.

Monday, September 30, 2013

Apa personalitimu...

Look at the tree and choose the one that is immediately most appealing to you. Don’t think about it too long, just choose, and find out what your choice says about your personality. write down your choice in the comments.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

The results!
1. You are a generous and moral (not to confuse with moralizing) person. You always work on self-improvement. You are very ambitious and have very high standards. People might think that communicating with you is difficult, but for you, it isn't easy to be who you are. You work very hard but you are not in the least selfish. You work because you want to improve the world. You have a great capacity to love people until they hurt you. But even after they do. . . you keep loving. Very few people can appreciate everything you do as well as you deserve.

2. You are a fun, honest person. You are very responsible and like taking care of others. You believe in putting in an honest day's work and accept many work-related responsibilities. You have a very good personality and people come to trust you easily. You are bright, witty and fast-thinking. You always have an interesting story to tell.

3.You are a smart and thoughtful person. You are a great thinker. Your thoughts and ideas are the most important. You like to think about your theories and views alone. You are an introvert. You get along with those who likes to think and learn. You spend a lot of time, thinking about morality. You are trying to do what is right, even if the majority of society does not agree with you.

4. You are perceptive and philosophical person. You are a unique, one soul of your kind. Next to you there's no one even slightly similar to you. You are intuitive and a bit quirky. You are often misunderstood, and it hurts you. You need personal space. Your creativity needs to be developed, it requires respect of others. You are a person who clearly sees the light and dark sides of life. You are very emotional.

5. You are self-assured and in charge. You are very independent. Your guiding principle in life is 'I'll do it my way.'. You are very self-reliant and know how to stay strong for yourself and the people you love. You know exactly what you want and are not afraid of pursuing your dreams. The only thing you demand from people is honesty. You are strong enough to accept the truth.

6. You are kind and sensitive. People relate to you very well. You have many friends and you love helping them. You have this warm and bright aura that makes people feel good when they are around you. Every day, you think about what you can do to improve yourself. You want to be interesting, insightful and unique. More than anybody else in the world, you need to love. You are even ready to love those who don't love you back.

7. You are happy and unflappable. You are a very sensitive and understanding person. You are a great listener who know how to be non-judgmental. You believe that everybody has their own journey in life. You are open to new people and events. You are highly resistant to stress and rarely worry. Normally, you are very relaxed. You always manage to have a good time and never lose your way.

8. You are charming and energetic. You are a fun person who knows hot to make people laugh. You live in a state of harmony with the universe. You are spontaneous and enthusiastic. You never say no to an adventure. Often, you end up surprising and even shocking people. But that's just how you are. . . You always remain true to yourself. You have many interests and if something proves of interest to you, you will not rest until you acquire a profound knowledge of this area.

9. You are optimistic and lucky. You believe that life is a gift and you try to achieve as much as possible and put this gift to the best use possible. You are very proud of your achievements. You are ready to stick by the people you care about through thick and thin. You have a very healthy approach to life. The glass is (at least) half full for you. You use any opportunity to forgive, learn, and grow because you believe that life is too short to do otherwise.

Sunday, September 29, 2013

Adi Putra yang 'hot'...

 "Jangan kaitkan Adi!"
“Kenapa perlu kaitkan Adi dalam gosip ini?” itulah antara persoalan yang dikeluarkan isteri pelakon kacak, Adi Putra, Aida Yusof, mengenai satu kenyataan di ruangan gosip akhbar tempatan.

Menerusi ruangan gosip berkenaan, pelakon yang dikatakan berstatus suami orang dan memiliki anak itu gemar menayang alat sulitnya ketika berada di bilik mekap sewaktu penggambaran.

Rata-rata mula membuat andaian dan tidak kurang juga yang mengaitkan Adi dalam perkara ini memandangkan isu skandal yang mula bertebaran sejak awal bulan lalu masih belum selesai.

Enggan membincangkan perkara itu dengan lebih serius, Aida beranggapan, orang ramai dan masyarakat lebih selesa membuat andaian tanpa mengetahui kesahihan cerita.

“Saya perhati, masyarakat sekarang suka sangat jadi wartawan. Suka melaporkan itu dan ini tanpa mendapatkan fakta jelas. Ini adalah gosip yang tidak bernama dan tiada satu klu pun yang boleh mengaitkan Adi. Kenapa pula nak heret Adi dalam perkara ini?

“Saya sendiri tak faham dengan mentaliti masyarakat kita yang suka membuat tuduhan. Namun, ia bukanlah isu besar buat saya dan tidak perlu pening kepala nak fikir pasal perkara tak berfaedah ini,” katanya yang turut mendapat pengesahan daripada Adi mengenai perkara ini.

“Saya ada tanya Adi, namun Adi sendiri malas nak komen. Dia pun malas nak bertikam lidah dengan masyarakat yang tidak tahu apa-apa, tapi senang-senang membuat tuduhan,” tambah Aida.

Ditahan reman?
Bukan sahaja dikaitkan dengan gosip berkenaan, Adi juga dikatakan telah menjalani tahanan reman dua hari lalu ekoran kes skandalnya bersama isteri orang.

Mengeluh nafas panjang, Aida turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan yang dilihat sebagai satu tuduhan tidak berasas.

“Ya Allah, bila masa pula Adi kena tahan reman? Saya tak tahu pun, macam mana tu? Adi baru sahaja pulang dari Singapura dan dia masih bebas ke sana ke mari. Saya ada baca mengenai perkara ini di laman sosial. Beberapa individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan bahawa Adi direman dua hari dan bakal dipenjarakan lima tahun.

“Bagaimana mereka semua tahu tentang perkara ini sedangkan pihak polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi? "Saya pelik lah dengan orang macam ni. Kalau betul Adi bersalah, kenapa dia masih bebas? Kes gangguan seksual ni, bukan kes biasa.

“Saya tak tahu nak kata apa. Orang luar yang tak tahu apa-apa lebih rancak mengeluarkan kenyataan bagi pihak kami dan polis. Namun, saya faham, mulut orang, bukan boleh tutup. Jadi, biarkan mereka...,” kata Aida yang turut mengakui laporan penuh daripada polis akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Tambah Aida, kes ini sudah hampir selesai dan dia turut dihubungi Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner, Ruslan Hassan, bagi memaklumkan mengenai perkara ini.

“Saya dimaklumkan, laporan penuh telah pun siap dan saya harap, ianya dapat diselesaikan secepat mungkin. Insya-ALLAH, minggu depan kita akan tahu keputusan mengenai kes ini. Saya harap, peminat Adi dan masyarakat bersabar,” katanya lagi.

Sediakan kenyataan media
Enggan mengganggu urusan polis dalam menyelesaikan kes tersebut, Aida memberitahu bahawa sebaik sahaja perkara ini selesai, mereka akan tampil memberi kenyataan.

Katanya, seperti yang dijanjikan sebelum ini, Aida dan Adi akan menyediakan satu kenyataan media untuk membersihkan nama.

“Insya-ALLAH, bila semua dah selesai, kami akan mengeluarkan kenyataan media sebagai penjelasan mengenai perkara ini. Kenyataan ini diharapkan dapat menjawab segala teka-teki dan andaian liar yang dicipta sebelum ini. Saya harap semua dapat bersabar dan saya mengharapkan penyelesaian yang terbaik dalam kes ini,” katanya mengakhiri perbualan. (Sumber: Sinar Harian)

Saturday, September 28, 2013

Susu untuk 'awet muda' & cergas...

Uolls ada tak masalah susah nak tidur (kalau tidur pun tak lena sangat)? Kurang fokus apabila buat sesuatu atau sakit sendi? Aku mengalami semua yang disebutkan itu, sangat mengganggu kehidupan harian. Kadang-kadang badan penat, tapi susah tidur. Kesannya, esok ke office lemau satu badan.

Beberapa hari lepas, kebetulan saya kena interview Perunding Kanan MISB Resources Sdn Bhd., Sharifah Suffiah Tan Sri Dato Syed Agil Barakbah,  mengenai  Susu Kambing Ultra Rich NR. Banyak info menarik mengenai produk ini yang aku tak tahu terutama mengenai khasiat susu kambing dan Za'faron (turut dikongsikan petua 'menawan hati suami', nanti dalam entry lain aku kongsikan ye...sabar...sabar...hehehe).

Kata Puan Sharifah, susu kambing bersifat alkali, tidak mengandungi protein kompleks (Alpa-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama masalah alahan (alergik), malah kandungan zat dalam susu kambing lebih tinggi berbanding susu lembu iaitu Protein 2.1 (kali ganda), Kalsium 2.2, Zat Besi 2.0. Potasium 2.1, Vitamin A 3.8 dan Garam Galian 2.0.

Kebaikan susu kambing
  • Membantu merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung (peringkat awal), memulih tenaga batin, ulser perut dan membantu pembentukan tulang serta gigi dan lain-lain penyakit.
  • Tidak menyebabkan alahan, membantu sistem imunisasi tubuh, meningkatkan daya kepekaan, tumpuan dan ingatan, membantu sistem penghadaman dan menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit dan tisu saraf). Selain baik untuk pesakit kencing manis (dapat membantu menstabilkan gula di dalam darah).
Khasiat Za'faron
  • Za’faron (Crocus Sativus Linneaus) adalah khazanah alam termahal dan turut dikenali sebagai ‘emas padang pasir (gold of the desert).  Herba istimewa ini menjadi amalan makanan kesihatan harian terbaik untuk semua khususnya dalam memelihara kesihatan dan kecergasan tubuh.
  • Digunakan secara meluas dalam industri pemakanan dan kecantikan terkenal dengan khasiat serta kebaikan dalam bidang perubatan yang tinggi. Herba ini kaya dengan zat karbohidrat, garam galian, mucilage serta vitamin B1 dan B2 (Riboflavin dan Tiamin).
  • Dapat membantu proses penghadaman, merawat anemia (kurang darah), mengawal tekanan darah dan tahap kolestrol, melancarkan perjalanan darah, melancarkan aliran darah haid, melegakan keletihan, meredakan bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing, menambah selera makan, meningkatkan kesuburan, merangsang tenaga batin, mengurangkan risiko serangan jantung dan menguatkan daya ketahanan tubuh.
Kebaikan Ultra Rich NR
Susu Kambing Ultra Rich NR sesuai diamalkan pengguna pada setiap peringkat usia termasuk ibu hamil kerana;
  • Diperkaya dengan protein, vitamin A, B1 dan B2.
  • Membantu proses tumbesaran bayi agar sihat, cergas dan pintar.
  • Meningkatkan aliran susu ibu.
  • Kaya kandungan kalsium yang baik untuk pembentukan tulang dan gigi bayi serta kanak-kanak kerana mudah hadam.
  • Baik untuk pelajar kerana dapat membantu memberi lebih tumpuan dan daya ingatan, memperkuatkan tulang (warga emas), memberi tenaga dan sesuai untuk wanita menopause.
Amalkan Ultra Rich NR, hasil rumusan Susu Kambing dan Za’faron sebagai makanan kesihatan harian terbaik untuk seisi keluarga agar kekal sihat, cergas dan bertenaga setiap masa.

Caranya:
Amalkan satu peket (sachet) dua kali sehari (pagi dan petang atau pagi dan malam). Caranya, campurkan satu peket Susu Kambing Ultra Rich NR di dalam air suam aggaran 150ml atau mengikut cita rasa anda. Mengenai maklumat dan penggunaan produk, layari www.nr4u.com.my.

Memandangkan aku diberi sekotak Susu Kambing Ultra Rich NR (1 kotak ada 15 peket dijual pada harga RM45) untuk dicuba, malamnya aku pun start minum walaupun tak pernah cuba minum susu apatah lagi susu kambing (kambing panggang tanpa bau memang aku suka, cicah dengan sos lada hitam perghhh sedap hehehehe).

Wow, 'seperies' aku boleh teguk susu ni sampai ke titisan terakhir. Serius, memang sedap dan tak ada bau (err mungkin sebab aku ada tambah madu sikit ke...hehehe). Esok paginya aku minum sepeket lagi, Alhamdulillah badan rasa segar dan bersemangat.

Tak naklah puji lebih-lebih pasal produk Susu Kambing Ultra Rich NR ni, lagipun baru cuba 'kan dan aku tak 'dibayar' utk buat entry puji-pujian ni. Tapi serius cakap, memang tak rugi cuba. Kesannya aku rasa bergantung pada badan masing-masing, apa-apa pun paling penting kena cuba dulu. Kalau tak cuba, mana nak tahu khasiatnyakan. Serasi ke tak dengan badan, ye tak? Maklumat lanjut mengenai produk ini boleh layari http://www.nr4u.com.my

Friday, September 27, 2013

Bini Mat Yo minta maaf...

KUALA LUMPUR - Ekoran tersebarnya video kontroversi membabitkan dirinya, suami dan seorang pengawal keselamatan yang menimbulkan kemarahan awam, isteri Mat Yo akhirnya tampil memohon maaf.

"Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak. Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video
“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.
"Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.
Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.
Tak terlintas saman
Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar. (Sumber berita: Sinar Harian)

Thursday, September 26, 2013

Al-Fatehah buatmu Tan Sri Azizan Abdul Razak...

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dipermudahkan segala urusan di sana. Aamiin-Al Fatehah.
Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini jam 11.05 pagi Khamis akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena kira-kira 5.30 petang. Jenazah Azizan dibawa dari Masjid Nurul Ihsan, Jalan Langgar tiba di tanah perkuburan itu pada jam 4.50.

Antara yang hadir mengiringi jenazah di tanah perkuburan itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Azizan, 69, menjadi Menteri Besar Kedah sejak Mac 2008 hingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu. Bekas Pesuruhjaya PAS Kedah itu meninggalkan dua orang isteri, 14 anak dan enam cucu.

Pada PRU-13, Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 menewaskan sepupunya, Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN), dengan majoriti 2,774 undi.

Tahniah Adam (AF) & Fiza (Elite)...

Seminggu dua ini agak sibuk dengan pelbagai tugasan, jadi kurang waktu nak membelek berita dunia hiburan. Tup-tup semlm, tengah drive nak ke tempat assignment di Selayang Mulia dengar berita daripada stesen Sinar FM mengatakan Adam (AF) bakal menamatkan zaman bujangnya dengan dramatis juga bekas anggota kumpulan Elite, Fiza.

Terkesima sekejap mendengar berita itu, balik office Athira (writer fashion Jelita) yang memang sentiasa up to date pasal dunia hiburan ni 'mengesahkan' berita yang aku dengar. Wah...hebat sungguh. Maklumlah, Adam masih teruna...pernah juga digosipkan dengan artis-artis muda belia yang hot-hot. Tiba-tiba keluar berita bakal memperisterikan Fiza (yang pernah berkahwin dan ada anak).

Tentu ramai yang kagum dengan kesungguhan Adam yang bersedia menerima Fiza sebagai isteri sekali gus ayah kepada anak wanita itu. Iya, jodoh, pertemuan, ajal dan maut itu ketentuan Allah. Jadi, tak payah fikir yang bukan-bukan...tak payah susah-susah buat andaian meraban. Doakan saja yang baik-baik untuk mereka berdua.

Oklah, aku tempek kat sini berita mengenai majlis akad nikah mereka yang berlangsung hari ini. Buat Adam dan Fiza, tahniah dan selamat pengantin baru. Semoga terus diberi keberkatan dan keredhaanNya dalam melayari kehidupan berumahtangga. Aamiin.

 Adam (AF2) & Fiza (Elite) Sah Bergelar Suami IsteriSHAH ALAM: Dengan sekali lafaz, penyanyi Mohd Aizam Mat Saman atau Adam (Akademi Fantasia 2) dan bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza selamat bergelar suami-isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di sini, pada pagi Khamis.

Akad nikah disempurnakan Pegawai Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad kira-kira pukul 10.30 pagi.

Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 32, menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan sepersalinan barangan untuk solat sebagai hantaran.

Majlis pernikahan yang dijalankan dalam serba sederhana itu hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Adam, 30, dan Fiza saling kenal mengenali pada pertengahan Julai lalu sebelum kedua-duanya memutuskan untuk berumah tangga.

"Kami sebelum ini pernah berjumpa tetapi tiada apa-apa perasaan tapi selepas perubahan dia ke arah menjadi insan yang lebih baik saya mula rasa ingin mendekati dirinya.

"Daripada beberapa pertemuan dengan dia, saya semakin suka dan jatuh hati sehingga melamarnya untuk dijadikan isteri yang sah," kata Adam.
Tambah Adam, dia bersyukur majlis berkenaan berjalan lancar selain mengharapkan hubungan itu kekal ke akhir hayat.

Fiza yang kini sudah berhijrah dengan memakai tudung pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4.

Majlis persandingan pasangan itu akan diadakan pada pertengahan Oktober depan di kampung halaman Adam di Kota Kinabalu, Sabah.(Sumber berita: Mstaronline)

Wednesday, September 25, 2013

Insiden 'bini Mat Yo-apabila tak faham makna, tak jaga perbuatan...

Panas sungguh 'udara' berita yang membabitkan Bini Mat Yo, Mat Yo dan Pakcik Guard Skypark Subang. Sama ada di dalam surat khabar, media sosial mahupun 'Maple Corner', pakat bersembang isu ini. Pendek kata, memang 'meriah' sangat respond rakyat Malaysia dengan insiden ini.

Komen aku? Penting ke? Hahahaha...Mudah saja, apabila tak faham makna perkataan dan tak jaga perbuatan maka terjadilah insiden yang tidak wajar ini. Berdasarkan rakaman yang beredar di merata media sosial, dengan 'berdegar-degarnya' Bini Mat Yo menyebut perkataan 'Dayus'. Pelik sungguh aku, iya...perkataan itu tak sesuai dengan tempat dan keadaan juga permasalahan. Penggunaan perkataan 'Dayus' sangat-sangat tidak kena dengan 'kejadian'. Apakah maksud 'Dayus' dalam pengertian Bini Mat Yo ini?

Manakala perbuatan memang tidak melambangkan dia (Bini Mat Yo) seorang wanita yang beradap apatah lagi berbudi bahasa. Kalau berdasarkan rakaman kejadian, nyata wanita ini yang tak berhenti memprovokasi Pakcik Guard itu dengan perkataan yang kurang ajar (penggunaan 'Pakcik Bodoh, Pakcik Dayus'...sangat-sangat tiada adab dan budi bahasa yang keluar daripada mulut seorang wanita dan Melayu).

Benarlah kata pepatah, kalau mahu tahu perangai sebenar seseorang itu lihatlah ketika dia marah. Apa yang kelihatan itu adalah cerminan dirinya. Lagi logik sangat 'rakyat Malaysia' mengutuk dan mengecam perbuatan tidak bermoralnya itu.

Aku, secara peribadinya...walau siapa pun Pakcik itu dia tetap ada hak untuk dilayan dengan baik dan jelas juga biar apa pun alasan Bini Mat Yo, dia tetap 'salah' dalam insiden ini. Bak kata pepatah Melayu, kerana mulut badan binasa. Manakala Mat Yo pula, aku tak pasti apakah 'peranan' dia di situ. Kelihatan sekadar pemerhati 'drama sebabak' yang berlaku secara mendadak. Mungkin dia terlupa 'skrip' dan bagaimana nak 'action'. *Wink*

Bagaimanapun, semoga ada jalan terbaik untuk menyelesaikan 'kemelut' ini. Ingatlah, orang tua wajar dihormati walau dia bukan darah daging kita!

Tuesday, September 24, 2013

Deddy Mizwar kaya makna seni...

Aku suka sekali jiwa yang dilontarkan di dalam setiap lakonannya. Jiwa itu 'hidup'. kata-katanya 'bernyawa' membuat aku berfikir dan terus berfikir. Lontaran katanya tidak sekadar 'kata ucap' untuk memenuhi tuntutan dialog peran yang dibawanya. Tetapi setiap bait kata-kata itu menjadi 'ucap kata' penuh makna nan dalam.


Aku gemar berimaginasi, jauh dan tembus (acapkalinya begitu) hingga membuat 'otak sakit' menafsir setiap ucap katanya yang berbaur. Ada sinis, penegasan, nasihat, senda dan sadis. Dia, antara insan penuh 'adikarya' dalam darah seninya nan luar biasa. Dia 'sanjungan' aku sejak mengenali hasil seninya. Dia...istimewa. Dia kaya makna seni. Dia...Deddy Mizwar *_*



Monday, September 23, 2013

'Sweet couple' Arja Lee & Faralyna

Yeayyy, hasil kerja siap dan bakal bertemu pembacanya sehari dua lagi. Aku tempek gambarnya dulu ye, story BTS 'nya update kemudian (sebab kena mencari dulu dalam folder iphone, berlambak gambar nak edit...dan aku belum rajin nak 'merapu' hahaha).

Ok...mempersembahkan...Arja Lee & Faralyna Idris-special wedding-Majalah Jelita Oktober 2013 *_*

Sunday, September 22, 2013

Elak jadi mangsa, ayuh WRT...

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google
Situasi:
Harlina telah dihampiri seorang lelaki yang tidak dikenali ketika hendak masuk ke dalam kereta (di tempat letak kereta berbumbung di bawah bangunan pejabatnya).

Waktu:
9 malam

Kejadian:
Lelaki yang menghampirinya itu tiba-tiba bertindak agresif dengan memegang bahu dan cuba memeluknya. Harlina panik.

Tindak balas:
Apakah tindakan awal anda untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa jenayah? 

Ayuh Sertai WRT
Program Women Response Technique-WRT diperkanlkan syarikat CPP Training & Service Sdn Bhd (CPPTS) bertujuan mempertahankan diri daripada menjadi mangsa jenayah.

Ketua Pegawai CPPTS, Mahathir Manan berkata, WRT adalah teknik tindak balas kecemasan dengan lebih 300 teknik asas dan mudah kepada golongan wanita untuk mempertahankan diri apabila berhadapan penjenayah.

Program ini mendedahkan kepada peserta bahagian anggota badan penjenayah yang boleh diserang secara fizikal sekiranya berhadapan penjenayah.

Justeru, CPPTS mempelawa mana-mana perkumpulan, pertubuhan, organisasi atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mengadakan program ini di tempat mereka. Hubungi pegawai CPPTS menerusi talian 03-9054 6536 atau 012-506 3329 dan 012-568 3329.

Info CPPTS:
CPP Training & Services Sdn Bhd (CPPTS) adalah sebuah syarikat Bumiputra yang menawarkan pelbagai kursus kepakaran dan kemahiran kepada mereka yang berminat. Modul dan silibus latihan yang direka khas  CPPTS, telah banyak mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak. CPPTS juga telah berdaftar sebagai penyedia latihan dibawah HRDF.

Saturday, September 21, 2013

Surat Siti utk YB Najib...

Siti Hajar Aladin
Aku antara orang yang kagum dengan keberaniaan dan keprihatinan gadis muda ini dalam menyatakan pendapat dan luahan isi hatinya mengenai isu kenaikan harga minyak baru-baru ini. Siti Hajar Aladin bijak menggunakan medium baru untuk menyampaikan suara hatinya kepada pemimpin negara, Datuk Seri Najib. Walaupun belum pasti bagaimana maklum balas pemimpin negara mengenai luahan hatinya, namun jangan pandang remeh usaha Siti Hajar ini. 

Mahu tahu apa isi luahan hati Siti kepada PM Malaysia? Berikut ini surat terbuka Siti yang berlegar di media sosial dan mendapat perhatian ramai. Tahniah Siti, semoga luahan hati 'Dik Siti' didengar 'Abg Najib'...

Surat terbuka buat Dato’ Najib daripada Siti Hajar Aladin
Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri.. Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia. Saya menulis surat ini adalah sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.

Sejak akhir-akhir ini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.

Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun.Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?

Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?

Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.

Dato Seri,
Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?

Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.

Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.
Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
Parking : 23 hari x RM5 = RM115
Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
PTPTN : RM150 (minimum)
Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
Ibu Ayah = RM200
Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
TOTAL BAKI : RM213.40


Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.

Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.

Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.

Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.

Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. 


Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.

 

Terima kasih
Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin


*p/s: gambar dan 'surat terbuka' daripada sumber FB, aku hanya share di sini utk bacaan bersama-Harap maklum ^_^

Friday, September 20, 2013

Judgemental...

Sebelum aku  'mengomel', jom layan gambar-gambar di bawah ni dulu ye.
 









Ok, dah layan gambar 'kan. Baiklah, pertanyaan akumudah saja. Jawab dgn jujur ye (walaupun dalam hati hehehe), apa perkara pertama yang terdetik di fikiran Uolls? Teruja? Bangga? Gembira? Eleh...ini semua poyo? Lakonan semata-mata ni? Nak publisiti la ni? Hmmm...dulu bukan main gaduh, sekarang posing sama-sama lak. Eee...kalau aku 'lah? .... etc...!

Aku pernah menulis ini dalam entry sebelumnya, "... as human beings we tend to automatically choose to hate or dislike things that we don't have a true understanding of yet. Whether it is because the things we don't understand leave us feeling threatened or confused, no one will truly ever know but this is a practice that we can stop, if we just put our minds to it. Passing judgment on something before we ever have a chance to understand it can be extremely harmful to us in the long run, whether the judgment we pass be positive, or whether it be negative."

Ya, aku faham, bercakap tak semudah melakukannya dan ada juga orang-orang yang sekadar mampu bercakap tapi apabila bertindak ke laut! Serius, tak semua orang mampu berfikiran atau bersikap positif pada perkara yang mereka nampak, dengar, baca atau hadapi sendiri.

Tapi, tiada salahnya usaha dan cuba, bukan! Sampai bila kita nak berfikiran yang 'begitu-begitu' jua? Sampai bila? Memang, berfikir di luar kotak itu tidak semudah makan kacang. tapi kita boleh cuba, bukan!

Macam mana nak cuba? Paling penting sekali...'uruskan' hati kita sebaiknya. Kalau hati bersih, maka perkara2 yang melayan dalam fikiran anda juga insyaallah turut BERSIH dan perkara paling mudah untuk Uolls lakukan adalah 'berdoa yang baik-baik dan Aamiin 'kan seikhlas mungkin'. Bolehkan ^_^


Aa Gym
Lima cara bersihkan hati (daripada AA Gym)
  1. Harus ada waktu khusus untuk memeriksa diri sendiri. Carilah waktu khusus untuk bermuhasabah, menghitung-hitung kesalahan dan kekurangan diri, kalau perlu gunakan foto diri sendiri untuk melihat seperti apa kita dulunya. Menghitung berapa banyak hak orang lain yang kita ambil atau dimakan? Adakakah dosa zina yang kita lalukan dan segala dosa-dosa juga kesalahan yang kita pernah lakukan selama ini. Carilah tempat khusus untuk bermuhasabah, di rumah, masjid sambil iktikah atau pergi umrah. Kalau sedang umrah sebaiknya menjauh dari teman-teman sesama jemaah negara asal biar kita benar-benar lepas untuk menangis menyesali kezaliman kita. Biar tangisan kita benar-benar tulus bukan kerana ingin dipuji  sesama teman. Kita sering takut nampak jelek di mata manusia tapi tidak takut terlihat jelek di sisi Allah. Banyak bertafakur, tanyakan apakah diri kita seorang pendengki, zalim, pemarah dan segala kekurangan lainnya.
  2.  Cermin diri. Orang-orang terdekat dengan kita adalah cerminan diri kita, suami/isteri, anak, orang tua, kakak, adik adalah orang yang benar-benar tahu segala kelebihan dan kekurangan kita. Seorang ibu sangat bangga kalau dipuji orang lain, tapi biasa-biasa saja kalau dipuji  suaminya. Pendapat dan pandangan daripada orang terdekat kita perlu dijadikan pedoman dan diambil, jangan dibiarkan  berlalu begitu saja. Jangan marah kalau mereka memberi pendapat atau nasigat, ambil dan muhasabah diri. Jangan dibantah. Jangan terpesona dengan kehebatann dan populariti orang lain kerana apa yang kelihatan di depan umum belum tentu sama dengan aslinya.
  3. Ada guru/ulama peribadi. Cari guru yang tulus dan mahu dengan terus-terang memberi tahu segala yang perlu kita lakukan serta harus  tinggalkan. Guru yang mahu memberi nasihat untuk kebaikan diri kita.
  4. Manfaatkan orang yang tidak suka dengan kita. Setiap kita ada orang-orang yang selalu mencari kekurangan kita, mereka tidak bosan-bosannya mengikuti tingkah laku kita secara diam-diam. Mereka juga tidak segan menceritakan kekurangan kita kepada orang lain. Bersyukurlah kalau kita ada orang seperti mereka itu kerana mereka telah memberi 'keuntungan' kepada kita. Ini bagus untuk muhasabah diri kita. Jika ada jiran, saudara atau teman sepejabat yang melakukan hal itu, biarkan saja kerana mereka sedang mengumpulkan informasi mengenai hal-hal yang perlu kita perbaiki. Jadikan hal itu sebagai acuan bagi kita. 
  5. Bertafakur atas apa-apa yang terjadi. Setiap peristiwa yang menimpa orang lain, tafakuri dan ambil hikmahnya. Bersyukur musibah itu tidak terjadi pada diri kita.

*p/s: gambar di atas hanya sekadar contoh saja dan aku tiada niat (atau minat) untuk menulis atau komen mengenai kehidupan individu yang terbabit dalam gambar-gambar itu. Sekadar misalan saja, kerana kisah hidup mereka memang HOT dan menjadi perhatian. Aku percaya, ramai yang tahu kisah mereka yang sebelum, selepas dan ketika ini. Aku hanya nak  berkongsi rasa mengenai sikap kita yang mudah nak 'Judgemental', itu saja. So, no hard feeling okey *_*

...

Thursday, September 19, 2013

Mengkaji maqrifat...

Banyak sekali persoalan dalam hidup kita, namun apakah kita pernah walau sekali mahu bertafakur seketika buat menggali maknawi setiap persoalan itu?

Ayuhlah...sesekali, tajamkan minda berfikir luar jalan biasa. Memaknakan setiap yang 'melintas' dalam kehidupan kita, agar ada pengisian yang boleh dimanfaat bersama.


Kenali dirimu, maka mudah bagimu mengenali makna kehidupan ini

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dengan baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dengan teruk, jangan sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jika anda mendapat sebutir berlian, jangan lupa emas tersebut kerana untuk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila ALLAH SWT menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila ALLAH SWT tidak menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana, "Bolehkah ada sesuatu yang lebih teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "Ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan orang lain, ALLAH SWT mendengar kepada anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bahawa seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Sumber: Pelbagai

*p/s: Just sharing with love *_*

Wednesday, September 18, 2013

Kisah 'Tegar' & 'Saya nak bunuh diri'...

Sebenarnya, dalam perkiraan aku seminggu dua  ni banyak bahan yang nak dikongsikan di sini. Sayangnya, kekangan masa membuat aku kurang peluang untuk menulis di sini. Macam manapun, aku cuba usahakan ye.

Hari ni aku nak bercerita mengenai rentetan pertemuan dengan seorang gadis berusia 18 tahun. Apa istimewanya anak gadis ini hingga aku terpanggil untuk menulis kisahnya di sini? Hot ke? Mari aku ceritakan;

Lokasi: Dataran Merdeka
Masa: 8.15 mlm

Menempuh perjalanan penuh sesak dari office di Taman Desa, Klang Lama cukup melelahkan. Apatah lagi, hari ini dari pagi hingga ke petang sibuk memproses bahan rencana juga stress sikit dengan sikap orang2 yang berurusan dengan aku. Jadi, sebelum balik aku melencongkan perjalanan ke Dataran Merdeka.

Huish...lama rasanya tak melepak di sini (sejak2 aku  'tak time' nak 'ukur jalan' di Pasar malam Jalan TAR). Walaupun bukan mlm minggu, tapi sekitar kawasan lapang Dataran tetap meriah dengan pengunjung dan bas pelancong. 'Bangku batu' hampir penuh diduduki, jadi mahu tak mahu aku terpaksa menyelit untuk duduk (takkan nak melepak sambil tegak berdiri kot kan...).

Aku 'tumpang' duduk di sebelah seorang gadis yang ralit mengelamun, jauh sekali. Aku sapa dia sambil 'jual senyum', "Boleh akak tumpang duduk sini (sambil senyum dan tunjuk ruang yang dimaksudkan)." Si gadis hanya senyum nipis, kemudian terus sambung termenung.

Agak lama kami 'merenung nasib masing-masing'. Tiba-tiba aku dapat call daripada Ma, kami bersembang sekejap saja dan aku janji nak call balik  (takkan nak bersembang depan orang ramaikan, sgt tak sopan). Kemudian, tiba-tiba si gadis bersuara...

Si gadis: Akak sayang Mak, akak?

Aku: (Senyum) Harap sangat tak ada seorang anak pun yang benci mak sendiri. Ye, akak sayang Mak akak. Kenapa tanya gitu?

Si gadis: (Mengeluh...panjang dan berat)

Aku: Tinggal dengan Mak dan Ayah?

Si gadis: (Pandang saya, dan senyum kelat)

Aku: Akak tinggal sendiri, Mak di Serdang dan akak di Danau Kota (cerita saya sengaja memancing topik berbual, biasalah reporter 'kan)

Si gadis: Kenapa tak tinggal sama?

Aku: Mak akak selesa tinggal sendiri, tapi setiap minggu anak-anak mesti ambil giliran balik jenguk dia. Kami tak ada masalah, lagi pun semua dah besar...ada kehidupan sendiri.

Si gadis: Saya tak suka jumpa Mak! Benci tengok dia! (kemudian mendengus kuat, ada penegasan marah di situ).

Aku: Mak suka marah-marah ye? Biasalah, Mak akak mcm tu jugak tapi bila dok jauh hari-hari dia call tanya khabar.

Si gadis: Mak tak bagi saya kawin, saya mintak banyak kali...tapi Mak tak bagi jugak!

Aku: Emmm...Sebab?

Si gadis: Pakwe saya dah kawin, ada dua anak. Tapi saya cakap kat Mak, saya tak kisah. Saya cintakan dia, dia buat saya bahagia. Mak dan Ayah tak pernah buat saya rasa bahagia, semua tak boleh...itu ini tak boleh!

Aku: Pakwe ada datang jumpa Mak dan Ayah?

Si gadis: Tak, dia kata kalau Mak dan Ayah tak bagi kawin buat apa jumpa!

Aku: Berapa lama adik kawan dengan Pakwe tu?

Si gadis: Kami bukan kawan, kami bercinta!

Aku: Oh...sorry. Iya, bercinta. Dah lama?

Si gadis: Sejak tingkatan lima, tapi kami jumpa sorok-sorok sebab tak nak bini dia tahu.

Aku: Sekarang isteri dia dah tau?

Si gadis: Dah, pernah datang serang saya 3 kali. Tapi saya tak kisah, janji 'Abang' nak kawin dengan saya.
Aku diam (sebenarnya mengumpul kesabaran, mengekang kemarahan dan mencari kata-kata terbaik untuk gadis itu). Lama aku berdiam, aku pandang kereta yang lalu lalang. Aku masih menunggu time sesuai untuk bersuara semula. Tiba-tiba, si gadis menyambung kisahnya.

Si gadis:Salah ke kalau saya kawin suami orang? Pakwe saya tu baik, selalu pujuk bila saya sedih...bila Mak marah-marah. Tak ada lelaki yang sesuai dengan saya kecuali dia, saya tak boleh hidup tanpa dia!

Aku: Pujuklah dia jumpa Mak dan Ayah, mana tahu kali ni mereka setuju (kata saya cuba berdiplomasi, belum masanya untuk saya 'serang' otak dia hehehehe).

Si gadis: Tak guna! Mak dan ayah degil. Mak lagi degil! Mak kata kalau saya kawin dengan laki orang nanti hidup saya susah. Mak tak sedar diri dia, ayah tak kawin dua pun hidup kami tetap susah. Result SPM saya tak bagus pun sebab Ayah tak boleh hantar saya pergu tuisyen. Saya tak dapat masuk kolej macam kawan-kawan lain. Saya layak kerja kilang kat Keramat tu je, masuk pagi balik malam. Masuk malam balik pagi. Bosan! hari-hari hidup saya sama je, sebab tu saya nak kahwin cepat. Bila ada suami...anak, mesti hidup saya tak bosan lagi!

Ya Allah, indahnya 'angan-angan' budak ni. Iya, itu yang terdetik di hati saya tatkala mendengar setiap bait kata-katanya.

Aku: Belum tentu semudah itu dik...

Si gadis: Kenapa pulak, saya tengok kawan-kawan dekat kilang hidup bahagia lepas kawin. Pergi jalan-jalan, makan sama-sama. Raya pergi shopping, beli mcam-macam.

Aduhai, naifnya dia.

Aku: Hidup kita belum tentu sama dengan orang lain dik. Hmmm...adik nak dengar 1 cerita tak?

Si gadis angguk, lalu aku dedahkan sikit perjalanan hidup aku (rasanya tak perlu kot aku 'tumpahkan' di sini kisah itu...cukuplah antara kami berdua saja). Dipendekkan cerita, si gadis nampak sangat teruja mendengar part demi part kisah hidup aku (tetap aku tapis sikit, tak bolehlah detail sangatkan...kami baru kenal pun).

Si gadis: Saya ingat, hidup saya selama ni teruk...tak best...tak gembira. Rupa-rupanya hidup akak lagi 'sakit'. Macam mana akak tahan? Akak tak rasa macam nak bunuh diri? Asyik asyik rasa nak bunuh diri, baik mati daripada kehilangan 'Abang'!

Tegar dolu-dolu...

Tegar sekarang...Alhamdulillah- tapi berapa ramai antara kita se'tegar' Tegar???

Aku: Hish...Allah bagi kita akal yang sihat untuk kita guna dengan waras. Mesti ada sebab kenapa Allah tak bagi apa yang kita nak dan yang pasti Dia nak bagi kita yang terbaik. Dik, tak ada mana-mana Mak Ayah yang nak anaknya hidup susah...sedih. Mereka tak bagi adik kesenangan hidup sebab tak mampu, kalau berkemampuan tentu mereka bagi. Hmmm...satu contoh lagi, adik kenal penyanyi Indonesia, Tegar namanya. Pernah dengar tak nama tu?

Si gadis: Mestilah, kat kilang selalu pasang lagu dia. Errr...ala lagi yang 'dolu...dolu' tu.

Aku: Betul, pandai. Paham tak apa dia cuba 'cakap' dalam lagu tu?

Si gadis: Paham sikit-sikit, pasal dulu dia miskin sekarang orang sayang.

Aku: Dia nak cakap, dulu hidup dia susah...jadi pengemis, orang pandang hina...tapi dia tetap bersabar dan kerja keras untuk bantu keluarga. Sekarang Alhamdulillah, Allah beri dia ganjaran. Iya, hidup kita ni macam roda dik. Dalam hidup kena berusaha untuk ubah nasib diri. Tak boleh hanya nak berserah kat Tuhan, bersedih...salahkan orang lain dan nasib. Macam akak cerita tadi, walaupun sekarang ni Allah beri kita kehidupan yang susah...miskin dan tak gembira tapi kita kena berusaha.

Si gadis: Sebab itu saya nak kawin, saya nak ubah nasib saya...saya nak hidup bahagia.

Aku: Iya, akak paham...akak tau. Tapi biarlah kebahagiaan yang kita cari itu dengan redha Mak Ayah. Lagipun, pakwe adik tu dah ada isteri...ada anak-anak, adik tak kesian kat isteri dia?

Si gadis: Ala, saya bukan suruh dia ceraikan isteri dia pun.

Aku: Hmmm...katakanlah, lepas adik kawin dengan dia. Kemudian, beberapa tahun lepas tu dia cakap nak kawin lagi. Adik marah tak?

Si gadis: Hish mana boleh, dia nak kawin berapa banyak. Dua cukuplah, nanti tak cukuplah duit dia.

Aku: Mana adik tau tak cukup, habis kalau adik kawin dengan dia...hah cukup ke duit dia?

Si gadis: Pakwe saya tu kerja kilang je kak, kalau kawin dua saya rasa bolehlah. Tapi kalau ramai-ramai, matilah dia.

Aku: Mana adik tau? Kan dia belum kawin ramai-ramai lagi.

Si gadis: Mestilah saya, kerja kilang gaji berapa sangat. kalau hari-hari buat OT pun belum tentu dapat 4-5 ribu. Saya kerja kilang...saya tahulah kak!

Aku: Kalau macam tu, samalah macam alasan yang Mak Ayah bagi tu. Walaupun adik belum kawin lagi dengan pakwe adik tu, tapi ikut pengalaman mereka, mereka taulah pakwe adik tu mampu ke tak nak berbini ramai.

Gadis itu diam, dia tenung aku dalam-dalam. Aku hanya senyum, harap mesej yang aku cuba beritahu tu sampailah ke otaknya. Hmmm...aduhai dik, janganlah naif sangat. Bukan salah kerja kilang atau tak masuk kolej, sekarang ilmu boleh dicari dengan dan dalam pelbagai cara. Walaupun cuma 'minah kilang' tapi rasanya mampu kot nak beli smart phone atau memadai google 'ilmu' di Internet cafe.
'Dik, kata-kata ini untuk kamu sayang..."

Jom ramai layan 'mesej' daripada Tegar...

Tuesday, September 17, 2013

'Eksklusif bersama Anuar Zain'...

Peluang beramah mesra bersama Anuar Zain
Tidak dinafikan lagi, penyanyi tersohor ini masih kekal 'eksklusif' dari segi persembahannya mantap juga kisah perjalanan seni yang cukup hebat dan disegani. Justeru, peminat setia jejaka tampan ini pasti tidak mahu melepaskan peluang menikmati detik indah makan malam bersamanya menerusi Malam Jalinan Mesra 2013 bersama Anuar Zain anjuran KESPERB dengan kerjasama Sutera Qaseh Resources.

Acara ini akan diada pada 19 Oktober 2013 di Telekom Malaysia Convention Centre, Kuala Lumpur bermula jam 8 malam hingga 10 malam. Selain mengeratkan hubungan silaturahim antara warga Jabatan Perancangan Bandar & Desa, Pemaju Perumahan, Perunding Perancangan Bandar dan orang awam. Majlis bertema ‘Eksklusif bersama Anuar Zain’ ini bertujuan mengutip dana untuk disalurkan kepada tabung Kelab Sukan dan Kebajikan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (KESPERB).
Bakal dendangkan koleksi lagu popularnya
Pada majlis istimewa ini, Anuar akan mendendangkan sebanyak 5 hingga 7 buah lagu sambil beramah mesra bersama peminat. Acara istimewa ini turut dimeriahkan dengan gandingan Nabil dan Angah (Raja Lawak) selaku pengacara majlis.
Maklumat lanjut mengenai tempahan meja, hubungi Didi di talian 017-3577537, Imazara 017-4040001 atau pejabat 03-62064756.  Harga bermula dari RM3,000 hingga RM30,000 (satu meja 10 orang)

Harga meja:
Platinum : RM30,000 ( termasuk sesi eksklusif Anuar Zain bersama peminat)
Gold : RM10,000
Pandora :RM7,000
Swarovski : RM5,000
Silver : RM3,000


Monday, September 16, 2013

Hijrah diri Leina Hangat...

"Saya akui bukan senang untuk berubah secara drastik tapi perkara pertama yang saya jaga ialah untuk tidak tinggal sembahyang dan sebab itu juga saya lama tidak jumpa kawan-kawan."
Leina Hangat berhijab, enggan kihat gambar lama 
Penyanyi Leina Hangat mengakui tidak mahu melihat gambar-gambar lamanya yang berpakaian seksi selepas tekad untuk berhijab dan berubah menjadi lebih baik.

Leina atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia enggan menoleh ke belakang dan mahu memulakan kehidupan baru yang lebih diredai.

"Saya tidak pernah tengok gambar lama, jika orang masih bercakap fasal gambar-gambar seksi saya biarlah, itu zaman jahiliah dan saya jadikan ianya sebagai renungan untuk menjadi lebih baik.

"Semua yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya, saya tidak kisah orang anggap saya tidak sempurna, asalkan saya cuba jadi yang terbaik demi Allah taala," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Kata Leina, dia mula berubah pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk bertudung dan menjalankan tanggungjawab kepada agama.

Jelasnya, perubahan tersebut juga membuatkan dirinya lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga di rumah.

"Saya rasa saya sudah terlambat dan sepatutnya dari dulu lagi saya berubah tapi saya bersyukur ada masa lagi untuk saya bertaubat. Saya akui bukan senang untuk berubah secara drastik tapi perkara pertama yang saya jaga ialah untuk tidak tinggal sembahyang dan sebab itu juga saya lama tidak jumpa kawan-kawan," katanya.

Perubahan tersebut juga membuatkan dirinya menjadi lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan kepadanya.

Sementara itu, bercakap soal nama, Leina berkata dia masih mahu dikenali dengan nama tersebut.

"Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang dan lebih menghargai kehidupan saya sekarang. Tentang nama itu, biarlah orang panggil nama apa pun kerana bagi saya nama itu bukan satu masalah," katanya.

Tambahnya, dia masih lagi meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, namun kini lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab. (Sumber berita; Mstaronline)

*p/s: Alhamdulillah, sesungguhnya hidayah itu masuk ke dalam jiwa hamba yang dikehendakiNya. Semoga Leina terus istiqomah, diberi kekuatan hati dan ketabahan jiwa menempuh kehidupannya. Aku gembira dengan perubahannya, sementelah sepanjang mengenali Leina... orangnya baik, tidak meninggi diri dan cukup mudah memberi kerjasama kepada rakan media. 

Aku masih ingat, ketika menemuinya di rumah (tak silap aku di Bukit Antarabangsa, KL). Waktu itu dia uzur kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya dan menerima jahitan yang agak banyak, namun dia tetap 'gigih' melayani kehadiran aku dan berkongsi pengalaman ngeri itu. Jadi, aku sangat gembira dengan hijrah dirinya ini dan semoga Allah merahmati dirinya serta mempermudahkan segala urusannya dunia akhirat. Aamiin.

Awas WANITA! Jangan biar 'hari pun malam, hujan pun turun'...

Sumber gambar: Google
Hampir dua minggu lepas, aku berkesempatan menghadiri program 'Women Response Technique (WRT)' untuk pengamal media di Hotel Putra, KL. Alhamdulillah, banyak manfaat dan ilmu yang aku peroleh daripada program itu terutama soal 'kepekaan wanita' mengenai keselamatan diri serta bahaya yang ada di sekeliling mereka. Jadi, aku nak berkongsi pengetahuan ini dengan Uolls.  'kan.

Ya, tidak semestinya tempat selamat akan memberi perlindungan kepada wanita. Sebaliknya mereka perlu sentiasa berwaspada. Tanpa mengira tempat dan hubungan rapat antara lelaki juga wanita, mereka perlu menjaga diri sebaik mungkin kerana pada bila-bila masa boleh terdedah risiko bahaya.

Dalam konteks harga diri dan keselamatan, di mana-mana pun wanita itu berada seharusnya menjaga keselamatan diri. Misalnya dalam bab perkosaan, ia bukan terjadi disebabkan lebihan tenaga seksual dan tidak dikategorikan sebagai jenayah impulsif atau tanpa dirancang. Banyak kes dan bukti menunjukkan berlaku perkosaan kerana lalai dan 'percaya'.
Sumber: Google

Sumber: Google
Benar, di Malaysia, wanita bertuah kerana dilindungi dengan hak perlindungan iaitu Seksyen 375, Seksyen 354 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
 
* Seksyen 375 Kanun Keseksaan membabitkan seseorang dikatakan merogol jika perbuatan¬nya bertentangan dengan kehendak wanita, tiada kerelaan atau dipaksa kerana diancam kematian. Ini berlaku sekiranya seorang wanita itu tidak dibuka pakaiannya, tetapi hanya bahagian kain diselak dan ada kemasukan kepala zakar juga boleh didefinisikan sebagai rogol.

* Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

* Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang menggunakan perkataan atau isyarat atau mengeluarkan tanda kelucahan melampau.


Bagaimanapun, pada masa sama mereka perlu mengambil sikap berhati-hati dan peka dengan persekitarannya. Walaupun individu itu dikenali, tidak mustahil  boleh menjadi pemangsa. Misalnya, kekasih atau teman lelaki yang baru dikenali.

Terdedah bahaya
Jadi, amat penting bagi wanita mempelajari teknik ringkas untuk melawan (mempertahankan diri) dan pada masa sama menanamkan dalam diri betapa penting untuk melawan walau apapun yang terjadi. Kalau tidak, maka 'hari pun malam...hujan pun turun' (menjadi mangsa dan menyesal seumur hidup).

Berdasarkan beberapa kajian dan pemerhatian, sebanyak 90 peratus daripada remaja dan wanita yang dirogol juga dicabul kehormatan, dilakukan orang yang dikenali dan 60 peratus mangsa tidak melaporkan kejadian itu.Mangsa tidak melaporkan kejadian kerana campur tangan keluarga selain malu dan tidak mahu maruah keluarga tercalar.Pemangsa yang dikenali itu termasuk anggota keluarga terdekat seperti bapa, abang kandung, abang ipar dan teman lelaki," kata Mahathir ketika mengendalikan program itu.

Wanita memang sentiasa terdedah pada bahaya kerana mereka dianggap golongan lemah. Justeru, bagi mengelak daripada sebarang ancaman atau serangan daripada penjenayah, wanita perlu mengetahui cara mempertahankan diri apabila dalam kecemasan. Wanita perlu faham pentingnya pencegahan terutama teknik mempertahankan diri ketika berhadapan  penjenayah.

Mempelajari teknik bela diri bukanlah sukar, cuma perlu ada kemahuan dan kesungguhan. Pada masa sama, bijak mengawal emosi mereka ketika berdepan dengan situasi cemas dan mengatur langkah untuk mempertahankan diri.

Kini bukan hanya wanita yang terdedah kepada bahaya jenayah, kanak-kanak khususnya turut menjadi mangsa culik, rogol dan bunuh. Jadi, sangat penting bagi ibu bapa untuk mengajar anak mereka beberapa teknik penting seperti menjerit, meninggalkan kesan dan membekalkan diri dengan alat perhubungan atau telefon.

Kejadian jenayah biasanya berlaku secara spontan dan situasi sebenar tidak sama seperti yang dirancang. Semua penjenayah apabila membabitkan kes perkosaan, tiada apa yang terlintas di fikiran mereka kecuali hanya ingin merogol mangsa. Atas kesedaran itu, CPP Training and Services (CPPTS) ditubuhkan.

WRT satu teknik bela diri wanita dicipta khusus untuk wanita sebagai 'alat' mempertahankan diri. Program yang dikendali Ketua Pegawai Eksekutif Close Personal Protection Training & Services (CPPTS) Sdn. Bhd., Mahathir Manan bersama jurulatih bertauliah ini mendedahkan  'Pembelajaran WRT menggunakan konsep 3M (Mindset, Method dan Mental Sparing)'.

Konsep 3M;
* Mindset atau minda adalah hak wanita dari segi undang-undang untuk mempertahankan diri mereka sebelum dan selepas berlaku jenayah.

* Method ialah kaedah yang boleh dilakukan wanita untuk mempertahankan diri, mengenal pasti kawasan serangan yang memberi impak kepada penjenayah dan bagaimana melepaskan diri daripada pemangsa.

* Mental Sparing adalah ketahanan mental bagi menghadapi perlakuan ganas penjenayah.

Peka & lawan
Selamatkan diri anda dengan mengetahui kawasan sensitif lelaki iaitu bahagian mata, dahi, leher, kaki dan kemaluannya. Kalau berlaku serangan, tindakan pada bahagian sensitif ini boleh menyebabkan mereka hilang kawalan. Apabila penjenayah jatuh dan tidak memberi tumpuan, segera melarikan diri bagi mendapatkan perlindungan.

Hampir 90 peratus penjenayah datang dari arah belakang bagi mengelakkan mangsa mengetahui kehadirannya atau tidak mahu wajah dikesan. Ada beberapa teknik ringkas yang diakui mempunyai keberkesanannya jika dilakukan kepada penjenayah ketika diserang.

Teknik ‘palm strike’ boleh digunakan jika jarak pemangsa berdekatan dengan mangsa. Anda boleh mensasarkan bahagian hidung, dagu dan dada. Biasanya, tumbukan wanita tidak sekuat lelaki dan mungkin boleh menyebabkan kecederaan pada pergelangan tangan mangsa.

Jadi, jika ada lelaki (tiba-tiba datang) merangkul pinggang anda, bengkokkan badan sedikit ke belakang dan pasti penjenayah turut mengikut posisi sama. Selepas itu, segera pukul bahagian dada atau dagu penjenayah dengan pantas. Ketika, penjenayah hilang tumpuan atau jatuh, segera larikan diri.

Teknik ‘cengkaman boboi’ yang mensasarkan bahagian sensitif lelaki (kemaluannya) sekiranya penjenayah datang dari arah belakang atau depan. Jika anda tidak mempunyai kekuatan tumbukan seperti lelaki, gunakan bahagian siku untuk memukul bahagian dagu atau tulang rahang muka penjenayah. Selain menggunakan kepala di bahagian atas atau belakang dengan menghantukkan ke muka penjenayah untuk meleraikan pelukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Close Personal Protection Training & Services (CPPTS) Sdn. Bhd., Mahathir Manan menunjukkan cara melawan dan mempertahankan diri daripada menjadi mangsa penjenayah.
Teknik melawan:
  • Tapak tangan- Gunakan tapak tangan (bahagian bawah yang berisi tu) untuk memukul atau menolak rahang (bawah dagu) pemangsa.
  • Siku- Angkat siku selari dengan bahu dan sikukan pemangsa sekuat-kuatnya (target pada bahagian muka).
  •  Ibu jari- Tekan kedua-dua ibu jari pada bawah bahagian bawah mata pemangsa (tekan ke bawah) atau bahagian atas (tekan ke atas) dan jolok keluar mata (errk...berani? Mesti beranikan diri, sebelum "hari pun malam dan hujan pun turun' hehehe)
  • Ibu jari- Jika dipeluk dari belakang, tundukkan badan ke depan (ambil jarak ke belakang) dan genggam tangan dan buat ibu jari seperti 'tanda bagus', angkat badan dengan laju dan cucuk belakang (target pada mata).
  • Genggam- Genggam bibir bawah pemangsa dengan empat jari dan rentap ke bawah dengan menggunakan kekuatan badan.
  • Lutut- Tarik bahu pemangsa dan lututkan sekuat-kuatnya pada bahagian kemaluannya
  • Kaki - (tendang depan) Tendang dengan kuat pada lutut pemangsa, jangan lepaskan lagi kaki dari lutut, terus twist kaki  (kaki pemangsa akan ikut terpusing) dan tekan (henjut)
  • Kaki- (tendang belakang) Jika pemangsa berada di belakang, ambil satu langkah ke depan dan tendang dengan kuat ke belakang (untuk impak lebih kuat, tundukkan badan ketika menendang).
  • Kepala- Gunakan kepala untuk menghantukkan kepala pemangsa – (gerakan ke depan atau ke belakang, ambil jarak ke belakang sebelum hantuk kepala pemangsa).


(Maklumat lanjut mengenai program ini, boleh menghubungi talian 017-3843779, 012-5740431 atau 03-90546536 untuk maklumat mengenai teknik mempertahankan diri WRT.)
 
PENTING:
*Jerit dalam hati anda, 'Aku mesti melawan, aku tak mahu jadi mangsa!'" Jerit sekuat hati untuk melontarkan semangat anda melawan pemangsa, atau anda akan 'menyesal sejak dari tarikh anda dilahirkan...maka 'hari pun malam dan hujan pun turun.'