.

Sunday, August 11, 2013

Sketsa Syawal (Part 3)...


Raya, pakat bertemulah adik-beradik, sanak-saudara juga sahabat-handai. Selain saling bermaafan, inilah masanya untuk mengeratkan silaturahim. Elakkan ungkit-mengungkit, bangga diri dan menyakit hati sesiapa.

Sayangnya, ramai yang masih alpa. Mungkin seronok sangat dengan kelebihan dan kesenangan hidup, jadi lupa seketika orang sekeliling yang makan hati dengan sikap dan bahasa kita.

Pagi tadi, aku berkumpul bersama sepupu di rumah Makcik. Memang seronok bercerita dan bersembang perkembangan diri masing-masing. Macam biasa, port kesukaan saya tentunya di dapur (orang kampung memang suka bersembang di dapur hehehe).

Suasana di ruang tamu memang meriah, tetapi hangat lagi di dapur. Di sisi aku ada beberapa ‘Mak orang’ yang rancak bersembang pelbagai topik. Aku selesa menjadi pendengar dan tukang ketawa je (sbb tak berapa nak paham apa yang disembangkan…ada masalah bahasa di situ).

Kerana mulut badan binasa...
 
Kak Chik*, Zizah*, Melati* dan Linda* antara yang rancak berborak. Cuma aku perasan, Zizah lebih byk senyum dan angguk2 saja. Bertiga lagi, bukan main berbalas kata dan saling mencelah. Melati nampak teruja mengatur kata. Dibalas Linda dan Kak Chik dengan pantas. Aku merapati mereka, menyua salam dan senyum manis (manis ke hahaha).

Aku: Rancak sembang…(kata aku membuka kata)

Melati: Ni ha, cerita pasal anak-anak. Budak sekarang kalau tak dikasi makan vitamin kurang nak pandai, kita dulu takpe. Zaman tak ada vitamin, redah je masuk dewan exam.

Aku: (Alamak, nampaknya aku salah masuk ‘group’. Aku belum ada anak, xde benda nak share. Dengar je la nampaknya).

Linda: Betul tu, anak aku sejak makan vitamin nampak bersemangat nak belajar. Exam lepas dapat no 5. Oklah, lama-lama nanti naik lah tu.

Kak Chick: Dengar tu Zizah, sayang anak kamu tu. Bagi dia makan benda berkhasiat, memanglah mahal sikit tapi tak rugi. Tengok mcm kami ni, apa saja kami beli untuk anak-anak. Jadi mak kena pandai jaga anak, jgn pandai buat je. Anak ramai buat apa kalau tak pandai!

Aku: (Aduh, setepek2 diaorang ni belasah Zizah. Tapi Zizah hanya senyum, hatinya tak tahulah macam mana ye.)

Zizah: Kak, kita dulu makan ikan bakar tawar cicah sambal kicap je masuk U jugak. InsyaAllah, setiap orang ada kelebihannya.

Linda: Nak bagi ada kelebihan tu kena usaha, Zizah oi. Kalau kau bagi makanan biasa aje, mana maunya anak-anak kau tu pandai. Aku ni, setiap bulan berabih duit borong macam-macam suplemen untuk Along dan Angah. Tak gitu, Kak Chick?

Kak Chick: Iya, setakat vitamin klinik bg tu tak berkesan Zizah. Lagi mahal vitamin tu, lagi bagus. Kalau pandai pun, anak kau jugak!

Tiba-tiba…

Linda…Kak Chick, tu anak-anak kamu dok bergomol dalam bilik Mak Uda. Habis pecah cermin mekap dia, baru beli tu. Meroyan orang tua tu balik nanti!

Aku: (Hmmm…budak-budak terlebih makan vitamin memang gitu agaknya hehehe)

Kak Chick: Ni anak kamulah Linda, ganas mcm samseng. Balik kg tak reti diam, kalau luka anak aku siap dia!

Linda: Hey…apa pulak anak aku. Anak kau tu yang perangai mcm beruk hutan, jakun!

Dan tiba-tiba lagi..

"Melati…anak kamu jatuh longkang ni, koyak dahinya!"

aku: (Satu lagi contoh anak terlebih vitamin. Moralnya: Jangan kutuk anak orang).

*p/s:...(*) bukan nama sebenar

No comments: