.

Monday, March 31, 2014

Just you & me...


HOW TO MAKE A MAN HAPPY:
1. Feed him
2. Sleep with him
3. Leave him with peace
4. Don't check his phone (Msgs)
5. Don't bother him with his movements

So what's so hard about that?

HOW TO MAKE A WOMAN HAPPY:
It's really not too difficult but... To make a woman happy, a man only needs to be:
1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a plumber
10. a mechanic
11. a carpenter
12. a decorator
13. a stylist
14. a sexologist
15. a gynecologist
16. a psychologist
17. a pest exterminator
18. a psychiatrist
19. a healer
20. a good listener
21. an organizer
22. a good father
23. very clean
24. sympathetic
25. athletic
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate

WITHOUT FORGETTING TO:
44. give her compliments regularly
45. go shopping with her
46. be honest
47. be very rich
48. not stress her out
49. not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:
50. give her lots of attention
51. give her lots of time, especially time for herself
52. give her lots of space, never worrying about where she goes

BUT MOST OF ALL IT IS VERY IMPORTANT:
53. never forget
*birthdays
*anniversaries
*valentine
*arrangements she makes


*p/s: sharing frm: SeaFM Team

Sunday, March 30, 2014

Renjatan rindu...


 

Rindu + lemas = RIMAS!

Pernah tak rasa mood macam tu? Sure ada 'kan, terutama yang berada dalam situasi 'putus sudah kasih sayang'...call tak berjawab, sms/whatsapp tak berbalas...sentapkan...memang nak meroyan sakan, 'kan...hahaha.

Ok, apa korang buat untuk bantu beri semangat pada diri Uolls supaya tak terus rimas, hanyut dan lemas? Kalau Uolls tak pernah mengalami sekali pun, mungkin Uolls ada good idea untuk bantu saudara saudari kita yang berada dalam mood seksa jiwa raga tu. Mana tahu, 'kan kot2 boleh membantu.

Kalau tanya aku, ada beberapa 'terapi' mudah dan murah yang aku biasa amalkan. Beberapa waktu  (sekarang pun ada masanya masih meroyan dengan mood mcm tu...nasib badan...wakakaka), aku hanya mampu menangis aje. Serius, rasa lost! Rasa, eh kenapa aku kena hadap semua rasa ni???

Syukurnya, tak lama dan tak selalu aku jadi macam tu. Biasanya, apabila rasa macam jiwa kacau aku alihkan perhatian dengan menyibukkan diri. Paling mudah, aku masuk dapur. Masak dan masak, walaupun tak ada siapa yang nak tolong makan atau habiskan!

Kalau tak ada idea atau bahan best untuk dimasak, saya start kereta dan drivelah ke mana-mana tanpa tujuan. Keluar - masuk tol tu perkara biasa, malah saya pernah drive dari KL - JB dalam keadaan lesen dah tamat tempoh, kereta tak service dan duit cukup-cukup makan (tapi ada credit card hehehe).

Aku pernah drive dari jam 9.30 mlm - 6.30 pagi esoknya, kemudian sambung lagi untuk patah balik. Apa aku buat dalam kereta? Apa lagi, berjiwang la. Pasang lagu rock kapak, layan hangguk kepala sorang2. Itu cara aku, tetapi dari segi keselamatan memang tak digalakkan terutama kepada gadis-gadis ye.

Selain memandu, apa lagi yang kita boleh buat? Haruslah, cara paling mudah call je orang yang buatkan kita meroyan tak tentu pasal tu 'kan. Sayangnya, tak semudah itu! Aku faham, kerana saya juga melaluinya.

Ada number phone, tapi tak boleh call (kalau call pun harus si dia tak angkat, 'kan...maklumlah dah tak sayang...dah tak rindu...dah tak ada perasaan cinta hahaha), kalau sms/whatsapp pun ke laut aje sebab memang tak berbalas la zaman bila-bila pun. Oh ada facebook/ twitter, tak guna jugak. Nak2 kalau kamu tengok dia update status2 gembira atau tgh berbalas komen dgn orang lain dalam nada bukan main mesra lagi bahagia. Haruslah kamu semakin meroyan ala2 harimau betina nak beranak! Kan...kan...kan!

Saya, memang tak boleh guna pendekatan yang disebutkan tu (call/sms/facebook/twitter). Semua tu tak ada kesan, sebaliknya tambah merosakkan hati. Dalam situasi saya, saya terpaksa pendam dan sorok dalam-dalam supaya tak ada siapa tahu atau perasan.

