.

Thursday, February 28, 2013

Apabila writer masuk 'lubuk' buku...











... maka inilah kejadiannya, tamak dan gelojoh hahahaha-A.AK ^_^


Wednesday, February 27, 2013

Nabila tak mahu hipokrit...

Nabila sentiasa optimis...
...selain Shahz Jazle, aku juga sempat interview pelakon berbakat, Nabila Huda. Memandangkan dah ada depan mata, aku pun

'panjangkan' beberapa soalan yg selalu sgt kawan2 tanya pasal diri dia terutama penampilannya yang dikatakan seksi terutama di

media sosial.

...kata Nabila atau mesra disapa Abil mengenai gambar-gambar yg di muat naik di laman sosial termasuk Instagram miliknya sekadar

nak berkongsi kegiatan dia dan bukan mahu menimbulkan sebarang kontroversi.Tegas 'Mama Hot' ni lagi, kebanyakan gammbar yang

dikongsikan di dalam laman sosial tu berkisarkan tempat-tempat menarik yang dikunjungi waktu penggambaran dan bercuti.

"Mungkin di dalam gambar itu pakaian saya sedikit seksi, tapi bukan itu yang saya nak tunjukkan kepada umum cuma mahu berkongsi gambar pemandangan dan latar belakang menarik di dalam gambar itu. Jadi, janganlah mudah menilai saya hanya dengan gambar-gambar di dalam laman sosial.Saya tak mahu hipokrit kerana itu kehidupan saya. Terus-terang, saya tak mahu ambil kisah sangat pasal cemuhan masyarakat," kata anak kepada penyanyi Amy (Search) ni, optimis.

... tegasnya lagi, apa-apa juga kontroversi atau isu yang ditimbulkan mengenai dirinya tidak dikaitkan dengan keluarga.Dia telah dewasa dan bertanggungjawab sepenuhnya pada diri sendiri.

"Tak perlu membabitkan ayah kerana saya sudah besar, lagi pun dia sudah tua dan saya tak mahu dia risau. Jadi, apa-apa juga masalah saya, biar saya bertanggungjawab."

Shahz Jazle tangguh kahwin

Shahz Jaszle hormat keputusan keluarga tunang...
... jam 3 petang tadi, aku sempat temu bula Shahz Jaszle kat majlis minum petang anjuran Rafflesia di Hotel Park Royal, bersempena meraikannya dan beberapa pelakon lain yang dicalonkan sebagai pelakon Harapan Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25). Ok kat bawah ni, aku buat skit laporan bentuk berita ye. Asyik biar korang baca versi 'bahasa pasar' je, hari ni kita ubah 'angin' skit eh. Enjoy ^_^

Tunggu bakal isteri habis belajar
Pelakon Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Shahrizal Jaszle, 25, terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Redzwani Puteri,25, hingga tahun 2015.

Kata Shahz, penangguhan itu berikutan permintaan dua ibu bapa Redwani yang mahu bakal isterinya itu menamatkan pengajian terlebih dahulu.

" Insya-Allah dua tahun lagi (bernikah). Memang pada awalnya kami mahu berkahwin awal, tapi sebagai anak, kami hormat keputusan keluarga demi kebaikan bersama," kata Shahrizal atau lebih mesra dipanggil Shahz, menafikan dakwaan bakal menamatkan zaman bujang tahun ini.

Walaupun perkahwinan mereka dua tahun lagi, tetapi pasangan ini telah membuat sedikit sebanyak persiapan untuk majlis itu. Kata Shahz, tema perkahwinan di dalam taman menjadi pilihan mereka.

"Saya memang impikan tema perkahwinan di dalam taman, dan dia (Redzwani) setuju. Saya juga sudah buat beberapa persiapan termasuk lokasi perkahwinan kami nanti iaitu di Hulu Langat," ujarnya yang mengakui jarang bertemu tunangnya itu kerana kesibukan masing-masing.

"Dia sibuk dengan pengajian dan jadual saya pula padat dengan penggambaran, walaupun jarang bertemu tapi kami kerap berhubung melalui telefon."


