.

Friday, November 9, 2012

7 keluhan lelaki mengenai seks...

...dah baca Majalah Jelita edisi November? Kepada yg dah baca, terima kasih. So, dgn baik hatinya aku nak post petikan rencana yg ditulis dalam majalah bertajuk '7 keluhan lelaki mengenai seks'. Aku boleh post separuh je ye, utk baca artikel penuh kena la beli dan baca Majalah Jelita

Petikan daripada ruangan Suami Isteri:
NORMAN merenung dirinya di depan cermin, perutnya yang mula ‘menggunung’ itu diusap perlahan. Kemudian dia mengeluh, berat desahan nafasnya. Dia melihat ke arah isterinya yang nyenyak tidur di atas tilam empuk, mungkin sedang dibuai mimpi. Sekali lagi dia mengeluh, “Malam minggu yang membosankan.” Begitu keluhnya di dalam hati.
Kehidupan seks pasangan suami isteri tidak selalunya indah dan berjalan sesuai yang diinginkan. Berikut ini beberapa keluhan kaum lelaki mengenai seks yang membuat mereka sering tidak tidur lena,  antaranya:
1. Ejakulasi awal
Menurut beberapa kajian, lebih 60 peratus kes lelaki menghadapi masalah ejakulasi awal khususnya di bawah usia 40 tahun. Ejakulasi awal ini boleh terjadi kerana dua faktor, kebiasaan melakukan onani dan serotonin dalam tubuh menurun kerana faktor usia.

2. Nafsu besar, kurang tenaga
Masalah seks yang juga dominan di dalam dunia lelaki adalah nafsu besar, tetapi kurang tenaga. Walaupun ghairah meluap-luap, alat kelaminnya masih ‘tidur’. Ini mungkin disebabkan individu itu baru sahaja makan (selepas makan, bekalan darah di bahagian alat kelamin berkurangan perlu  mencerna makanan).
Justeru, alat kelamin sukar memberi tindak balas. Jadi, jika mahu bersama pasangan, lelaki memerlukan sekurang-kurangnya dua jam waktu rehat selepas makan. Selain itu,  faktor kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan pembedahan daerah pinggul juga boleh menjadi punca masalah ini

3. Alat kelamin mengecil?
Ada segelintir lelaki yang mengeluh kerana berasa alat kelaminnya mengecil. Benarkah hal itu boleh terjadi? Perut yang membesar (buncit), membuat alat kelamin kelihatan mengecil. Justeru, sebaiknya jangan biarkan perut anda buncit. Selain itu, kegemukan juga boleh menyebabkan pengeluaran hormon testosteron menurun hingga membuat ghairah seks menurun atau tindak balas tidak dapat bertahan lama.

4. Mual waktu pagi
Masalah seks yang biasa dialami lelaki adalah alat kelamin mereka tidak  bertindak balas waktu pagi. Secara semula jadi, setelah semalaman berehat, hormon testosteron akan meningkat pada waktu pagi. Jadi, jika masalah ini terjadi, anda perlu segera mendapatkan nasihat dan rawatan.

*p/s:..utk tip 5-7, sila baca Jelita ok. Tqvm semua *_^

Jelita November 2012



No comments: