.

Showing posts with label Jimba time. Show all posts
Showing posts with label Jimba time. Show all posts

Friday, November 7, 2014

35 minit di Pasar Payang...


Kuala Terengganu, Aku Datang (part 1):

WALAU bukan kali pertama menjejak kaki di Terengganu, tetapi ni pengalaman kali pertama dapat meronda-ronda tanpa perlu bekerja.  Ya, maksud aku bukan datang kerana urusan kerja sebaliknya hanya untuk cuci mata dan fikiran.

Part ni aku nak cerita pasal sekitar Pasar besar Kedai Payang dulu, tempat lain tu tunggu turn rajin. Hehehe...!

Apa yang menarik sangat Pasar Payang ni, sampai hampir semua orang yang datang ke Kuala Terengganu mesti singgah sini?

Pasar Pusat yang dikenali sebagai Pasar Payang ni terletak di tepi Sungai Terengganu dan menjadi salah satu destinasi pelancong paling terkenal di Kuala Terengganu. Pasar yang terletak di dalam bangunan ni menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade, barang logam, sayur dan buah-buahan segar serta aneka makanan yang menyelerakan.

Barangan tempatan kat sini harganya masih boleh dikatakan murah.  Lagi satu, pasar ni juga tempat yang sesuai untuk memerhati dan memahami budaya orang Terengganu.

Sejujurnya, kalau Uolls macam aku yang memang suka masuk pasar, tempat ni memang 'wajib' masuk. Kenapa? Selain cuci mata, banyak benda susah tengok kat pasar raya ada dijual kat sini. Paling aku suka, barang-barang atau makanan yang bercirikan tradisional/tradisi.

Waktu aku masuk dalam pasar ni, masih agak pagi. Jam 8.30am...banyak kedai belum dibuka, tapi gerai-gerai jual buah, sayur dan makanan pagi tengah meriah dengan pembeli. Memang seronok tengok gelagat orang, sama ada si peniaga atau pembeli. Aku? Cuci mata sambil ber'snapsqueen...hehehe!

Punyalah seronok tengok itu dan ini, sampai tak sedar keluar dari perut pasar dengan tangan kosong. Nasib baik di luar kaki lima pasar ada orang jual gula 'nise' dan dodol lipat, jadi aku sempat rempat tu aje sebelum gerak ke destinasi seterusnya.

 
Actually, aku nak ronda lama-lama kat dalam pasar ni, tapi dek terlanjur berjanji dengan member nak sarapan bersama terpaksalah gerak awal dengan janji dalam hati akan datang lagi next time. Gitu!


#PasarPayang #KualaTerengganu

Sunday, July 27, 2014

Pabila mata kuching depan mata...

Petik dari tangkainya, ngap masuk mulut. Syorga nikmatnya...

Asyik cerita pasal puasa/raya...meh kita tukar topik kejap. Kita cerita pasal...hah...pasal buah kesukaan masing-masing. Kalau tanya aku, memang aku suka makan buah, terutama buah-buahan tempatan yg di tanam sendiri. Nikmatnya lain mcm bila dapat petik dan makan bawah perdu pohonnya. Aduhai...syorga dunia yg sgt lazat!

Oh ye...ni cerita beberapa minggu sebelum Ramadhan, waktu kunjungan mengejut ke rumah sorang teman di JB. Asalnya, kami pergi melepas hajat (memancing) kat Kuala Sedili. Tangkapan idaman, sotong...tp tak muncul2 sotongnya. Karung kami penuh dgn ikan pelbagai jenis, tapi jenis sotong tak ada!

Dari Kuala Sedili, kami singgah rumah orang tua member ni. Kami sampai jam 10 pagi, jadi sempatlah aku menikmati keindahan sekeliling rumahnya yg penuh dgn mcm2 pokok buah termasuk buah mata kuching.

Aku bertuah sebab buahnya dah mula masak, jadi boleh petik dan makan. Allahu Akbar, sgtlah manis dan harum bau isinya. Beza betul dgn yg beli di pasar malam, pasar tani atau pasar raya. Sungguh berbeza pabila mata kuching depan mata huhuhu ^_^

*p/s: aku tak berani nak tapau buah ni bawak blk KL, walaupun tuan rumah dan tuan tanah berkali2 offer. Kata si member, tahun ni baru menjadi buahnya...tahun lepas tak seberapa. Jadi aku pikir, tentunya tuan punya teruja nak makan anak-beranak. Maka, tak berapa manis kalau aku sibuk nak angkut bawak blk hehehehe.


Thursday, February 6, 2014

Projek Kari Kepala Ikan...

Aduhai, lama gila aku tak bersiaran di sini dengan 'tekunnya' dan hari ni aku nak melepaskan gian. Yup, hari ini aku dah buat 'pengisytiharan' cuti selepas lebih 18 jam tak berhenti bekerja. Otak penat, tetapi mata tak nak tidur. Jadi, aku teruskan beraktiviti tanpa tidur.

Jam 9.30 pagi tadi aku bergegas ke pasar sekitar rumah, teringin sangat nak masak Kari Kepala Ikan yang superhotspicy. Kebetulan ada dua ketul kepala ikan (tak pulak aku tanya ikan jenis apa, bukan ikan merah sebab tak ada secalit pun merah di situ hehehe), tak kisahlah janji kepala ikan!

Balik rumah, sambil mesin baju aku layan lagu rock kapak. Selesai sidai semua baju, masuk dapur dan mulakan projek mengerjakan kepala ikan. Alhamdulillah, aku dapat ikan segar, insangnya merah dan bau darahnya juga masih segar. Nampak gaya, sedaplah gulai kari aku hari ni.

Sama seperti biasa, aku memang jenis memasak main campak-campak. Campak segala rempah yang dirasakan sesuai (kadang tak tahu jugak apa fungsinya...hahahaha), paling penting kena ada cili kisar, bendi secukupnya dan tanpa penggunaan santan atau susu. Kenapa? Sebab saya nak hirup kuahnya puas-puas, kalau letak santan atau susu segar nanti rasa 'berdosa' sangat nak hirup sampai lupa diri hihihi.

Alhamdulillah, selepas 45 minit berperang di dapur maka siaplah 'Projek Kari Kepala Ikan' idaman kalbu aku...hihihi. Nak tahu rasanya, haruslah mantop. Gila tak sedap, susah tu nak ada masa membikinnya. Setiap hari sibuk, hari ni aku ambil cuti semata-mata nak layan anak tekak...hahaha.

Oklah, macam biasa layan gambar. Kalau teringin, sila la masak sendiri sebab seperiuk ni aku nak pulun sorang-sorang. Tak nak share dengan sesiapa hahaha!

Gigih buat ni, kalau makan di kedai harus berpuluh ringgit 'kan. Paling penting, dijamin bersih ye hahahaha.

Rupa Kari Kepala Ikan siap masak hihihi. Aromanya sangat menyengat!

Tuesday, October 22, 2013

Nyaris kerjung dalam Gua Khao Kob...


Trang memang tak begitu dikenali kalangan pelancong asing walaupun kedudukannya berdekatan Phuket dan Krabi, namun wilayah yang terletak di selatan Thailand ini tetap mempunyai keistimewaan tersendiri untuk diterokai. Selain keindahan pantai, pulau dan lautan yang membiru kehijauan.

Dalam perjalanan menuju ke Krabi Ahad lalu, aku berkesempatan ke Gua  Khao Kob yang menawarkan pengalaman penerokaan cukup berbeza. Terletak di daratan, ruang gua ini disaliri air sungai dan untuk masuk ke dalamnya, perlu menaiki sampan.

Di dalam gua ini ada pelbagai bentuk stalagmit dan stalaktit yang menyerupai bermacam objek dan hidupan, ada kelihatan seperti anak gajah dan pelamin, ada juga tak ubah bagai tulang belakang naga. Ruang di dalam gua ini ada saliran, jadi sesetengah laluan memerlukan pengunjung menundukkan kepala bagi mengelak terkena siling gua yang sangat rendah.

Lebih mencabar,  ketika dalam perjalanan keluar kami bukan saja perlu tunduk, malah berbaring lurus di dalam sampan kerana jarak di antara sampan dengan siling gua tidak sampai sejengkal (kira-kira 350 meter menuju pintu keluar).

Kedua-dua pengemudi sampan awal-awal lagi memberi amaran supaya kami tidak bergerak ketika berbaring bagi mengelak kecederaan atau sampan terbalik. Seorang pengemudi menolak siling gua untuk menggerakkan sampan manakala seorang lagi menyuluh jalan.

"Don't worry, i save you. You save...you save!" Begitu kata-kata yang sering diucapkan pengemudi sampan, setiap kali kami menjerit kerana berasa lelangit gua begitu rapat dengan muka dan sampan merempuh dinding gua.

Perasaan aku waktu tu hanya Tuhan saja Maha Mengetahuinya. Pelbagai bayangan melintas di dalam fikiran. "Hah, macam mana kalau tiba-tiba air naik?", "Macam mana kalau lelangit gua tiba-tiba runtuh ke bawah dan menghempap sampan kami.", "Masya-Allah, macam sedang di tanam hidup-hidup."

Perjalanan menuju ke dalam perut gua Khao Kob
Rupa dalam perut gua
Takjubnya saya melihat keindahan isi gua ni
Apa lagi posing la sebelum balik...
 Apa tidaknya, ketika lelangit gua sangat hampir menyapu muka Ya Allah...gerunnya! Belum lagi dengan tiba-tiba pengemudi mengeluh keras, "I have no power...huh!"  Maksudnya apa? Dia tak ada tenaga mahu mengemudi sampan yang kami naiki, jadi bagaimana nasib kami (tapi jangan risau mereka tetap menolak sampan itu hingga ke pintu keluar walaupun kedengaran nafas mereka yang tercungap-cungap).

Keadaan di dalam Gua Khao Kob, ini belum cukup rapat dengan muka...ke depan lagi hambik...melaung sorang-sorang/gambar yang ni aku Google

Jadi, suka aku nasihatkan kalau Uolls ada masalah kesihatan serius seperti penakut (over penakut), sakit jantung, lemah jantung atau darah gemuruh sila jangan cuba-cuba masuk di dalam gua ini ya. Huh...Sebaik melihat semula cahaya dari pintu keluar, barulah perasaan cuak, bertukar lega. Semakin jauh sampan dikayuh, mata tidak lekang menatap keindahan alam yang ditinggalkan di belakang yang semakin mengecil hingga langsung tidak kelihatan.

Sewaktu  berangkat meninggalkan wilayah Trang dan meneruskan perjalanan ke Pulau Krabi, terbayang-bayang pengalaman meneroka keunikan dan keajaiban alamnya. Kenangan yang pasti terpahat kuat dalam ingatan.


*p/s: Terima kasih kepada Hotel Sungai Petani Inn (sebelum ini dikenali sebagai Hotel Aman Pura, Sungai Petani) & CT Global Travel And Tour, Alor Setar yang menaja perjalanan, makanan serta penginapan sepanjang berada di Sungai Petani juga Pulau Krabi.






Sunday, October 13, 2013

Gulai Kerutuk Daging Kambing yoooo...


Sebelum ni aku tak pernah cuba sekalipun masak gulai Kerutuk. Jangan kata masak, rasanya pun aku tak tahu macam mana. Hingga suatu hari aku tumpang menginap di rumah seorang teman di Kota Bharu (ketika itu menghadiri majlis perkahwinan kawan) awal tahun 2013.

Kebetulan aku datang hari raya keempat, jadi mood raya masih meriah. Emak kawan aku yang membahasakan dirinya Mak Ngah cukup rajin memasak. Macam-macam makanan dihidangkan, sampai ketat perut dibuatnya.

“Makanlah Anis, lauk kampung macam ni ‘lah. Ni Gulai Itik Serati, gulai kerutuk. Pernah makan?” tanya Mak Ngah dengan loghat Kelantan yang agak pekat, nasib baik ada tukang ‘alih bahasa’ hehehe.

Aku senyum dan geleng kepala, Ma (mak saya) walaupun berasal dari Pantai Timur tak pernah masak gulai Kerutuk. Dari kecil sampai dah besar, Ma biasanya hidangkan Gulai Lemak Kuning, Kari Ayam, Sambal Tumis Ayam, Kurma Ayam, atau Ikan Bakar. Gulai Kerutuk memang tak ada dalam list menu keluarga kami. So, memang aku tak pernah rasa la kan.

“Sedap gulai kerutuk ni, rugi tak rasa. Kalau ada daging kambing kat pasar esok, kita buat gulai kerutuk kambing pulak. Anis boleh belajar, balik KL boleh try masak. Rempah kerutuk boleh beli atas pasar (Pasar Siti Khatijah),” ramah Mak Ngah bercerita, membuat aku tidak kekok.

Serius, memang sedap gulai kerutuk itik serati yang Mak Ngah masak. Rasanya lain macam, tak sama macam kari. Paling penting, tak manis macam kebanyakan masakan Kelantan yang lain (saya tak reti makan gulai atau sambal manis, atau ap-apa saja makanan yang manis kecuali kuih, buah atau air hehehe).

…seperti yang dijanjikan, esok harinya Mak Ngah tunjukkan saya cara memasak Gulai Kerutuk Daging Kambing. Oh, rupa-rupanya mudah aje cara membuatnya. Paling penting kata Mak Ngah, rempahnya asli dan kerisik mesti ditumbuk dengan lesung batu (ayooo…dah lama tak guna lesung batu). Kalau blender hilang rasa sedapnya.

So hari ni, aku rajin nak ‘recall’ semula cara memasak Gulai Kerutuk Daging Kambing ni. Sayangnya, daging kambing di KL kebanyakannya jenis sejuk beku. So mungkin rasa segarnya tak sama seperti di kampung, tapi apa nak buat bedal sajalah ‘kan. Kalau Uolls nak cuba, boleh tengok resipi di bawah. Atau Uolls ada cara lain, boleh share dengan aku…terima kasih.

Langkah demi langkah, ada yang terskip...boleh tengok di bahagian cara membuat ye.
Nak kasi sedap, kena guna cara lama
 
Resipi Kerutuk Daging Kambing
Daging kambing secukupnya (lagi sedap kalau ada tulang sikit), dibasuh dengan sedikit gandum dan perahan lemon untuk hilangkan bau hamis
Minyak secukupnya
Rempah kerutuk, bancuh dengan sedikit air menjadi pes
Bawang merah, dimayang
Serai, dititik
Gula Melaka
Garam dan gula
Santan secukupnya
Kerisik

Bahan kisar:
Bawang putih,
Halia
Lengkuas
Cili kering

Cara membuatnya:
1, Tumis bawang merah sehingga perang keperangan.
2. Masukkan bahan kisar dan masak sehingga garing.
3. Bubuh pes rempah kerutuk dan serai. Masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging kambing dan gaul rata.  Masak sehingga daging empuk sebelum masukkan santan pekat. 
5. Bubuh garam, gula, gula melaka dan kerisik.  Masak lagi agar kuah menjadi sedikit pekat.

Sunday, October 6, 2013

Asam Pedas Tumis Ikan Sembilang...

Ikan duri
Seumur hidup aku, tak pernah sekali pun jamah ikan sembilang apatah lagi memasaknya. Serius? Yup...aku serius ni. Kalau ikan keli, haruan, talapia, sepat atau jenahak, memang sudah biasa. Kenapa tidak ikan sembilang? Sebab, aku tak kenal macam mana rupa ikan sembilang! Iya, memang tak tahu!

Hari ni pagi-pagi saya sudah bangun merayap ke pasar tani Taman Melawati (hampir saban minggu aku ke sini hehehe). Niat aku nak cari ikan duri selepas melihat seorang teman post gambar 'Asam Pedas Ikan Duri' (di dalam Instagram) yang dimakan di Melaka. Nampak sangat menyelerakan, hingga terkenang-kenang dibuatnya. Sayangnya...Aduh, tak ada daya aku nak makan asam pedas ikan duri sampai ke Melaka.

Tiba di pasar tani, aku singgah dari satu gerai ke satu gerai yang menjual ikan. Malangnya, ikan duri yang dicari tak nampak bayang (oh ye aku kenal sikit-sikit rupa ikan duri hasil Google -an di Internet). Huish...hangin satu badan apabila benda yang dicari tak ada (hamboi mcm orang mengidap pulak...mcm je...).

Tak puas hati, aku buat pusingan kedua. Memang tak ada, hingga ke gerai terakhir aku nampak selonggok ikan. Ada misai dan bentuknya akan-akan ikan duri tapi bersaiz kecil. Aku belek dengan tekun, tapi masih waswas. Lalu aku tanya si penjual ikan yang kebetulan memandang aku yang dalam mood keliru.

Aku: Dik, ni ikan apa ye?
Si penjual ikan: Ikan sembilang, kak.
Aku: Ikan sembilang...
Si penjual: Iya, ikan sembilang. Saya kira murah-murah je ni, kak. RM9 sekilo.
Aku: Ikan ni boleh masak apa?
Si penjual ikan: Errr...
(Seorang makcik mencelah perbualan kami)...:
Makcik: Boleh bakar, masak lemak...masak asam pedas pun boleh tu.
Aku: Asam pedas? Sedap ke, Cik (Makcik)?
Makcik: Sedap jugak, isinya pejal dan tak berlemak sangat...lebih sedap kalau masak Asam Pedas Tumis, bukan direbus.

Ikan sembilang
Selepas 10 minit (gila lama hahahaha) membelek ikan sembilang tu, aku buat keputusan beli. Aku pilih empat ekor ikan sembilang bersaiz sederhana, kemudian aku beli dua ikat daun kesum. Hajat dihati nak campur dengan batang keladi, tapi serik sekejap sebab minggu lepas terbeli keladi yang gatal. Geram betul, periuk gulai kuning keladi dengan udang terjun di dalam tong sampah!

Lepas beli stock telur untuk tempahan kek dan sehelai anak tudung, aku terus bergegas balik. Tak sabar nak mengerjakan ikan sembilang buat kali pertama. Sampai di rumah, baru perasan ikan sembilang masih ada nyawa lagi...tapi kurang aktif so boleh dipegang untuk dibersihkan.

Memandangkan ikannya tak berapa besar, aku cuma kerat pada dua bahagian. Takut kalau kerat kecil-kecil nanti hancur pulak isinya. Siap bersihkan ikan, aku blend rencah untuk masak Asam Pedas. Rencahnya simple je, check resipi di bawah ye.

Resipi Asam Pedas Tumis Ikan Sembilang
Bahan:
4 ekor ikan sembilang, kerat 2
Air secukupnya
Air asam jawa, secukupnya
Gula dan garam secukup rasa
Daun kesum secukupnya
Minyak secukupnya

Bahan kisar:
15-20 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Sedikit kunyit hidup
4-5 biji lada hitam/ cili padi

Cara membuatnya:
 1. Tumis bahan kisar hingga garing (aku letak sikit daun kesum waktu menumis ni, hehehe aje tak letak pun boleh).
2. Masukkan air asam jawa, masak hingga mendidih.
3. Bubuh air dan biarkan mendidih, kemudian masukkan ikan dan bahan perasa secukupnya.
4. Masukkan daun kesum dan biarkan mendidih sehingga ikan masak sepenuhnya.

Senangkan! Cukup senang dan sedap Uolls (aku makan dengan nasi lembik yang baru masak, perghhh rasa macam makan nasi air pulak). Err...tapi masakan macam ni tak sesuai makan hari-hari. Pertama; selera makan bertambah-tambah. Kedua, pedas dan ketiga nanti gian nak makan selalu hahahaha...jahanam diet (sebab tu aku selalu buat acara 'makan besar' hujung minggu saja, hari lain makan kecil-kecilan hehehe). Kepada yang teringin, terliur sila la cuba ye. Memang meletup-letup dalam perut hahahaha.


Saturday, September 7, 2013

MRVC vs Gulai Ikan Duri Masin...

Cuti hujung minggu kali ni agak sibuk daripada biasa. Bukan sibuk dengan assignment, tapi gigih membaking untuk Miss Red Velvet Cake (MRVC) yang diorder sejak awal minggu lalu. So, lepas solat Subuh terus berperang di dapur. Bersepah sana sini, jam 6.30 pagi start bakar adunan kek. Perghhh...lenguh pinggang...biasalah faktor usia. KertuS susah wahahaha!


Alhamdulillah, kejadian MRVC tetap sempurna walaupun buat dengan mata mengantuk
Siap bakar 14 bekas MRVC, aku merayap ke Pasar Tani Taman Melawati. Asalnya nak cari lemon untuk buat cream cheese frosting. Lepas tu, biasalah menyimpang ke sana sini dan beli itu ini. Dussss!!!

Nasi Goreng malas saya
Sampai rumah terus bergegas masak sebab perut dah berdangdut rancak. Aku bikin nasi goreng malas. Ye, campak nasi...telur dan cili padi, siap!

Lepas makan, cuci baju dan kemas rumah. Selesai solat Zohor, aku keluar 'cod' MRVC di beberapa tempat yang dah dijanjikan. Sampai rumah dekat jam 5.30pm, solat Asar dan masak pulak lauk untuk makan tengah hari merangkap dinner sekali la kan.

Aku bikin gulai ikan duri dengan nanas. Perghhh...bertambah-tambah makannya, lupa misi nak mengempitkan perut yang kian membulat neh...arghhh! Act, idea nak masak gulai ni tercetus (cewahhhh) lepas makan tgh hari di Hotel Putra, KL waktu berseminar di sana Khamis lepas. Ya ampun...gulainya cukup rasa...tahap kepedasannya pun sesuai selera aku. Tapi, nak makan byk segan dan tak cukup masa. So, macam biasa aku pun pasang angan-angan untuk masak sendiri.

Alhamdulillah, sampai jugak hajat aku nak masak gulai ni. Bahan dan caranya mudah saja, lagipun ikut selera aku so memang sangat ringkaslahkan...cara orang malas memang mcm tu. Tapi, jangan pandang sebelah mata ye, rasanya memang sodap! Tak caya, cuba buat sendiri. Nah, aku share resipi untuk yang nak mencuba. Hehehehe...^_^

Ini je bahan yang saya gunakan...

Baunya mengujakan.
Resipi Gulai Ikan Duri (Masin)
Bahan:
1 ekor ikan duri masin, dipotong dan basuh bersih
5 biji bawang merah
5-7 biji cili padi, merah
Kunyit hidup secukupnya
Sedikit air
1 biji kelapa, ambil santannya
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
1/2 biji nanas, dipotong

Cara membuatnya:
1. Kisar atau tumbuk bawang merah bersama cili padi dan kunyit sehingga lumat.
2. Masukkan ikan masin, bahan kisar dan sedikit air ke dalam periuk. Didihkan sehingga sebati dan isi ikan masin empuk.
3. Bubuh santan, asam, keping dan garam secukup rasa.
4. Akhir sekali, masukkan nanas dan didihkan seketika kemudian matikan api.

'Arjuna Hati' aku yang kepenatan menemani hari ini. Tqvm dear...muahhh *_*

Friday, September 6, 2013

Ralit bersama 'Psiko Pencuri Hati'...

Tadi kat office, beberapa teman yang 'kaki wayang' dok sebut-sebut pasal filem Psiko Pencuri Hati (PPH) arahan pelakon dan pengarah, Nam Ron. Sejak diwarwarkan dalam media, memang dah plan nak pergi tengok. So, blk kerja tadi terus menyimpang ke TGV Wangsa Walk (gigih tunggu waktu tayangan 1 jam sambil melepak hingga melepek hahaha)

Mungkin hari bekerja, so dalam perut panggung kurang ramai. Tapi, jumlahnya kategori memuaskan. Menonton adegan ke adegan, watak bertukar watak...PPH aku nilaikan sebagai 'berjaya' dalam sudut-sudut tertentu.

Mesejnya mungkin kurang komersial, tapi cukup ralit untuk dilayan (tidaklah 'beat' pun seperti yang dibayangkan teman-teman aku). So, buat Abang Nam Ron & seluruh team filem ini, tahniah daripada aku (dan nak 'tumpang' bangga jugak sebab senior aku waktu belajar di ASK a.k.a ASWARA ni hari demi hari semakin hebat...Alhamdulillah). Hasilnya tidak mengecewakan dan boleh diperbaiki lagi kalau kita (sebagai penonton karya Melayu) mahu memberi peluang dan ruang itu. Betul tak?

Ini Nam Ron...(hehehe), sumber gambar: Google
Oh khabarnya,  60 peratus daripada jalan cerita dalam filem ini ada kaitan dengan diri Nam Ron sebelum ini (makna kata...daripada pengalamannya sendirilah). Menurut beberapa sumber, dia pernah terfikir untuk terjun bangunan, melintas jalan dan membiarkan diri dilanggar kenderaan berat. Kemudian, seorang rakan telah menasihatinya supaya menzahirkan kesakitan dan pengalaman itu dalam bentuk karya. Maka PPH dihasilkan.

Oklah, cakap byk pun tak guna. Aku selitkan sikit sinopsis filem ini, "Maka tersebutlah kisah...Osidi (Bront Palarae), penulis novel misteri yang terlalu obses dengan karya terbarunya. Dia, telah dihantui  halusinasi mengenai pembunuh misteri yang  digambarkan di dalam novelnya menjadi realiti. Atas nasihat sahabatnya, Man (Amerul Affendi), Osidi pergi bercuti di sebuah pulau. Di situ Osidi bertemu Wani (Sharifah Amani), peminat kepada karya Osidi.

Sayangnya, keakraban mereka tidak disenangi suami Wani, Dr Khai (Syed Hussein) dan membawa kepada konflik mereka berterusan. Situasi menjadi lebih tegang apabila mayat isteri pemilik hotel, Siti (Shera Aiyob) di temui di pulau itu. Siapa pembunuh misteri itu...kenalah tengok kesudahannya di panggung berdekatan anda."

Serius, tontonlah Psiko Pencuri Hati ni...memang tak rugi. Sesekali tukar 'selera' apa salahnya 'kan! Aku sudah, Uolls?

Thursday, August 29, 2013

Casa Del Rio nan mengujakan...

Dicelah kesibukan mengejar dan mengumpul bahan untuk dateline (tinggal 3 hari jek lagi), aku dihantar bertugas ke luar KL. Walaupun cuma ke Melaka (untuk cover event ‘Lux Sensational Fine Fragrance Media Junket @ Casa Del Rio Hotel, Melaka pada 29-30 Ogos 2013'), tapi perasaan ‘ngeri’ (sebab takut tak sempat proses bahan sebelum dateline menjadi deadline). Apa-apa pun, aku cuba berbaik sangka dengan kemampuan diri sendiri. Jadi, aku gigih usung laptop…konon2 nak menaip dalam bilik hotel nan selesa lagi gah tu hahhaa.

Sayangnya, seperti biasa semangat hanya tinggal ‘semangat’. Muncul ‘semangat lain’ pulak sebaik saja menjejakkan kaki ke lobby hotel. Mungkin sebab dah lama juga tidak ‘bekerja sambil makan angin’, jadi sesi assignment outstation kali ini agak bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.

Alhamdulillah, memang agak beruntung sebab dapat ‘bekerja dalam mood’ dan tempat yang best. Apa tidaknya, penganjur manjakan media jemputan dengan menyediakan penginapan, makanan dan layanan yang cukup mengujakan.

Lokasi berlangsungnya Lux Sensational Fine Fragrance Media Junket  ni terletak di pinggir Sungai Melaka dengan panorama cukup mendamaikan. Majlis juga dijalankan dalam suasana cukup santai dan mesra media.

Selepas memanjakan diri di spa, kami bersiap ke acara minum petang sekali gus sesi penerangan mengenai Lux Sensational Fine Fragrance Media Junket. Lebih kurang jam 8.30 mlm, kami dibawa ke dewan khas untuk menikmati makan malam bersama duta Lux, Nur Fazura (nanti saya update info mengenai Mandian bdan Lux dengan wangian terbaik dan eksklusif yang direka pakar haruman terkenal dunia ok).

Ok, nak cerita sikit pasal lokasi penginapan kami yang best ni. Hotel Casa Del Rio Melaka ini menawarkan penginapan serba mewah dan eksklusif sesuai dengan status hotel butik bertaraf lima bintang berkenaan (terletak No.88 Jalan Kota Laksamana, Melaka yang mengadap panorama indah Sungai Melaka penuh bersejarah).

Lebih menarik, hotel ini menampilkan ciri bangunan berkonsep Mediterranean serta turut menggabungkan kehebatan sentuhan seni bina Melaka, China, Arab, Portugis serta Belanda. Menurut beberapa sumber, kewujudan Casa Del Rio menjadi ikon kebanggaan Melaka yang diletakkan di tangga ke 28 dari 45 tempat yang mesti dilawati (menerusi The New Yorks Times 2012).

Sangat mengujakan aku apabila melangkah masuk ke Bar Rio, River Cafe atau River Grill bagi menikmati sajian makan malam atau sekadar minum petang dengan pelbagai pilihan menu antarabangsa atau tempatan.

Paling dikenang, apabila setiap wakil media disediakan sebuah bilik penginapan serba mewah dengan panorama cukup indah (terutama pada waktu malam ) dari jendela bilik yang menghadap sungai.

Bukan saja bilik penginapan yang cukup selesa, pilihan makanan menyelerakan malah kami diberi peluang menikmati sejam rawatan urut badan di Satkara Spa secara percuma. Sangat best, hokeh..

Tqvm Lux Melaka dan semua PR -Shirlyn, Angie dan lain-lain yang melayan kami dengan sangat mesra. Now...Uolls layan gambar ye (macam biasalahkan...hehehehe).

Bangunan yang tersergam tu Casa Del Rio
Pemamdangan dari lobby hotel
Pemandangan dari balkoni bilik saya
Kata aluan daripada Pengurus Jenama (untuk) Pembersihan Kulit, Unilever Sdn Bhd, Tanya Teng
Bengkel wangian eksklusif bersama media kelolaan Pengarah Wangian Global, Givaudan, David Boyd
Bengkel wangian eksklusif Lux
Persembahan pembukaan
Pelancaran variasi mandian badan Lux bersama dutanya, Fazura
Bergambar kenangan sebelum majlis bersurai
Pose dengan Fazura...hehehee

Sesi makan-makan

Santai-santai sebelum teruskan kerja

Meh manjakan diri...urut jangan tak urut
Dalam hotel ada itik kuning yg cute ni...apa lagi ajak berendam bersama la

Pencuci mulut...wow!
Bergambar lagi sebelum berangkat balik ke KL. Tqvm #LUXMELAKA