Tak 'sakit' ke? Gila tak! Memang sakit, tahap nak kambus diri dalam tanah. Apa pun kita ada akal 'kan, emosi boleh dikawal. Walau sesakit mana pun emosi korang saat itu, kena kawal sebaik mungkin.

Dalam banyak keadaan, aku terpaksa kawal sendirian. Apatah lagi, aku ni jenis 'miskin' kawan baik yang boleh diajak 'curhat'. Geng lepaking memang ramai, rata2nya lelaki dan statusnya suami orang. Jadi, kurang sesuai dan sweet untuk call/sms pada bila-bila masa sesuka hati aku semata-mata nak buat sesi 'curhat'. Saya kena hormat status dan time mereka dengan famili. Kalau kebetulan mereka ajak lepaking, tiada masalah. Sayalah manusia paling happy waktu tu, lepak sambil minum bergelas2 teh tarik sampai kembung perut.

Jadi, apabila ada dalam situasi 'genting' dan terpaksa melaluinya sendiri. Maka, aku kena bijak kawal keadaan. Pernah juga sesekali terbabas, 'terjerit' sorang2 dalam rumah - kereta. Berkali-kali juga aku teriak macam baby waktu solat dhuha atau tahajud. Bahkan, waktu zikir pun tasbih sampai putus dua.

Hebatnya renjatan emosi, 'kan. Tetapi, akal waras yang Allah berikan lebih hebat. Jadi, sehebat mana dugaan yang sedang kita lalui kena hadapi dengan matang (walaupun kadangkala kita mungkin tanpa sedar boleh bertindak diluar kematangan...hehehe... manusia 'kan).

Hidup ini memang penuh 'drama'. Kadangkala drama itu buat kita ketawa terbahak-bahak, menangis teresak-esak, sendu bersahut-sahutan malah senyum sendirian. Semua itu warna kehidupan, kena redah setiap satunya dengan tabah dan yakin, hari demi hari kita akan menjadi manusia matang.


Arghhhh...apa aku mengarut ni? Oklah...bai. ^_^

Saturday, March 29, 2014

Bawang putih & bawang merah...


Just sharing with love:-

Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2.

Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit. Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yang telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah.

Doktor amat tertarik dan meminta untuk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut. Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.

Kes kedua ialah disebuah kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya. Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yang telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.

Kes ketiga seorang yang terkena pneumonia menemukan artikel yang mengatakan untuk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dengan garpu pada salah satu hujungnya. Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit.

Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya. Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet yang menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.

Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteri dan antiseptik yang amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yang menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.

Satu kajian keatas haiwan mendapati anjing tidak boleh memakan bawang merah kerana perut anjing tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat, adalah berbahaya untuk mengiris bawang merah dan menggunakannya untuk memasak pada hari berikutnya.

*Info: Sharing frm Papazola








Friday, March 28, 2014

Ikhlaskan takdirmu, sahabat...



Cerita dua sahabat:

Sahabat 1: Lepaskanlah, sampai bila kau nak simpan rasa tu? Sampai bila? Sampai bila kau nak tanggung sakit tu sorang-sorang? Dia tak tahu dan tak pernah ambil tahu pun, kau sedar itu 'kan?

Sahabat 2: Aku tak mahu apa-apa daripada dia pun, aku cuma mahu tahu kkhabar dia saja. Aku tak sangka dia akan lari. Kenapa dia juga nak hukum aku? Kenapa sekali pun dia tak pernah nak tanya, kenapa aku mcm ni?

Sahabat 1: Sebab dia rasa tak perlu lagi bertanya apa-apa, tak ada untungnya tahu apa-apa.

Sahabat 2: Kau tahu dia sebahagian daripada hidup aku, 'kan? Jadi, macam mana aku nak hidup apabila dia lari menjauh, sembunyi entah ke mana?

Sahabat 1: Sebab itu kau kena belajar melepaskan dia. Kau kena belajar hidup tanpa sebahagian daripada hidup kau tu. Memang, memang akan nampak tempang tetapi hidup perlu kau teruskan. Kau masih bernyawa, kau belum mati!

Sahabat 2: Macam mana? Aku pernah berusaha utk tak memikirkan dia tetapi semakin aku cuma bertambah erat ingat aku pada dia. Jadi, macam mana? Setiap kali aku sedar dari jaga, aku ingat dia...aku memikirkan dia. Macam mana?

Sahabat 1: Kau kena biasakan diri dengan penyakit yang satu itu, minta dengan Allah biar diambil semua rasa itu daripada kau. Seperti semula, sebelum korang saling kenal dan tahu. Kau kena adil pada diri sendiri, jangan terbawa-bawa dek emosi...tak ada untungnya! Dia tak pernah tahu, apa lagi mahu tahu!

Sahabat 2: Sampai hati dia 'kan? Padahal, ini semua bukanlah salah aku.

Sahabat 1: Jadi, kau nak salahkan takdir. Redhalah. Redhakan semua ketentuan ni!

Sahabat 2: Tak semudah itu. Aku tak mahu apa-apa daripada dia, aku tahu aku tak berhak lagi. Tetapi cukuplah, cukuplah kalau dia masih sudi berteman walaupun tak mungkin semesra dulu.

Sahabat 1: Kau kena berhenti berharap dan belajar melepaskan dia. Memang sakit, aku tahu itu sakit. Tetapi lebih sakit kalau kau terus biarkan. Nanti hati kau mati!

Sahabat 2: Memikirkan dia membuat hati aku terus hidup, kau tahu itu!

Sahabat 1: Dengar baik-baik. Aku tak mahu sebut, hey bersabarlah dengan ujian ini. Aku tahu itu akan membuat kau lebih lemah dan marah. Tetapi dengarkan ini baik-baik, "Rasa ingin memiliki itu adalah ketamakan yang amat nyata." Aku yakin, kau tak setamak itu 'kan. Lepaskanlah dia, kerana ini sudah takdir korang. Allah berkehendakan begini. Tentu ada sebab kenapa dia lari daripada kau.

Sahabat 2: Kalaulah aku mampu memadam semua ingatan aku kepadanya, sudah lama aku lakukan. Tetapi, bertahun2 ingatan kepadanya terus menyihir hidup aku. Walau dia tak pernah tahu, tak pernah ambil tahu tetapi aku tetap degil. Aku masih mencari dia, masih mahu tahu khabar beritanya. Meskipun semua itu akhirnya satu usaha yang sia-sia. Dia masih mengabaikan aku, membiarkan aku tertanya-tanya. Salahkah kalau kita masih berteman. Aku cuma mahu itu kerana sejak aku mengenalinya, dia telah menjadi sebahagian daripada hidup aku.

Sahabat 1: Aku faham, sangat faham apa yang kau rasa. Aku nampak itu, mata kau menjelaskan semua kesakitan yang kau tanggung. Tapi kita tak boleh paksa dia 'kan? Mungkin dia lebih bahagia sekarang dan mungkin tak mahu kau datang dengan kenangan-kenangan yang membuat dia hilang rasa bahagia itu. Kau tak boleh macam ni, kena kena beri dia peluang. Dia sudah lepaskan kau, jauh pergi daripada hidup dia. Kau kena faham itu!

Sahabat 2: Aku tahu. Cuma, salahkah kalau kita masih berteman. Hanya sekadar saling bertanya khabar atau berkongsi ketawa? Salahkah aku kalau mengharapkan itu. Semudah itukah dia membuang aku dari hidupnya?

Sahabat 1: Perasaan kau itu, hak kau. Kau berhak terus rindukan dia, memikirkan dia. Tetapi kau tak berhak mengharap yang sama daripada dia. Mungkin itu cara dia melepaskan kau. Kau lebih kenal dia, kau lebih tahu dia macam mana.

Sahabat 2: Ya, aku faham. Ada waktu aku terfikir, bahawa sepanjang perkenalan kita telipati antara kami sangat kuat. Dia mampu rasa apa yang aku rasa, justeru aku terkilan. Aku terkilan dengan cara dia menyikapi aku. Apa pun, aku selalu menyakini hati ini... dia tetap sahabat dunia akhirat. InsyaAllah.

Sahabat 1: Ikhlaskan takdirmu, insyaAllah kau pasti akan dapat bahagia itu. Aku doakan, suatu saat nanti dia sedar keikhlasan kasih sayang kau kepadanya dan kembali menjadi sahabat. Allah knows better, Aamiin.

Thursday, March 27, 2014

La tahzan sahabat...

Aku ralit membaca tulisan ini, salinan daripada Aku Islam. Terima kasih, sangat dalam maknanya. Aku sharing kat sini supaya kita dapat hayati bersama, semoga bermanfaat.





Jangan bersedih, meskipun kau berasa sangat  sakit dengan apa yang dikatakan orang lain kepadamu..
Jangan bersedih, meskipun apa yang dibuat belum membuahkan hasil yang memuaskan untuk dirimu..
Jangan bersedih, meskipun tatkala orang lain memandang rendah pada kemampuan yang kau miliki...
Jangan bersedih, meskipun engkau telah banyak kali terjatuh dan tersungkur hingga hendak menangis..
Jangan bersedih, meskipun banyak onak duri yang menjadi rintangan dalam mencapai apa yang kau inginkan..
Jangan bersedih, meskipun saat itu kau berasa tersisih  daripada kehidupanmu..
Kerana ketahuilah, apa yang kau lakukan itu, jika bersedih,  tidak akan membuahkan hasil,
Tidak akan boleh merubah apa – apa pun menjadi lebih baik.

La tahzan
Bersedih tidak akan menghilangkan sakit hatimu,
Bersedih tidak  akan menghasilkan  kerja yang  memuaskan,
Bersedih tidak membuat orang memandang hormat kepadamu,
Bersedih tidak membantumu untuk tidak terjatuh lagi,
Bersedih tidak menghilangkan rintangan yang kau hadapi, dan
Bersedih juga tidak membuat mu boleh  diterima didalam lingkunganmu..

Hidup ini memang penuh dengan cubaan yang harus dihadapi,
Tetapi yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu,
Bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya,
Yakinlah setelah gelap pasti terang akan menjelang..
Ujian dan cubaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai,
Pasti ada makna disebalik itu semua,
Cuma bagaimana cara kita untuk mensyukurinya..

Jika ini ketentuan Allah,
Mari kita cuba tabahkan hati,
kerana pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu…
Kerana kita manusia biasa,
Tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya..
Apakah rahsianya..

Hidup ini terus berputar!
Tiada masa untuk berlengah!
Tiada masa untuk berpatah!

Mari kita kuatkan hati yang serapuh kaca ini,
salutkan bersama doa tulus suci,
kerana doa itu tersimpan satu kekuatan,
kekuatan dari yang Empunya segalanya..

Dan pastinya dunia bukan milik kita, untuk kita atur segalanya,
Kerana takdir itu mengatasi tadbir…
Tadbir dari manusia yang lemah,
Takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta,
 Simpan segala pahit dan duka, dalam surat kehidupan ini,
Yang penuh sirat pengajaran.
Disebalik yang terjadi pasti ada yang terjanji termateri sesuatu yang pasti jika kau ridha akan ketentuan Ilahi..
La tahzan. La tahzan. La tahzan wahai sahabat!


Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa ‘Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah pohon berduri..

"Pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang tiada batasannnya.."


Tuesday, March 25, 2014

Let go of negative people...

Petang tadi, selesai urusan kerja aku memenuhi permintaan Suraya (*bukan nama sebenar) utk lepaking dan berbincang sesuatu berkait kerja. Kepenatan sebenarnya, kebetulan hari ni tugasan agak mencabar kesabaran jadinya emosi turut terpancing tanpa sengaja. Hmmm...!

Aku pilih tempat bertemu di Festival City Mall, dekat dgn rumah. Hehehe! Suraya tak banyak songeh, ikutkan saja. Agaknya takut aku cancel date, so lambat lagilah dapat jumpa. Ye, jadual kerja aku agak padat kebelakangan ni. Byk yang perlu diuruskan sendiri...huh!

Jam 6.30 ptg, aku sampai di kafe yang dijanjikan. Rupa-rupanya, Suraya sudah tercatuk menunggu berteman secawan kopi. Mukanya ceria apabila nampak kelibat aku, dia melambai-lambai macam anak kecil nampak muka ibunya. Hahaha!

Sebaik aku duduk, dia terus bertanya macam-macam. Hai' la budak ni...

Suraya: "Ketatnya muka, penat ke?"

Aku: "Boleh tahan. Awal ko sampai, tuang kerja ke?"

Suraya: "Aku MC hari ni dan esok, malas nak kerja so ambik MC."

Aku: "Perghhh... Hebat, malas kerja ambik MC."

Suraya: "Kalau ambik cuti, banyak soalnya. So, aku MC la. Hahaha... Eh, ko nak minum apa? Aku nak belanja ni."

Aku: "Memang patut ko belanja aku, aku baru plan nak balik tido lepas assignment tadi. Aku nak Honey Lemon."

Suraya: "Beresss!"

