.

Sunday, July 12, 2009

Ape ke hal....



Balik dr lepak dgn Zarul di Syed Bistro td, aku sambung baca novel…teruja nk tau apa kesudahan ceritanya. Itulah salah satu keburukan perangai aku, jrg nk bersabar dan yg bestnya ramai yg tegur perangai aku.

Di mata mereka, kononnya aku ni sgt la penyabarnya…oh tidak, nampak pada zahirnya mungkin dan mungkin jugak sebab aku jenis suka pendam dlm hati tp sekali meletup aku sure mesti ada yg ingat sampai mati…huahuahuahua…dek kerana itu, aku selalu kawal diri drpd meletup. Sebb itu derang pk aku ni penyabar kot.
Novel berjudul Setia Menanti selamat qhatam 3jam seblm azan Subuh. Anehnya aku x rasa mengantuk walaupun otak dan badan penat bukan main. Sebenarnya aku jugak takut terbabas, nanti Subuh ke mana aku entah ke mana. Jln selamat, tidur selepas solat Subuh!

Dalam tempoh 3jam tu, aku pun belak2 la brg2 aku yg bertimbun dan kebanyaknya buku, majalah, dan komik (termasuk Ujang). Ke hulu ke hilirlah aku berkemas sampai rasa nk tercabut pinggang. Lastnya aku solat Subuh jam 6.40 pg.

Lepas solat aku sambung berkemas lg…entah gila apa mata ni x mau pejam selagi x habis kerja. Itu jugak salah satu daripada perangai aku sejak zaman study sampailah dah keje. Susah nk ubah.

Akhirnya jam 8 pg siap jugaklah kerja-kerja mengemas dan lepas mandi terus rebahkan badan. Huh seluruh tubuh rasa lengguh yg amat sgt…dan aku sempat gelak dlm hati sambil berseru pd diri sendiri… “Anis…Anis…Anis.. ape ke halnya ko ni…”

Saturday, July 11, 2009

Hari yg malas...

Sepanjang ari ni aku x ke mana2, malas rasanya nk keluar rumah dan kebetulan cuaca sgt panas di luar sana. Jd aku selera melepak di rumah sj, bertemankan 2 buah novel yg aku pinjam drpd Farah (member opis).

Sebuahnya dah aku langsaikan mlm td, maklumlah ari ni tak kerja dan x ada tugasan di luar. Jd aku sengaja bersengkang mata membaca dan terus membaca hingg ke helaian terakhir.

Puas! Ya krn dah lama aku tak jd hantu novel. Hampir setahun aku x sentuh apa2 novel sbb aku berniat nk habiskan karya aku tanpa dipengaruhi bahasa, idea dan kisah penulis lain. Malangnya masa terlalu sedikit. Hinggakan aku berasa inginkan lebih lagi…bolehkah aku memohon 8 ari seminggu???

Tepat jam 2.34 ptg, perut rasa pedih dan berpoco-poco minta makanan…huhuhu tp aku terus bermalas-malasan dan hanya memujuk perut dgn maggi cup perasa kari…hahahaha
Jam 5 ptg usai solat Asar, aku gagahkan kaki ke Giant yg terletak x berapa jauh dr rumah. Tp dek kerana malas, yg dekat pun berasa jauh. Di Giant, aku beli roti dan teh o ais (tgk air pun aku tapau…malasnya…), kemudian terus balik sebab x ingin pun nk berlama-lamaan di dalam pasar raya tu.
Sampai di rumah, Kak Tipah call. Katanya suami dia buat hal lg dan sudah 4 ari x balik rumah. Suaranya yg syahdu membuatkan aku x jd masuk dlm rumah, sebaliknya terus bergegas ke rumahnya di Pandan Cahaya (KL).
Di rumah Kak Tipah, aku tgk keadaan rumah tak terurus…anak2nya yg seramai 4 org riuh rendah dgn hal masing-masing, membuatkan aku rasa sesak otak seketika. Kak Tipah pulak terus memerah air mata, tubuhnya yg semakin berisi dan berpakaian ala kadar membuat dia kelihatan comot…selekeh…padahal Kak Tipah cantik orgnya.

Awal perkenalan aku dgnnya, aku cukup kagum krn Kak Tipah suka melawa dan sentiasa harum semerbak. Tp entah kenapa selepas kahwin dan beranak pinak, lain pulak jd nya….
Aku berada di rumah Kak Tipah hingga jam 9 mlm, mendengar curah hatinya yang x kunjung sudah. Kalau boleh dia mahu aku bermlm di rumahnya, tetapi aku menolak kerana aku kurang gemar bermlm di rumah org…(kakak aku pun selalu membebel sebab aku payah sgt nk tido di rumahnya…)

9.30 mlm aku sampai di rumah, otak dan badan letihnya sama naik. Baru sj berhasrat nk mkn dan berehat, tiba2 temanku Zarul ajak minum2. X sampai hati pulak hendak menolak lg pun sudah lama benar aku x bersembang dgnnya. Kami ke kedai mamak, tempat biasa kami selalu lepak.

Byk yg kami bualkan termasuk ‘kemalangan’ yg aku lalui awal minggu ini. Dan dia seperti biasa byk cerita dan khabar baru, ada masanya dia menjadi pendengar setia dan ada masanya pulak aku yg mendengar…begitulah kami.

Jam 1.30 pg kami beredar walaupun banyak cerita yg nk dikongsikan bersama. Tpkan esok masih ada…dan esok aku sambung lagilah cerita ni ya…skrg nk tido…

Friday, July 10, 2009

Sentap...


Ada beberapa kerat org di sekeliling aku ‘sentap’ dgn kebisuan dan kesendirian aku sejak peristiwa dua ari lepas. Aku tak kisah kalau mrk enggan cuba memahami situasi mengejut yg sdg aku lalui…aku x peduli, kerana aku sedar sampai bila2 pun mrk x kan mengerti sifatku yg unik dan bercampur baur ini.

Cuma sadisnya aku merasa ‘kehilangan’! Hilang rasa ingin memahami situasi di sekelilingku jugak. Aku selesa membiarkan saja apa pun spekualasi sekeliling kpd diriku, lantaklah…andai itu boleh membuat mrk rasa puas dan tenang hati, silakan.

Lalu detik2 yg berlaku aku tinggalkan dgn hati bersahaja, enggan membiarkan semua itu berbekas di hati krn aku sedar mana mungkin org lain mahu memahami gejolak dunia batinku.

Tambah pula dgn cara yg aku ambil, memboloskan diri dari jln yg mrk fikir sudah terpesong dan menyimpang. Ah pedulikan saja! Selama ini juga aku sudah terbiasa sendiri, melalui segalanya sendiri…itu dunia asalku.

Mlm td, kuhamburkan segalanya kepada DIA. Dicelah2 nafasku, ada keyakinan bermastautin. Biar apa kata mrk, biar apa sudut pandang yg ingin mrk gunakan…aku redha…kerana aku bukan mrk dan jauh sekali, mrk juga bukan aku. Namun aku tetap menyayangi mrk…mahu menerangi kehidupan mrk ibarat matahari yg selalu ada di dunia manusia…

Monday, July 6, 2009

Ya Allah...


Ari ni jadual hidup aku berubah 100%! Bagaikan kepala di bawah dan kaki pulak kat atas. Tragis sgt rasanya. Bermula 1.30 tghari sampai jam 3 pg keesokkan harinya aku masih berasa susah nk percaya apa yg terjadi pada aku.

Mana taknya, selama 12 tahun bergelar penulis dan wartawan belum pernah berlaku barang2 peribadi aku hilang di tempat bertugas. Ini kali yg pertama, byk sekali kekeliruan yg ada dlm kepala ni, tp syg sekali tak mampu aku zahirkan dgn kata2.

Kata teman2 terapat, bertenanglah…jgn gundah & gulana. Tp sygnya aku tak mampu! Bukan kerana angkuh, bukan juga kerana tamak…ah sukarnya nk aku jelaskan. Yg pasti kehilangan itu menyakitkan aku. Aku berasa sgt teraniaya dan yakin ada sesuatu yg tak kena t’lah terjadi. Tp siapa yg mengerti, kecuali DIA.

Dan dlm zikir, seketul hati ini terus mengharap dan merintih agar harapan untuk aku menemui semula apa yang diambil daripadaku, masih ada. Tiada daya dan upayaku melainkan dengan izinNya. Amin!