Sewaktu sesi interview bersama Shahz & Redzwani

Redzwani Puteri selesaikan pengajian sebelum menjadi isteri Shahz

Ost Rindu Bertamu Di Abu Dhabi rancak bersiaran di kata TV ketika ini ^_^

Monday, February 25, 2013

Cara mudah convert bahan baking...(Instant Cooking Units Converter)

...tadi ada org pm aku kat Fb, tanya mcm mana nak convert bahan daripada sukatan cawan ke gram atau liter. Er...aceli aku mmg suka sgt sukat bahan guna cawan, ala2 style org lama dulo2. Ma Tok dan Ma aku mmg suka bahan guna cawan je, senang. Tapi bagi yg lebih selesa menggunakan sukatan gram/liter bagai tu bole cuma lawat laman sesawang di sini. Hope bole membantu ye kepada yg bertanya tu ^_^ dan selamat mencuba resipi Banana Choc Moist Cake yg gua tempek petang tadi. Adios.
Ini rupa laman sesawang yg aku bg link tu, rajin2 la godek ye. Happy baking time uolls ^_^

Semerbak baumu wahai Kek Pisang ^_^....

...hari ni aku bercuti, ada temu janji perubatan. Hish tak ada la serius sgt, cuma pergi mencuba rawatan Akupuntur. Itu pun atas desakan kengkawan yg dah bosan dgr rungutan aku yg acap kali migraine. Migraine bukan calang-calang, selagi tak muntah hijau, tahan sakit kepala sampai berguling2 atas lantai...memang tak sah.

...memandangkan hari ni Isnin, jadi ramai org di tempat rawatan dan aku pulak terdatang lambat. Hmmm...apa nak buat tunggu je la dgn tabahnya ^_^. Selepas selesai rawatan, terus balik rumah. Mengantuknya Tuhan saja yang tahu. So lepas solat Zohor, hajat hati nak lelapkan mata sejam-dua, tapi nan ado!

...bukan main bulat lagi biji mata ni. Hamboi...tadi bukan main menguap mcm anak badak (anak badak pun takut tgk aku menguap agaknya). Dek kerana tak boleh tido, aku pun masuk dapur (aktiviti biasa bila bosan...cari makanan!). Hmmm...nak makan nasi malas, bukak peti ais nampak pisang yang dah 'lemau'. Mulanya nak buat Jemput-Jemput Pisang, tapi bertukar menjadi Kek Pisang.

... so, di -Dapur Anis- dengan gigihnya aku menggodek bahan2 buat Kek Pisang versi Moist. Sedap ooo...maklumlah sendiri buat 'kan, kalau sendiri tak puji sapa lagi la yg nak puji 'kan. Skrg ni aku tgh tunggu adunan kek masak. Dah 41 minit, belum masak sepenuhnya. So, buat sementara ni aku tayang versi The Making-Banana Cake dulu ye. Bila dah masak keknya aku updat.

...eh, jap2...oven dah bunyi. Maknanya Banana Moist Cake aku sudah masakkk! Huhuhu...jap p tgk sat apa rupanya. Ahah...kalernya sgt la menarik, huhu boleh tempek kat sini *_*
Kali pertama cuba rawatan Akupuntur-xde la sakit mcm yg digebangkan kengkawan aku tu. Hish...ok je, cuma ngeri skit bila tgk kat badan, leher, dahi dan bahu ada byk jarum. *PENGSAN*!!!

Dapur Anis...^_^

The Making...Banana Cake Moist

Inilah rupa Banana Moist Cake. Now nak belasah dgn air sirap huhuhu *_*

Resipinya untuk Banana Moist Cake mudah saja:
Bahan:

1 cawan pisang lenyek
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk soda (bikarbonat)
1 cawan gula
1 cawan mentega
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Sedikit perasa pisang-tak nak bubuh pun ok jek
Sedikit choc rice-kalau suka & tak bubuh pun ok jek uolls

Cara buat:
1. Pukul telur bersama esen vanila mentega dan gula sampai kembang.
2. Masukkan tepung, serbuk penaik dan serbuk soda. Pukul lagi sehingga sebati.
3. Akhir sekali bubuh pisang dan choc rice.
4. Tuang adunan dalam loyang dan bakar sehingga masak pada suhu 170 darjah celcius (yg ni ikut suhu oven masing2 la ye.





Sunday, February 24, 2013

Dapur Anis...silakan ^_^...

... selepas bosan menadah telinga mendengar bebelan kengkawan yg 'kononnya' kagum' &'teruja' dgn kepakaran aku 'menderhaka' pada resipi asal, akhirnya hasil air tanganku kini ada label rasmi 'DAPUR ANIS'.

... seharian ni aku gigih mengadap AI semata2 nak realisasikan semangat kengkawan yg x jemu2 bagi sokongan. Terima kasih buat kalian semua (terutama pakar kritik paling kejam-Babun, Pok Nik, Si Jeng, Liza, Amoi-hari ni dia tunang ^_^, Suri, Melati, Dieha, Kak Har, Poji, Kemeh, Selipar Jepun, Buluh Patah, Tong Kosong &Shida Bulat), budi baik kalian tak akan aku lupa sampai bila2. Neh...hasilnya, hope korang puas hati.

...oklah, memandangkan mata aku ni dah berpasir, apakata uolls layan label sulung aku ni dulu eh. Esok2 aku merepek di sini lagi. Adios ^_^

Aceli, label sulung ni ada byk versi & warna. Nanti aku post yg lain ye (bila2 aku free & syok sendiri pasal label neh ^_^)

Saturday, February 23, 2013

Lemak Kuning Ayam Dengan Batang Keladi...

... hari ni pagi2 dah bgn masak, sebab tgh hari ada job 'metik-memetik' hihihi. Lepas sidai kain yg dicuci malam td (sengaja biarkan semalaman, kasi toskan airnya), terus berperang kat dapur. Mula2 garu kepala x tau nak masak apa, nasib baik teringat ada beli batang keladi 2 hari lepas. Terus bukak box sayur, Alhamdulillah keadaannya masih elok-boleh makan la ^_^. Akhirnya dapat idea masak Lemak Kuning Ayam Dengan Batang Keladi. Aceli tak pernah masak lauk ni, tapi apa salahnya try kan.

... resipi gulai ni ringkas je, ayam (potong kecil2), batang keladi (kerat pendek2, rebus sekejap dan toskan airnya), bawang merah (3/4 biji), cili padi (secukup pedas *_*), kunyit hidup (aku x minat guna kunyit serbuk kalau nak buat gulai, tak 'mari' rasanya), serai dititik (2 btg sudah), santan (cukupnya), asam gelugor (2 keping dah ler, kang masam lak), garam (ikut cita rasa).

... lepas setengah jam, siap 1 hidangan. Lepas tu aku goreng ikan kayu (tongkol) (yg awal2 dah dikerat2) 2 ketul, siapkan 1 jug air teh o ais-simpan dlm peti sejuk ^_^, goreng ikan masin 4 keping. Lepas siap masak, kemas rumah dan mandi.

... 1.30pm, keluar mencari nafkah yg HALAL! Huh, walaupun penat tapi berbaloi dgn upahnya. Jam 4.00pm selesai kerjaan, aku melencong ke KL. Hari ni sabtu, ada pasar malam kat Jalan TAR. Teringin lak cari novel, tudung baru sehelai dua dan pekena Rojak Singapore. Syukur, hajat dpt dipenuhi. Cuma novel yg dicari je x jumpa 0_0.

... 7.30pm, lepas solat kat Masjid Jamek teruk balik. Badan dah lesu dan lemau, baru teringat belum mkn tgh hari. Tapi perut kenyang sebab td makan Rojak yg sedap tu, cuma mungkin perut masuk angin lambat mkn. Ok la, nanti2 sambung lagi ye.

Lemak Kuning Ayam Dengan Batang Keladi


Rojak Singapore ^_^


Bahaya nikah kat luar negara...

...malas cerita pjg2, korang baca je la petikan daripada Mstaronline ni eh. Moralnya, kalau nak menikah tu ikutlah saluran yg ditetapkan. Jgn buat ikut pandai sendiri, nanti terjadi la mcm 'drama' ni. Semua ni tidak akan terjadi kalau daripada awal lagi semua ikut 'jln betul'. Sekarang ni, tunggu je la bukti yg mengesahkan bekas tunang Fizz tu betul2 dah berstatus isteri orang. Sementara tu, layan kan jer la 'drama' neh 0_0




Friday, February 22, 2013

Majalah Jelita Mac 2013

Jelita terbaru, Mac 2013. Tapi tak sure sudah berada di pasaran atau belum. Pengisiannya nanti aku update ye ^_^

Sweetnya Datuk Siti Nurhaliza sejak berhijab...

...siapa setuju tajuk kat atas ni, angkat tangan! Hehehe...cuba tgk betul2, sejak berhijab ala2 Hana Tajima ni Datuk Siti Nurhaliza sweet sangat dan paling penting, nampak lebih muda. Betul tak? betul...betul...betul (mood: Upin & Ipin).

... sejak dia berhijab, aku belum berkesempatan jumpa dia lagi. Sekadar tgk penampilan barunya dalam Instagram dan Internet je la. Misalnya mcm gambar di bawah ni, walaupun muka Siti nampak mcm berisi (tembam) sikit, tapi dia still sweet kan. Alhamdulillah, berkat bertudungkan. Hope lepas ni lebih ramai artis/selebriti bertudung. Aamin ^_^

Gambar: Google

Thursday, February 21, 2013

Sambal Tumis Daging Segar & Lempeng Pisang Bakar...

... hari ni balik kerja terpaksa redah jem. Dah le pagi tadi aku bangun awal sebab ada fashion shoot kat studio, memang penat satu badan. Rupanya punca jem sebab Jalan Tun Razak dilanda banjir kilat, so aku terpaksa cari jln supaya tak terus menjadi mangsa yg 'tersumbat' dalam 'lautan' kereta sepanjang Jalan Mahameru menghala ke Jalan Pahang.

... so nak tak nak, aku terpaksa melencong ke pusat bandar. Ye masuk KL uolls, hope pilihan aku tepat la ye. Alhamdulillah, jalan sekitar KL stabil bole layan la. Dek kerana melalui Kg Baru, aku pun gatal kaki singgah jap. Niat nak beli Laksam (sebab lama giler x mkn), sayangnya kedai tutup lak. Jln punya jln, jumpa org jual Lempeng Pisang Bakar. Terus cari parking, jln kaki patah balik ke gerai tu.

...semerbak bau wanginya, terus rembat 3 keping (sekeping RM1.50). Sambil jalan aku dah x sabar nak ngap lempeng tu, tapi tahan diri daripada buat perangai tak senonoh mkn sambil berjalan. Masuk je dalam perut kereta, terus selongkar plastik bag. Ngap...ngap...ngap! Huh! Nikmatnya dapat makan Lempeng Pisang Bakar panas-panas.Lepas sebat 2 keping, baru gerak balik rumah.

...sampai area rumah singgah lak kat Pasar Malam Taman Melawati, ingatkan dah habis sebab sampai dekat2 jam 9.30mlm. Tak ada la nak beli apa-apa sangat, cuma nak beli daging barang sekilo jek. Tetiba teringin nak makan Sambal Tumis Daging (asyik bikin sambal udang, sotong, bilis, telur, ikan...nak gak tukar selera kan ^_^).

...Alhamdulillah, penjual daging masih beroperasi. Aku rembat 1kg daging (lepas cubit2 isi daging tu, lembut memang sesuai utk buat sambal. Kalau keras kang kena balik kat dinding uolls). Lepas beli daging, mcm biasa cuci mata tgk ikan, sayur dan buah. Tapi, xde yg berkenan dan teringin nak beli. So, balik awal la hehehe.

...sampai rumah, 'cabut' tudung, mandi...solat dan terus masuk dapur. Time ni memang seronok, walaupun penat tapi puas hati sebab masak sendiri apa-apa yg tekak teringin nak mkn. Hmmm...tak sampai 1 jam, sambal Tumis Daging pun siap. Huh...tak sabarnya nak melantak...hahahaha! Ok la uolls, layan gambar mcm biasa eh...esok kita sambung lagi bab lain pulak ^_^

Sambal Tumis Daging...meriah biji cili uolls...*PENGSAN*!!!

Sedapnya Lempeng Pisang Bakar ni tahap nak tumbuk dinding rasanya *_*

Nafi status isteri, bengang Fizz Fairuz putus pertunangan...

... wa la wey, nampaknya tak habis lagi 'drama' yg membabitkan Fizz Fairuz dan 'tunang'nya. Terbaru, 'si tunang' tak mengakui dia sudah kahwin dan isteri kedua pulak tu. Ayooo... makin berbelit-belit jadinya. Hmmm... kita tak payah sibuk nak jd 'hakim' ok, kalau korang minat just follow je berita selanjutnya mcm dlm petikan di bawah ni. Aku petik daripada Gua.com.my. ^_^


  
*p/s: Agak2nya apalah kesudahan 'drama' ni, jgn la pjg sgt episodnya ye ^_0

Wednesday, February 20, 2013

Alahai Fizz Fairuz oi...

..."Tunang Fizz Fairuz isteri orang". Oh la la, letih baca cerita cinta mamat sorang ni. Mcm2 versi ada dan yg terkini, kononnya terbertunang dengan isteri org lak! Apa certa ni yeop??? Dah la xde angin, xde ribut tetiba hujan lebat...la ni dok banjir besar lak. Apa kes der???

... memandangkan aku x berkesempatan interview sendiri mamat ni, jom sama2 kita baca petikan daripada Mstaronline. Baca la korang, betapa 'feningnya' kisah 'cinta' mamat ni. Mula2 isu x tahu bila nk melamar aweknya, Almy Nadia. Tup2, keluar cerita dah bertunang pulak (itu pun gigih sorok daripada media). Last2, keluar cerita bertunang dengan isteri org dan kononnya kena sihir. Hayok...mana satu ni der???



Tuesday, February 19, 2013

Terima pasanganmu seadanya...

... aku nak sharing artikel yg pernah aku tulis di dalam Majalah Jelita. Mungkin bermanfaat utk kita jadikan panduan ^_^. Jom baca eh, ini kredit utk Majalah Jelita ok.

                                                                  ***
Gambar: Google.
AWAL perkahwinan semua indah belaka, saling sayang menyayangi dan sangat romantik. “Saat-saat indah itu sudah berlalu, sekarang Bariah* selalu sibuk. Apabila di rumah, dia membentak-bentak saya seperti pekerjanya. Saya sedar, kerjaya saya tidak hebat berbanding dia namun saya suaminya,’ luah Mazlan*.

Malam itu dia bertengkar dengan Bariah, dan amarah mencapai puncaknya. “Memang gaji saya tidak besar dan semua barang dalam rumah ini kebanyakannya awak yang beli. Tetapi itu tidak bermakna awak boleh meninggikan suara kepada saya,’ itulah kata yang keluar daripada mulut Mazlan.

“Saya penat bekerja, banyak urusan penting di pejabat perlu saya selesaikan. Awak pula lebih banyak masa di rumah, jadi apa salahnya pantau keadaan anak jangan asyik goyang kaki sahaja,” ujar Bariah dengan nada keras.

Kata-kata itu cukup menghiris perasaan Mazlan, dia berasa tercabar dan diperlekeh orang yang dicintainya. Perasaan marah dan terhina menguasai jiwa apabila kekurangannya dibangkitkan, sedangkan sebelum mengambil keputusan berkahwin dulu wanita itu berjanji menerima dia seadanya. Kebahagiaan dan ketenangan dalam rumahtangga mereka bagaikan lenyap entah ke mana.

Keadaan ini antara masalah yang sering timbul membabitkan pasangan suami isteri yang berbeza taraf hidup. Ketika bercinta pasangan berjanji sehidup semati dan sanggup berkorban apa sahaja. Malangnya selepas berkahwin salah seorang daripada mereka mula mempersoalkan kekurangan atau kelebihan pasangan. Mengapa keadaan ini berlaku?


Saturday, February 16, 2013

Konsert Anuar Zain 3 Dekad...Auranya luar biasa




Layan...berbaloi...puas hati

Penuh stadium

Ini gambar Google.Com

Hehehehe...
Berbaloi kerja mlm minggu uolls

...akhirnya Konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta &Sanubari bertemu peminat setianya dia Stadium Malawati, Shah Alam. Selain cover konsert utk bahan berita, aku sendiri mmg teruja nak tgk x-factor jejaka idaman Malaya nih.

...serius, konsert ni mmg kena bagi 5 bintang (*). Sepanjang 2 jam persembahan. Bagi aku (secara peribadinya) konsert ni lengkap hampir kerana setiap aspek cukup teliti termasuk vokal, susunan muzik, rekaan pentas dan pencahayaan.

... lebih penting, suara Anuar tak pancit langsung dan pastinya yg paling diingati peminat 'aksi romantis & nakal' nya menarik perhatian penonton. Sorakan dan jeritan kuat penonton mengisi segenap ruang stadium setiap kali Anuar mengusik dgn gurauan dan telatahnya. Pendek kata, penyanyi popular ni berjaya memukau lebih enam ribu (kalau x silap la) penontonnya.

... Anuar buka tirai konsert jam 9 malam menerusi lagu I'm The Lucky One dengan iringan 26 pemuzik bersama empat penyanyi latar. Seterusnya, Bila Resah yg mendapat sentuhan baharu di bawah pimpinan Mac Chew.

... selain lagu rancak Selamat Pagi Sang Suria,  Anuar menghiburkan peminatnya dengan lagu popular termasuk Jangan Bersedih Lagi, Mungkin, Keabadian Cinta, Kau Bunga Cintaku, Ajari Aku, Perpisahan, Ku Hanya Milikmu, Ketulusan Hati, Bidadari, Semua Untukmu, Kain Pelikat, Teman Terulung dan Lelaki Ini.

... bukan saja kemunculan Nora Danish di pentas (yg disambut Anuar dgn penuh mesra dan romantis) suasana stadium gamat apabila Anuar mendendangkan lagu Cinta Tak Harus Memiliki bersama tiga penyanyi wanita Adibah Noor, Dina Nadzir dan Elvira sebagai penyanyi iringannya. Lebih menarik lagi, klip video lagu terbaharu berjudul Sempurnakan Aku buat julung kali di hadapan khalayak.

...  bukan hanya kekuatan vokalnya yg konsisten dan lantang, malah persembahan Anuar juga berlatarkan paparan visual menarik pada setiap lagu dan pencahayaan berwarna-warni.

... 2 jam bagaikan tak terasa, sedar2 Anuar melabuhkan tirai persembahan dengan lagu tema filem Hikayat Merong Mahawangsa, Sedetik Lebih.

... selain penonton, kedua ibu bapa Anuar, kakaknya penyanyi Ziana Zain dan rakan artis lain seperti fara Fauzana, Hafiz, Fazli Zainal dan Datuk Rahim Razali.

...yg pasti, menonton konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta & Sanubari cukup berbaloi.

Sambal Telur Puyuh in the house...

...layan gambar dulu eh, aku merepek kemudian je. Saja nak bubuh entry je ni... sebab busy nak p assignment Konsert 3 dekat Anuar Zain kat Stadium Melawati, Shah Alam mlm ni (8.30pm). Kepada yg pegi tu, kita jumpa kat sana eh.

Apam balik yg dibeli kat Pasar Tani, Taman Melawati.
Ini lauk, gua yg masak. So simple resipi, Sambal Telur Puyuh superduperspicy ^_^


Thursday, February 14, 2013

Yuna bakal kahwin...?

...tadi dok belek2 Instagram, tgk pereka kecil molek yg tersohor-Hatta Dolmat ada upload gambar seorang jejaka mat salleh berbaju Melayu kaler gold. Eh mcm kenal je muka mat salleh tu. Memandangkan kat gambar tu dia ada tag nama 'model' baju tu, maka aku pun skodeng lagi. Memang tak salah tgk, mat salleh yg dinamakan Hatta sebagai 'western hang tuah' tu adalah jurugambar peribadi Yuna Zarai.

...  di bawah gambar, Hatta tulis "Fitting western Hang Tuah @throughjules (tag nama Jules) sungguh kacak! @kunumzarai (tag nama mak Yuna) ehhe,"

...ok x pk or rasa apa2 lagi, terus belek Insta Hatta. Jumpa pulak gambar Hatta bersama mak Yuna. Aik... biar betul? Hmmm...kedua-dua gambar tu buat tertanya-tanya apa yang berlaku. Tapi ada jumpa respond drpd @kunumzarai tulis: Eh @hattadolmathdc. Semua org dh salah anggap. Ini promosi baju je.

.... wah berita hot ni ^_^ Jom layan gambar.