Seronok jugak apabila sesekali dapat berkumpul ramai-ramai.
Walaupun ramai yang datang beraya kurang dan tidak dikenali, tetapi ada antara
mereka boleh buat lawan bersembang.
Misalnya, Kak Idah*. Ibu beranak tiga ini baru berusia 34
tahun, mungkin sebab dia kurang pandai bergaya jadi penampilannya nampak ala
‘acik2’ sikit. Seronok berborak dengan dia, banyak topik yang boleh diajak
bersembang.
Dia juga ringan tulang, sepanjang majlis rumah terbuka (di rumah kakak) dia sibuk membantu saya cuci pinggan mangkuk. Tambah makanan yang berkurangan di meja tamu dan lain-lain. Pendek kata, sikapnya sangat menyenangkan malah kami berebut-rebut nak cuci pinggan.
Dia juga ringan tulang, sepanjang majlis rumah terbuka (di rumah kakak) dia sibuk membantu saya cuci pinggan mangkuk. Tambah makanan yang berkurangan di meja tamu dan lain-lain. Pendek kata, sikapnya sangat menyenangkan malah kami berebut-rebut nak cuci pinggan.
Sambil tangan ligat mencuci pinggan, mulut kami pun rancak
bersembang. Macam-macam cerita yang kami bualkan, memang seronok sampai tak
terasa kaki lenguh berdiri di sinki.
Kisah Kak Idah dan suami 'ustaz'...
Kisah Kak Idah dan suami 'ustaz'...
Kak Idah: Tamak betul diaorang ni ye, ambil makanan byk2
lepas tu tak habis makan. Tengok dalam pinggan tu, banyak lagi ketupat tak
termakan. Ambillah sikit-sikit, sayang membazir saja.
Aku: Hmmm…rambang mata agaknya Kak. Sebulan tak makan
tengah hari, hari ni diaorang pulun la.
Kak Idah: Kita ni beruntung, lepas puasa sebulan dapat
beraya sakan. Tengok negara lain, mati kelaparan. Kita kat M’sia ni ramai yang
mati sebab terlebih mkn. Kalau suami akak nampak ni, 3 hari 3 malam dia
membebel tak habis-habis. Pantang betul dia tengok orang buang makanan.
Anak-anak, dah masak betul dengan perangai dia. Anak sulung akak pernah kena
belasah sebab buang sejemput nasi.
Aku: Hish…garang betul suami akak tu?
Kak Idah: Dia memang garang, tapi bertempat. Anak-anak
memang takut dengan dia, ugut nak cakap kat Abah terus kecut perut. Anak akak
semua perempuan, eloklah kalau abahnya garang sikit. Budak-budak sekarang kalau
tak jaga betul-betul, bahaya. Tengok dalam TV, surat khabar atau di pasar
raya…hish takut akak tengok budak perempuan sekarang berfesyen. Dah singkat,
sendat pulak. Kecil-kecil pun dah pandai melaram, peliknya mak ayah diaorang
tak marah ke?
Anak akak, jangan kata nak pakai skirt pendek. Nak pakai
jeans pun abahnya tak kasi, apa lagi yang sendat sana sini. Sejak kecil, dia
suruh ajar anak-anak pakai baju kurung. Kadang tu kesian juga, biasalah
budak-budak nak merasa melaram mcm budak lain.
Aku: Suami akak kerja apa?
Kak Idah: Cikgu, dia mengajar subjek Sains dan Matematik.
Kenapa?
Aku: Hehehe…Ingatkan ustaz.
Kak Idah: Dia memang ustaz, tapi dalam keluarga kami
sajalah. Bab-bab agama ni memang dia hebat. Bukanlah nak puji suami sendiri,
tapi arwah ayah memang sayangkan dia. Adik-adik panggil, menantu kesayangan
ayah. Dulu dia mengaji di Mesir, tapi mak ayah dia tak bagi dia jadi ustaz. Dia
sanggup jadi cikgu semata-mata tak nak jadi anak derhaka.
Aku: Kenapa keluarga dia tak bagi jadi ustaz?
Kak Idah: Entah, akak pun tak faham sangat kenapa. Tapi
dengar-dengarnya, takut dia masuk kumpulan tabligh.
Aku: Ooo, suami akak ada nampak nak ke arah tu ke?
Kak Idah: Dulu ada la sikit, tapi tak ketara sangat. Apabila
dia mengajar, dah kurang sikit. Akak bukan tak suka dia berdakwah, banyak cara
kita nak berdakwah. Jadi cikgu pun masih boleh berdakwah. Bukanlah maksud akak,
masuk kumpulan tabligh tu tak elok. Hmmm,,,,Masing-masing ada fahaman sendiri
pasal kumpulan tabligh ni.
Aku: Paham. Baguslah akak dapat suami yang baik dan mampu
bimbing keluarga.
Kak Idah: Iya, bersyukur sangat. Sekarang ni bukan senang
nak dapat ketua keluarga yang bertanggungjawab, beriman dan mampu membimbing
dengan baik. Kawin meriah sakan, tapi ilmu berkeluarga tak ada. Itu pasallah
rumah tangga bermasalah. Hish…mintak simpanglah benda macam tu, kita suami
isteri ni kena ada ilmu berumahtangga. Suami kena tahu tanggungjawab sebagai
ketua keluarga, isteri kena faham tugas dia sebagai pembantu suami. Akak kawin muda, umur 19 tahun akak dah jadi
mak. Tapi syukurlah, mak dan ayah banyak bagi tunjuk ajar. Suami pun sabar
mengajar dan membimbing akak.
Time raya mcm ni, dia sanggup bertolak-ansur dengan akak. Bagi
akak beraya dengan Mak dulu, kemudian baru balik rumah keluarga dia. Katanya,
kesian dekat Mak akak (sejak kematian suami). Lagi satu, walaupun akak tak
sekolah tinggi, Tetapi dia tak pernah merendah-rendahkan akak. Dia rajin beli
macam-macam buku dan bahan bacaan. Dalam bilik membaca pun ada Internet, banyak
maklumat terkini yang akak tahu walaupun cuma duduk rumah jaga anak. Dia memang tegas bab agama, tetapi dia tak tolak keperluan dunia. Dia ajar kami hidup
seimbang, dunia akhirat.
Aku: Alhamdulillah kak, bestnya dapat suami macam tu. Saya
doakan keluarga akak kekal bahagia sampai bila-bila. Aamiin.
Kak Idah: (Dia mengulum senyum, wajahnya beriak bahagia.
Saya pasti, dia benar-benar bahagia hidup bersama ‘ustaz’ nya itu. Arghhh…saya ‘cemburu’
melihat kebahagiaannya itu).
*p/s:... (*) bukan nama sebenar
No comments:
Post a Comment