Obsesiku ^_^ |
Tiga tahun kebelakangan ini, koleksi sepatu juga sandal merah semakin mendapat tempat di kaki aku. Macam kena sampuk, pantang tengok segala benda berwarna merah sure aku rembat. Pakai tak pakai, sesuai tak sesuai belakang cerita. Paling penting, kena beli dulu. Kena ada dalam stock dulu!
Merah itu berani? Entah, tak pasti di mana relevannya. Mungkin ada benarnya, sebab bukan semua orang 'berani' sarung baju colour merah. Atau tudung merah mak ngah. Kalau 'yang dalam-dalam' tu, mungkin ramai yang selalu 'berani'.
Cili padi pun mesti merah, uolls hehehe. |
Walaupun sepatu ini direka untuk lelaki, adaku kesah! Janji, merah! |
Letak kat cuping telinga aje pun, tetap merah! |
Ceritanya begini (sila baca ini tanpa perasaan aku cuba nak menunjuk-nunjuk atau riak...bahaha). Setahun lalu, aku semakin rajin membaking. Kalau sebelumnya aku hanya gigih membaking Kek Coklat Lembab, cookies berperisa coklat dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional. Pertengahan tahun 2012, aku memberanikan diri mencuba resipi baru (eh, resipi dah lama dicuba orang lain. Aku je yang baru nak mencuba...so, kira barulah 'kan).
Ya, aku cuba cabar diri membaking Red Velvet Cake a.k.a Kek Baldu Merah atau aku beri nama komersial (untuk kegunaan sendiri) #myredvelvetcake dengan salutan creamcheese. Sejujurnya, aku manusia yang tak makan cheese, mayonis, atau apa-apa saja jenis krim yang ada perisa susu (tetapi aku masih boleh telan butter, hehehe).
Pada asalnya hanya nak mencuba, kalau menjadi happy 'lah. Kalau tak, maksudnya kena cuba kasi jadi (salah satunya nak menambah variasi kek yang boleh dibuat, tak 'kan reti baking butter cake dan chocolate cake aje 'kan).
Macam biasa, aku beri kawan-kawan try. Maklum balasnya sangat luas biasa. Rata-ratanya kata, red velvet cake yang aku buat lembut, sedap dan moist. Cumanya, cream cheese saya kurang 'mari'. Ya, memang bermasalah sikit bab creamcheese ni. Saya tak makan cheese, jadi payah sungguh nak 'kenal' rasanya sama ada ok atau tak.
Dalam proses diy (do it yourself), try and error ni memang satu kemestian. Akua memang tak 'reti' masuk kelas memasak atau membaking bagai. Bukan bermaksud aku tak suka berguru, cuma aku kurang selesa. Alasan pertama, aku pernah kena tipu dengan seseorang yang mengaku dia guru. Selepas membayar sejumlah wang untuk mendapat ilmu yang diwarwarkan, penghujungnya dia cuma beri tak sampai 20 peratus pun daripada ilmu yang dijanjikan.
Misalnya, dia kata nak ajar cara-cara masak kuih lapis. Dalam kelas, dia bagi resipi dan suruh kita buat sendiri. Ada beberapa pelajar termasuk aku, terkial-kial dalam kerja lapis melapis tu. Kemudian aku tanya, "Kak, macam mana nak sama rata ketinggian lapisan kuih ni (soalan biasa bagi orang tak reti buat kuih lapis, memang bunyi macam bodoh bagi yang dah pandai buat...)?" Lalu dia menjawab, "Kena rajin buat dan datang kelas, nanti pandai sendiri nak sukat biar sama tinggi lapisannya. Nak pandai, kena rajin tak boleh sekali buat terus nak pandai!"
Wah, aku cukup 'hangin satu badan' dengan 'cikgu' emo macam tu. Sejak itu aku serik dan nekad belajar sendiri. Aku tak kata semua 'cikgu' perangai sama macam 'kakak sengal' tu. Tetapi, tak apalah. Cukup sekali terkena. Lagipun, Franklin D. Roosevelt ada berkata, "It is common sense to take a method and try it. If it fails, admit it frankly and try another. But above all, try something."
Alhamdulillah, selepas beberapa kali mencuba akhirnya aku 'jumpa' teknik membuat Red Velvet Cake dengan betul. Paling penting, aku berjaya menghasilkan resipi sendiri untuk creamcheese 'nya. Ya Allah, happynya Tuhan saja Maha Tahu. Tatkala seorang teman (yang memang cukup cerewet bab makan terutama kek), memuji #mymissredvelvetcake with creamcheese frosting adalah antara kek baldu merah paling sedap yang dia pernah rasa.
"Beb, kek ko ni memang terbaik. Dah boleh jual kat kedai kek. Terbaik sangat ni! Ko ikut resipi siapa, habislah lepas ni tokey kek payah nak cari makan...hehehe."
Entah macam mana rupa aku dengan hidung yang kembang kempis ketika menerima pujian tu. Kalau bukan ada depan si teman itu, dah lama aku 'lompat-lompat ke bintang'. Hehehe...tak sia-sia aku gigih try and error, berlemuih dengan tepung, krim setiap minggu dan malam itu aku tidur dengan senyum sampai ke telinga.
Hey, aku bukanlah manusia yang gila 'kan pujian, tetapi kata-kata teman aku itu cukup mengujakan. Sejak itu, semakin bersemangat nak memperbaiki kualiti kek yang dihasilkan walaupun si teman berkali-kali mengesahkan rasa kek aku sudah cukup baik.
Si 'merah' yang memberi rezeki. Terima kasih ya Allah. |
Inilah rupa #mymissredvelvet with creamcheese frosting yang sangat simple, tetapi insyaAllah dah lulus kualiti kesedapannya. |
Si 'baldu merah' ini benar-benar memberi rezeki luar biasa kepada aku. Hasil jualannya saja, Alhamdulillah...aku mampu membeli sebuah ketuhar (yang boleh memuatkan lapan bekas saiz L pada satu-satu masa), stand mixer jenama Berjaya dan pelbagai peralatan baking (terutama loyang pelbagai saiz, aku memang pantang pergi kedai bakeri semua benda nak dirembatnya).
Syukur dengan sangat, benarlah asalkan mahu berusaha insyaAllah pasti ada hasilnya. Aku selalu suka gunakan kata-kata ini, "Rezeki Allah tidak pernah salah alamat, apatah lagi silap orang. Baik sangka dengan Allah, pasti tak rugi."
"Terima kasih MERAH"
No comments:
Post a Comment