.

Saturday, December 31, 2011

Bila Kak Melah kena gosip...

Gambar & berita: Utusan Online
GOSIP yang mengaitkan bekas Juara Bintang RTM 1985, Ramlah Ram dengan seorang lelaki muda yang juga pengurus peribadinya (PA) pada minggu lalu benar-benar membuatkan tertekan.

Cerita yang mengaibkan itu turut mengheret rasa kurang selesa setiap kali dia tampil di khalayak untuk urusan peribadi atau apa saja sepanjang tempoh tersebut.

Biar pun figura ini sudah terbiasa dengan dugaan dan asam garam sepanjang bergelar anak seni selama 26 tahun, tetapi penangan gosip itu cukup berbisa dan terkesan di hatinya.

“Gosip itu memang fitnah yang keterlaluan kerana saya tidak ada hubungan dengan PA saya. Saya nekad akan ambil tindakan undang-undang,” tegas Ramlah pada pertemuan di sebuah hotel di Ampang, Kuala Lumpur pada petang Selasa lalu.

Mengulas lanjut, penyanyi yang tercatat namanya dalam Malaysia Book of Record sebagai artis pertama menerima anugerah Platinum Kembar Lima menerusi Album Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu ini merasakan maruah dirinya bagai dirobek si penyebar fitnah.

Hasil siasatan secara tidak formal dilakukannya ditambah dengan beberapa bukti diperolehi, Ramlah tahu ada seorang individu yang cukup dekat dengannya melakukan kerja kotor tersebut.

“Saya tak nak beritahu siapa dalang yang buat cerita tak betul ini dan bagi saya ini adalah fitnah! Tapi saya tahu dia cuba pedajal karier saya. Saya dah cukup bersabar dan dia akan terima akibat perbuatan tak profesional itu.

“Saya akui memang diri saya tak sempurna sebab itu saya malas nak layan cakap yang bukan-bukan ini. Saya percaya Tuhan tahu niat saya dan fitnah yang disebarkan ini memang bertujuan untuk menjahanamkan karier dengan saya sekali.

“Ia bagaikan dirancang sebab tiba-tiba saja tersebar di kalangan wartawan yang datang ke majlis sesi temu bual Sesaat Kau Datang bersama Kumpulan SleeQ pada 21 Disember lalu tentang cerita itu. Kalau khabar angin, saya tahu macam mana jua pun, wartawan akan rujuk balik pada saya.

“Tetapi apabila artikel yang tersiar mengeluarkan cerita yang lebih kurang sama, sudah cukup menguatkan kata hati saya bahawa memang ada orang yang dah maklumlah perkara ini terlebih dahulu kepada wartawan,” dedahnya satu persatu.

Ditanya apa motif individu berkenaan untuk menjatuhkan Ramlah sedangkan anak kelahiran Kesang, Muar Johor ini sudah punya tempat tersendiri di kalangan peminat setia, wanita ini mengangkat bahu sambil berkata;

“Soalan yang sama nak saya tujukan pada dia. Apa tujuan dia buat saya macam ini? Melaga-lagakan saya dengan pengurus peribadi? Reka cerita buruk saya kepada wartawan dan minta tulis tentang gosip saya di media? Apa yang dia tak puas hati dengan saya sekarang?

“Saya memang tak ada masalah dengan dia. Kadangkala dia lambat bagi duit show saya diamkan sahaja malah saya tak pernah berkira walau satu sen pun dengan dia.Tetapi saya amat kesal dengan perbuatannya ini,” jelasnya.

Adakah Ramlah rasa penyebaran fitnah itu berpunca selepas penyanyi Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi ini melantik pengurus peribadi yang dikenali sebagai Hafiz sejak dua tahun lalu?

“Mungkin juga sebab ada beberapa situasi ‘tak betul’ berjaya dikesan oleh pengurus peribadi saya, dia ingin betulkan tapi pihak sana tak benarkan. Bila perlaku perselisihan, mungkin juga dia nak cari pasal dengan keluarkan cerita-cerita macam ini.

“Sebab itu saya nak tahu apa yang membuatkan dia nak kenakan pengurus peribadi saya itu? Apa niat dia yang sebenarnya sehingga cakap kami bercinta?," soal Ramlah.

Album tahun depan

Alamak Chef Wan...

...no comment...no comment ye, korang baca je news yg aku petik daripada Mstaronline ni. Kalau ada komen, campak kat ruangan komen yg aku sediakan tu eh. Layannn...

Chef Wan Tutup Akaun Facebook Elak Berbalah
SHAH ALAM: Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan (gambar) mengambil langkah sempena tahun baru untuk menutup akaun Facebook miliknya berkuatkuasa 1 Januari 2012.

Chef Wan berkata, keputusan itu disebabkan dia tidak mahu menjadi punca pelbagai perbalahan yang berlaku antara peminat di dalam laman berkenaan.

"Setiap kali saya menulis sesuatu, ia akan menjadi perbalahan antara yang menyokong saya dan yang ingin menghentam.

"Jadi saya rasa ia adalah tidak bagus seolah-olah saya menjadi punca perbalahan kepada banyak pihak," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui selepas menjadi juri pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) di Stadium Malawati di sini, malam Jumaat.

Beliau juga kesal kerana terlalu banyak pihak yang bersifat terlalu cepat menghukum atau menilai sesuatu perkara yang ditulisnya.

"Bukan sahaja cara saya mengkritik dalam MLM dihentam hebat tetapi juga paling menyedihkan saya dituduh cuba memurtadkan cucu saya hanya kerana membawanya ke majlis Hari Natal.

"Tuduhan-tuduhan begini membuatkan saya kecewa dan mengambil keputusan untuk menutup akaun tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, dia juga mahukan ketenangan dalam dan tidak mahu menghabiskan masa dengan melayari laman sosial itu.

Tambahnya terdapat banyak perkara lain yang menjadi tumpuannya pada 2012 seperti kerjaya masakan dan ingin menghabiskan masa bersama keluarga.

"Serina pun bakal melahirkan anak kedua pada bila-bila masa sahaja. Lebih baik saya tumpukan perhatian kepada cucu dan keluarga," ujarnya.

Sementara itu, ditanya sama ada dirinya akan menerima sebarang jemputan sebagai juri selepas ini, chef Wan berkata, dia masih belum memikirkan soal itu.

Bagaimanapun katanya, ada kemungkinan dia akan kembali ke pentas juri jika tawaran yang diberikan sesuai.
"Buat masa ini saya tidak mahu fikir mengenai perkara tersebut. Mungkin akan buat lagi (juri) dan mungkin tidak," ujarnya.

ML Mega 2011 [Final] - Boboi [2]

ML Mega 2011 [Final] - Boboi [1]

ML Mega 2011 [Final] - Osbon [2]

ML Mega 2011 [Final] - Osbon [1]

Akhirnya tahta juara milik OSBON...

Juara MLM-OSBON (Gambar gua.com.my)
...akhirnya teka-teki peminat rancangan MLM (Maharaja Lawak Mega) terjawab. Tuah nampaknya menyebelahi Osbon yg berjaya membawa pulang RM350,000 dan trofi selepas mengetepikan tiga kumpulan lain pada final Maharaja Lawak Mega terbitan Astro, di sini, tengah malam tadi. Osbon yang dianggotai Mr Os dan Sharizah Ahmad (Abon) mengetepikan cabaran Boboi yang meraih RM250,000 dan Saehu dari indonesia (ketiga-RM50,000) manakala Syok menduduki tangga keempat. Tahniah kepada semua peserta yang berjuang habis-habisan hingga ke akhir pertandingan.


(Petikan berita kemenangan OSBON menerusi gua.com.my)
Kumpulan Osbon akhirnya dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega (MLM)selepas 10 minggu berhempas-pulas memerah otak untuk menambat hati juri profesional dan penonton. Kumpulan ini membawa pulang wang tunai berjumlah RM350,000 berserta trofi.

