'DIA' buat hal lagi! Baru je nak elok...lancar 2-3 bulan, sekarang back to 'normal'!!! Aku tak pastilah, Uolls stress ke tak apabila kitaran haid tak teratur. Dulu-dulu, time masih mudah belia memang tak kisah pun haid nak datang ikut time or langgar time. Datelinenya pun aku tak pernah ambil tahu, maklumlah tengah muda bergetah lagi. DussS!!!
Sekarang ni, dah tukar 360 darjah. Sejak umur masuk 3 siri ni, mula merungsing macam-macam. Apabila baca pasal penyakit-penyakit wanita ni, gerun dan ngeri berminggu-minggu. Google sana...Yahoo sini, demi mendapatkan info lebih detail (sebenarnya cari sumber yang melegakan hati sendiri, sengal!).
Sorrylah nak bercerita hal peribadi sikit (tak suka, or geli jangan baca...pejam mata eh...ekekeke)., aku ni sejak kali pertama 'pandai' period dalam hidup memang kitarannya tak pernah betul. Ada 4 kali je setahun, 5-6 kali setahun...setahun sekali pun ada, dan tiga tahun kebelakangan ni semakin kitarannya swings lain macam!!!
Semalam, time google tu, jumpalah beberapa info pasal period tak teratur ni. Macam-macam versi, tetapi secara keseluruhannya sama je. Antara yang aku baca, keterangan daripada Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Dr Adilah Ahmat (zaman bila punya info aku tak pasti, sebab ramai sangat yang share info lebih kurang sama).
Menurut doktor pakar ni;
Kitaran haid dipengaruhi hormon kewanitaan, iaitu estrogen dan progesteron iaitu proses penyediaan lapisan endometrium (lapisan paling dalam uterus) untuk kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan dibuang sebagai haid. Kitaran haid berlaku pada purata 28 hari atau 26 hingga 35 hari.
Manakala pendarahan haid pula biasanya berlaku dalam tempoh tiga hingga lima hari. Kitaran haid terbahagi kepada dua fasa, iaitu folikular (permulaan pendarahan hingga ovulasi berlaku) dan proliferatif (selepas ovulasi). Perubahan corak kitaran haid berpunca daripada perubahan jumlah dan masa pengeluaran hormon oleh kelenjar tiroid, adrenal, pituitari dan hipotalamus yang menyebabkan ovari lambat atau tidak mengeluarkan telur.
Tanpa ovulasi, haid biasanya tidak berlaku. Namun dalam sesetengah keadaan, hormon boleh menyebabkan pendarahan yang tidak menentu masa dan jumlah sama ada terlalu sedikit atau banyak. Bahkan, masalah berat badan yang terlalu kurus atau gemuk antara faktor lazim yang mengganggu proses ovulasi, selain gangguan emosi, tekanan, tempoh penyembuhan daripada penyakit atau pembedahan turut menyebabkan kitaran haid tidak teratur.
Ramai menyangka haid yang jarang berlaku disebabkan saluran fallopio tersumbat. Sebenarnya masalah ini berkait rapat dengan hormon, bukan struktur laluan haid. Menurut Dr Adilah lagi, oleh kerana kitaran haid tidak teratur berpunca daripada gangguan proses kematangan dan pengeluaran telur, ia secara tidak langsung menjadi petanda wanita berkenaan mengalami masalah kesuburan.
Ini kerana jika tidak berlaku ovulasi untuk satu pusingan haid, bermakna tiada peluang untuk hamil pada pusingan berkenaan. Pada golongan ini, ovulasi hanya berlaku pada pusingan tertentu, malah ada kemungkinan ovulasi berlaku sangat jarang atau tidak terjadi langsung.
Bagaimanapun, haid yang tidak teratur tidak mengakibatkan pertambahan berat badan. Anggapan haid tersekat (jarang berlaku) boleh menyebabkan pengumpulan kotoran dalam badan dan berat badan bertambah adalah salah. Sebaliknya, berat badan berlebihan atau terlalu kurus menjadi punca kitaran haid tidak teratur. Masalah gemuk juga dikaitkan dengan penyakit Sindrom Polisistik Ovari (PCOS).
Wanita dengan PCOS biasanya mengalami berat badan berlebihan, haid tidak teratur, petanda berlebihan hormon androgen (kulit berminyak dan berjerawat, rambut berlebihan pada kawasan misai dan janggut), serta masalah kesuburan. Mereka juga menghadapi risiko mendapat penyakit kencing manis dan penebalan lapisan endometrium secara berterusan.
Aduhai...stressnya baca semua info ni dan fikir kenapalah aku kena hadap benda 'aneh-aneh' ni. Lepas tu, waktu share dengan member...depa kata kalau esok-esok nak plan ada baby jadi susah sebab jadual haid aku 'meraban'. Waaa...! Aku nak baby wey...!!!
Oh, btw...selain masalah haid tak teratur ni. Ada kes lain jugak yang yang menambah beban dalam kepala, setiap kali period jumlah 'kotoran' yang keluar buat aku 'kecik hati'! Serius, sudahlah datangnya tak menentu...kadang muncul, kadang ghaib...bila ada, macam main 'cak-cak' je.
Ada member kasi petua, time first day period tu silalah makan buah betik. InsyaAllah, darah haid akan keluar dengan lancar. Iya, itu yang aku nak sangat. Memang aku nak cuba, tak naklah aku simpan 'sisa kotor' dalam badan...aku tak nak ada masalah lain yang lebih besar lagi. Aku ni dahlah tak berduit sangat, kalau dapat sakit aneh-aneh yang 'makan' belanja besar mana nak dicekau duit beriban-riban???
Oklah...itu je aku nak kongsi kat sini, mana tahu kot ada daripada Uolls yang baca cerita stress aku ni ada tip berguna boleh dimanfaat bersama. Kalau ada sila-silalah ye, sedekahkan tip/petua tu kat aku...tolong kesian kat aku yang tak berapa nak muda belia ni, eh.
Buat adik-adik yang masih di alam muda belia tu, kalau ada masalah macam 'hakak' ni...bawak-bawaklah ambil tahu apa yang perlu. Jangan tiru cara 'hakak' yang pemalas nak jaga diri ni, bila dah 'teruk' baru menggelupur. No...no...no...not good for you dear! So, please...jaga diri dan hidup baik-baik. I love you...muahhh! (...dah kenapa pulak neh...??? Ekekeke...sindrom orang stress, gedik tak kena tempat...sila abaikan kalau 'geli-geleman'!)
No comments:
Post a Comment