.

Tuesday, November 29, 2011

Harimau akui terleka...


Kekalahan yang tidak dijangka berlaku saat2 akhir perlawanan-Gambar Utusan
KUALA LUMPUR - "Perasaan saya amat kecewa kerana tidak dapat membalas pengorbanan para peminat yang datang menyokong kami dari awal sehingga akhir perlawanan.

"Untuk itu saya meminta maaf kepada semua penyokong bola sepak negara kerana menghampakan anda semua dengan kekalahan ke atas Bahrain."

Demikian luahan pemain sayap skuad bawah 22 negara, Mohd. Fandi Othman selepas skuad negara kalah 2-3 kepada Bahrain pada perlawanan Kelayakan Olimpik kelmarin.
Mengakui masih sukar menerima kekalahan tersebut, Fandi berkata, kelekaan selepas mendahului 2-0 menjadi penyebab utama mereka dikejutkan dengan tiga gol pantas Bahrain.

Ia meleburkan impian pasukan negara untuk mencatat kemenangan pertama dalam saingan pusingan akhir kelayakan Sukan Olimpik London 2012.

"Selepas mendahului dengan kelebihan dua gol, kami sedikit leka dan mengambil sikap mudah tambahan lawan bermain dengan 10 orang.

"Sebaik sahaja lawan memperoleh gol pertama pada minit ke-80, mereka seolah-olah mendapat semangat baru.

"Sedangkan kami sebaliknya gagal bertahan dengan baik mempertahankan kedudukan.

"Perlawanan ini boleh dikatakan paling pahit dalam karier saya bergelar pemain bola sepak profesional.

"Diharapkan kekalahan semalam memberikan pengajaran paling berguna kepada saya dan rakan-rakan yang lain pada masa akan datang, " kata Fandi, yang beraksi dalam kecederaan hamstring sepanjang perlawanan.

Selain Fandi, seorang lagi tonggak tengah, Mohd. Irfan Fazail juga terpaksa menghabiskan baki permainan dalam keadaan cedera.

Cuba lagi Harimau Muda-Gambar Utusan
Ini kerana tiada lagi pertukaran pemain dapat dilakukan selepas Wan Zack Haikal, Mohd. Affize Faisal dan Mohd. Nazmi Faiz digantikan kerana turut mendapat kecederaan.

Pertahanan negara, Mohd. Fadhli Shas juga meminta maaf kepada kepada penyokong, sambil mengakui dia sukar melelapkan mata apabila mengenangkan kembali detik 10 minit terakhir perlawanan.

"Saya tidak dapat tidur semalaman selepas perlawanan. Sukar hendak percaya dengan apa yang terjadi, tidak tahu bagaimana saya hendak memperjelaskan bagaimana situasi sebenar semalam.

"Segalanya berlaku dengan pantas, pemain hilang fokus dan kebanyakan antara kami mula keletihan di samping beberapa rakan sepasukan bermain dalam keadaan cedera, " katanya.

Walaupun sedar peluang Malaysia semakin tipis untuk melayakkan diri ke saingan Sukan Olimpik London, Fadhli tetap berharap mereka dapat menebus maruah yang tercalar pada perlawanan di Bahrain yang dijadualkan pada 5 Februari depan.

"Kami akan cuba lupakan kekalahan dengan Bahrain, kami mahu memulihkan kembali semangat dalam masa tiga bulan ini apabila akan ke Australia pada bulan depan," katanya.-UTUSAN

 *Mari beri semangat kepada skuad Harimau Muda kita...

Monday, November 28, 2011

Harapan Malaysia Semakin Pudar Kalah 2-3 Kepada Bahrain

Harimau Malaya harus segera bangkit selepas ini-gambar Google
KUALA LUMPUR: Harapan Malaysia untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2012 semakin pudar apabila tumpas 2-3 kepada Bahrain pada perlawanan ketiga pusingan ketiga kelayakan Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, malam Ahad.

Bahrain hanya mengambil masa lima minit pada babak kedua untuk mencapai kemenangan pertama menerusi jaringan Saad Salah Al Amer pada minit ke-80 dan dua gol oleh Isa Ahmed Muthanna pada minit ke-85 dan 86.

Skuad Harimau Muda bermula garang dan penuh keyakinan apabila Muhd Nazmi Faiz Mansor membuka tirai jaringan pada minit ke-29 untuk mendahului 1-0 pada babak pertama.
Berbekalkan sokongan lebih 30,000 penyokong, Malaysia turun ke gelanggang pada babak kedua dengan lebih bersemangat untuk memperkukuhkan kedudukan menerusi jaringan Mahalli Jasuli pada minit ke-67.

3 gol bolos dalam masa 5 minit-kecewa beb-gambar Google
Bagaimanapun, kealpaan benteng pertahanan negara membawa padah apabila Bahrain mula mengatur gerakan pantas dan teratur untuk merapatkan jurang jaringan menerusi Saad Salah.

Jaringan tersebut telah menaikkan semangat pasukan 'The Red' untuk memburu gol sebelum Isa Ahmed menyamakan kedudukan pada minit ke-85 sebelum menyumbat gol kemenangan seminit kemudian.

Pada Rabu lepas, Malaysia tumpas 0-2 kepada Syria pada perlawanan kedua di venue yang sama.
Malaysia dijadualkan menentang Bahrain pada perlawanan timbal balik 5 Feb depan sebelum menerima kunjungan Jepun pada 22 Feb depan dan menutup aksi kumpulan dengan menentang Syria pada 14 Mac depan.

Dalam pada itu, jurulatih negara Ong Kim Swee berkata kehilangan pemain tengah Muhammad Nazmi Faiz Mansor dan penyerang Wan Zack Haikal Wan Mohd Noor pada babak kedua menjadi punca kekalahan pasukan negara.

Katanya beliau tidak mempunyai banyak pilihan selain memasukkan Abdul Shukor Jusoh dan Syahrul Azwari Ibrahim bagi menggantikan kedua-dua pemain tersebut.

"Saya tidak tahu dalam masa lima minit segalanya berubah akibat kehilangan di bahagian tengah selepas Nazmi terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Barisan muda ini tidak boleh leka lagi, bangkit segera demi negara-gambar Google
Dalam pada itu, jurulatih Bahrain, Salman Shareeda berkata Malaysia terlalu yakin untuk mencapai kemenangan selepas mendahului 2-0.

"Ini merupakan masalah pasukan Malaysia dan bagi diri saya, permainan ditentukan dalam masa 90 minit dan apa juga boleh berlaku sehingga saat-saat akhir," jelasnya. -BERNAMA

Saturday, November 26, 2011

Relak sudey...Khairul Fahmi Che Mat...go...go...go...chiyok!!!

Gaya penjaga gawang yg sgt femes khenn
Bila kala M'sia dpt bawak balik 'ibu emas' Sea Games di Indonesia menerusi sepak bola, eh bukan2 bola sepak-gumbiranya hati ni Tuhan saja yg tahu. Apa tidaknya, team Harimau muda berjaya akhirnya merobek ego sepak bola Indonesia.


Serius, walaupun aku pernah bekerja kat negara depa ni (maksud aku Indon) dan dah terbiasa dgn bahasa serta serba sikit cara kehidupan org mereka, tp aku still x paham knp la depa ni busuk sgt bab2 yg membabitkan M'sia. Ada je benda x puas hati...sibuk dok tuduh kita ni 'maling' dan mcm2 lg la (...aku sure korang pun tau depa punya kelaku mcm mn khennn)


So, giler x gembira Harimau Muda menang kat sea games...daripada geng2 benteng pertahanan hingga penjaga gawang kita semuanya bersungguh2 mahu dptkan 'ibu emas' tu...sgt2 bangga'kan! Walaupun penjaga gawang riuh-rendah dgn mcm2 kontroversi yg membabitkan perempuan, aku x mo amik kesah (hah korang meroyanlah, dh tau dia kaki pempuan korang yg gatai nk kepit dia tu pasai pa...nk glamer la tu...bajet sgt korang khennn).


Tp, kalau KFCM (Fahmi) ni adik aku lah...mmg aku libas gak la kepala beliau...apa taknya, muda belia lg dok berkeliling dgn pempuan...kalau cun melecun mcm Erra Fazira, Neelofa or cute cam Lisa Surihani tu x pa gak la...sejuk gak hati nk baca gosip2 tu...ini muka masing2 suam2 kuku jek...letih sungguh dok baca citer2 ...'hati ini sudah dilukai'...bagai2 lah korang ni!!!

Walaupun dipalit pelbagai kontroversi membabitkan pempuan, tp aku bangga sebab Lu sgt fokus hokeyy ;-)
Hope lepas ni Lu x payah nk sibuk2 berkeliling dgn pempuan, sgt x de pekdah...baik Lu fokus kat bola jek...Lu sgt muda belia lg kot!
Lepas ni aku hope sesgt si KFCM ni cerdik n celik mata skit (walaupun hakikatnya ko sepet cam Mat Jepun khenn). Dgn prestasi yg ko pegang skrg, sgt le syg n bodoh kalau ko dok melayan 'kehidupan' karut-marut tuh. Ko kan femes, x yah la dok berkeliling dgn pempuan2 kurang cerdik n kurang kesedaran sivik cam tu...cari yg bijaksana skit...yg x kuasa dgn dunia glamer2 ni...(tgk cam Rita Rudaini, walaupun bersuamikan pemain bola sepak yg femes n hensem dia cool jek-x de nk berblog bagai hal2 dlm seluar laki dia khennn).

Team Harimau Malaya kebanggaan kita
Aku mmg minat giler hal2 bola sepak negara kita, hope sgt yg menjadi pejuang2 bola sepak negara ni pandai2 jaga maruah diri n hidup dgn bijak. Jgn lalai dgn kefemesan korang skrg, aku x kisah org kutuk maki korang pasal korang kalah kat atas padang...tp aku muak kalau org dok kutuk x ingat dunia pasal hal2 yg membabitkan salah laku korang dgn pempuan kurang cerdik...buat KFCM and the geng...go...go...go...demi M'sia...Chiyok!!!

Friday, November 25, 2011

Alhamdulillah semoga urusan ini dipermudahkan...

Usaha mendekati masyarakat Orang Asli perlu dipergiatkan. Gambar hiasan-Google
RM3 Juta Untuk Dakwah Orang Asli Di Kelantan
BACHOK: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membelanjakan RM3 juta setahun bagi menjalankan kerja dakwah dalam kalangan masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman negeri itu.

Setiausaha MAIK Che Hamat Che Muda berkata hasilnya sehingga kini 5,000 daripada jumlah 10,000 Orang Asli di Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli, telah memeluk Islam.

MAIK telah melantik 16 pembimbing dalam kalangan masyarakat kaum itu sendiri untuk memberi pengajaran tentang Islam," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek RM3,000 kepada keluarga mangsa dua beradik yang mati lemas di Kampung Tualang Salak di sini Jumaat.

Dalam kejadian yang berlaku pada 1.30 petang dua hari lepas, Ahmad Fathi Roslan, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat dan adiknya, Mohd Arif Hakimi, 10, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Jelawat lemas dalam sebuah parit dekat rumah mereka.

Che Hamat berkata sesetengah masyarakat Orang Asli yang memeluk Islam akan diberi peruntukan khas RM200 sebulan dan sesetengahnya pula diberi bimbingan untuk menjalankan perniagaan.
Beliau berkata peruntukan itu adalah sebahagian daripada RM75 juta kutipan wang zakat. - BERNAMA

Thursday, November 24, 2011

Alahai...buat org sentap je!!!

Lagu Terbaik AIM18: 'Sedetik Lebih' Ganti 'Penakut' 

Apa pun, sama ada Yuna atau Anuar Zain, kedua-duanya sama best dan bagus!
KUALA LUMPUR: Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain, ciptaan Edry Abdul Halim diumumkan sebagai Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke 18 menggantikan lagu Penakut komposer dan nyanyian oleh Yuna.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 18 dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim berkata terdapat kesilapan pengiraan undi dibuat oleh juruaudit luar rasmi, AIM 18, Ernst & Young yang mengakibatkan kesilapan pengumuman pemenang pada malam, 12 November lalu.

"Lagu Penakut oleh Yuna, telah tersilap ditentukan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Terbaik berdasarkan markah tertinggi yang diberikan oleh hakim-hakim bagi 20 buah lagu yang terdiri daripada 5 calon tertinggi dari sub-kategori iaitu Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik.

"Mengikut kriteria yang ditetapkan oleh RIM, pemenang Lagu Terbaik mestilah merupakan salah satu pemenang bagi empat anugerah sub-kategori tersebut dan atas dasar itu pemenang lagu terbaik AIM 18 sepatutnya adalah Sedetik Lebih oleh Anuar Zain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pembetulan bagi anugerah Lagu Terbaik AIM 18, di sini, Khamis.

Tambah Rosmin, pembetulan ini adalah bagi memastikan integriti anugerah AIM dapat dipelihara dan pihaknya turut memohon maaf kepada Yuna, Edry dan Anuar Zain atas kesilapan tersebut.

"Pembetulan ini bagi memelihara integriti dan kredibiliti AIM sendiri dalam memastikan keputusan yang dilakukan tepat, kami juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami" ujarnya.

Sementara itu, Yuna mengakui terkejut dengan perkara tersebut, namun menghargai usaha penganjur AIM untuk membetulkan kesilapan yang berlaku.

"Saya tidak rasa malu atau serik untuk menyertai AIM pada masa akan datang kerana bagi saya mereka telah berusaha memperbetulkan keadaan sebenar.

"Saya juga tidak rasa perkara ini akan menjejaskan reputasi saya sebagai seorang penyanyi baru," katanya.

Manakala Edry menerima keputusan ini dengan terbuka biarpun telah menerima kemenangan Yuna sebagai pemenang kategori tersebut.

"Saya amat berbangga dengan Yuna dan pencapaiaan tempatan dan luar negara beliau sebagai seorang penghibur dan kemenangan tersebut juga layak untuk lagu beliau.

"Namun kami menerima penghargaan ini dengan hati yang terbuka dan berharap kejadian seperti ini tidak berlaku pada masa akan datang," katanya.

Dalam pada itu, RIM akan menganjurkan forum AIM terbuka pada 6 Disember depan untuk ahli-ahli industri muzik dan media hiburan memberi sebarang komen dan maklum balas bagi tujuan mempertingkatkan mutu penganjuran anugerah berprestij itu untuk masa akan datang.-MSTARONLINE

Wednesday, November 23, 2011

Mari teman aku senyum simpul ;-)

Jelita edisi Disember 2011
Majalah dh keluar, bulan ni special skit cuz aku yg menyelaraskan cover girl tu-yes, cover Jelita bulan ini adalah Siti Saleha. Heroin ost Nora Elena yg femes kat tv sampai time interview dia pun aku asyik tersasul panggil dia Nora. Sungguh la melekat nama tu kat ko, Siti ;-p

Sambil dimakeup, layan berinterview ;-p
2 minggu (lebih kurang) aku amik masa menguruskan sesi fotografi dengan Saleha dan boleh katakan setiap 3 hari sekali aku update dia mengenai segala benda yg berkaitan dgn photoshoot kami. Dan aku sgt puji la sikap dia yg sgt2 best...senang bekerjasama dgn Saleha ni, x byk kerenah walaupun fofuler dan cun. Malah, yg buat aku syg kat Saleha ni bila dia sgt on time...eh bukan on time jek, lebih awal drpd yg dijanjikan...30 minit awal...kebetulan aku bz pulak hari tu, dr pg berkejar sana sini...tup2 dia call kata dh sampai depan opis huh, serius i kagum dgn budak ni! (tp hope2 pasni jgn la buat hal layan diva bagai khenn).

Sgt jeles sebab dia so cute n so sweet!
'Bungkus' time hehehe...selesai sudey!
Nk tau apa cerita Saleha, korang boleh la beli Jelita edisi Disember 2011. Selain cerita Saleha, byk lagi rencana menarik utk korang baca. Kali ni kita org kupas mengenai shopping online. Sure korang pernah shopping online khennn!

Saturday, November 19, 2011

Sakit itu indah...

Kata itu:-

Bersahabatlah dengan rasa sakit
kerana akan datang kenikmatan pada hari kemudian
dan berbahagialah akhirnya menjadi lebih bijaksana...

Tuesday, November 15, 2011

Gembang-gembang sekitar Jakarta fashion week...

Walaupun penulisan mengenai pentas fesyen bukan bidang kemahiran aku, tp sejak jd writer di beberapa majalah berkonsep lifestyle termasuk JELITA, maka aku perlu biasakan diri. Mmg semak kepala, nasib baiklah reti serba sikit hal2 yg berkait dgn fesyen dan yg penting ramai jugak yg mengkagumi cita rasa fesyen aku (...walaupun style aku setiap hari x de la fesyen mn, tp ok la drpd jd mangsa fesyen khenn).

Cover event Jakarta Fashion Week 2012 pd 12-17 November lepas utk yg ke-2 kalinya sejak berkhidmat di JELITA dan ini kali entah ke berapa sejak terbabit dalam penulisan lifestyle magazine. Alhamdulillah.

Mmg seronok sebb dpt tiket foc...tajaan penginapan di hotel bertaraf 5*, cuma bab mkn je kena pandai2 cari sendirk. Rasanya lebih baik sebab walaupun berada di Jakarta yg katanya hampir sama je dgn Malaysia. Tp bab2 mkn ni kena jaga skit, bukan semua hangpa boleh tibai. Dan aku selalu rasa sgt bersyukur jd org M'sia sebab segalanya masih terkawal. Nak tahu penjualnya Islam ke bukan, halal or non halal masih boleh dibezakan.

Hotel Mahakam, Jakarta
Lobbynya so sweet
Kalau kat negara kita, kita bebas mkn kat gerai2 Mak Bedah, Pak Mat Sulung or Kak Limah Janda tepi jalan. Tp kat Jakarta jgn buat pasal, korang nampak je muka cam Melayu tp agamanya belum tentu. Kat sana, org cina depa pun fasih cakap Indon...cam na gamaknya???

Sepanjang 5 hari kat kota Jakarta badan mmg letih, tp seronok cuz dpt buat sesi cuci mata. Pakaian2 indah silih berganti kat depan mata, model2 pulak cun-melecun...hehehe lapang otak sekejap. Cuma nk berjimba sakan tu x de la cuz kali ni aku p dgn Puan Boss. So kena kawal perasaan sikit, x leh nk buat ikut kepala aku jek.

Nasi Padang-telur belado, rendang daging dan sayur pucuk ubi.
Kami menginap di Hotel Mahakam, Jakarta. Sib baik tempatnya agak strategik cuz sgt dkt dgn gedung Block M dan di sekitarnya ada 7E yg aku boleh kata best la sebab semua ada. Paling aku suka teh tariknya...walaupun sgt manis tp supersedap! Tp aku x le minum manis2 tu, apa susah balik bilik hotel tambah 2 gelas air panas lagi...sgt jimat sampai ke pg boleh minum ;-)

Teh tarik segera n meggi cup.
Sebenarnya, byk benda yg aku plan nk beli terutama novel2 lokalnya. Dan nasib aku baik cuz penyelaras event tu sudi bawak aku ke gedung Gramedia di Grand Indonesia. Mmg superduper besar gedung tuh, silap2 boleh sesat barat dan aku pun mmg nyaris2 nk sesat bagai.

Byk novel yg aku teringin sgt2 nk beli tp x de stock. Mungkin jugak aku terlepas pandang cuz nk cepat takut org tggu lama sgt. Jd apa yg aku jumpa depan mata, kalau berkenan itulah yg aku rembat. Yg di cari ada beberapa buah x jumpa2...mmg habis stock betul gamaknya. Mmg frust sgt tp redha je la nk buat mcm mn khenn...tp aku plan nk dtg lg esoknya, kebetulan jadual x padat sgt.

Inilah antara novel2 yg sempat aku rembat.
Esoknya, lepas temankan Puan Boss dan writer drpd Majalah Cosmopolitan berbelanja di Tanah Abang (kat sini aku saja dera derang naik Bajai...hahahaha huru-hara aku tgk muka Puan Boss dan adik Cosmo yg cuak sakan. Aku biasa2 jek, cuz dh pernah beberapa kali naik masa bekerja kat Kota Wisata,Cibubur, Jakarta sebelum ni-sgt nakal mak kan noks...wakakakaka)

Sweet je model ni.
Aku suka model yg ni...sgt suke...sorry gua buka les ye!
Lepas fashion show selesai jam 3pm, aku terus ajak Puan Bos ke Grand Indonesia semula. Kebetulan depa nk p Thamrin City yg kedudukannya bersebelahan dgn gedung yg aku nk p tu...kira aku ni tgh buat sesi sambil menyelam minum air la kan. Ingat senang2 hati nk ajak Puan Bos merewang time keje???

Aku minta 1jam utk berlari dan cari buku kat Gramedia.Mmg kelam kabut sebab kena ingat jln masuk dan jalan keluar nanti sesat susah la aku. Tak sampai 40 minit, aku keluar balik sebab buku yg aku cari mmg x de, sgt2 frust der. Tambah sedih bila keluar2 je gedung gadang tu hujan maha lebatnya hai.

Perjalanan nk ke gedung Thamrin City terasa sgt jauh sebab kena redah hujan dan nasib aku sgt2 x baik sebaik sj sampai kat depan pintu lobi utama gedung tu, aku jatuh terlentang gara2 lantainya licin. Malunya jgn ckp la, sambil tahan sakit aku terus bangkit...time angkat kepala tu aku terus pegang belakang kepala dan alhamdulillah x berdarah walaupun sakitnya Tuhan je tahu. Tp masa angkat kepala tu leher aku berbunyi semacam, aduh cuaknya...tp sebab tgh malu sebab org dok tgk aku terlentang tgh2 alam bertemankan hujan lebat tu...aku abaikan je rasa aneh tu. Lg aneh bin pelik sebab x de sekor manusia pun yg sudi nk tolong aku time tu. Kesiankan!!!

Dgn baju yg basah kuyup dan badan serta kepala yg sgt sakit...aku gagahkan diri cari Puan Boss and the geng. Entah kat mana depa tunggu aku pun xtau...naik mentel aku carik depa. Dkt 40minit sama2 mencari, akhirnya van depa muncul depan pintu. Masuk je dlm van, aku terus bersandar. Sambil berdoa byk2 supaya x de kejadian x diingini berlaku pd aku kerana jatuh td.

3 jam terperuk dlm jem mmg menyeksakan, perut pulak sgt lapar. Kebetulan dr pg perut ni cuma beralas roti bakar dan telur dadar. Mmg aku x de selera nk mkn pg tu, mungkin sebab kenyang dok belasah teh tarik yg berganda2 lepas ditambah air ;-)

PHD kat Jakarta.
Sampai depan pintu hotel, aku terus ke 7E. Ingat nk mkn meggi cup je, tp perut kata nk makan makanan berat...so aku pun masukkan Pizza Hut. Walaupun tahu x kan habisnya pizza tu, aku ikutkan juga kata hati. Sian kat perut aku ni, biarlah mlm ni mkn byk skit...dr pagi kot dia berlapar.

Datuk Bernard pun ade.
Lepas mkn dua potong pizza, aku terus tido. Badan x leh nk cover sakit lg...dan nanti2 la aku sambung entry ni ye ;-)

Tuesday, November 1, 2011

Mulianya Rasul junjungan kita...

Alkisah, hiduplah di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi yang dilalui dengan selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia orang gila, dia  pembohong, dia tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Setiap pagi, Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad.

Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Dia bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah. ayah adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum
ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?",tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapnya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?"

Abu Bakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan ! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" jawab si pengemis buta itu. Apabila dia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuap aku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan itu dengan mulutnya setelah itu dia berikan kepadaku dengan mulutnya sendiri." kata pengemis itu lagi.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang kepadamu. Aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu sudah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. dia pun menangis dan kemudian berkata,
benarkah demikian? selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya,dia tidak pernah memarahiku sedikit pun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta itu akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.

* MasyaAllah, kerdilnya keperibadian kita. Justeru itu, dia terpilih menjadi Rasul.