.

Friday, May 31, 2013

Menunai janji...

Agak kelam-kabut minggu ni. Eh, sebenarnya setiap bulan terutama menjelang dateline sure bekerja macam lipas kudung. Tambah sibuk apabila aku terlanjur berjanji dengan Ila (teman sekerja) yang bakal naik pelamin 1st June 2013 (yup...esok Uolls!!!)

So hari ni, balik daripada collect pakaian untuk shooting fashion esok pagi aku terus bergegas balik rumah. Tepung, butter, telur dan segala bagai semua sedang menunggu tuannya. Huh...mintak nyawa!!!

Berebut dengan masa, bercampur pula dengan stress dan kepenatan memang menguji ketahanan mental. Apa pun, aku cuba buat yang terbaik dan yang penting mesti buat dengan ikhlas. Yup, aku mahu menyediakan kek untuk kawan aku tu dengan sepenuh hati.

Dua jam menggodek di dapur Qalischa Homemade Recipes, akhirnya siap Red Velvet Cupcakes with Cream Cheese seperti mana permintaan Ila. Katanya mahu diletakkan di atas dulang hantaran. Awalnya dia order (maksudnya berbayarlah), tapi aku nak buat sebagai hadiah. So, harap dia sukalah. Deconya simple saja...jemput tengok ye.

Sesi menimbang dan menyukat...
Siap sudah Red Velvet Cupcakes with Creamcheese ^_^

Wednesday, May 29, 2013

Mesej daripada Matluthfi...

*p/s:...Matluthfi ni antara budak zaman la ni yg sangat aku kagum cara pemikirannya, ini juga satu daripada contoh berfikir di luar kotak. Tahniat Mat!

Sunday, May 26, 2013

Qalischa Homemade Recipes Facebook...

Jom Click sini
...yeayy, hari ni baru ada rasa teruja nak setting facebook untuk produk yang saya jual dan buat sendiri terutama makanan. Misalannya, cookies, cake, cupcakes, kuih-muih, lauk dan lain-lain. So kepada yang sudi nak beli, saya dengan besar hati jemput kalian menjenguk 'muka buku' Qalischa Homemad Recipes

... juga kalau ada komen, boleh letak di sana atau kat sini pun ok. Seawalnya, saya ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan kalian atas usaha saya ini.

Saturday, May 25, 2013

Friday, May 24, 2013

Hidup jangan sampai hilang pedoman...

Tolong ye Uolls, walau sedih macam mana pun ujian yang kita hadapi jangan sampai hilang pedoman. Ingat, Allah selalu ada dengan kita. Sabar, terus bersangka baik pada Allah.

Thursday, May 23, 2013

Peria Katak, Kencing manis & Ma...

Sebenarnya, waktu menaip entry ni aku sedang risaukan keadaan kesihatan Ma. Dia ada darah tinggi dan kencing manis, tambah payah sebab dia tak mahu dengar nasihat apabila disuruh berpantang serta jaga pengambilan makanan hariannya.
Ya cukup payah nak nasihatkan Ma, degil dan asyik menjawab aje (tak puas hati aku bebelkan dia hehehe). Kira-kira 30 minit tadi, Ma call beritahu dia baru balik dari klinik sebab tak tahan kakinya gatal dan digaru sampai luka. Memang, setiap kali balik ziarah Ma akan tengok keadaan kakinya. Setiap kali itu juga aku (sambil tahan sebak dan air mata daripada tumpah) akan keluarkan berbakul-bakul nasihat untuk Ma.

Memang saya cukup risau keadaan kesihatan Ma sekarang...sangat-sangat risau. Lalu, aku Google sana sini mencari ubat alternatif untuk penyakit Ma dan aku jumpa tip di bawah. aku sharekan di sini juga untuk perkongsian kita bersama, harapnya bermanfaat.

Info Jus Peria Katak:
Peria katak mempunyai banyak khasiat, bukan sahaja dari segi pemakanan tetapi juga dari segi kesihatan. Oleh itu, bagi sesiapa yang mementingkan kesihatan badan, eloklah selalu amalkan minum jus peria katak ini, sama ada jus peria katak sahaja atau dicampur dengan jus sayuran atau buah-buahan lain yang juga berkhasiat.

Rasa pahitnya banyak manfaat

Baik untuk turunkan kandungan gula dalam darah
Khasiat Pemakanan Peria Katak
* Kandungan kalori yang rendah
* Mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zink, fosforus, manganese, fiber yang sangat tinggi.
* Kaya dengan zat besi.
* Kandungan beta-karotenenya 2 kali ganda daripada yang terdapat dalam brokoli, kalsiumnya 2 kali ganda daripada bayam, potasssiumnya 2 kali ganda daripada pisang.
Khasiat Kesihatan Peria Katak
* Merawat darah tidak sihat, seperti darah bertoksin, dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
* Penyakit taun – Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
* Penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
* Tenaga – Selalu minum jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu.
* Masalah mata – Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.
* Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.
* Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.
* Penyakit Buasir – Buasir boleh dirawat dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk (paste) yang diperbuat daripada akar pokok peria katak pula boleh dibubuh pada buasir supaya lukanya cepat sembuh,
* Psoriasis – Selalu minum jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.
* Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
* Toxemia ialah pembersihan darah yang kotor daripada toksin. Jus peria katak ini juga mampu membersihkan hati (hepa) dan dapat mengubat jaundice.

(Perhatian: Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.)

p/s:... sy memang biasa guna buah peria ni untuk dibuat jus bersama epal hijau. Rasanya taklah pahit sangat, boleh minum dan agak sedap juga. Jom cuba, untuk jaga kesihatan. Saya pun nak borong buah ni kat pasar pagi esok...

Rita Rudaini cover Jelita Jun 2013...

Yeayy, cover story untuk Jelita Jun 2013 yang aku kendalikan bakal berada di pasaran sehari dua lagi. Petang tadi, ketua grafik Jelita, Fred tunjuk copy pertama yang baru keluar printing. Bukan senang tau nak 'tangkap' Rita untuk dijadikan Penghias Muka Depan Jelita, tahun berganti tahun...bulan ke bulan...akhirnya barulah dapat kesempatan menyelenggarakan 'projek' ni.

Oklah, nanti aku  update sikit intro story Rita ye dan uolls boleh ikuti perkembangan terkini di facebook Majalah Jelita

So, inilah hasilnya. Aku harap, pembaca setia Jelita dan peminat Rita suka ye ^_^

Wednesday, May 22, 2013

Jom raih RM daripada 'Give Away Blogger 4 Digit ni'


Oh hari ni nak share pasal satu info ni. Nama blog Ben Ashaari ni selalu aku nampak dilist blog-blog yang aku kunjungi. Pelik jugak, siapa agaknya gerangannya. Artis mana? Kenapa aku tak tahu sedangkan aku penulis/wartawan? Hahahaa, agaknya saya terlepas 'LRT' mungkin!

Dua-tiga hari lepas aku membuat sesi intipan. Kemudian aku dapat info mengenai Give Away Blogger 4 Digit ni. Apabila membacanya, rasa mcm menarik, lagipun ada kaitan dgn duit...wah siapa yang tak teruja 'kan! So, memandangkan (rasa-rasanya la) blog aku ni dah lama juga beroperasi layak la kot untuk join 'program menjana pendapatan melalui blog menerusi Give Away Blogger 4 Digit ni hihihi. Tak cuba tak tahu,kan.

Kalau Uolls juga berminat dan teruja untuk menjana pendapatan seperti aku,mudah saja...klik  saja Give Away Blogger 4 Digit dan ada maklumat serta info berkenaan program ini. Langkah perlu dibuat mudah dan ringkat, seperti berikut :

Syarat-syarat dan langkah penyertaan:
i) Memilik blog yang berusia tidak kurang dari 3 bulan. Demi keadilan semua, adalah dilarang menggunakan blog baharu yang ditubuhkan sengaja semata-mata untuk give away ini.

ii) Menuliskan sebuah post di blog anda dan menyatakan sebab ingin memiliki blog / website yang mampu menjana pendapatan tinggi. Dalam post tersebut buat satu backlink ke post ini (http://www.jejaktrend.com/give-away-blogger-4-digit). Gaya penulisan adalah bebas.

Cth: Aku nakn tukar handphone tiap-tiap bulan kalau boleh dengan income dari blog.. contoh jer la haha!

iii) Tambah www.jejaktrend.com dalam blog list / friend list. Blog yang terpilih berpeluang dimasukkan dalam blog list blog jejaktrend yang bakal ditambah di sidebar nanti.



Sunday, May 19, 2013

'Hadiah' untuk Afiq Muiz...

Afiq Muiz-sumber gambar Mr Google
Mak Afiq-sumber gambar Mr. Google
Rasanya, ramai yg dah tahu 'cerita-ceriti' mengenai pelakon baru, Afiq Muiz yang dok 'bergadang' 'melahar' ibu kandungnya sendiri di media. Baik di TV mahupun di surat khabar, bercerita hal sama. Siap ada scene air mata bagai.

Byk yang aku mahu komen pasal insiden ini, tapi aku kira ramai juga sudah muak mendengar atau membacanya. Jadi, aku  memilih untuk memberi 'hadiah' istimewa ini kepada Afiq. Buat teman tapi mesranya (TTM) itu, hope tak payahlah nak 'meroyan' sgt. Bimbang nanti dapat 'hadiah' sama kemudian hari. Ingat, balasan Allah itu sgtlah pedih.

...oklah, ini hadiahnya ye Afiq!!!

Bercucuran air mata bila ku mengenang
betapakah besar budi ibunda berikan
siang malam menderita hingga tak dirasa
sungguh besar kasih sayang ibunda seorang
 
Duhai apakah gerangan budi balasan
bagi insan melahirkan membesarkan
tiada bahagia jika tiada doa puja restu
surga itu di telapak kaki ibu
 
Siang malam menderita hingga tak dirasa
sungguh besar kasih sayang ibunda seorang
 
Duhai apakah gerangan budi balasan
bagi insan melahirkan membesarkan
tiada bahagia jika tiada doa puja restu
surga itu di telapak kaki ibu
surga itu di telapak kaki ibu

Saturday, May 11, 2013

Itu lebih baik...

Sahabat sejati susah dicari, payah ditemui, sukar dilupakan, sedih ditinggalkan...

Monday, May 6, 2013

Fesyen? Mestilah suka...



Simple daripada Hana Tajima ^_^

Gayanya tetap menyerlah, kan!

Santai ala Dian Pelangi
Paduan rona mengujakan mata *_*
Aku, termasuk wanita yang suka berfesyen dan teruja mencuba sesuatu gaya baru. Sejak ada pelbagai gajet canggih ni, semakin 'meriah' folder-folder dalam komputer aku penuh dengan pelbagai jenis fesyen terkini termasuk gaya yang dicetuskan Hana Tajima dan Dian Pelangi.

Secara peribadi, fesyen pilihan kedua-dua wanita ini menepati selera aku. Tidak berlebihan, sopan tetapi up to date. Cuma, kekurangan diri (maksud aku, penampilan fizikal aku tidaklah sebaik mereka berdua) membataskan aku untuk mencuba gaya mereka. Walaupun setiap hari berazam untuk diet dan memiliki tubuh langsing (biarpun tak tinggi lampai), sampai sekarang tinggal azam je hihihi!

Apapun, itu tak mengganggu aku daripada terus meminati dan mengintip perkembangan terbaru fesyen mereka. Malah, terdetik beberapa kali di dalam hati kenapa aku tiada bakat besar seperti Hana atau Dian??? Hmmmm... dan sekali lagi aku lupa, setiap orang punya kelebihan dan kekurangan sendiri! Kan!!!

Thursday, May 2, 2013

Sifat 20...

... hey, siapa ada buku ini dalam simpanan? Ada? Bagus! Belum? Oh, baik pergi beli satu sekarang. Bacalah dan fahami, rugi kalau tak tahu ok.