.

Saturday, November 1, 2014

Secangkir kopi dan Pisang Goreng Cheese Chocolate...

KALI pertama aku rasa Pisang Goreng Cheese Chocolate waktu berulang-alik dari KL-Jakarta tahun 2004-2009, tetapi waktu tu Pisang Goreng Pontianak lebih popular. Bagi aku kedua-duanya sangat sedap, apatah lagi dimakan waktu masih panas (...hish, buruk rupanya bila gigih menggigit makanan panas hehehe).

Apabila berada di Jakarta (daerah Cibubur, Kota Wisata), selalunya lepas habis kerjaan aku dan Kak Ina (Krisna) akan singgah beli dua jenis Pisang Goreng (ni aku nak buat pesanan penaja sikit, biasa orang dok sebut-sebut Goreng Pisang Cheese - salah ok. Sebutan yang betul, Pisang Goreng - Pisang goreng ialah pisang yang telah digoreng,iaitu sejenis makanan dan tergolong dalam kategori kata nama, contoh lain seperti ayam goreng, mi goreng, nasi goreng. Manakala goreng pisang merupakan perbuatan menggoreng pisang, iaitu memasak pisang dengan minyak - DBP - Harap maklum ye!) ni untuk bekal kudap-kudapan waktu nonton sinetron. Kalau dua minggu ada kat sana, maka dua minggu jugaklah dok berbaris beli benda sama. Syorga weh...makanan depa sedap, murah...sangat unik dan kreatif.

Di negara kita, setengah tahun kebelakangan ni Pisang Goreng Cheese Chocolate atau sekadar Pisang Goreng Cheese tiba-tiba menjadi fenomena. Gerai pisang goreng muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan di merata tempat, paling strategik di kaki lima jalan raya.

Aku tak ketinggalan kembali mengimbas memori makan pisang goreng panas ni, bosan versi beli (jenuh nak beratur...macam nak beli tiket tengok bola sepak pulak!) maka aku buat sendiri. Tak susah mana, caranya pun ikut cara dan cita rasa kita. Nak salut tepungnya ala-ala je, atau rangup or macam mana sekalipun, terpulang. Begitu juga 'aksesorinya', nak tabur cheese semata-mata, nak less cheese...more cheese or extra with chocolate..any sauce like strawberry, berry...apa ajelah...bubuh ikut suka tekak kita 'kan!

Pagi tadi, aku merajinkan diri buat goreng pisang yang ditabur cheese juga chocolate dan goreng pisang dengan taburan cheese aje. Selain untuk makan sendiri, motif utamanya nak balas pinggan jiran (kakak tingkat bawah yang tiga hari lepas hulur Laksa Penang yang supersedap, thank you Kak Sya.).


Tepung goreng pisangnya aku guna bahan asas biasa, tepung beras, garam, kunyit serbuk dan susu segar. Cheesenya pulak aku guna block cheese yang dibeli di kedai bakery. Semuanya pakai terjah je (macam biasa, sebab aku ni Pemalas!) hehehe...!

Waktu hulur sepinggan Pisang Goreng Cheese dan Pisang Goreng Cheese Chocolate kat Kak Sya, muka dia bukan main teruja lagi. Anak-anaknya dah meluru ke muka pintu.

Kata Kak Sya, sejak sebulan lalu dia asyik bertunggu tangga depan gerai pisang goreng setiap petang. Lebar senyum dia anak-beranak sambil hidu haruman pisang goreng yang masih berasap. Happy me, Alhamdulillah, gembirakan orang itu je hadiah dan sedekah yang mampu aku kirim setakat ni.



#PisangGorengCheeseChocolate #PisangGorengCheese




No comments: