.

Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Tuesday, November 4, 2014

Banana Cake vs Sambal Sotong...



NI aktiviti selepas Subuh dan balik dari kerjaan.

Hujung minggu tu hari, ada beli pisang untuk buat goreng pisang makan dengan taburan cheese dan coklat. Hari ni, ada bakinya dan dah ranum sangat sampai semerbau bau satu ruang dapur. Maka, kenalah gigih buat sesuatu kalau tak memang jadi rezeki tong sampah! Huish...syaiton sangat perangai, 'kan! Jadinya, kita bikin kek pisang bodoh-bodoh. Bubuh apa aje yang ada dalam kabinet dapur.

Tak sampai sejam, siap dua biji kek. Alhamdulillah. Satunya aku hadiahkan kat orang sebelah rumah dan sebahagian lagi, aku hulur kat jiran tingkat bawah. Selesai, terus pergi kerja.

Bila sibuk proses bahan itu ini, tak terasa laparnya. Kebetulan, on the way ke tempat kerja pagi tadi sempat ngap 3 ketul kek pisang. Tak apalah, balik kerja boleh masak. So dari pagi sampai jam enam petang pulun kerja je, boleh balik cepat.

Sampai rumah lebih kurang 7.15 malam. Memandangkan tak ABC (Allah bagi cuti...hehehe), maka boleh terus masuk dapur. Dalam kepala dah awal-awal set nak masak sambal sotong. Lama jugak tak makan sotong, asyik ikan dan ayam je. Tukar seleralah malam ni 'kan.

Macam biasa, cili dan bawang semua aku dah kisar awal-awal. So, bila nak guna capai aje dalam peti ais. Kerja memasak jadi senang dan cepat, kalau semua benda yang disiapkan lebih awal. Biasa, bahan kisar yang aku buat boleh bertahan sampai 10 hari...insyaAllah tak masam, pucat atau busuk. Kadang-kadang, tak sempat 10 hari dah habis pakai.

Sambil tunggu sambal tumis kering airnya, tanak nasi. Bila sambal sotong siap, nasi pun dah masak. Alhamdulillah. Jam 8 malam dah boleh dinner. Iya, satu lauk je aku masak. Oh ye ada sebiji terung yang aku 'masak' atas nasi (time nasi tu kering airnya, aku letak terung kat atas...bila nasi masak, terung tu akan masak sekali...cantik je masaknya...senang kerja 'kan).

Syukur atas nikmat rezeki yang Allah berikan. Cukup makan, walau tak mewah mana. Tetap kenyang walaupun hanya satu lauk, paling penting tak membazir. Aku ni kadang, satu jenis lauk pun berhari-hari nak habis (sebab jenis tak reti nak bajet masak sikit-sikit, lagi satu hal...masak banyak sekali gus senang tak payah masak hari-hari).

#bananacake #sambalsotong

Tuesday, October 28, 2014

Memasak buat aku 'kenyang'...

Uolls ada tak mengalami sindrom macam tajuk aku yang kat atas nun? Iya, sindrom 'dah gigih memasak...terus kenyang...tak teringin nak pulun makan sangat. Lebih suka memasak daripada makan (tetapi geramnya aku tetap gemS!!!);. Pernah tak?

Lama dah dapat sindrom ni, selalunya aku abaikan je. Tiba-tiba hari ni nak terfikir dengan gigihnya, gara-gara si ketam bunga. Aku memang penggemar #seafood. Masak pedas-pedas, meratah depan tv (agaknya itu punca kegemukan aku kot?) 

Kesahnya, lepas siap memasak dan mencuci segala barang yang digunakan. Aku boleh pandang je sekuali ketam yang dah siap dimasak, tanpa nafsu nak makan. Hoy...geramnya. Lepas tiga jam, barulah aku masuk dapur semula, ambil 2 ketul ketam tu dan ratah sambil nonton tv. Hurmmm...aneh-aneh je 'kan.

Oklah, aku nak share gambar si ketam tiga beradik or mungkin tiga beranak neh (sebab aku beli 2 ekor ketam betina dan seekor ketam jantan, tapi tak sure apakah status depa bertiga... ekekeke)

Kalaulah dapat #ketamnipah utk masak #ketamgorengberapi ni memang awesome 'lah. But, mengalah je dgn #ketambunga. Boh segala jenis #chili , #ikutcarakita #citarasa tekak kita ekekeke , special from #dapurkecikgua 😋👍👌

Tadaaa...My #homemade #ketamgorengberapi special from #dapurkecikgua. #chilicrab #foodlover #malayfood #crab

Monday, October 27, 2014

Fenomena jeruk mangga asam boi...

Gambar hiasan.
Aku ingat #JerukManggaAsamBoi jadi rival kat fb je, rupanya kat Instagram pun  sama. Scroll, bersepah dok tayang jeruk ni dengan macam-macam versi. Padahal, resipi buat jeruk segera tu dah berzaman dan ramai pun buat cara sama, cuma baru sekarang orang dok pakat tayang sana sini. Hihihi...!

Aku, dari zaman dok menyewa lagi gigih buat jeruk ni. Aku belajar daripada seorang Auntie bangsa cina yang ada kedai jual jajan. Time tu, aku memang pelanggan setia kedai dia untuk beli stock jajan buat teman makan depan tv.

One day, aku skip beli jeruk mangga dan sengkuang yang dijual 'timbang' kat kedai dia. Dia tanya, kenapa tak beli hari tu. Biasa aku mesti beli setiap kali pergi. Aku cakap, aku batuk-batuk dekat seminggu tak baik. Perut pun rasa pedih je dan dia jugalah yang beritahu aku memang tak elok makan jeruk dalam botol yang dah diawetkan. Dia dan anak-anak pun tak pernah makan jeruk ready made tu, kalau nak makan depa buat sendiri.

Jeruk Zabit frm Thailand ni memang murah, tapi rasa asamnya tu menyengat sampai ke ulu hati
Hari tu jugak, aku dapat resipinya. Cukup mudah, sampai aku ingatkan Auntie tu membohong aku! Biasalahkan...orang meniaga ni jarang sangatlah 'baik hati' nak share benda yang boleh menjejaskan keuntungan dia.

Dia suruh aku try, kalau tak sedap dia akan belanja aku jajan berharga RM20. Wah...berbunga-bungalah hati aku, maklumlah time tu gaji bukan besar mana pun (lebih kurang 11 tahun lepas). Maka aku pun menyahut cabarannya sekali gus membayangkan aku bakal dapat RM20 untuk beli apa-apa jajan kesukaan aku pada minggu berikutnya. Ekekeke!

Selang 2 hari, baru aku ada masa nak buat jeruk guna resipi yang Auntie tu beri. Beli mempelam telur kat pasar malam je, time tu RM3 penuh plastik! Bahan-bahannya mudah, jadi tak remeh mana pun proses membuat jeruk ni. Cuma jenuh nak mengupas kulit mangga tu, sampai sebahagiannya aku biarkan je dengan kulit sekali (vitamin M tu bukan main gadang lagi dalam badan ekekeke)!

Lepas dibiarkan 2 malam (termasuk untuk proses meranggupkan mangga tu), dengan excitednya aku try jeruk mangga yang buat kali pertamanya buat sendiri. Allahu Akbar, sedapnya! Kebetulan, rasa masin, manis dan masamnya sekata...(biasalah, buat main campak-campak...dah buat baru 'ngeri' nak rasa hahaha'). Lebih sedap dan 'mari' daripada versi jeruk beli (yang kebiasaannya peniaga ambil daripada pemborong di Thailand).

