.

Friday, October 31, 2014

Projek Kuih Lapis...

TIBA-TIBA teringin nak makan Kuih Lapis yang dibuat sendiri. Gedik 'kan! Sangat gedik, tambah lagi hari ni aku busy gila. Dari pagi sampai ke petang ukur jalan, assignment sana sini. Lunyai rasanya badan ni.

Balik rumah, masuk dapur...lepas tegur air, bongkar kabinet. Alhamdulillah, ada semua bahan yang perlu untuk buat kuih lapis dan nasib baik daun pandan hidup subur dalam pasu, jadi boleh guna pada bila-bila masa. Hehehe..!
Hampir 40 minit, siap juga semuanya. Gigih tak aku? Sangat gigih la Uolls, siap guna mangkuk merah yang comel tu...dengan harapan lebih berselera makan dengan rupanya yang sweet hehehe!

Mungkin sebab buat dalam keadaan penat, or aku tak pandai bajet gula, jadinya kuih ni ala-ala manis buah gitu. Nasib baik kelembutan dan rasanya masih ok, next time kena tambah gula lagi. Keseluruhannya, sedap cuma kurang manis. Nanti bila dah betul-betul menepati cita rasa aku, resipi akan ditempek kat sini eh.  

Oklah, nak mandi...sambung kerja yang masih bertimbun sambil makan kuih lapis yang sangat harum. I like ^_^


Thursday, October 30, 2014

Dare to be, when...

"When a new day begins, dare to smile gratefully. 

When there is darkness, dare to be the first to shine a light. 

When there is injustice, dare to be the first to condemn it.

When something seems difficult, dare to do it anyway. 

When life seems to beat you down, dare to fight back. 

When there seems to be no hope, dare to find some. 

When you’re feeling tired, dare to keep going. 

When times are tough, dare to be tougher. 

When love hurts you, dare to love again. 

When someone is hurting, dare to help them heal.

 When another is lost, dare to help them find the way.

When a friend falls, dare to be the first to extend a hand.

When you cross paths with another, dare to make them smile.

When you feel great, dare to help someone else feel great too. 

When the day has ended, dare to feel as you’ve done your best.

Dare to be the best you can – At all times, Dare to be!"

Tuesday, October 28, 2014

Memasak buat aku 'kenyang'...

Uolls ada tak mengalami sindrom macam tajuk aku yang kat atas nun? Iya, sindrom 'dah gigih memasak...terus kenyang...tak teringin nak pulun makan sangat. Lebih suka memasak daripada makan (tetapi geramnya aku tetap gemS!!!);. Pernah tak?

Lama dah dapat sindrom ni, selalunya aku abaikan je. Tiba-tiba hari ni nak terfikir dengan gigihnya, gara-gara si ketam bunga. Aku memang penggemar #seafood. Masak pedas-pedas, meratah depan tv (agaknya itu punca kegemukan aku kot?

Kesahnya, lepas siap memasak dan mencuci segala barang yang digunakan. Aku boleh pandang je sekuali ketam yang dah siap dimasak, tanpa nafsu nak makan. Hoy...geramnya. Lepas tiga jam, barulah aku masuk dapur semula, ambil 2 ketul ketam tu dan ratah sambil nonton tv. Hurmmm...aneh-aneh je 'kan.

Oklah, aku nak share gambar si ketam tiga beradik or mungkin tiga beranak neh (sebab aku beli 2 ekor ketam betina dan seekor ketam jantan, tapi tak sure apakah status depa bertiga... ekekeke)

Kalaulah dapat #ketamnipah utk masak #ketamgorengberapi ni memang awesome 'lah. But, mengalah je dgn #ketambunga. Boh segala jenis #chili , #ikutcarakita #citarasa tekak kita ekekeke , special from #dapurkecikgua 😋👍👌

Tadaaa...My #homemade #ketamgorengberapi special from #dapurkecikgua. #chilicrab #foodlover #malayfood #crab

Monday, October 27, 2014

Fenomena jeruk mangga asam boi...

Gambar hiasan.
Aku ingat #JerukManggaAsamBoi jadi rival kat fb je, rupanya kat Instagram pun  sama. Scroll, bersepah dok tayang jeruk ni dengan macam-macam versi. Padahal, resipi buat jeruk segera tu dah berzaman dan ramai pun buat cara sama, cuma baru sekarang orang dok pakat tayang sana sini. Hihihi...!

Aku, dari zaman dok menyewa lagi gigih buat jeruk ni. Aku belajar daripada seorang Auntie bangsa cina yang ada kedai jual jajan. Time tu, aku memang pelanggan setia kedai dia untuk beli stock jajan buat teman makan depan tv.

One day, aku skip beli jeruk mangga dan sengkuang yang dijual 'timbang' kat kedai dia. Dia tanya, kenapa tak beli hari tu. Biasa aku mesti beli setiap kali pergi. Aku cakap, aku batuk-batuk dekat seminggu tak baik. Perut pun rasa pedih je dan dia jugalah yang beritahu aku memang tak elok makan jeruk dalam botol yang dah diawetkan. Dia dan anak-anak pun tak pernah makan jeruk ready made tu, kalau nak makan depa buat sendiri.

Jeruk Zabit frm Thailand ni memang murah, tapi rasa asamnya tu menyengat sampai ke ulu hati
Hari tu jugak, aku dapat resipinya. Cukup mudah, sampai aku ingatkan Auntie tu membohong aku! Biasalahkan...orang meniaga ni jarang sangatlah 'baik hati' nak share benda yang boleh menjejaskan keuntungan dia.

Dia suruh aku try, kalau tak sedap dia akan belanja aku jajan berharga RM20. Wah...berbunga-bungalah hati aku, maklumlah time tu gaji bukan besar mana pun (lebih kurang 11 tahun lepas). Maka aku pun menyahut cabarannya sekali gus membayangkan aku bakal dapat RM20 untuk beli apa-apa jajan kesukaan aku pada minggu berikutnya. Ekekeke!

Selang 2 hari, baru aku ada masa nak buat jeruk guna resipi yang Auntie tu beri. Beli mempelam telur kat pasar malam je, time tu RM3 penuh plastik! Bahan-bahannya mudah, jadi tak remeh mana pun proses membuat jeruk ni. Cuma jenuh nak mengupas kulit mangga tu, sampai sebahagiannya aku biarkan je dengan kulit sekali (vitamin M tu bukan main gadang lagi dalam badan ekekeke)!

Lepas dibiarkan 2 malam (termasuk untuk proses meranggupkan mangga tu), dengan excitednya aku try jeruk mangga yang buat kali pertamanya buat sendiri. Allahu Akbar, sedapnya! Kebetulan, rasa masin, manis dan masamnya sekata...(biasalah, buat main campak-campak...dah buat baru 'ngeri' nak rasa hahaha'). Lebih sedap dan 'mari' daripada versi jeruk beli (yang kebiasaannya peniaga ambil daripada pemborong di Thailand).

Ni anak sedara aku try, dia datang melepak kat rumah sibuk nak makan jeruk mangga mcm yang rival dlm fb. Kalau aku yang buat, harus macam-macam bahan lain aku tambah, tapi tak apalah...dia nak cuba sendiri, biarkan.
Sejak hari tu, aku dah tak beli lagi jeruk ready made kat Auntie tu dan dengan rasa sangat gembirannya aku buatkan Auntie tu sebalang jeruk mangga. Bukan main lebar senyum dia, rupanya anak perempuan dia yang waktu tu berumur 12 tahun cukup suka makan jeruk mangga dengan aiskrim (yang ni pun aku dah try jugak, sedap gila...).

So, dah lama gila aku tak makan jeruk ready made...lantak la orang kata sedap macam nak mati pun, suka hati Uolls la. Aku nak makan sedap, pada masa sama tak nak tempah penyakit. Kesian badan aku ni!