Naib juara berpihak kepada kumpulan Boboi dan mereka membawa pulang RM250,000 berserta trofi. Manakala tempat ketiga dan keempat dimiliki oleh Saehu dan Syok.. Masing-masing  membawa pulang wang tunai  RM150,000 dan RM50,000 berserta trofi.

Maharaja Lawak Mega Akhir diadili panel juri tetap yang terdiri daripada Chef Wan, Zainal Abidin Hassan, Datuk Siti Nurhaliza dan juri jemputan, Aaron Aziz.

MLM akhir dibawakan secara langsung dari Stadium Malawati, Shah Alam dan disiarkan di Astro Warna, saluran 132.

Pemenang MLM:-
Boboi-Naib Juara
Saehu
Syok
Kenangan selepas berentap dan dinobatkan pemenang. (Kredit gambar: GUA.COM.MY)

Thursday, December 29, 2011

Aaron ajak Rosyam gaduh???

...terkejut? Hahaha...saja je propa guna tajuk tu! Hehehe...sebenarnya td dok belek2 Mstaronline terbaca berita mengenai 'Abg Besar' (Aaron Aziz) yg nk ajak Rosyam Noor bertarung. Nak tahu cerita selanjutnya, baca je petikan berita Mstaronline kat bawah ni.


Aaron Aziz-Hero idaman Malaya
PETALING JAYA: Pelakon popular filem Ombak Rindu, Aaron Aziz, 35, (gambar) yang sedang menjalani penggambaran filem KL Gangster 2 teruja menunggu babak pertarungan dengan pelakon Rosyam Noor dalam filem tersebut.

Menurut Aaron, ini merupakan kali pertama dia berlakon dengan Rosyam dan adegan pergaduhan tersebut dijangka mengambil masa selama tiga hari berturut-turut untuk disiapkan.

“Saya dan Rosyam akan bertarung dalam satu adegan pergaduhan yang agak besar selama tiga hari bermula 8 Januari depan di lokasi yang belum diketahui.

“Dalam filem ini, saya dan Rosyam bermusuh. Pengarahnya Syamsul mengambil keputusan untuk melakukan penggambaran aksi pertarungan besar ini pada akhir penggambaran,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tambah Aaron lagi, untuk adegan aksi ngeri, dia melakonkan sendiri watak berkenaan seperti yang diminta oleh Syamsul.

“Alhamdulillah, setakat ini saya tidak mengalami apa-apa kecederaan sewaktu melakon aksi bertarung walaupun waktu itu saya perlu bertarung dengan ramai orang.

“Cuma masalah kepenatan akan mengganggu konsentrasi persembahan lakonan saya,” ujarnya.

Menyentuh tentang babak pertarungan, Aaron perlu belajar teknik-teknik tertentu untuk menjadikan lakonannya dalam filem tersebut lebih menarik.

“Biasanya, setiap koreografi dilakukan semasa hari penggambaran tanpa ada latihan. Alhamdulillah, saya dapat melakukan koreografi aksi itu. Bagaimanapun, apa yang saya persembahkan tidak mungkin dapat menandingi gaya lakonan pelakon Ong Bak, Tony Jaa,” ujarnya.

Selepas mendapat perhatian peminat menerusi drama Nora Elena, Stanza Cinta, KL Gangster dan Ombak Rindu, Aaron tidak menafikan tawaran lakonan untuknya semakin bertambah sehingga menyebabkan dia perlu bersikap memilih.

“Selepas ini saya akan memasuki penggambaran filem psiko seram berjudul Kerat 14 arahan S Baldev di samping Siti Saleha.

"Pada penghujung Februari pula saya akan berlakon dalam drama adaptasi novel Adam dan Hawa terbitan Astro,” kata Aaron.

Selain itu, dia akan terbang ke Tokyo, Jepun pada 11 Januari depan untuk menjayakan program sukan perlumbaan kereta anjuran M7 setelah dilantik sebagai Duta minuman Drive M7 pada 17 September lalu.

“Saya akan mengambil peluang ke Jepun pada awal Januari ini untuk bercuti dengan isteri saya, Diyana Halik.

“Selepas itu, mungkin saya akan membawa anak-anak dan isteri saya ke Australia untuk menjalani penggambaran Adam dan Hawa pada hujung Februari depan,” katanya.

Adam dan Hawa dijangka akan menjalani penggambaran di tiga lokasi uar negara iaitu Australia, Mekah dan India.

Wednesday, December 28, 2011

Salam taqziah utk Elly Suriati...

...tumpang simpati apabila mendengar berita sedih mengenai Elly Suriati yg keguguran anak keempatnya. Sebelum ni ada dgr berita suaminya, Azri Iskandar risaukan keselamatan dan kesihatan Elly yg mengandung ketika itu krn sibuk mengarah filem sulungnya, Penanggal.

....apa nk buat, bukan rezeki Elly dan Azri. Terimalah ketentuanNya dgn redha krn setiap yg berlaku pasti...ya pasti ada hikmahnya. Buat Elly, semoga dia tabah dan cekal menghadapi dugaan ini. Sepanjang mengenali Elly, wanita ini sgt berjiwa besar. Pantang menyerah dan fokus. Jadi, kita sama-sama doakan apa yg tak menjejaskan kesihatan dan tumpuan Elly untuk menghasilkan Penanggal dgn jayanya. Amin.

(Petikan berita di Mstaronline)
Elly dikatakan tertekan kerana keguguran.
PETALING JAYA: Hasrat pelakon dan pengarah filem, Elly Suriati untuk memperoleh anak keempat tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran ketika sedang sibuk mengarahkan filem sulungnya, Penanggal di Kuala Kangsar, Perak pada Rabu.

Suaminya, pelakon Azri Iskandar ketika dihubungi mStar Online berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari, Rabu semasa isterinya hendak membuang air kecil dan tiba-tiba berlaku pendarahan.

"Penggambaran filem habis lewat sehingga pukul enam pagi tadi kerana Elly ingin menyiapkan adegan malam untuk filem itu.

"Dia menyedari keguguran itu berlaku apabila hendak membuang air kecil dan mendapati berlaku pendarahan. Kami terus ke hospital dan pemeriksaan lanjut telah mengesahkan dia keguguran," ujarnya.

Elly sebelum ini dilaporkan sedang mengandung empat bulan dan hasil perkongsian hidup mereka pasangan itu dikurniakan tiga orang anak namun anak keduanya telah meninggal dunia.

Azri memberitahu isterinya kini berada di Hospital Kuala Kangsar dan akan ditahan selama beberapa hari mengikut tahap kesihatannya.

Dalam pada itu, Azri memberitahu keguguran itu berlaku mungkin disebabkan oleh kelasakkan isterinya itu dilokasi penggambaran namun menganggap itu adalah suratan takdir Allah SWT.

Tumpuannya kini kata Azri adalah kepada isterinya yang masih bersedih kerana kehilangan bayi mereka dan berharap dia akan tabah menghadapi ujian itu.

"Elly dalam keadaan tertekan dan banyak menangis ketika ini kerana sedih dengan keguguran itu jadi saya perlu memberikan tumpuan kepada dia," ujarnya.

Terdahulu, dalam satu temubual semasa pelancaran filem Penanggal, Azri pernah melahirkan kerisauannya terhadap keadaan isterinya yang sibuk dalam kerja-kerja pengarahan filem tersebut.
Azri Iskandar, suami Elly

Dia bimbang isterinya akan tertekan dan akan memberi kesan kepada kandungan tambahan pula sikap Elly yang tidak mahu mendengar kata ketika mengandung.

Sementara itu, walaupun bersedih dengan kehilangan anak mereka, Azri berkata dia redha dengan ketentuan Tuhan dan menganggap ia bukan rezeki mereka.

"Ia bukan salah sesiapa tetapi ketentuan Allah SWT, saya terima dengan penuh redha," ujarnya ringkas.

Dalam perkembangan lain, Azri berkata, penggambaran filem Penanggal yang turut menampilkannya sebagai pelakon akan dihentikan buat beberapa hari sementara menunggu keadaan kesihatan Elly kembali pulih.

Katanya, penggambaran yang diadakan di Kampung Sayong Ulu, Kuala Kangsar itu juga mungkin akan diteruskan oleh penolong pengarah bagi adegan ringkas yang tidak memerlukan perhatian isterinya.

Penanggal adalah filem arahan pertama Elly dan dibarisi oleh pelakon seperti Zul Ariffin, Umi Shazera, Fasha Sandha dan Datuk Sharifah Aini.

ML Mega 2011- Boboi...Layan

Boboi Juara MLM...?

...bercakap pasal Maharaja Lawak Mega yg tgh ligat bersiaran kat Astro sgt ni, mmg aku nk share sikit la pengalaman dgn para peserta yg hampir semuanya otai2 belaka. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan, tp yg selalu aku dok skodeng tgk adalah kumpulan BOBOI dan OSBON.

...BOBOI sebab aku suka tgh Halim Salim Bachik dan Afdlin merapu, manakala OSBON pulak sebab ada Abun yg terer berpantun secara spontan. Senak perut bila tgk depa ni beraksi. Mcm2 gaya kala merapu. Sumpah...nasib x pengsan! Hahahaha...Agaknya antara dua kumpulan ni mana satu dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega? BOBOI @ OSBON???

...bagi aku, dua2 pun ok, tp rasanya lebih kepada BOBOI sebab derang berdua ni kreatif lebih. Ada je idea yg x terpikir dek kita dibuatnya depa berdua. Kita Halim dan Afdlin ada 'kimia' la bila buat lawak. Masing2 pandai 'menyambut', so x kering gusi tgk depa nih. Ok lah, kat bawah ni aku petik berita mengenai BOBOI kat Utusan Online. Selamat membaca ye ;-)

Antara persembahan Boboi yang membuatkan penonton tidak kering gusi.

Jenama Boboi ke layar filem

BELUM pun sempat pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) berakhir, tuah nampaknya sudah menyebelahi kumpulan Boboi yang sudah mula mengorak langkah lebih jauh ke depan.

Sama ada mampu bergelar juara atau sebaliknya, Boboi akan terus abadi di fikiran peminat selepas ini.

Tidak mahu nama Boboi terus dilupakan selepas MLM melabuhkan tirai Jumaat ini, kini dua penggerak utama

Boboi, Afdlin Shauki dan juga Harun Salim Bachik, optimis jenama tersebut mampu melangkah lebih jauh.

Berdiri di atas keyakinan tersebut, Boboi bakal memulakan penggambaran filem Boboi, Best Friend Forever (Boboi, BFF) pada penghujung Januari nanti.

Belum menyenaraikan mana-mana lagi pelakon yang bakal terlibat dalam filem itu, Afdlin Shauki selaku pengarah, turut menunjukkan minat untuk menggunakan khidmat beberapa individu yang terlibat dalam MLM.

"Mungkin Datuk AC Mizal akan berlakon sekali di dalam filem Boboi BFF nanti.

"Selain itu, saya juga berminat untuk menjemput Osbon dan juga Adlin untuk turut bersama-sama memeriahkan lagi filem tersebut.

"Malah, kalau boleh, kami juga nak ajak Datuk Chef Wan sekali," ujarnya kepada Hits baru-baru ini.

Malah, jika tiada aral melintang, jenama Boboi juga akan turut direalisasikan dalam bentuk animasi dan juga komik.

Mengakui kini mereka sedang bekerja keras dalam memastikan nama Boboi terus subur, Afdlin dan Harun bersependapat bahawa genre komedi sebenarnya sangat berpotensi untuk diperkembangkan.

Menjadikan platform MLM sebagai salah satu langkah promosi jenama Boboi, dalam masa yang sama, mereka juga sebenarnya cuba membawa sifat komedi itu untuk diterjemahkan agar dapat diterima oleh seluruh lapisan masyarakat dan juga umur.

Platform martabatkan komedi
Tidak dinafikan, sebelum menyertai MLM lagi, dua nama di sebalik Boboi sudah mampu berdiri sendiri di atas populariti yang mereka miliki.

Namun, bagi Afdlin, apa yang lebih penting baginya kini ialah martabat komedi itu dapat dinaikkan pada satu tahap yang lebih memberangsangkan.

"Kehadiran kami (Boboi) hadir dalam pentas MLM bukanlah sebagai penghibur semata-mata.

"Apa yang lebih penting sekarang ini ialah, penjenamaan komedi itu sendiri dapat diangkat pada satu tahap yang lebih baik.

"Kami mahu memartabatkan komedi agar orang di luar negara kita mengetahui bahawa jenaka yang kita tampilkan adalah berkualiti.

"Menang atau kalah pertandingan MLM itu nanti bukan persoalannya kerana niat saya hanyalah satu, untuk membantu dan memperjuangkan industri komedi tanah air agar dapat diterima ramai," ujarnya penuh bersemangat.

Kenyataan Afdlin itu juga turut disokong oleh Harun.

"Apa yang kami persembahkan adalah untuk menghargai peminat malah dalam masa yang sama, dapat menghiburkan mereka," tambahnya yang turut mengakui kini sedang sibuk membuat persiapan bersama Afdlin dalam memberikan yang terbaik menjelang MLM peringkat akhir Jumaat ini.

Apabila 'juri' dikritik

Tuesday, December 27, 2011

Rona kamu...?

Adakah anda mempunyai WARNA kegemaran? Warna apakah yang menjadi kegemaran anda? BIRU? MERAH? HIJAU? KUNING? HITAM? PUTIH?
Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak anda.
Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna primer :
MERAH
HIJAU
KUNING
BIRU

Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu lagi, warna sememangnya diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia.
Kini, penggunaan pengaruh psikologi yang ada pada warana telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia automotif, peragaan pakaian, permainan dan sebagainya.
Baik, mari kita lihat apakah RAHSIA yang ada disebalik warna-warna ini.

MERAH
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.
1. Merah Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.
2. Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.

BIRU
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.
1. Biru Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.
2. Biru Muda :
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

KUNING
Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.
1. Kuning Terang :
Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.

HIIJAU
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.

KELABU & HITAM
1. KELABU :
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.
2. HITAM :
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

COKLAT & UNGU
1. COKLAT :
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.
2. UNGU :
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.

Sunday, December 25, 2011

The making...Kek Sarang Lebah a.k.a Kek Gula Hangus

...10.30 pagi! Jahanam plan aku nk merewang kat Pasar Tani Danau Kota. Ikutkan hati nak je terus bekerja ke sana, tapi kain baju yg baik punya dok berendam dlm bilik air sapa nk basuh. Nak tak nak, terpaksa la batalkan niat nak cari Kek Gula Hangus kata pasar tani tu...hukhukhuk...kempunan sudey!!!

...11.45 selesai basuh dan sidai baju. Lepas kemas apa yg patut, terus bekejar ke pasar tani yg letaknya cuma 5minit berjalan dari rumah. Malangnya, tinggal payung jek. Semua peniaga sibuk dok punggah barang masuk kereta, van dan lori. Sedey la...;-(

...terus melencong ke kedai KK Mart beli telur 10 biji. Aku nekad, reti x reti...jadi x jadi mesti membaking kek idaman kalbu tu. Sebenarnya, dah berminggu aku teringin nak makan kek tu. Kebetulan, minggu lepas aku 'terbeli' kek gula hangus yg dijual dekat pasar tani...rasanya sgt la sedap, lembut dan gebu. Itu yg membuatlg terkenang2...gila bayangan terus!

...sampai rumah, campak tudung atas almari (ah...itu memang pesen aku kalau kat umah...mmg superduper pemalas!...sila jgn ikut tabiat ini ye-harap maklum!). Terus selongkar bahan2 buat kek dlm almari, syukur semua bahan yg diperlukan ada. Cukup lengkap dan berlebih2 pun.

...jam 1.15 tengahari bertemankan suara rancangan Melodi maka aku pun gigih membaking kek idaman. Gayanya mcm senang jek, bahan pun mudah. Utk makluman, resipinya aku tanya Puan Seri Google. Byk versi, korang pilih je mn yg berkenan di hati. Disebabkan aku ni pemalas bab timbang menimbang ni, maka aku cari resipi yg guna cawan. Mudah dan x remeh, sure jd punya lah! Cewah...SBRB pula! (...Sombong + Bongkak + Riak + Berlagak).

...tepat kul 2pm, siaplah kerja2 main tepung bagai. Senyum sampai ke telinga sebab akhirnya gigih buat sendiri. Tapi kek ni versi kenan peram berjam2 adunannya utk dptkan sarang lebah yg diidamkan. Lagi lama diperam lg cantik. kalau peram versi x sabar, ala2 manja je la bentul sarang lebah korang tu...wakakaka (ini versi sarang lebah aku la).

...jam 5pm, akhirnya dpt jugak aku merasa Kek Gula Hangus versi DIY. Rasanya sgt kena dgn kehendak tekak, cuma kurang nk lembut. Tapi, overall...kegigihanku berbaloi sudey. X caya...tgk je gambar2 yg aku snap sambil membaking kat bawah ni. Gigih tak aku, sambil baking sempat snap sana sini hahahaha

Mula2 kasi goreng itu gula

Tgk...cantik je bila gula kena goreng...wey jap2 korang jgn goreng gula boh minyak bagai, goreng gula semata2 jek!

Gula yg dah dinodai mentega...hahaha dh x cantik dan suci lg...keruh sudey

Jenuh pukul telur ni sampai kembang, nasib guna mesin
Elok2 kasi kembang, suruh kasi buih bagai pulak...biar betul resipi ni...;-(

Campak tepung secukupnya...

Dah siap dah...siap...eh mana loyang nih...merayap kat mana minah loyang nih?

Jom bako dia...jgn kasi merayap bagai

Rupanya lepas kena bako...huduh pulak ;-(, tp mmg gini kot rupa aslinyer

Nasib ada rupa sarang, tgh pk mcm mn lebah2 nak masuk dlm sarang sempit mak ni noks

Gebu, x manis sgt, tp sarang kurang cun...kena DIY sekali lg nih

Saturday, December 24, 2011

Jenis darah kamu…???


DARAH O
Kamu disifatkan sebagai orang yang setia, sabar dan sentiasa yakin pada keupayaan dan kebolehan sendiri. Selain sering bersikap ingin menjadi ketua khususnya yang membabitkan kerja berkumpulan. Sekiranya inginkan sesuatu, kamu berusaha untuk mencapai matlamat itu dalam apa cara sekalipun. Adakalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Juga terlalu serius dalam persaingan hingga memberi tekanan kepada diri sendiri. Jadi, kamu harus lebih bijak mengawal emosi  agar tidak dikuasai tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja secara berkumpulan dan membabitkan diri dalam persatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling kamu dan mereka juga sentiasa berasa senang bekerjasama dengan kamu.Sikap sensitif, sabar dan bertimbang rasa itu melambangkan kamu memiliki keperibadian penyayang. Walaupun begitu, ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja hingga tidak mengendahkan waktu rehat. Ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka bekerja hingga kesihatan terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan kamu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan  berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu suka melaksanakannya denga cara sendiri. Kamu kreatif dan fleksibel, mudah menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan, selain bijak bersosial. Namun, adakalanya sikap kamu yang lebih berdikari dan tidak suka meminta bantuan orang lain itu, mendatangkan masalah buat diri kamu sekali gus memperlihatkan kelemahan diri sendiri. Tidak semua perkara boleh diselesaikan sendiri. 


DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri kamu. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini membuat orang di sekeliling berasa selesa berdampingan dengan kamu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dan sentiasa bersikap menghiburkan juga ceria. Namun, ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu.Kamu perlu lebih bijak dan berani membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu. AWAS LU!!!

Akhirnya...berdua bersatu ;-)

...a'haaaaa, akhirnya teka teki terjawab sudah! Yusry Abd Halim dan Lisa Surihani akhirnya membuat pengumuman yg ditunggu2. Aku selaku pemerhati dan org yg turut terbabit sama dlm industri (bidang seni-media) sudah lama tahu menunggu jawapan POSITIF daripada pasangan so sweet ni.

...ingat lg waktu Lisa berkunjung ke studio JELITA, bibir manisnya tak lokek mengukir senyum. Mulutnya ramah bercerita itu dan ini, termasuk hal kekasih hatinya (...yes siapa lg kalau bukan En. Yusry). Pada wajahnya, jelas menggambarkan bunga2 cinta sedang kembang setaman.

....dan aku sempat juga suatu ketika bertanya 'seseorang' yg pernah rapat dgn Yusry, sambil tersenyum insan itu berkata, "...syukurlah dia bertemu seorg wanita yg baik dan sesuai sekali utk hidup bersama. Kita sama2 doakan mereka berdua bertemu jodoh dan bahagia."

...bagi aku, Yusry dan Lisa memang sepadang. Kedua-duanya matang menjalinkan hubungan. Tiada kontroversi yg muak didengar. Walaupun sudah terang lagi bersuluh, masing2 lebih senang bertindak 'coverline'. Lebih baik mcm tu, daripada dok pong pang pong pang...last2 satu apa pun x jd, malu jek dapat khennn.

....buat Lisa tahnaih kerana berjaya memenangi hati Yusry yg sememangnya jejaka idaman Malaya. Kepada Yusry, semoga perkahwinan kali ini kekal hingga ke hujung nyawa. Dan aku, tak sabar nak tgk wajah2 cute yg menjadi pengikat kasih pasangan popular ini.

....2012, kita bakal menyaksikan perkahwinan grand ye. Aku, kalau ditugaskan cover majlis depa ni, dpt la p tgk...kalau x tgk kat TV (katanya ada siaran langsung drpd stesen TV berbayar...nonton di rumah je la kan kita yeop!) dan kat paper juga majalah. Kat bawah ni aku petik berita mengenai pengumuman pasangan yg sedang menghitung hari bahagia mereka pada Februari 2012. Sumber petikan-Mstaronline


Lisa Surihani dan Yusry bergambar bersama selepas mengumumkan tarikh perkahwinan mereka kepada media di Hotel Marriot Putrajaya pada Sabtu. Foto THE STAR Oleh SHAARI CHE MAT.


PUTRAJAYA: Teka-teki mengenai tarikh perkahwinan pasangan artis Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim terjawab apabila mereka mengumumkan bakal bernikah pada 23 Februari 2012.

Yusry berkata, dia tidak berniat untuk menyorokkan tarikh perkahwinan mereka kerana perlu berbincang dengan kedua-dua belah keluarga terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pengumuman.

"Seperti yang sering saya katakan sebelum ini bila keluarga telah mengetahui mengenai perkara ini baru akan diberitahu kepada media tentang tarikh perkahwinan kami.

"Bukan ingin menyorok daripada media tetapi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak," ujarnya.

Yusry dan Lisa membuat pengumuman itu dalam satu sidang media khas di Hotel Marriot Putrajaya di sini, Sabtu.

Dalam pada itu, Yusry memberitahu pihak keluargannya juga telah pun merisik Lisa dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada Jumaat malam.

Ujarnya, majlis tersebut diadakan secara ringkas dengan kehadiran keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan telah memberikan sebentuk cincin sebagai tanda.

"Bagaimanapun tidak akan ada sebarang majlis pertunangan akan diadakan kerana kami memilih untuk bernikah terus pada tarikh yang diumumkan itu," katanya.

Sementara itu, Lisa berkata, majlis akad nikah akan dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya selepas solat Asar manakala resepsi perkahwinan dijadualkan pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Lisa berkata, dia dan Yusry sepakat untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana dan tidak terlalu mewah untuk hari bahagia mereka nanti.

"Saya tidak begitu memikirkan untuk membuat majlis gilang gemilang tetapi biarlah ia sederhana kerana apa
yang penting nanti adalah majlis akad nikah.


Wednesday, December 21, 2011

Bertabahlah Jimmy..

Jimmy-Gambar Mstaronline
“Saya tak mahu mengaibkan sesiapa. Baik buruk pun, dia adalah isteri saya. Saya masih sayangkan dia dan apa sahaja yang saya lakukan selepas ini lebih menjurus kepada kebahagiaan anak saya,”

Jimmy Shanley Buat Kerja Amal Tebus Kesilapan

PETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley, 31, mengambil pendekatan untuk bermuhasabah diri dengan melakukan kerja-kerja amal bagi menebus semula kesilapan lamanya.

Bukan itu sahaja, Jimmy juga turut menyertai aktiviti keagamaan di Masjid Putra Height berdekatan rumahnya sepanjang tidak melakukan apa-apa aktiviti hampir setahun.

“Saya tahu saya banyak melukakan hati wanita termasuk isteri saya. Jadi, saya nekad untuk menebus kesilapan ini dengan mendekatkan diri dengan perkara yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan.

“Tidak lama lagi, saya akan mengikut Ustaz Akhil Hayy mengelilingi Malaysia untuk terlibat dengan aktiviti keagamaan.

“Selain itu, saya juga membabitkan diri sebagai sukarelawan Islamic Relief Malaysia dengan berkunjung ke sekolah-sekolah sambil beramal,” katanya semasa sidang media drama “Antara Garisan” di The Tranquerah, Encorp Stand, Kota Damansara, dekat sini.

Jimmy yang pertama kali menceburi bidang lakonan akui tertarik untuk berlakon drama bercorak keagamaan dan memberi pengajaran selepas berlakon drama “Antara Garisan”.

Katanya lagi, disebabkan tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak, Jimmy ingin membuat permohonan untuk melakukan perbicaraan kes rumah tangganya secara tertutup.

“Saya tak mahu mengaibkan sesiapa. Baik buruk pun, dia adalah isteri saya. Saya masih sayangkan dia dan apa sahaja yang saya lakukan selepas ini lebih menjurus kepada kebahagiaan anak saya,” katanya lagi.

Walaupun dia sudah lima bulan tidak bertemu dengan anak perempuannya, Zahrah Shanley, 6 bulan, Jimmy sentiasa berdoa semoga Zahrah dibesarkan dengan cara yang baik oleh isterinya dan keluarga.

“Jika diikutkan memanglah saya teringin untuk berjumpa dan membawa anak saya keluar bersiar-siar.

“Tetapi sekarang saya sudah terbiasa dengan situasi seperti ini dan apa pun yang berlaku selepas ini biarlah saya bahagia sebagai bapa. Setakat ini saya belum terdetik untuk menceraikan isteri saya,” katanya lagi yang turut mengendalikan program televisyen di saluran Astro Ceria.

Pasangan Jimmy dan Nursuhaila Eliani Suhaimy,32, bernikah pada 1 Oktober 2010.

Pada 8 Mac lalu, Jimmy memfailkan permohonan nusyuz agar isterinya kembali taat kepadanya kerana anak.

*p/s: ...hope ada penyelesaian terbaik untuk pasangan ni, sayang sekali kalau keegoan menjadi tembok yg menghalang kebahagiaan. Populariti dan kekayaan tak menjanjikan bahagia berkekalan, melainkan kasih sayang yg tulus.

Semoga cepat sembuh Latiff Ibrahim...

...dpt berita mengenai tahap kesihatan Uncle Latiff Ibrahim yg semakin merosot. Sedih dan terkilan, harap uncle cepat sembuh dan dapat tersenyum manis seperti sedia kala-Amin. Kat bawah ni petikan berita daripada Mstaronline. Dan gambar2 yg aku tempek ni, gambarnya yg 'terbaru' waktu jumpa dua bulan lalu.

Uncle Latiff bersama isteri dan anak.
KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran Abd. Latif Ibrahim atau Latif Ibrahim, 61, dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada Ahad lalu akibat serangan sakit jantung.

Penyanyi yang juga adiknya, Datuk Khatijah Ibrahim berkata Latif kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

"Dia dimasukkan ke CCU selepas muntah-muntah dan kini keadaannya agak kritikal.

"Buat masa ini dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat ubat tidur yang diberikan oleh pihak IJN," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tambah Khatijah, ini merupakan kali kedua penyanyi tersebut dimasukkan ke IJN akibat penyakit yang sama.

"Dia sudah lama mengidap penyakit jantung dan pernah menjalankan pembedahan 12 tahun lalu akibat serangan jantung," katanya.

Dalam pada itu, Khatijah berkata buat masa ini pelawat yang ingin menziarah tidak dibenarkan masuk atas arahan pihak IJN.

Senyum uncle Latiff yg dirindui ramai, lagu2nya apatah lg.

Tgk, walaupun kurang sihat ketika ini uncle Latiff masih ceria melayan rakan media.

Tuesday, December 20, 2011

Ummi Nazeera muncul kembali...

Ummi Nazeera kembali beraksi selepas 2 tahun
…lama tak dgr cerita mengenai pelakon berbakat besar, Ummi Nazeera (budak ni sekali imbas mcm muka bekas ratu cantik juga pelakon tersohor, Erra Fazira). Sejak dia tinggal di oversea, mmg jarang sekali dgr berita. Dan tak sangka dlm diam2 bakal muncul dgn filem baru berjudul Penanggal.

…pelakon sweet ni bakal bergandingan dgn pelakon kacak, Azri Iskandar juga suami kepada pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty ( Ellie juga pengarah filem Penanggal). Tadi dok skodeng paper Harian Metro (HM) versi online, ada terselit berita mengenai perkembangan terbaru Ummi. (...dan gambar Ummi berbaju dress hitam, kredit kepada Heyjoni Blackswan-PP). So jom layannn...
Kredit HM:-
Dua tahun tidak beraksi
Ummi bergandingan dgn Azri. Gambar HM
BERAKSI sebagai Murni yang juga watak utama dalam filem Penanggal, ternyata memberi impak yang cukup besar pada lakonan pelakon berwajah Melayu asli, Ummi Nazeera di layar perak.

Apatah lagi, pelakon kelahiran Kuala Lumpur yang juga pemilik nama sebenar, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin ini berpeluang bekerja dalam filem arahan pelakon dan pengarah berkaliber yang menjadi idolanya dalam bidang seni, Ellie Suriaty Omar.

Maklumlah, dalam filem lakonannya sebelum ini, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan filem epik terbitan KRU Studios, Hikayat Merong Mahawangsa, Ummi hanya sekadar bawa watak pembantu saja.

Dalam filem Penanggal, terbitan bersama Astro Shaw dan Grand Brilliance, Ummi bergandingan dengan heronya, pelakon Azri Iskandar yang juga suami Ellie.

Secara peribadi, Ummi mengakui watak Murni yang secara tidak sengaja mewarisi ilmu penanggal adalah watak berat yang pernah dilakonkannya dalam filem setakat ini. 

“Sebenarnya, sudah dua tahun saya tidak berlakon dan peluang keemasan bawa watak Murni bagaikan pucuk dicita ulam mendatang.

“Pada mulanya, saya takut untuk bawa watak Murni tapi Ellie yang banyak membimbing dan memberi keyakinan pada saya bawa watak itu sepanjang di lokasi penggambaran. Sebelum penggambaran dimulakan, kami juga menghadiri kelas lakonan yang dikendalikan Ellie selama tiga hari,” katanya.

Secara peribadi, Ummi mengakui sudah buat persiapan mental dan fizikal untuk melakonkan watak Murni seperti dikehendaki pengarahnya.

“Ia kali pertama saya bekerja dengan Ellie dan pada masa sama, memang banyak saya dengar cerita kontroversi mengenai dirinya termasuk dia garang tapi ia sebaliknya pula bila kami bekerjasama. Pada pemerhatian saya, Ellie seorang pengarah yang penyayang di lokasi.

“Walaupun Ellie mengandung empat bulan tapi dia aktif dan bertenaga sepanjang di lokasi penggambaran. Saya pula yang bimbang jika kandungannya terjejas kerana dia aktif seperti tidak mengandung.

“Ketika buat babak Murni yang terjatuh dalam lumpur dan hampir lemas pada hari pertama penggambaran, Ellie pula yang berlari pantas memeluk saya sebaik babak berakhir kerana dia bimbang jika ada perkara yang tidak diingini berlaku pada saya ketika itu.

“Saya juga tidak kisah masuk dalam lumpur kerana ia sebahagian tuntutan watak. Saya tahu, bukan saja babak masuk lumpur mencabar kerana setiap hari adalah cabaran buat kami sebagai pelakon bagi merealisasikan watak sebaik mungkin,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai karakter Murni, gadis malang yang tidak sengaja mewarisi ilmu penanggal daripada Mak Ajeng dan melarikan diri ke Kampung Jawa untuk perlindungannya. Ketika di sana, Murni didera orang kampung yang dapat tahu dia adalah penanggal.

“Murni adalah gadis yang keliru dan tiada pegangan agama. Apabila dia dengar bacaan surah Al-Ikhlas, dia hanya menarik kepalanya kerana dia tidak pernah diajar membaca ayat suci sebelum ini.

“Saya sudah mula jatuh cinta dengan watak penanggal selepas melakonkan watak itu. Saya percaya, penonton sendiri akan simpati dengan karakter Murni nanti yang mewarisi ilmu penanggal tanpa kerelaannya sendiri,” katanya.

Filem genre seram Penanggal memulakan penggambarannya bermula 10 Disember lalu. Berlatarbelakangkan era 1930-an, penggambaran selama 45 hari dan dijangka berakhir pada penghujung Januari nanti. Ia membabitkan lokasi sekitar Hulu Langat, Taman Melawati, Banting, Kuala Terengganu dan beberapa perkampungan di Perak.

Ia dimantapkan lagi dengan barisan pelakon iaitu Fasha Sandha, Zul Ariffin, Normah Damanhuri, Latif Borgiba, Kuswadinata dan Fauziah Nawi.

Ummi mengaku sudah ada kekasih
SEKALIPUN enggan mengulas lanjut soal teman istimewa, Ummi mengakui hatinya sudahpun dimiliki seseorang ketika ini. Jejaka bertuah itu sama-sama menuntut dengannya di Melbourne. Ummi juga menuntut dalam jurusan Perniagaan dan Pemasaran di Royal Melbourne Institute of Technology di Australia.

“Kami berkawan sudah lama iaitu ketika sama-sama menuntut di Melbourne. Bagaimanapun, pengajiannya di universiti di Melbourne sudah pun selesai.

“Terus terang, saya berasa seronok sepanjang dua tahun menuntut di Melbourne dan pengajian juga berjalan lancar seperti direncanakan. Saya juga belajar erti hidup berdikari dengan menyewa kediaman bersama seorang rakan sepanjang pengajian di sana,” katanya yang menyukai lelaki bertanggungjawab, menghormatinya dirinya dan rajin bekerja.

Ditanya sama ada keluarga menyokong minatnya berlakon, Ummi yang bercuti selama empat bulan di sini berkata, keluarga cukup memahami minatnya itu.

“Keluarga tidak ada masalah kerana saya berlakon ketika cuti semester dan pastikan ia tidak menjejaskan prestasi pengajian di universiti. Insya-Allah, saya akan menyambung lagi pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas membawa pulang segulung ijazah nanti.

“Setiap kali cuti semester, saya akan mengisi masa dengan berlakon di sini yang memang bidang yang sudah sebati dalam diri. Maklumlah, saya memang tidak boleh duduk rumah lama-lama, seminggu saja saya sudah berasa bosan dan rindu ingin kembali ke lokasi,” katanya.

PROFIL
NAMA PENUH: Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin
UMUR: 21 tahun
TARIKH LAHIR: 20 Ogos 1990
ASAL: Kuala Lumpur
STATUS: Bujang
KERJAYA: Pelakon dan penuntut jurusan Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran, Royal Melbourne Institute of Technology di Australia
TELEFILEM/DRAMA BERSIRI: Nur Kasih, Pesona Bintang, Takdir Yang Terindah, Dinasti Bilut, Ali Din, Awan Dania, Klon Teja dan Kejar
FILEM: Lu Pikirlah Sendiri The Movie, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Hikayat Merong Mahawangsa

Mental + Block = S.T.R.E.S.S

Oh Tuhan, tenangkan fikiran hambaMu ini-Pix Google
…sejak setahun kebelakangan ni, aku rasa sgt2 nk berhenti kerja. Sampai tiap2 mlm aku asyik pk mcm mn nk berhenti kerja dan mcm mn nk survive bila dah xde gaji bulan2? Semak otak wey!!!

…byk punca yg membuat aku jd mental block sampai tahap x boleh nk fokus pd kerja. Kalau dulu setiap bulan aku teruja memberi bahan terbaik, tp skrg rasa keterujaan tu dh hilang dekat 75%! Seriuskan!!!

…office politics pun makin mcm gampang...I hate it!!!! Really2 hate it, sampai tahap x tahu mcm mn nk react & tackle this kind of situation. Frust gila cuz dh berbelas tahun keje, tp still lg kena hadap benda2 bodoh. Bukan maksud aku nk demand, tp rasa dlm usia skrg dan dgn pengalaman yg aku timba selama ni tak sepatutnya aku masih berada kat tahap sama lg.

…usaha, jgn ckp aku x usaha…mcm2 aku dah buat. Tapi, ye la mungkin usaha aku belum cukup lg utk sampai ke tahap sepatutnya. Aku tahu, aku harus bersyukur dgn rezeki yg Allah berikan kepada aku sebelum dan ketika ini. Aku kena redha dan terus tingkatkan usaha supaya apa yg aku dambakan dpt digenggam.

…jadi bos. Ye mmg aku bercita-cita nak jadi bos kepada diri sendiri. Tapi, bukanlah dlm line yg aku hadap skrg. Walaupun suatu masa dulu dan di tempat kerja lama aku pernah jd bos dlm line sama, tapi honestly aku rasa mcm x best dan serasi. Ada satu tahap aku rasa mcm, line ni mcm berangan je lebih tp kalau nak kaya mmg x de.

…serius aku mmg nak kaya dan suka cari duit (aku sgt suka bau duit). Aku suka pegang duit hasil titik peluh sendiri, bukan drpd poket keluarga atau suami. Aku perlu kaya dan banyak duit utk membantu keluarga, masyarakat dan bangsa juga agama. Aku sedih dan rasa sgt ralat apabila tak mampu atau terpaksa berkira2 apabila nak hulur bantuan kepada lain.

…paling aku sedih bila Ma masih bekerja hanya kerana aku tak mampu beri dia RM1k sebulan (…Ma demand dan sgt la high taste hokey, suka melaram, jalan2 dan makan2. Makna kata, setakat aku beri dia RM3-4 rat sebulan mcm xde makna je kat dia. Tapi, dia tetap amik la dan tak tahu dia buat apa dgn duit2 tu.

…aku risaukan Ma sebenarnya, sgt risau. Lepas Abah pergi (utk selama-lamanya), Ma dah jadi tanggungjawab aku dan adik-adik yg lain. Memang ajal maut urusan Allah, tapi aku belum sanggup kehilangan Ma. Jadi, kalau Ma masih kerja kesihatan dia mudah terganggu. Walaupun kerja dia sgt la senang, tapi kerja tetap kerja kan!

…dah byk kali aku paksa Ma berhenti kerja. Tapi dia beri alasan bosan duduk rumah sorang2, tak ada teman borak dan teman mkn (…maksudnya, dia bekerja bukan sebab nak duit sgt, tp sebab sunyi hidup sorang2…nak2 pulak bila Abah dah tak ada). Iye jugak la, sejak adik bongsu aku kawin dan adik2 lelaki pulak lebih suka dok rumah sewa bujang, Ma tinggal sorang kat umah. Mmg logik sgt dia rasa bosan dan lonely.

…tapi hati aku bagai disayat2 bila Ma sebut penat, sakit kaki, tak puas tido dan mcm2 keluhan lg. Ye, Ma mmg manja sikit. Kalau pening kepala pun, dah riuh sekampung. Aku mmg pernah ada hati nak duduk serumah dgn Ma mcm dulu2, tapi bila difikirkan semula lebih baik tak payah. Ma mmg sporting dan baik, tapi suka membebel + ada je benda tak kena kat mata dan telinga dia. Drpd jadi gaduh + jd anak derhaka, baik tak payah. Sejak 2 thn kebelakangan ni, aku kerap balik umah tgk Ma dan dgr dia membebel mcm2. Biarlah dia luahkan perasaan dia, kasi mood dia ok skit…lepas tu balik umah. Itulah yg selalu aku buat, dah mcm rutin pulak balik tgk Ma, dgr radio Siam dia dan balik.

…ok, balik pasal berhenti kerja dan mental block. If aku nekad berhenti kerja gara2 mental block ni, mcm mn aku nk manjakan Ma. Mmg Ma ada duit sendiri, tapi sebagai anak Ma tetap tanggungjawab aku. Habis duit loan kereta dan umah sapa nak bayar??? Oh Tuhan, sgt semak la pk semua benda ni. Rasa nak lari laju2…jauh2. Tapi ke mana???

Monday, December 19, 2011

Kak Ain + Typewriter Olympia = K.A.S.I.H S.A.Y.A.N.G

Lebih kurang mcm ni rupa typewriter  Olympia hadiahKak Ain
...jam 3.20 pagi, masih tak boleh nak lena. Pusing kiri, pusing kanan...tetap x boleh nak pejam mata. Hais...mcm mn nk keja ni. Dah la bahan utk bulan ni belum cari satu pun lg, rencana jgn ckp la...apa pun x proses lg ;-(

...bangun, on pc. Itu je yg mampu aku buat, sambil tampung dagu atas meja...biji mata yg degil xmo tido ni terkebil2 hadap skrin computer. Padan muka, sapa suruh x nk tido. Rasa kan! Tgh dok layan bosan, sebab x de yg menarik pun kat pesbok or blog2 masakan yg biasa aku skodeng dan salin resipinya. Asyik2 resipi yg sama yg depa dpt kat blog lain then copy paste kat blog depa...huh!

...tetiba aku teringat zaman budak2 dulu. Kala aku baru belajar menaip guna typewiter. Ye, typewriter rete paling mahal yg aku pernah dpt dan yg penting daripada satu-satunya kakak aku. Lebih istimewa, dibeli daripada hasil gaji pertamanya sebagai landscape designer. Mmg sgt2 terharu dgn keprihatinannya pada minat aku dlm dunia penulisan.

...masih terbayang2 sengih panjang aku tatkala Kak Ain hulurkan sebuah kotak berat. Bila bukak, kat dlm sebiji typewriter jenama Olympia rona putih krim. Time tu rasa mcm perasaan aku melayang2 jek. Mcm tak percaya Kak Ani sanggup beli barang semahal (wey, typewriter mahal tau time tu). Mmg tak sangka, Kak sanggup beli dgn duit gaji pertamanya. Dan pada mlm hari kejadian, aku menangis sembunyi2 (...siap lap airmata guna gebar lusuh yg baunya sgt la kepam hahahaha). Sgt kapas khennn, sebab aku dgn Kak ibarat anjing dgn kucing...ada je kes yg nk digaduhkan.

...bercakap pasal Kak Ani (Kak), dia mmg sayang kat adik-adiknya. Selalu utamakan keperluan dan keinginan adik-adik daripada diri sendiri. Itu yg membuat aku terharu gila dgn perangai Kak. Walaupun dia garang, suka mengusik dan suka suruh aku tolong dia buat kerja rumah (...hehehehe kami sgtlah susah time tu, adik2 pun kecil dan ramai pulak sampai rasa  mcm bibik x bergaji...semedang jek ada kerja kena buat).

...berbalik cerita typewriter td, sejak Kak beli rete mahal tu setiap kali ada masa mesti aku x lekang menaip. Taip sajak la, cerpen dan kadang2 luahan hati bila kena marah or pukul dgn Ma (...Ma time2 muda garang tahap dewa, x boleh tersalah sikit berbiratlah badan kena sebat dgn tali pinggang or penyangkut baju dawai, belum lagi bab suka membebel...dr pg sampai malam x habis2 mcm radio baru pasang bateri,,,bunyik aje!)

...btw, typewriter tu aku dpt masa study kat ASK (skrg dikenali ASWARA). Aku amik jurusan penulisan kreatif. Jdi, dgn adanya rete pemberian Kak memudahkan kerja menyiapkan asimen dan luahan perasaan hahahahaha.

...muda2 dulu, aku suka buat luahan perasaan dlm sajak2...skrg kalau baca sendiri pun susah nk paham wakakaka. Dulu jiwa seni masih kental, halus dan sangat kapas. Tp sejak bekerja, x time nk jiwang2...nk update blog ni pun berebut2 dgn time rehat.

...pendek cerita typewriter ada kenangan paling mahal dlm hati aku. Pandang aje ingat Kak. Tapi sayang, typewriter tu x ada dlm simpanan aku skrg. Aceli dah lama tak ada. Tak ada sejak bertahun dah, sejak2 salah sorg adik aku yg bijak pandai menawarkan khidmatnya nk hantar repair kat kedai tp sampai berzaman2 x dpt balik. Tiap kali tanya, mcm2 alasan dia bg. Kedai tutup la, tokey kedai kawin la, kedai pindah la...sampail la ni x nampak byg lg typewriter tu. Hampeh sungguh!!!

...mmg sedih gila. Tp x kan aku nk hentak budak tu khenn...kalau aku hentak sure jd kes polis punya. So, kemarahan x boleh nk dilempiaskan ...kena pendam jek! Lg pun dia anak emas Ma (...korang paham x peribahasa 'anak emas' nih? Tak paham? P cari sat dlm kamus dewan hahahaha). Kiranya, jgn ada hati nk kata apa2, apatah lg jentik anak emas beliau itu. Sampai skrg sakit dan marah tu masih berbekas. Dan setiap kali aku tgk typewriter mesti menangis x ingat dunia, pastu mula la terkenang zaman muda2 dulu. Hmmm...kenangan dan pengalaman yg x mungkin aku lupa sampai bila2.

Kak Ain yg sgt2 berjiwa keibuan
...khas utk Kak Ain, terima kasih byk2 atas kasih sayang dan perhatian yang diberikan selama ini juga sampai bila2. Walau di mana org ada, org x pernah lupa Kak dan org nak Kak bahagia dunia akhirat. Kalau Bila org senang, org nak Kak juga sama senang. Kalau Kak sedih, org sedia dgr luahan Kak. Skrg Kak dah ada 4 org anak yg comel2 dan cerdik,  pada masa sama jd penyeri serta penawar kesunyian org. Kalau boleh hari2 nk tgk depa berempat. Semoga Kak sentiasa dilindungi rahmatNya dunia akhirat.Amin.

Sunday, December 18, 2011

Mek Mulung Cahaya Bulan show time...

...two weeks bz mcm nak mati! 'Deadline zone'! Yah...Mmg rasa cam nak buat2 pengsan jek. Apa tak nya, so many things nk kena setel terutama bahan. Bab2 layout kena reject tak yah ckp la, saban hari ada jek sesi reject pages. Muka masing2, x yah citer mmg mcm nk carik gaduh besar...salah jentik sure perang. *MATI*!!!

Pening! Kengkawan asyik tanya aku, mcm mn aku leh bertahan dgn kerjaya mcm ni. Hari2 hadap stress, hadap muka2 meroyan. Tu belum kira lg kena tadah telinga dgn herdikkan tak masuk akal. Mcm org redha benar je gayanya khenn. Hmmm...apa nk buat. Kena bertahanlah selagi aku minat line ni. Sok2, apabila dh bosan tahap dewa maka aku sendiri akan memberhentikan diri aku hahahah!!!


Hokey, tak yah lg gebang pung pang pung pang pasal sgt kerjaya bagai. Apa kata korang layan aku tgk teater. Apa, teater??? Ye, teater. Lama gak x tgk warna-warni lampu di pentas teater...tgk gelagat2 pelakon yg bersungguh melontar jiwa yg dilakonkan. Sungguh lama. Bukan malas, tp x time nk melapangkan diri.

Tapi, minggu ni aku gigihkan diri. Kebetulan dpt tiket free nonton pementasan Mek Mulung Cahaya Bulan di Panggung Bandaraya (DBKL). Kawan baik aku + designer berbakat, Razman Din (Butik Razman Razmi) rsvp 2 tiket utk aku.

Aceli, x ramai kengkawan aku yg minat tgk teater. Depa lg layan movie, nampak le urban skit kheen depa2 nih...motif!!! Last minute, teringat kat adik sepupu aku, Madieha Ahmad (Dieha) yg kebetulan tgh bercuti kat KL. So jam 3pm, aku text dia tanya if dia free or x hari ni. Respond positif, dia nk join gak. Then, lebih kurang 5.30pm, aku bertemankan En. Ommee puteh p amik dia kat bus stop Giant Batu Caves. X lama tunggu situ, dlm 10 minit adik manis ni pun muncul. Berbaju kotak2 ijau bercelana jeans ;-)

Dek kerana x nk parking jauh2, awal2 lg aku cop parking kat area DBKL. Berpusing2 gak la mencari, nasib jumpa satu tempat yg agak strategik dan dekat dgn dewan pementasan. Hmmm...baru 6.30pm, masih ada 2 jam. So, aku pun ajak p lepak minum n makan kat Sogo. Ingat tu nk melencong ke Pasar Malam Jln TAR, tp ngeri pulak nk menapak ke sana cuz bawak camera mahal. X nk la amik risiko, jd apa2 aku gak yg meroyan ;-(

Hero & heroin MMCB
Kacak sungguh Razali time ni...
Lepas mkn n solat, kami terus ke panggung pementasan. Dah ramai org menunggu, time pintu belum dibuka so kami lepak kat tangga sambil bergosip...biasalahkan! Jam 8.25pm, pintu panggung dibuka. Alhamdulillah, tempat duduk kami bahagian depan. Kira pelakonnya jelas la kat depan mata...hehehehe terima kasih Man (Razman Razmi).

Wah! Hebat sungguh lakonan Man sebagai Epong dlm MMCB, senak perut tgk kelaku Epong dan Edeng + sgt la 'gebu' korang apabila berkemban ye *wink*. Ingatkan hebat designer baju jek rupa nya berteater pun meletup...hehehehe...apa pun thumbs up. Selain tu, Nabil sebagai Awang Selamat pun bikin pipi lengguh dok gelakkan kelakunya. Kiranya, lepas ni boleh byk lg berlakon teater ye Nabil.

Overall, semuanya memuaskan. Paling aku suka, suara Razali Hussain...sgt menangkap telinga gitew. Hope, next time ada lg pementasan MMCB ni dan aku tak nk miss nontonnya + sure aku rindukan Epong dan Edeng!

Siapa lebih meletup...Epong vs Edeng???
Serius lawak time ni...Epong2 ;-))
Epong dan Edeng...jual ubat kuat hahahaha
Epong yg tgh 'verangan' diva...
Hokeylah...mari kita layan sikit sinopsis mengenai Mek Mulung Cahaya Bulan (MMCB) ni:-
  • Mek Mulung Cahaya Bulan mengisahkan Cahaya Bulan Raja Negeri Selindungan Bulan yang mendapat firasat bahawa permaisuri baginda Puteri Nang Mara yang rupawan dan mempunyai kesaktian akan dilarikan oleh Raja Gergasi yang memerintah Benua Pakkian.
  • Raja Gergasi berharap sekiranya beliau dapat menguasai dan menakluki Puteri Nang Mara, ini  bermakna beliau berjaya meluaskan kuasa pemerintahannya tanpa ada saingan kerana selama ini Puteri Nang Mara merupakanpenghalang utama kejayaannya.
  • Raja Cahaya Bulan menitahkan agar seluruh rakyat berjaga selama 7 hari 7 malam bagi menggagalkan niat jahat Raja Gergasi. Raja Gergasi bersama pengasuhnya Amat dan Sena berjaya memasuki pintu kota Selindungan Bulan apabila semua rakyat tertidur hasil permainan sakti Raja Gergasi. Mimpi Puteri Nang Mara menjadi kenyataan apabila Cahaya Bulan dibunuh dengan panah. Sena dan Amat ditugaskan memujuk dan membawa Puteri Nang Mara ke Benua Pakkian.
  • Raja Cahaya Bulan yang dihanyutkan ke sungai dijumpai oleh Epong dan Edeng. Mereka merawat Raja Cahaya Bulan dengan air mawar sehingga berjaya memulihkan kembali kecederaan baginda.
  • Di Benua Pakkian, Puteri Nang Mara diseksa kerana enggan berkahwin dengan Raja Gergasi. Cahaya Bulan Berjaya menyelamatkan Puteri Nang Mara.

Comel je aksi slamba Nabil with Wak (dukun otai...)
Kelaku slamba Nabil di pentas MMCB
Nabil best...hehhehee
Kak Long (baju pink) yg lawak bila meroyan, menenangkan Puteri yg sgt sedap vokalnya
Nabil...
Info:
  • Teater Tradisional - Mek Mulung Cahaya Bulan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada hari Jumaat 16 Dis 2011, Sabtu 17 Dis 2011 dan Ahad 18 Dis 2011 jam 8.30 malam ini dianjurkan Kumpulan Seni Persembahan PETRONAS (KSPP) atau PETRONAS Performing Arts Group (PPAG). 
  • MMCB arahan Roslee Mansor turut dijayakan Raja Lawak musim ke-2 iaitu Nabil sebagai Awang Selamat. Watak Raja Cahaya Bulan pula dilakonkan Razali Husin.  

*p/s: Layan lak pose2 kat bwh ni, terutama posing malu2 Madieha Ahmad bersama hero Malaya nya. Jgn sampai tido x lena mandi x basah ye Dieha...kekekekeke!!!
    Hamboi...lebar senyum Dieha dpt jumpa hero MMCB, RAzali Hussain
    Lepas hajat la ni...hehehe
    Dah puas bergambar dgn Razali, cari poster lak...hehehehe sweet Dieha.
    Dalam ramai2 pelakon MMCB, aku cari Epong hehehehe kemain die ye...