhir nadimu berdenyut. Namun percayalah, selama 23 hari itu doaku utkmu tak pernah putus syg. (Utk rekod: Faris Nur Daniel  dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH @ barah darah dan dirawat di Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center) meninggal dunia kira-kira jam 10.18 pagi tadi).

Sunday, February 19, 2012

Faris Nur Daniel, bertahanlah syg

Faris, Faris mesti kuat syg. Semua org syg Faris. Mahu lihat Faris kembali senyum syg-kredit gambar drpd muka buku Shamrulismawi Abah BlackPearl
Senyum kembali begini Faris. Bertahan ye syg...tolong la Ya Allah, Engkau kasihanilah anak kecil ini dan berilah kesembuhan kepadanya Ya Allah. Kredit gambar drpd muka buku Shamrulismawi Abah BlackPearl
...aku secara peribadi sgt2 ingin melihat anak kepada teman aku ini sihat seperti sedia kala. Justeru, jika tidak keberatan mohon doa tulus ikhlas drpd semua teman2 di FB utk turut mendoakan kesembuhan anak ini. Malah, bantuan kewangan utk kos rawatan Faris juga dialu-alukan (blh rujuk coretan Faris dihttp://www.mazidulakmal.com/2012/02/mata-faris-terbuka-tetapi.html?m=1)

Saturday, February 18, 2012

Semoga Faris Nur Daniel cepat sembuh

...walaupun ada dikalangan kalian yg tak mengenali anak teman aku ni, namun aku dgn rendah hati memohon doa yg tulus ikhlas drpd semua rakan2 di FB ini-doakan yg terbaik utk adik Faris. Semoga Allah meringankan kesakitan yg ditanggungnya begitu juga kesedihan ahli keluarga Faris. Al-Fatihah, semoga Faris sembuh dan dpt tersenyum kembali seperti sedia kala. Amin.
* Utk rekod: Faris Nur Daniel  dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH @ barah darah dan dirawat di Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center).
Infro drpd muka buku Abah @ Shamrulismawi Abah BlackPearl :
Ramai yang bertanyakan keadaan terkini faris...
Dia masih kritikal dgn 100% ban...tuan oksigen. Mengikut kata doktor, hatinya agak membengkak & paru2 sudah kurang memberikan reaksi....
Kaki & muka faris kelihatan agak kembang. Rambut juga telah mula gugur...
Pohon rakan2 sekalian terus terusan mendoakan supaya penyakit yg dihidapinya hilang & cepat sembuh...
Seluruh ahli keluarga saya dari Penang juga sudah sampai disini...
See More
 

Saturday, February 4, 2012

Entah kenapa???

...hari ini, sebaik sj sedar drpd tido aku memikirkan soal berhenti kerja (bukan berhenti drpd bekerja, selagi bernyawa kena bekerja bukan!). Lepas solat Subuh pun masih memikirkan hal sama (padahal waktu merebahkan kepala di bantal x fikir langsung soal nk berhenti or apa, cuma pk apa nk buat pg esoknya).

...iya, entah kenapa hari ini atau dlm erti kata lebih tepat, sepanjang hari aku memikirkan soal berhenti kerja dgn serius sekali. Turut difikirkan juga apa nk buat lepas berhenti kerja? Nak dptkan duit utk langsaikan loan kereta, rumah dan tanggungjawab kepada Ma dari mana? Sampai sakit kepala lastnya migraine menyerang...hahahhahaa...parah bila migraine tangkap kepala, apa pun x boleh!

...yg segera melintas difikiran aku skrg adalah proses merealisasikan impian aku utk ada kopitiam sendiri, biar kecil dan sederhana tp mampu aku 'wujudkan' sendiri. Lalu, aku congak2 simpanan yg ada, belum utk smpi peringkat mencukupi...jauh sgt lg!

Dah lama berhajat nak beli mixer ni, akhirnya dpt dh dok menjanda kat tepi dapur...bila dah ada telan byk2 pulak vitamin M tuh. Hai lah Anis, bila la nk insaf ni!
...sumpah, i luv baking. Membaking buat aku 'hidup', hati bernyanyi riang walau belum tentu ada yg mencicipnya berkata "...ummmmh sedapnya!" Aku membaking sedari 0, tiada peralatan yg lengkap...main redah dan hentam sj, hinggalah secara bertahap aku mampu beli apa yg perlu. Alhamdulillah, peralatan membaking hampir2 lengkap keseluruhannya (sekurang2nya bg aku la). Cuma belum berkemampuan membeli oven berkapasiti selayaknya digunakan apabila dpt tempahan luar jangkaan.

...pun aku sgt2 hepi, sebab aku sedang melakukan apa yg sgt2 aku minati. Tapi, sebenar2nya, aku bukanlah minat memasak sgt...sgt pemalas sebenarnya! Herannya, entah kenapa tiba2 minat membaking...memasak... dan mencuba pelbagai resipi yg dikutip di laman sesawang. Ye, aku suka proses D.I.Y...bukan tak minat join kelas memasak or membaking. Tp, sumpah aku malas belajar kalau groupnya ramai2. Nanti aku x fokus...biasanya ke laut terjunnya kepala otak aku time tu. Hahahahaha...itulah kelemahan aku!

Nanti kena tambah rak buku, semlm baru beli 2 buku pasal baking. Aku yg giler buku hahahaha!
...buku pasal baking jgn ckp...berlambak2, pantang jumpa mesti beli. Kalau dh suka satu2 buku tu, aku sanggup ingat perut. Kumpul buku pasal masak, sama seronoknya dgn kumpul novel. Kalau disusun, sama tinggi je hahahaha.

Otak tgh jahat, beliau menghasut aku beli oven ni pulak...ayooooo!
...ok berhenti kerja, kenapa aku nk berhenti kerja? Stress! Sumpah, mmg aku minat gila line yg aku sertai sekarang. Walaupun x pernah mimpi membabitkan diri dalam bidang penulisan a.k.a wartawan, tp aku syg...syg sgt2 bidang kerjaya yg menemukan aku dgn pelbagai pengalaman...suka duka...pahit manis semuanya aku dpt. Jadi kenapa aku gatal nk berhenti kerja? Stress! Sumpah, stressnya sampai aku rasa mcm nk muntah kaler hijau!!!

...aceli byk yg aku nk kongsikan kat sini, tp kepala otak aku skrg tgk sibuk suruh baking sesuatu. Btw, td aku ada tgk resipi pau sambal udang. Nampak senang dan sedap...so teringin nk try. Apa kata aku stop merepek sampai takat ni dulu. Nanti aku sambung merepek lg sampai korang pulak yg muntah kaler hijau-pink hahahahaha ;-P

Wednesday, February 1, 2012

The making of...cover Jelita Februari 2012


Bersama Wilma yg sgt2 sporting n sweet
...cukup lama tidak bertemu mata dengan pelakon dan model cantik ini. Kali terakhir bertemunya, sekitar tahun 2001. Ketika itu nama Wilma Muhammad berada di kemuncak terutama apabila dia memegang watak utama untuk filem Ghazah Untuk Rabiah serta watak pembantu dalam filem Pasrah lakonan Norman Hakim dan Erra Fazira.

Agak mengejutkan apabila mendengar khabar Wilma kembali mewarnai dunia hiburan setelah 11 tahun menyepikan. Teruja untuk mendengar sendiri khabar itu, lantas aku mengundang wanita ini ke studio Jelita.

Sesi bergambar bersama editor, makeup artis, penaja busana & semestinya Wilma Muhammad
Tepat waktu dijanjikan, wanita tinggi lampai ini muncul dengan gaya serba polos. Tanpa secalit mekap mewarnai wajah, Wilma masih jelita pada usia 38. Penampilannya juga masih santai, sama seperti dulu. Langsing dan kelihatan masih ‘bergetah’. Bukan itu sahaja, auranya ketika beraksi di depan kamera masih menarik dan mengkagumkan. Spontan, lincah dan fotogenik!

Bertemakan cinta dan kasih sayang, Wilma berkongsi cerita  mengenai kisah hidupnya setelah kematian suami tercinta, juruterbang Firefly, Mahir Effendi Mahmud, 37, akibat serangan jantung pada 27 Januari 2011. Nak tahu perkembangan terbaru Wilma? Boleh! Jangan lupa dptkan Majalah Jelita edisi Februari 2012. Di dalamnya aku muatk catatan temubual bersama aktres kelahiran Lahad Datu, Sabah ini pada awal Disember 2011.

Wilma Muhammad sebagai Penghias Muka Depan Jelita
Petikan temubual aku bersama Wilma Muhammad: 
"Ya, saya akui selepas suami meninggal, memang sukar untuk saya mencari kekuatan, teutama bangun dan meneruskan kehidupan bersama anak-anak saya. Namun selepas mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan, saya kuatkan semangat untuk keluar mencari kerja tetap.
"Sebenarnya, sewaktu arwah masih ada saya melakukan pernigaan kecil-kecilan. Tapi, tak cukup untuk bergantung sepenuhnya pada sumber itu. Jadi, itu saya mengambil keputusan bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran di sebuah syarikat swasta di ibu kota.
Mengenai anak pula, apa pun yang berlaku saya akan pastikan mereka dijaga dengan rapi dan mendapat keperluan yang cukup daripada saya. Jadi mungkin saya akan berfikir untuk terus berlakon selepas ini jika filem pertama berjalan seperti yang dirancangkan, InsyaAllah."