Motif aku cerita pasal jeruk mangga dalam entry ni? Motifnya, nak suruh Uolls semua rajinkan diri buat sendiri, jangan gigih sangat nak makan-order, pastu komplain macam-macam (sebab aku jumpa byk complain dalam fb/insta kononnya bayar RM10-22 tapi hasilnya jeruk macam hampeh...termasuk jeruknya tak rangguplah...rupa tak cantik mcm gambar promosilah...mahal la...mcm-mcm lagi!).

Cuba-cubalah buat sendiri, resipinya mudah je (boleh sila Google ye adik-adik...kakak-kakak..makcik-makcik), ada pelbagai versi cuma ditambah itu ini nak kasi lagi umph...(yang tu pandai-pandailah Uolls beli jiwa, rajin bertanya dan cuba. Jangan jumpa 1 resipi...malas nak buat 'RND' tapi nak sedap. Letih ar gitu!). Aku sendiri pun jenuh menggodek dan try tambah itu ini baru dapat ikut cita rasa tekak aku. Ingat tau, kena rajin...kalau malas, order je. Ekekeke...!

Sunday, October 26, 2014

Tujuh Sunnah Nabi setiap hari...

Aku just nak share info yang aku dapat ni, semoga bermanfaat untuk kita semua. Sumber info, khabarnya daripada Ustaz Don, tetapi tak pastilah. Aku share untuk bacaan bersama, sebab info ni sangat baik untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian. Terima kasih kepada yang berkongsi;

Gambar sekadar hiasan.
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT., tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari;

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Saturday, October 25, 2014

Manfaat Bismillah 5...


Sedikit penkongsian ayat ini

MANAFAAT:
Manafaat Bismillah 5 ini terlalu banyak, dan secara keseluruhannya boleh menjadi penawar kepada semua jenis penyakit & rasa bisa pada tubuh badan samada yang diketahui puncanya atau pun tidak.

KAIFIAT/CARA:
Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, dan baca Bismillah 5 sebanyak 7 kali. Kemudian tiup pada tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup/hembus pula pada air.

Jika tempat sakit itu tak boleh diletakkan tangan, sebab sakit atau payah untuk letakkannnya, boleh letakkan tangan di anggota lain dengan fokus hati yang tinggi dan anggaplah/gambarkan tempat tersebut adalah anggota yang sakit.
 
*p/s: aku saja simpan dalam entry ni utk rujukan sendiri. 

Wednesday, October 22, 2014

Be different...

"How would your life be different if…"

You stopped making negative judgmental assumptions about people you encounter? 

 Let today be the day…You look for the good in everyone you meet and respect their journey.


                                                                           

#pesanutkdirisendiri #quotes

Tuesday, October 21, 2014

Memanfaat gajet canggih...

Actually, malu gila setiap kali teringatkan kejadian dalam gambar ni.
Malu?
Iya, malu kat diri sendiri.
Kenapa?
Nah, aku ceritakan... (terjadinya pada beberapa minggu lepas dan ya, mood baru 'mari' nak berkongsi kat sini hehehe);

 

Lokasi: Dalam LRT dari stesen Wangsa Maju ke KL Sentral.

Pagi ni ada urusan di Mid Valley, aku malas nak drive dan gigih cari parking kat mall tu. So, pilihan terbaik aku ada...naik LRT. Senang, boleh suka hati nak melencong ke mana-mana tanpa perlu fikir, "kereta nak parking kat mana, parking full ke tak...or apa-apa jua soalan yang sewaktu dengannya. He...he...he...!

Mungkin dah melepasi time orang masuk office, jadi tak perlulah aku gigih bergasak bagai nak beli coin / naik LRT. Semuanya secara santai-mantai je, serius suka!

Dalam perut LRT pun tak ramai orang, boleh pilih tempat duduk. Aku duduk di sebelah seorang wanita bertudung biru yang khusyuk merenung gajet di tangannya. Ni pandangan biasa di mana-mana pun 'kan, even kat meja makan pun orang lebih tekun belek gajet daripada makan or bersembang dengan teman makan!

Memandangkan aku hanya mampu tengok je gelagat orang (sebab aku memang tak boleh buat sebarang aktiviti membaca or yang sepesen dengannya dalam kenderaan bergerak, nanti pening...nak muntah), aku terjenguk (iya, ter...sebab tak sengaja, aku nak tengok ke cermin luar LRT dan terpandang...ekekeke) aktiviti wanita yang duduk kat sebelah aku. Mulanya memang tak jelas apa yang terpampang kat screen gajetnya. Aku panjangkan leher sekali lagi...hehehe!

Allu Akbar! Malunya aku. Bukan sebab 'tertangkap basah' gara-gara perbuatan 'terjenguk' tu, tetapi aku malu apabila ternampak dalam screen gajetnya barisan ayat-ayat suci al-Quran. Aku juga malu sebab, aku ada juga gajet canggih termasuk iphone dan ipad...tetapi kalau ke luar jarang sekali nak memanfaatnya dengan cara betul macam yang wanita tu buat. Serius malu, der!

Lebih memalukan, time LRT turun - ambil penumpang di stesen Jelatek, wanita tu segera simpan gajetnya dalam beg apabila beberapa penumpang berdiri depan tempat duduk kami. Allahu Akbar. Dalam fikiran aku, bagusnya kakak ni...dia tak nak orang nampak secara terang-terangan apa dia buat. Mungkin dia tak nak dicop sebagai 'poyo'. Biasalahkan, ada setengah orang 'sakit mata' tengok orang lain buat kebaikan dan benda-benda berfaedah.

Allah. Sepanjang perjalanan, aku beristighfar dalam hati. Malu dengan kelemahan dan kemalasan diri sendiri. Sebelum turun di stesen Mid Valley, aku sempat katakan sesuatu kepadanya.

"Kak, terima kasih 'ajar' saya sesuatu tadi. Terima kasih ya."

Aku senyum. Dia terpinga-pinga.


Terlalu banyak yang perlu aku perbaiki. Semoga Allah terus memberi hidayah, panduan, petunjuk dan 'ilhamNya' seperti kejadian di atas.

Muhasabah diri.







Monday, October 20, 2014

P.Ramlee The Musical yang menyengat...

Teater P.Ramlee The Musical dari season 1-3, aku tak pernah miss pegi nonton. Tanpa membuat perbandingan antara ketiga-tiganya, cuma nak share je emosi aku waktu menonton muzikal ni (iya, baru ada mood nak share kat sini selepas berminggu-minggu. Hehehe...)

Injeksi rasa

Sejujurnya, PRTH kali ni tetap berbisa walaupun sudah kali ketiga dipentaskan dan pertukaran pelakon utama juga pembantu. Meskipun kelihatannya Tony Eusoff agak gigih 'meniru gerak dan perwatakan' P.Ramlee, tetapi bagi aku lakonannya tetap menjadi. Sebagai P. Ramlee, di tangan Tony watak itu harus diberi pujian.

Lisa Surihani, walaupun bukan seorang penyanyi tetapi lakonannya sebagai Junaidah sesuai dengan dirinya. Gedik - manjanya, dapat dirasa penonton.


Puan Sri Tiara Jacquelina sebagai Norizan cukup mantap. Wataknya menyerlah, lontaran vokalnya jelas. Gaya wanita moden yang pandai bergaya berjaya dihidupkan dengan cemerlang.

Biduanita Puan Sri Saloma ditangan Nadia Aqilah, cukup serasi dan manis sekali. Lunak merdu vokalnya cukup menangkap telinga. Dia turut memberi nafas tersendiri dalam watak Saloma. Puas menonton lakonannya, walaupun kali pertama buat Nadia dipentas PRTM.

Kemunculan Pak Nil (Datuk Aznil Hj Nawawi) sebagai ayah Junaidah, menceria dan memberi rentak segar dalam PRTM. Begitu bersahaja dan santai. 

Aku juga suka watak-watak lain dalam PRTM kali ni, pendek kata semuanya melunaskan misi mereka dengan penuh semangat anak seni. Persembahan selingan juga memikat, gerak tarik, pemilihan pakaian dan props harus diberi pujian (entah berapa kali aku tepuk tangan penuh gembira dan kagum waktu nonton PRTM di panggung Istana Budaya).

Baca artikel aku pasal teater muzikal ni kat sini ,  sekarang layan gambaq selfie aku pulak. Oh...btw, tq Ina Mohd yg jadi rakan sekerja yang sama-sama saling bertemanan menonton PRTM 3 ni. ^_^




Sunday, October 19, 2014

'Propaganda' disebalik 'I want to touch a dog'...


Sebelum tu, sorry ye post entry yang satu ni agak panjang daripada biasa. Bagi aku, perkongsian ni agak 'serius', jadi aku nak kita dapat manfaat bersama dan bukan sekadar berblogging kosong atau suka-suka. Ada waktu dan isunya, kena serius sikit termasul perihal yang nak aku kongsikan ni. Maaf kalau ada yang tak selesa, tak suka or menyampah nak membacanya...

Semalam, sebak dan keras dada ni waktu tengok paparan gambar-gambar orang Melayu - Islam berwajah ceria memeluk, membelai dan memegang Anjing (tak perlu aku post kat sini gambar-gambar mereka yang ambil bahagian dalam kempen 'I want to touch a dog' / Saya mahu sentuh anjing, Uolls boleh Google, bersepah-sepah dengan pelbagai rupa...hurmmm). Allahu Akbar sampai tahap tu orang sekarang 'mengejar' logik akal dalam mentafsir hukum Allah SWT.

Membuak-buak bimbang di hati, selepas ni apa pulak jenis kempen yang dibuat untuk 'membolehkan' yang haram. Haiwan bernama Anjing ni bukan binatang yang baru 'muncul' setahun dua ni dalam dunia. Sudah berzaman-zaman wujudnya dan rasa aku, sedari kecil kita sudah diberitahu hukum membabitkan bersentuhan dengan anjing ni.

Nak pegang-pengang anjing macam kucing? Nak belai - bela macam kucing? Allahu Akbar, begitu sekali kita mengejar keinginan dan kemodenan gaya hidup! Serius aku marah, geram dan sedih kerana ramai yang 'jakun' dengan kempen macam ni. Ini aku namakan, orang 'tak tahu', tetapi nak menunjuk 'arif'!

Dari semalam ke pagi ni, ramai teman dan kenalan saling berbincang pasal hal ni. Ni aku kongsikan pencerahan daripada Ustaz Azhar Idrus bab bersentuhan dan memegang anjing;

Friday, October 17, 2014

Remedi - Halba...


BOLEH dikatakan, aku ni jenis yang banyak angin dalam badan (bukan berangin a.k.a emo ye, Uolls). Macam mana aku tahu?

Awal tahun tu hari, entah mana silapnya boleh jatuh terjelepuk masa panjat Bukit Broga, tak luka...tak patah mana-mana bahagian tubuh pun. Boleh lagi teruskan sesi memanjat macam biasa, tetapi esok paginya bangun tidur tiba-tiba rasa 'lenguh lumpuh' satu badan. Berat semacam, sampai nak angkat kaki pun tak menyeringai sakit.

Call kakak kat Kepong, tanya dia kot2 kenal tukang urut yang bagus. Alhamdulillah, dia ada kenal sorang...duduk dekat je dengan rumah dia. Malamnya, aku dalam sakit-sakit tu gigihkan juga drive ke sana. Tak sanggup tunggu lama, seksa!

Tengah-tengah syiok diurut tu, tukang urut beritahu badan aku banyak angin. Peliknya, sepanjang diurut 1 jenis angin pun tak keluar! Mintak jugaklah petua-petua buang angin kat dia, macam biasa suruh makan jamu, air halia dan jauhkan daripada kopi. Oh tidak...aku dan kopi sangat bersahabat, mana mungkin kami berpisah. Doktor pesan pun aku tak nak dengar, teguk jugak. Degil!

Bab banyak angin tu aku rasa kena mengakulah, sebab antara tanda-tandanya aku selalu sakit kepala, tak boleh makan lambat, susah tidur dan jarang sangat 'melepas angin'. Act, nak keluarkan angin ni macam-macam cara aku try. Dah tak gigih nak rebus halia ori, aku beli versi ready made (ala yang dalam kotak tu, siap ada perisa honey lagi...teh halia madu...nama je ada teh tapi tak ada rasa teh pun, rasa halia semata). Tak jugak menjadi! Apa degil bona angin dalam badan nih!

Bubur Jepun
Time demam dan sakit kepala raya korban tu ari, aku ada buat bubur jepun. Bubur yag sangat simple tapi berselera makan sampai habis bermangkuk-mangkuk. Bahannya simple je (aku dah cerita pun kat entry lepas...).

Memandangkan bubur tu sedap dan dah lama sangat tak membuatnya, seminggu dua ni asyik ulang masak bubur sama. Kesannya Alhamdulillah, kerap jugak 'melepaskan angin' dalam keadaan tak sedar...boleh tidur awal (biasa aku hanya boleh lelap jam 3-4 pagi, sekarang dah boleh lena jam 1.30 pagi). Syukur.

Dek perubahan yang begitu ketara, aku teruskan buat bubur tu dan jarang sangat masak nasi biasa. Telan bubur je, kalau lapar aku makan oat pulak or buat la apa-apa jajan ringan yang tak banyak kolestrol (no more cheese untuk 3-4 bulan ni).

Kelmarin, sambil hadap bubur jepun yang mudah lagi sedap tu, aku teringat kat arwah Mama Tok, dia dulu bidang terkenal kat kampung dia. Orang berpantang selalu panggil dia sampai setengah bulan. Dia jugak jumu sendiri (sayangnya time tu aku taklah belajar, tak minat sebab baunya menyengat hidung), yang aku sempat belajar...masak bubur jepun. Setahun duduk dengan Mama Tok (aku duduk dengan arwah sempat setahun je, itu pun sebab dia uzur dan gantikan Ma yang tak boleh nak jaga dia), kalau demam or nak exam...itulah makanan yang dia masak (waktu pagi atau malam).

Halba
Dulu, aku tak pernah terlintas nak tanya kenapa dalam bubur tu dia bubuh halba. Act, dalam kebanyakan bubur yang arwah masak mesti dia bubuh halba. Cuma, setiap kali halba tu sebati dengan semua ramuannya, wanginya aduhhh...toksah cerita...aromanya memang membangkitkan selera.

Dua hari lepas masa assignment di Taman Melawati, aku sempat bersembang dengan seorang Makcik (lingkungan umur 50-an) ni time tengah tunggu turn masukkan duit dalam ASB. Dia orang Pasir Mas, Kelantan. Pernah berniaga nasi berlauk, nasi kerabu, mee celup di Kota Bharu. Kebetulan, arwah Mama Tok pun orang Pasir Mas di Kampung Kasar...jadi aku saja sebut nama arwah kot-kot dia kenal. Alhamdulillah, terkedu dia bila aku sebut nama arwah. Dia kata memang kenal sebab zaman muda-muda dulu dia berurut dengan arwah Mama Tok setiap kali lepas bersalin.

Herba campur or dipanggil juga sebagai rempah campur.
Memandangkan dia pun dah berusia, aku pun tanyalah kenapa orang sebelah Pantai Timur ni kalau memasak suka bubuh halba, contohnya dalam nasi dagang, bubur dan lain-lain. Katanya, halba tu bagus. Kaya khasiat yang tak ramai orang tahu. 

Haah, memang pun. Aku sendiri jarang guna kecuali time masak kari (itu pun sebab pakai rempah campur, memang ada halba dalam tu) dan beberapa jenis bubur yang arwah Mama Tok ajar dulu (macam bubur biji nangka, bubur jepun, bubur sagu dan lain-lain).

Kata Makcik tu lagi, Rasulullah S.A.W pernah bersabda pasal kebaikan halba, "Sekiranya umatku tahu kelebihan halba, nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas."

Khasiat Halba
1. Direbus atau rendam dalam air panas dan diminum sebagai teh membantu;
·         -Melancarkan haid
·         -Menghilangkan kembung, sebu dan senak perut.
·         -Pencuci perut
·         -Menguatkan jantung
·         -Menghilangkan lender dan kahak
·         -Melegakan sakit kepala / migraine
·         -Membuang angin
·         -Menyembuhkan buasir
·         -Senggugut
·         -Merangsang rahim
·         -Masalah kegemukan
·         -Kurang berat badan
·         -Mengawal kencing manis
·         -Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba +Madu, diamalkan untuk membantu;
·        - Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
·       - Anemia
3. Bagi kanak-kanak akil baligh, bagus untuk membantu;
·        -Kecergasan 
          -Kekuatan badan
·       -Tumbesaran
4. Banyakkan air susu
5. Ramuan tradisi untuk membantu;
-Merangsang ghairah lelaki dan wanita.
·        - Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan.
·        - Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.

Hasil 'googlean' aku mendapati, Halba ni antara ubat yang tertua di dunia dan digunakan Al-Abqirad (Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani. Wow...Hebat betul remedi cara semula jadi ni, rugi kalau kita tak ambil tahu dan cuba.



Sunday, October 12, 2014

Lelaki vs wanita...

This is a man's world, this is a man's world
But it wouldn't be nothing, nothing without a woman or a girl

You see, man made the cars to take us over the road
Man made the trains to carry heavy loads
Man made electric light to take us out of the dark
Man made the boat for the water, like Noah made the ark

This is a man's, a man's, a man's world
But it wouldn't be nothing, nothing without a woman or a girl

Man thinks about a little baby girls and a baby boys
Man makes then happy 'cause man makes them toys
And after man has made everything, everything he can
You know that man makes money to buy from other man

This is a man's world
But it wouldn't be nothing, nothing without a woman or a girl

He's lost in the wilderness
He's lost in bitterness 

Sunday, October 5, 2014

Aidiladha + Bubur Jepun...

Hari raya Aidiladha yang sangat berbeza untuk aku tahu ni. Gara-gara sakit kepala (bukan pening kepala biasa-biasa tu ye, bukan juga migraine) yang tak tahu asal puncanya, sebab dengan tiba-tiba je sakit sampai tahap tak boleh nak berdiri.

Sedar Jam 3.50am (05.10.2014) sebab tak tahan sakit kepala, pelik. Lepas Subuh pun still tak kurang jugak sakitnya, jadi sepanjang hari aku terbaring aje. Nak nonton tv or belek phone pun tak boleh, senak biji mata...kepala berdenyut-denyut.

Kebetulan raya 'kan, stock makanan pun lupa nak beli. Jadi, tak ada benda sangat yang boleh dikunyah. Nak memasak memang tak larat, tapi dek takut perut masuk angin...gigih jualah menyelongkar kat dapur.

Bikin Bubur Jepun (arwah tok aku bagi nama bubur ni), itu je mampu. Walaupun mudah je membuatnya, tapi bila buat dalam keadaan uzur semuanya jadi remeh sangat. Allahu Akbar...sakit sikit pun dah tak tahan ye, macam mana nak tahan kat akhirat nanti.

Act, sedih sangat hari ni sebab tak berpeluang turun ke masjid solat Aidiladha dan tengok ibadah korban.Tak apalah, Allah maha Mengetahui, semoga tahun depan masih berkesempatan. InsyaAllah. Oklah, dah kasi tayang rupa Bubur Jepun homemade yang cukup simple tapi sangat sedap untuk tekak aku (walaupun makain time tak sakit, bubur ni sangat legend untuk aku). Mungkin ada yang biasa makan bubur ni sebab bahannya mudah aje, beras, halba, santan, gula dan daun pandan. Simple je 'kan.

Ini je 'lah story raya aku tahun ni, apa pun aku bersyukur masih diberi kesempatan bernyawa lagi...diberi peluang lagi untuk memperbaiki diri yang serba tak sempurna ni. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.