Lama kami bersembang, macam-macam topik keluar dan kebanyakannya bab tak puas hati dia pada seseorang. Sudah bertahun, masih ada lagi yang berbekas di hati dia sedangkan ramai kawan-kawan kami menyangka (termasuk aku) semuanya sudah selesai.

Suraya: "Susah aku nak maafkan dia, baik dengan dia pun sebab nak mudahkan kerja aje. Ko ingat aku ikhlas suka dia, boleh blah!"

Aku: "Ko ni, tak payahlah simpan lama-lama. Buat apa nak simpan rasa benci tu sampai mati...buang masa!"

Suraya: "Ko dah lupa apa dia dah buat kat aku? Sampai mati pun aku tak lupa!"

Aku: "Selagi ko tak lupakan, selagi tu ko 'sakit'. Benda yang 'sakit' disimpan lama-lama boleh jadi virus yang membunuh rasa bahagia dan tenang ko. Ko nak macam tu?"

Suraya: "Tu 'la masalah ko, baik sangat sebab tu ramai orang pijak2 je kepala ko tu. Orang layan ko mcm taik pun ko still buat baik. Apa ko dapat?"

Aku: "Aku dah selesaikan 'bahagian' aku, kalau orang-orang still nak layan aku mcm tu... maka itu urusan dia dengan Allah 'la. Aku nak hidup tenang, malas nak fikir benda yang menyakitkan hati. Macam ko ni, apa ko dapat. Depan macam nak cium orang tu satu badan, belakang ko maki hamun. Dosa tau tak!"

Suraya: "Hidup ni kena hipokrit, baru senang kerja. Macam ko, asyik mengalah aje. Orang tuduh ko mcm2 pun ko diamkan aje, sebab tu selalu kena buli! Nasib aku kenal diaorang gitu2 aje, kalau tak memang nahas!"

Aku: "Biarlah. Aku penat beremosi dan aku tak dapat apa-apa kalau aku ikutkan emosi aku tu. Macam sekarang, aku happy. Walau tak senang, tapi tak pernah stress mcm dulu. Tak apa mengalah sekarang, insyaAllah ada bahagian aku nanti. Allah knows better."

Suraya: "Ko banyak berubah ye, kalau dulu bila stress diam membisu sampai orang tuduh ko mcm2. Padahal bagi aku, baik ko diam daripada naik hantu. Mak takut kalau ko naik hantu...hahaha..."

Ya, dulu apabila stress aku akan 'menjauh' daripada 'bau2' manusia. Bukan moody, tetapi aku takut berlaku tindakan under control. Kalau terjadi, memang parah. Cukuplah dulu2 aku pernah jadi manusia out spoken sampai ada yang makan hati dan ingat bertahun-tahun. Sampai tulis surat berkajang2 meluah isi hati gara-gara bercakap ketika amarah sedang memuncak. Cukup menginsafkan aku, lalu nekad mengubah sikap. Marah-diam!

Alhamdulillah, aku nampak sangat berkesan. Cuma, tidak kepada orang-orang tertentu (mereka anggap aku moody, tak fikir perasaan orang dan asyik ikut kepala aku saja!) Tak apalah, segelintir cuma, kebanyakannya ok2 saja. Lagipun, apabila berada di 'silent mode' memang aku tak 'kacau' orang sebab aku sibuk berfikir hahahaha. Takkan aku nak harap orang lain tolong fikir, 'kan.

Syukur, hari demi hari aku semakin matang mengawal emosi. Sekarang, kalau stress atau ada problem yang mengganggu emosi, aku masih boleh gelak sakan. Masih berselera makan, layan movie dan lagu di youtube atau sibuk like gambar kawan-kawan di Instagram. Atau main masak-masak resipi baru.

Ya, itulah dunia baru aku sekarang. Memang banyak sekali yang berubah. Terlalu banyak. Mungkin kerana aku tak perlu bertemu lagi orang-orang yang selalu berfikir negatif pasal diri aku, jadi emosi pun lebih stabil dan dapat berfikir dengan jernih. Ruang minda lebih 'dingin', hasilnya aku semakin kreatif dengan projek2 gila.

Maka, betullah kata pepatah, "once you let go of negative people, positive ones appear."



Sunday, March 23, 2014

Misteri MH370: Mimpi seorang ustaz...


(Mungkin mainan tidur.. sekadar berkongsi info daripada laman facebook yg tersebar luas pada 21hb 2014)

Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin.