.

Sunday, December 30, 2012

Pabila aku kebosanan...Marble Cake Homemade *_*

...hari ni, pagi2 lagi aku dah kebosanan. Nak main masak2, lauk semlm masih byk berbaki. So, x boleh masak lauk lain nanti membazir...nanti setan suka 'kawan' dgn aku...*PENGSAN*!!!

...lepas kemas rumah, basuh baju...masuk semula ke dapur. Bukak peti ais, bukak kabinet dapur...habis aku selongkar semuanya. Arghhh...serius bosan. P ruang tamu, layan TV tapi xdak 1 pun cerita yg menarik hati. Nak layan ost korea tak berani, nanti meleret2 sampai berminggu2 atau berbulan. Oh tidak!!!

...lepas solat Asar, masuk dapur balik sebab dlm kepala dah nampak nak masak apa hahahaha! Apa lg, baking time la. Itu je ubatnya bila dah bosan tahap dewa. Kali ni x nak buat coklat kek, tp masih berasaskan coklat. Ye, aku baking Marble Cake! Masak yg simple2 je, sebab mood bukan rajin sgt...saje2 je nak sibukkan diri.

...bahan2nya pun ada, cuma telur je tak cukup. Biasa aku guna 4-5 biji gred A, tapi hari ni cuma ada 4 biji gred S sajor. Tibai je lah, ada untung menjadilah kek marblenya. Kalau rugi, telan la jugak. Selepas 30 minit, siap adunan marble cake. Tinggal nak tuang dlm loyang bakar. Lepas 45 minit, Alhamdulillah, menjadi keknya. Tak bantat, tetap gebuS. Jom layan gambar proses membakingnya...resipi? Opps...jap, ingat balik aku boh apa dlm mangkuk baking tadi.

Bahan:
Tepung gandum
Serbuk penaik
Serbuk soda
Mentega
Susu segar
Telur
Gula
Esen vanila
Serbuk koko

Harap2 cakenya menjadi walaupun telurnya cinonet sajor...
Dlm ni ada mentega, gula dan telur...sedap jilat

Dah...boh tepung yg diayak bersama serbuk penaik & soda
Kasi pukul sampai sebati..
Pisahkan adunan 2 bahagia, yg satu ni boh serbuk koko
Adunan kedua, biarkan warna asal
'Rojakkan' je mcm mana ikut suka korang...
Tara siap da, xyah beli kat kedai kek lg ^_^

Saturday, December 29, 2012

Dari dapur kecik gua...mood main masak2 ^_^

...hari ni Sabtu & xdak assignment luar, so dgn 'bahagianya' aku dapat meluangkan masa kat rumah sepuas hati. Mlm tadi dah plan nak p Pasar Tani kat Taman Melawati, so pagi2 dah bangun p merayap tgk ikan2, sayur, buah dan segala bagai.

...jenjalan kat tempat jual ikan, nampak selonggok ketam segar yg sederhana besar. So, dgn rasa sgt teruja aku pilih 5 ekor ketam. Dalam kepala dah nampak nak buat apa dgn ketam2 tu, apa lagi kalau x bikin Masak Lemak Ketam.

...lepas rembat apa yg patut, terus pecut balik rumah. Sampai rumah terus terkam ketam, sungguh gigihkan. Pastu, sambil2 dok menggulai ketam campur daun ubi (ye...ye...aku tau patutnya sebab pucuk ubi, kan...tp hakikatnya daun lebih byk drpd pucuk...hokey bye hahahaha). Masak sup kaki ayam utk ubatkan sakit pinggang yg menjadi2. Ingat lagi, dulu2 arwah Mama Tuk pesan, sup kaki ayam bagus utk ubat sakit pinggang. So nak cepat baik, kena rajin masak la kan huhuhu...

...so hari ni, ada 3 jenis lauk simple...Ketam Gulai Kuning 'Daun Ubi', Sup Kaki Ayam & Ikan Kembong Goreng. Skrg, jom terkam *_*

3 ikat cuma dpt pucuknya byk ni je...serius rasa nak cubit perut penjualnya...
Sekor2 aku terjunkan ketam dlm santan hahahaha...
Sup kaki ayam...la...la...la

Friday, December 28, 2012

Tahniah Apek (KFCM)...

Sumber gambar: Mstaronline
Petikan berita daripada Mstaronline:
KOTA BARU: Dengan sekali lafaz, penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apek sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib di kediaman keluarga Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, di sini, kira-kira pukul 10 pagi Jumaat.

Apek yang mengenakan persalinan baju Melayu berona putih krim itu berkata, dia bersyukur apabila segala perancangan majlis mereka berjalan dengan lancar dan menganggap perkahwinan itu sebagai tanda berakhirnya kontroversi yang membabitkannya dengan Leuniey.

"Alhamdulillah syukur apabila majlis ini berjalan dengan lancar.

"Perkahwinan ini juga menandakan pelbagai isu kontroversi yang membabitkan saya dan Leuniey sudah tamat, " katanya kepada mStar Online selepas majlis pernikahan berlangsung.

Tambah Apek, sebelum ini, pergerakan dia dan Leuniey untuk bertemu agak terbatas lebih-lebih lagi ketika kontroversi panas membabitkan Leuniey kononnya telah menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta Apek yang terdahulu.

"Oleh kerana itu, kami hanya dating di rumah sahaja dan rumah keluarga kami merupakan tempat rahsia kami untuk bertemu," ujarnya.

Leuniey telah menerima wang hantaran yang juga dijadikan sebagai mas kahwin sebanyak RM19,000 berserta tujuh dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin lelaki.

Sebelum majlis pernikahan itu, rombongan pihak lelaki tiba dengan diiringi sepasukan polis trafik sepanjang perjalanan mereka ke kediaman keluarga Leuniey.

Sementara itu, Apek memberitahu, dia dan isterinya itu belum merancang untuk berbulan madu dalam masa terdekat ini, namun masih lagi menganggap perkara itu amat penting sebagai permulaan baru melalui alam berumah tangga.

Rombongan pihak lelaki yang hadir pada majlis tersebut ialah ibu bapa Apek iaitu Che Mat Hussein 58, dan Bidah Ibrahim, 57, serta lima adik-beradiknya.

Turut hadir ibu bapa Leuniey iaitu Nazri Adnan, 44, dan Norlaila Abu Bakar,45, serta empat adik-beradiknya yang lain.

Majlis pernikahan itu turut dihadiri Timbalan Mufti negeri Kelantan, Datuk Nik Abd Kadir.

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat ^_^

Thursday, December 27, 2012

Biskut Coklat Rangup Home Made...

...mlm ni dtg mood nak bikin 'semekut cekelat'. Lagipun, dah lama x menguli tepung, so dgn gigihnya selongkar box bahan. Alhamdulillah, semua ada kecuali butter yg dok sejuk beku dlm peti *_*. Tapi disebabkan mood mlm ni sgt luar biasa, itu semua tak jadi hal.

...lepas setengah jam, butter dah pun lembut so dah boleh start menguli. Telur, gula, tepung, serbuk coklat dan bahan2 lain semuanya dah tersusun rapi atas meja. Apa lagi, gigihlah proseskan semua tu. Resipi aku mcm biasa, main campak2 dan agak2 saja. Janji boleh ngap, sudah.

...Alhamdulillah, lepas 1 jam 30 minit selesai semua kerja. Bekas dah siap cuci, oven dah lap bersih2. Biskut pun dah susun dalam balang plastik. Ok moh tido...hahahahaha ^_^

Huhuhu malas nak uli pakai tangan, guna 'tangan elektrik' jek
Semua dah sebati cantik
Sudukan adunan ikut size yg kita suka
Hah...dah keluar oven, panas ni tapi baunya semerbak...rasa mcm nak tumbuk dinding...melampau sedapnya ^_^
Step ikut suka hahahaha
Taraaa..dapat 1 balang panjang neh...jadi la kan










Monday, December 17, 2012

Cover Jelita Januari 2013...Zarina Zainoordin

....huhuhu akhirnya hasil penat lelah sudah 'keluar', walaupun aku berkenankan pose lain utk dijadikan cover tp ikut pilihan majoriti terima la kan. Apa yg dah keluar? Haruslah Majalah Jelita, utk New Year isu...aku ditugaskan setup utk cover Jelita.

...Zarina Zainoordin (ala bintang AF2 tu) menjadi pilihan, sebabnya? Sebab bakat lakonannya semakin menyerlah (hey ramai org suka watak dia sebagai Miss Lorna dlm ost Mimpi Cinderella tau ^_^) dan utk mendapatkannya walaupun dia bz tp hasil kerjasama baik yg diberikan semuanya berjalan lancar.

...shooting cover kali ni dibuat di Hotel Sunway Putra (dulunya Legend Hotel). Eh lupa la, aku ada citer sikit pasal proses pembikinan cover ni, cuba tgk kat sini 

...now, dah keluar printing dan bersedia jumpa pembacanya. Nak tahu apa yag Zarina sembangkan, sila la beli ye dan korang jugak bole tgk gambar2 disebalik tabir foografinya di sini

...ini utuk korang tgk hehehehe:-
Majalah Jelita Januari 2013-Zarina Zainoordin

Sunday, December 16, 2012

Curang? Awas Lu!!!

...ada member emel info ni kat gua, hehehe tqvm la 'Kak Senah' ye. So aku pun saja2 lah share kat sini utk bacaan bersama. 
Curang? Awas Lu!!!

Tanda-tanda Suami Curang
Lelaki ni dia tak ada sikap teliti macam wanita, sebab itulah banyak kes kecurangan suami dapat dikesan si isteri dengan mudah. Andaian saja ...

TELEFON BIMBIT SUAMI
Tidak dibenarkan memegang sama sekali telefon bimbit suami. Jika dahulu dia letak saja dimana-mana telefon bimbit tu, dan tak kisah pun kalau si isteri cuba mengangkat telefon tu bila berdering. Tapi sejak kebelakangan ini langsung tidak benarkan si isteri menyentuhnya dan si isteri langsung tak nampak pun telefon bimbit suami seperti sebelum ni. Senang cakap dah disembunyikan dari mata si isteri. Haaa maka lakukan lah siasatan lanjut.

GAYA BERUBAH
Jika suami dulu tak kisah pun pasal penampilan atau gaya-gaya sekarang, tapi sejak dua menjak ni dia mula berubah sikap. Dulu tidak pun sembur minyak wangi tapi sekarang aroma minyak wangi setiap hari. Sebabnya jika seseorang lelaki mula tertarik untuk memperbaiki gaya pakaian, rambut, kuku atau kulitnya, dia mungkin sedang berusaha menarik perhatian wanita lain.

SERING MENGHILANGKAN DIRI
Mula keluar awal ke tempat kerja, menghabiskan waktu lebih lama di luar rumah atau sering ke luar daerah. Berhati-hatilah jika kegiatan tersebut semakin kerap dan berlangsung lebih lama dari biasanya. dan yang parah bila tidak dapat dihubungi ketika dia berada jauh dari kita.

PENGGUNAAN WANG YANG BERLEBIHAN
Perhatikan juga situasi kewangannya yang mungkin sudah 'sengkek' walaupun masih di awal bulan. Perbelanjaan yang tak masuk di akal, seperti penginapan di hotel atau membeli keperluan yang mahal-mahal, nak kena selidik juga ni.

CARA LAYANAN BERUBAH
Dulu suami layan isteri bukan main baik sekali. Peramah , penyayang dan bila di tanya suami kan melayan dengan baik ketika berbual tapi kini berubah sikap menjadi mudah marah. Silap-silap isteri kena kritik dengan suami tak pandai bergaya, tak pandai berbicara, masak pun dah tak sedap. Mulalah mudah bertengkar dan si dia seakan tidak mahu mencari jalan penyelesaiannya. Mungkin dia membanding-bandingkan anda dengan teman barunya.

Tapi ada juga sebaliknya, suami bersikap manis dan lembut, berbeza perwatakannya sebelum ini yang cepat marah dan garang. Dia juga mula memberikan anda hadiah kerana ingin menutupi kesalahannya atas perbuatannya yang bermain kayu tiga..

KATA HATI SEORANG ISTERI
Dibandingkan semua petanda-petanda di atas, tiada yang lebih menyakinkan lagi daripada perasaan wanita sendiri. Anda lebih mengenali pasangan daripada orang lain, jadi anda pasti jadi orang pertama yang dapat mengesan perubahan-perubahan dalam dirinya.

PERINGATAN: Suami kalau dpt isteri yg Soleha jgn cuba2 selingkuh. Isteri kalau sudah sayang suami, dia sayang hingga ke akhir hayat. Tapi kalau sudah dicurangi, bermakna tiada lagi sedikit ruang untuk ada meminta belas kasihani. Jawapannya....GET LOST!!

Wednesday, December 12, 2012

La Senza + Spageti Seafood Olio + Durian = PENGSAN!!!

...ptg tad ada launch koleksi baru La Senza kat The Apartment, KLCC. Horeyyy...akhirnya dpt keluar dari 'zone beku' gara-gara dateline. Tapi, sebelum dpt keluar tu gigih la pulun proses bahan sampai nak sengal otak dibuatnya.

...event start jam 5pm, tp 4.40pm baru dpt keluar opis. Merempet la jawapnya dlm Smart tunnel hehehe (dah biasa buat mcm ni, jgn takut la paling pecut pun 130 je) dan hasilnya, jam 5pm aku dah sampai kat dalam perut KLCC.

...wah heaven rasanya, sebab lama x dtg jenjalan kat KLCC (padahal bukan jauh mana pun, x time je ^_^). Tp x leh la nak buat sesi melawat kawasan sebab kena kejar p event dulu, tapi sampai kat tempat event derang buat sesi mkn2 dulu. Nampak jugak kat satu sudut, model2 minah salleh tgh dimakeup. Hmmm...ada fashion show kah? OMG...terpaksa tgk model 'tayang badan' la ptg ni...hukhukhuk!

...byk mknan (semuanya sweet, aku cuma minat snap gambarnya je...oh ye aku ada cuit aiskrim buah-buahan dan kek pelangi, sebab nampak mcm sedap...nasib baik sedap noks hahahaha). Dekat 1 jam jugak lah menunggu, baru la event start diikuti dgn 'fashion show'.

...dkt2 kul 7pm, event selesai dan aku terus cabut. Perut lapar dan takut jam sebab nampak mcm hujan je kat luar (pandangan dari dalam The Apartment). Tapi syukurlah, kuat tempat parking jln clear...jem skit je masa nak masuk area Jelatek.

...dek kerana aku terbaca perbualan kengkawan dlm whatsapp pasal spageti, tetiba teringin lak nk makan. Maka gigih la aku melencong ke Giant, Taman Permata (Hulu Kelang) utk beli bahan2nya. Ye...ye...ini semua gara si Yuse! Pandai2 sebut nak masak spageti utk mkn mlm dia...Sgt jahat uolls!!!

...ok barang2 dah beli, balik terus...bukak tudung terus kejar dapur. Perghhh...mcm mak beranak lima lak gigih masak makanan malam hahahahaha. Tak sampai 1 jam, semuanya siap terhidang atas meja. Syioknya dpt mkn Spageti Seafood Olio hasil air tangan sendiri yg super hot & spicy. Hemmm...apa rupanya? Jom layan gambar (termasuk gambar2 waktu di La Senza td ^_^), juga gambar2 aku mkn durian yg gigih dibeli dlm hujan lebat lepas mkn spageti sepinggan. OMH (Oh Mak Hang hahaha)...PENGSAN!!!
Deko di 'pentas' La Senza
Comelnya kerusi pink tu
Hamik ko...pink lagi
Meriah kaler noks...
Pengacara majlis pun pakai koleksi baru La Senza
Sejuk dan sedap
Sedap tp sweet
Teringin nak wat balik hahahaha

Penat balik assg tak hilang gigih masak Spageti Olio
Taraaaaa...
2 biji je beli...padahal gigih redah ujan neh (lepas mkn spageti td)
Suka yg isi nipis mcm ni, x muak sgt
Pastu tempek la relaxing mask kat muka...kunun2 jaga kecantikan (mask free je dpt time assg hehehehe)
Hah...buat apa tu? Ngumpat aku eh hahahaha!!!
Pastu layan ost Korea...OMG...bila kalanya aku tido kan!!!





p/s: ni gambar 'rahsia' kita tau hahahaha
Huhuhu...saja kali yg blur hahahaha



Saturday, December 1, 2012

Hasil kerja - Jelita Januari 2012

...malajah Jelita edisi Januari 2013 akhirnya siap print, dah sampai pun atas meja di workstation aku. Wah semangat tgk, sebab kali ni aku yg menjadi penyelaras covernya. Sebenarnya, ada beberapa hal aku nak share kat sini, tapi memandangkan skrg ni aku tgh gigih proses bahan utk dateline Jelita yg seterusnya. So, kita sembang takat ni dulu ye. Hari ni korang layan gambar dulu eh, nanti senang2 nanti aku 'muncul' balik kat sini ^_^

Dapat interview Abg Nuar...hehehehe
Tiap2 bulan inilah ruangan yg aku kena jaga
Interview utk cover story
Jangan tak tahu, aku pun menulis utk ruangan fesyen ye puan2 huhuhu
Rencana khas bulan ini...Aku ingin berubah
Masuk awal tahun, ada peluang la tampal muka sendiri dlm majalah...(tp x suka pix ni nampak mcm makcik sgt, waaaaa)