.

Sunday, April 28, 2013

Belajar HIDUP daripada buah...




1. Jadilah JAGUNG, jangan seperti JAMBU MONYET.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, tapi jambu monyet menunjukkan 'biji' yang cuma satu.
Maksudnya: Jangan suka menunjuk-nunjuk..tayang sana sini

2. Jadilah DURIAN, jangan seperti buah KEDONDONG.
Durian walaupun luarnya penuh duri tajam, tapi isi didalamnya lembut dan manis. Sedangkan Kedondong, luarnya nampak mulus, tapi rasa masam dan bijinya berduri.
Maksudnya: Jangan menilai seseorang daripada luarnya saja.

3. Jadilah BENGKUANG (Sengkuang).
Maksudnya: Walaupun hidupnya di dalam tanah tapi isi umbinya tetap putih bersih.

Saturday, April 27, 2013

Kisah 3 orang menteri dan buah epal...


KISAH 3 ORANG MENTERI DAN POKOK BUAH

Diceritakan oleh SYEIKH ALI SOLEH MUHAMMAD ALI JABER Guru Tahfiz Masjid an-Nabawi, mengenai kisah tiga menteri dan seorang Raja.

Pada suatu hari Raja memanggil tiga orang menteri tersebut, maka baginda memberi tiga karung guni. Berkata Raja, “Pergi panjat pokok dan memetik buah di pokok tersebut sehingga penuh guni masing-masing".

Maka terpinga-pingalah ketiga-tiga menteri tersebut, kenapa seorang menteri diberi arahan sebegitu?Disebabkan arahan khalifah maka mereka pun melakukan apa yang disuruh.

Menteri A merupakan menteri yang jujur dan amanah, maka beliau pun bersungguh-sungguh panjat pokok buah tersebut dan mencari buah yang paling baik dan berkualiti dan memenuhi karung guni yang di beri oleh raja.

Menteri B merupakan menteri yang kadang-kadang amanah, kadang-kadang tidak dia beramanah mengikut situasi yang dihadapi. Imamnya tidak sekukuh menteri A. Maka dia panjat dan sampai separuh pokok...
Terfikir dia, “buat apa aku berusaha ambil yang elok-elok, cukup la sekadar mengutip buah yang jatuh di bawah, cukup sekadar penuh buah dengan karung guni sudah cukup" Lalu menteri tu pun turun dan mengutip buah yang bercampur ada yang baik dan ada yang busuk.

Menteri C seorang yang sungguh tidak amanah, beliau hanya mementingkan diri sendiri. Beliau berfikir “ Buat apa aku susah-susah, akukan menteri...ini bukan kerja aku, baik aku kutip batu je cukup, janji penuh karung guni ni, lagipun raja mana ada masa untuk melihat isi dalam karung ini’. Lalu dia pun mengutip batu dan memenuhi karung guninya.

Sampai masanya, mereka bertiga menghadap raja.

Benar-benar telahan Menteri C, raja tidak melihat karung guni itu. Namun Raja yang bijak mempunyai cara yang lebih bijak.

Baginda mengarah pengawal memasukkan ketiga-tiga menteri ke dalam penjara dan mengarahkan makanan yang hanya boleh di makan, apa yang ada dalam karung mereka.

Maka mereka menghadapi situasi berbeza:

  • Menteri A, sudah tertentu mempunyai bekalan mencukupi dan dapat menikmati buah yang lazat dan berkualiti.
  • Menteri B, terpaksa memilih buah yang baik, kadang terpaksa mengikat perut untuk mencukupi bekalan makanan.
  • Menteri C. Inna lillahi......itu jawapan yang mampu diberi


Mari kita ambil pengajaran cerita ini dalam kehidupan kita. Bayangkan Allah SWT telah mengarah kita supaya mengutip amalan dengan amanah dan bertujuan untuk mencari redhaNya,

Watak menteri mana yang kita pilih, Menteri A, Menteri B atau Menteri C ???? Dan penjara itu seumpama Kubur. Di situlah tempat perhentian kita, tempat yang kita semua kena melalui. Di dalam suasana yang sempit dan gelap itu adakah amalan kita mampu membantu kita.?Atau kita ini hanya menteri C sahaja?

Marilah kita sama2 renungi dan ambil Pengajaran dari kisah ini.

~ Semoga bermanfaat ~

Friday, April 26, 2013

Pesanan penting untuk semua WANITA...



✿AZAB BAGI KAUM WANITA DI NERAKA✿

(Tolong ingatkan kepada semua kaum wanita yang anda kenali)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat, renungan khususnya untuk semua wanita. Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala baginda datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw, mengapa baginda menangis.

Baginda menjawab, "Pada malam aku diisra'- kan, aku melihat perempuan- perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya."

Puteri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

  • "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
  • Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.
  • Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
  • Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan, "Mengapa mereka disiksa seperti itu?"

Rasulullah menjawab:-

  • "Wahai puteriku, Adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki bukan muhrimnya.
  • Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, dia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mandi suci daripada haid dan nifas. 
  • Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. Perempuan yang memotong sendiri dengan gunting api neraka kerana dia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki bukan muhrimnya.
  • Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dihulurkan ular dan kalajengking kepadanya kerana dia meninggalkan solat dan tidak mahu mandi junub.
  • Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada semua wanita.

Salam Ukhuwah....

Thursday, April 25, 2013

Sharing...TGNA sentiasa di hati

(Aku terjumpa ini- apa yang ditulis di bawah ini- perasaan sama juga menyelubungi hati aku. Juga saat mencari gambarnya di laman Google. Betapa jahilnya manusia yang memanipulasi kecanggihan teknologi. Pelbagai cara mereka gunakan untuk menzahirkan kebencian kepada pemilik tubuh ini. Namun aku percaya, sikit tidak berkudis pun kepadanya. Insya-Allah, Dia Yang Maha Adil Lagi Saksama itu akan memberi ganjaran setimpal. Insya-Allah.)

"Ya Allah.. Mengalir air mata saya mencari gambar Tok Guru Nik Aziz di internet..

Macam mana tidak mengalir.. Yang saya baca, Nik Aziz bapa kafir di akhbar Malaysia, bapa syaitan, mata duitan, malah ada gambar Nik Aziz yang di edit dimasukkan duit-duit di serban beliau. berimamkan DAP. Nik Aziz sesat. ada mufti kata hati Nik Aziz terlampau hitam. Berharta 10 Juta. Banyak lagi.. Banyak sangat.. Tak terkata saya di sini...

Dia yang menghafal banyak hadith2.. Dia yang tiap-tiap paginya menjadi imam subuh dan memberi tazkirah.. Makan makanan rakyat biasa-biasa.. Rumah beliau dekat tepi masjid dibuat dari kayu dan tangga dari simen, tiada batu marmar,mozaik atau hiasan yang mahal-mahal. Rumah beliau tidak berpagar tiada pengawal dan tiada orang gaji pun. Siapa-siapa boleh masuk kalau nak jumpa beliau. Dia seorang yang warak dan zuhud. Sejak dulu, elaun rumah, elaun keraian, elaun buka puasa malah elaun hari raya pun tak pernah beliau ambil. Sehingga hujung nyawanya masih begitu, berusaha menegakkan Islam di bumi Kelantan. Tetapi dalam keadaan sakit, dalam keadaan sihat beliau terus dan terus.. Bagaimana anda boleh begitu berat sekali menjatuhkan fitnah kepadanya?

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). ( An-Nur : 19 )

Letakkan kami di jalan Mu yang lurus dan thabatkan kami di jalan Mu ya Allah s.w.t.."

Wednesday, April 24, 2013

Rugiiiiii....


...dengar baik-baik ye, rugiii kalau tak dengar

Sunday, April 21, 2013

Jom cuci buah pinggang...

Ok, aku nak share info ni. Kesahihannya aku tak pasti, tapi apa salahnya mencuba, 'kan.

Bercakap pasal buah pinggang, selama bertahun-tahun kita menggunakan buah pinggang dalam proses biologi badan. Kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu betapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja.

Tahukah anda dengan hanya RM0.50-1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini? Caranya mudah sahaja.
  •  Beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong kecil2 , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja.
  • Sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk
  • Amalkan meminumnya segelas sehari. Insya Allah anda akan rasa perubahannya.
Kesannya, semua kandungan garam dan racun akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

Selamat Mencuba...

Friday, April 19, 2013

Hey wanita, kamu perlu tahu ini...

Luangkan masa dua minit anda baca info ini! Memang anda perlu ambil tahu, especially WANITA!. Jom kongsi-kongsi, sharing with love...

Gambar ini memang agak ngeri dan mengelikan. Jangan tutup mata Uolls ya, sila baca sampai habis. Ini penting untuk kesejahteraan hidup Uolls. Oh, ya. Info ini Uolls dapat daripada emel malah ada juga disebarkan di facebook.

Kanser Endometrium(Rahim)

Ini adalah rahim wanita yang telah dibelah oleh doktor, Ia sangat busuk mungkin disebabkan bahagian yang berwarna kuning itu.

Mengikut teori saintifik, tisu endometrium yang mengalir ke dalam abdomen bersama darah haid akan melekat di organ keliling rahim dan tumbuh di situ. Seterusnya, setiap kali pendarahan haid berlaku, tisu ini akan tumbuh dan berdarah. Tisu ini selalunya terdapat di

1.Ovari
2.Belakang rahim
3.Dinding rahim atau otot rahim
4.Saluran fallopian
5.Parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak
6.Parut bekas pembedahan laparoscopy atau laparotomy
7.Pundi kencing

Tanda-tanda endometriosis:
- Senggugut atau sakit pada bawah perut dan pinggang.
-Berlaku sebelum datang haid dan berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian pelvic dan juga ke bahagian pinggang
-Ketidaksuburan dan kemandulan
-Sakit ketika melakukan hubungan kelamin
-Ketumbuhan

Diagnosa endometriosis. Endometriosis hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan:
• V.E ( vagina examinatination ). Pemeriksaan vagina di lakukan di mana perasaan sakit timbul apabila disentuh
• T.V.S ( vaginal ultrasound scan). Ultrasound yang dilakukan melalui faraj boleh mengesan cyst pada ovari
• Laparoskopi Hanya pemeriksaan ini yang dilakukan melalui pembedahan kecil di abdomen yang dapat memastikan diagnosa endometriosis

Kaitan penyakit Endomeyriosis dengan kanser?
Wanita yang mengidapi penyakit endometriosis lebih cenderung mengalami beberapa jenis kanser. Satu kajian terkini yang dijalankan di Sweden sejak 20 tahun kebelakangan ini, dan melibatkan seramai 20000 orang wanita pesakit endometriosis, mendapati peningkatan beberapa jenis kanser di kalangan wanita tersebut

1. Kajian ini yang dilaksanakan selama 11 tahun menjumpai peningkatan risiko kanser-kanser saperti kanser ovari (90%), kanser darah (40%) dan kanser payudara (30%), pada wanita yang mengalami penyakit endometriosis berbanding dengan mereka yang tidak. Selain dari itu, satu penemuan penting ialah wanita yang mengalami penyakit endometriosis khususnya di ovari mempunyai risiko tinggi mengalami kanser ovari. Jenis kanser ovari yang paling biasa ialah kanser endometrioid dan kanser clear cell carcinoma

2.Penemuan-penemuan ini susah dipertikai kerana faktor-faktor lain (confounding factors) diambilkira sebelum keputusan dibuat, dan jumlah pesakit yang dikaji yang besar. Malahan, satu lagi kajian yang lebih besar di Sweden mendapat keputusan yang sama dengan kajian ini

3. Kajian spesimen lepas bedah kanser ovari juga mendapati kebanyakan kes mempunyai endometriosis atau sista endometriosis

4.Penyakit endometriosis melibatkan antara 7% hingga 15% wanita dalam golongan subur.Wanita yang mengalami perasaan sakit senggugut, pendarahan haid tidak teratur dan ketumbuhan di pelvis mungkin mengidapi penyakit endometriosis. Mengikut Persatuan Kanser Amerika, risiko seseorang wanita mengidapi penyakit kanser ovari ialah 1.4% sepanjang hayatnya

5. Justeru, pesakit dan doktor perlu peka terhadap kemungkinan berlakunya penyakit kanser dikalangan wanita saperti ini. Pemeriksaan ultrasound dan pengeluaran sista adalah tindakan-tindakan penting yang disyorkan...

Sharing is Caring-sharing with love ya ^_^

Percaya diri...


Sedapnya suara budak ni...

Thursday, April 18, 2013

Bra cantik + sesuai + confident = PEREMPUAN ^_^

Hari ni agak sibuk dengan shooting di studio, dari pagi sudah kelam-kabut dan berkejar ke sana sini. Walaupun penat, tapi seronok sebab semua kerja berjalan lancar sampai makan tengah hari pun lupa, nasib baik member office ingatkan.

Selesai shooting produk Euro Moda untuk advertorial page dan makan tengah hari, terus proses mana-mana bahan yang berlonggok dalam note.  Hope dapat selesaikan dateline before start cuti 13 Mei 2013 ni *_*

Petang ada assignment pakaian dalam, Xixili di Mid Valley jam 6pm. Lama juga tak ke event produk pakaian dalam ni, nyaris nak skip sebab badan dan kepala nyaris down dek penangan migraine. Teringat pula HOD Marketing Majalah Jelita yang dah 'booking' aku sejak minggu lepas untuk pergi bersama ke event Xixili. So, gagahkan juga diri. Harap event start ikut time dan boleh balik awal.

Rupa-rupanya ada fashion show utk produk baru Xixili, jadi selesai PC kena tunggu lagi. Aduhai, kepala sudah 'weng'. tapi, memandangkan sedang bertugas kenalah bertahan sikit. Jam 7.50 start fashion show. Mak ai...seksi2 model yang dok melenggang lengguk atas pentas utama, aku pula duduk di tepi pentas. Hai...nasiblah kena cuci mata (nak tengok pun malu, jangan harap aku nak snap gambar ye...hahahaha)

Oh ye, tadi sebelum ke ruang legar pentas fashion show media dibawa melawat butik Xixili. Wah, rambang mata. Nasib baik RM tak berapa nak ada waktu tu, kalau tak memang borong habislah jawabnya. Oklah, ni aku share gambar-gambar yang sempat disnap. Kalau malu, skip je ye jangan tengok wakakaka *_*

Waktu PC...
Pakaian dalam utk ibu hamil pun ada tau...
Rasanya aku berkena beli yang ini...hahaha
Gaya baru...
Ruang deko yang simple
Suka warnanya, cantik
Tak ada kerusi, berdiri je tepi pentas -_-
Ini je yang agak sopan skit
Syafinaz Selamat



Tuesday, April 16, 2013

Shooting time with Rita Rudaini...

Akhirnya, selepas beberapa kali janji temu tergendala dapat juga bertemu heroin siri drama Sehangat Asmara, Rita Rudaini. Memandangkan dapat date pun tergempar, maka semua kerja aku jadi 'gempa bumi'.

Pagi ni, seawal 6am aku dah keluar rumah. Masuk office dulu, kemudian terus bergegas ke ruang pamer butik H& M di Lot 10, Bukit Bintang KL. Serius, aku cukup tak suka buat kerja last minute macam ni. Tapi apa nak buat, kerja macam aku ni memang terpaksa berdepan dengan hal-hal last minute, so mental kena kuat ye.

Lepas ambil pakaian tajaan untuk Rita, aku bergegas ke office semula. Sudah berjanji dengan jurugambar nak pergi bersama sebab aku tak tahu jalan ke rumah aktress bergetah tu hehehe (ini perkara biasa, aku selalu buat bila tak tahu jalan).

Jam 11am, seperti yang dijanjikan aku sampai di lokasi shooting kami. Waktu sampai di kediaman Rita, dia masih disolek. Oh ya, jurusolek Rita hari ni Tiar Zainal dan rambut pula dandanan Sheila Mohamad (dia jurusolek kegemaran Ziana Zain).

Macam biasa, time shooting memang super busy semua kena peka supaya kerja berjalan lancar. Alhamdulillah, aku dapat jurugambar fav (PP a.k.a Heyjoni). Senang bekerja dengan dia, sebab dia selalu tahu apa yang aku nak (bab shooting la der).

Lepas shooting, aku 'paksa' Rita untuk sesi interview (sebab dia minta whatsapp soalan). Malas bertanggung, nanti bila dia busy payah pulak nak kacau dia. So. baik 'paksa' daripada aku dapat masalah kemudian hari (hehehe...sorry Rita, terpaksa ye).

Oklah, kalau tak tahu apa yang kami sembangkan dan juga isi hati Rita yang sempat aku cungkil, dapatkan Jelita akan datang (edisi bila, nanti aku update kemudian ye). Sekarang jom layan beberapa gambar yang sempat aku snap guna phone je.
Ini tempat pilihan & collect baju tajaan di H & M
Baju pilihan saya banyak yang tak ada...sedih
'Pakar2' sedang mencantikkan Rita yang sedia cantik
Tiar zainal, Rita & Sheila
Buah hati Rita yang sulung, Rayyan
So sweet je Rita tanpa makeup tebal
OMG...aku pakai sandal cabuk time shooting!!!
Rayyan yang pandai bergaya...
Anak kedua Rita, Arjuna time ni dia baru bangun tidur terus keluar nak main apabila pintu utama dibuka
Keletah Rayyan yang mencuit hati

PP dalam usaha 'membeli jiwa' Rayyan...


Saturday, April 13, 2013

Kuih Bakar Pandan Berbijan sulungku...

Aku cukup suka kuih ni. Pagi tadi, tgh bosan2 terfikir nak try buat. Puas Google resipi yang mudah, akhirnya jumpa. Yup, aku ni memang pemalas sikit bab sukat menyukat ni. Kalau nak main masak-masak, aku akan pilih resipi yang tak banyak kerenah. Ala...nak kena timbang bagai tu, ye memang aku tak suka...menyampah ^_^

Resipi dah dapat, aku bergegas ke dapur. Keluarkan semua bahan yang diperlukan, kebetulan 3 hari lepas ada beli daun pandan utk buat air gula. Masih banyak berbaki, so boleh guna untuk buat kuih ni.

Bahannya mudah saja, tepung gandum, air perahan daun pandan, santan, telur, gula, sedikit minyak dan butter. Tak sampai 15 minit, adunannya siap untuk dibakar. Tapi, hari ni agak culas sikit. terpegang acuan kuih bakar yang tengah panas. Apa lagi, melompat2 la kepanasan. Nasib baik melecur sikit aje...hmmm...Anis...Anis...!!!

Alhamdulillah, tak sangka kali pertama cuba dah menjadi Kuih Bakar Pandan Berbijan hasil air tangan sendiri. Paling mengujakan, bau daun pandannya yang semerbak...huish...terus lapar. Dek tak sabar nak rasa, tengah2 panas tu saya ngap. Perghhh...maveles!!! Sumpah tak nak beli kat kedai lagi lepas ni, nak makan yang buat sendiri je. Tak percaya? Cuba sendiri *_*, macam biasa sesi layan gambar.

Sebenarnya bijan tu kena panaskan dulu bersama minyak, tapi aku lupa step makanya...belasah je la.



Thursday, April 11, 2013

Hadiah Pandora utk Hari IBU...

Kalau Uolls masih mencari-cari hadiah yang mahu diberikan kepada insan paling istimewa dalam hidup iaitu IBU, barangkali boleh singgah ke butik barang perhiasan, PANDORA untuk melihat koleksi khas yang disediakan bersempena sambutan Hari ibu tahun ini.

Pandora menawarkan pilih pelbagai bentuk 'charm' yang mampu menceritakan peribadi ibu kita termasuk kesukaan, hobi dan karakter ibu. Uolls boleh  memilih charm bentuk 'love' sebagai lambang kasih sayang kepada ibu tercinta, malah tercatat perkataan 'mum' dalam pelbagai bahasa seperti 'Mum' atau 'Mom" mahupun 'Maman' dalam bahasa Perancis.

Kata Pengarah Urusan Pandora, Datin Zarida Noordin pada majlis pelancaran koleksi terbaru Pandora khas di butik Pandora di Bangsar Village, berkata, bersempena menyambut Hari Ibu, Pandora meraikan ikatan kasih sayang ibu bersama anak dengan koleksi khas, unik dan meninggalkan memori indah yang tidak akan dilupakan. Bagi memberi peluang anak lelaki meluahkan perasaan kasih sayang kepada ibu, Pandora turut melahirkan 'charm' untuk ibu dan anak lelaki.
Butik Pandora di Bangsar Village
Koleksi baru
Yang ini sangat menangkap pandangan...

Nampak...Dynas dan adik Mia sara...
Ini baby boy Dynas
Comel kan...
Sempat berposing dengan pengacara majlis, Datuk Yasmin Yusuf yang sangat peramah
Dengan si comel ni pun mesti pose jugak...
Ini makanan yang disajikan lepas event selesai...