Ni anak sedara aku try, dia datang melepak kat rumah sibuk nak makan jeruk mangga mcm yang rival dlm fb. Kalau aku yang buat, harus macam-macam bahan lain aku tambah, tapi tak apalah...dia nak cuba sendiri, biarkan.
Sejak hari tu, aku dah tak beli lagi jeruk ready made kat Auntie tu dan dengan rasa sangat gembirannya aku buatkan Auntie tu sebalang jeruk mangga. Bukan main lebar senyum dia, rupanya anak perempuan dia yang waktu tu berumur 12 tahun cukup suka makan jeruk mangga dengan aiskrim (yang ni pun aku dah try jugak, sedap gila...).

So, dah lama gila aku tak makan jeruk ready made...lantak la orang kata sedap macam nak mati pun, suka hati Uolls la. Aku nak makan sedap, pada masa sama tak nak tempah penyakit. Kesian badan aku ni!

Motif aku cerita pasal jeruk mangga dalam entry ni? Motifnya, nak suruh Uolls semua rajinkan diri buat sendiri, jangan gigih sangat nak makan-order, pastu komplain macam-macam (sebab aku jumpa byk complain dalam fb/insta kononnya bayar RM10-22 tapi hasilnya jeruk macam hampeh...termasuk jeruknya tak rangguplah...rupa tak cantik mcm gambar promosilah...mahal la...mcm-mcm lagi!).

Cuba-cubalah buat sendiri, resipinya mudah je (boleh sila Google ye adik-adik...kakak-kakak..makcik-makcik), ada pelbagai versi cuma ditambah itu ini nak kasi lagi umph...(yang tu pandai-pandailah Uolls beli jiwa, rajin bertanya dan cuba. Jangan jumpa 1 resipi...malas nak buat 'RND' tapi nak sedap. Letih ar gitu!). Aku sendiri pun jenuh menggodek dan try tambah itu ini baru dapat ikut cita rasa tekak aku. Ingat tau, kena rajin...kalau malas, order je. Ekekeke...!

Saturday, August 30, 2014

Chicken Fritters gebu-gebas...

Sekarang ni, asal teringin nak mkn je terus teringat kat #resipimudah yg 'anak' aku share. Act dah lama dia share, tapi sebab tak pernah try rasa...so taklah rasa semangat nak membuatnya. Betullah, tak kenal maka tak cinta. Dah cinta, payah nak lupa hehehehe!

Namanya #ChickenFritters , kalau uolls tanya Mr. Google or Mrs. Yahoo sure ada mcm2 versi. Ikut cita rasa kita nak mcm mana, kalau rajin buat la versi yg grand sikit. Kalau malas mcm aku, boleh la cuba versi #resipiringkas ni. Memang ringkas sgt2, tak sampai 10 minit dah siap semua...tak percaya boleh try buat eh...makan panas2 memang layan der!


Resipi Chicken Fritters Gebu-Gebas
Bahan:
Isi ayam (saya guna bahagian dada, potong memanjang besar jari telunjuk)
Serbuk paprika, secukupnya (uolls bole je tambah apa2 jenis bahan perasa, ikut suka)
1 mangkuk tepung naik sendiri
1 biji telur
Sedikit garam halus
Susu segar, secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1.  Gaul isi ayam dengan serbuk paprika, ketepikan.
2. Di dalam mangkuk, campur tepung naik sendiri, telur, garam halus dan susu segar. Gaul rata sehingga adunan sebati.
3. Masukkan isi ayam dan gaul dengan adunan tepung sehingga bersalut sepenuhnya.
4. Goreng isi ayam menggunakan kaedah deep frying ye dan pastikan minyak betul-betul panas. (Kalau tak panas, tak menjadi chicken fritters nanti.)


* Resipi inspired by Danish Harraz (Instagram/Danish.Harraz)

Wednesday, August 27, 2014

Oh hoy... Mini Tortilla Pizza's

Cerita pasal makan lagi. Hari ni agak sibuk, tak byk masa untuk aku menaip di sini. Kali ni, memadailah kot kalau aku just share resipi untuk tea break. Macam biasa, pilihan aku tentunya #resipimudah. Resipi ni inspired by Danish Harraz, next time if ada masa saya share cerita pasal dia di sini ok.

Simpel gila resipi ni, tapi hasilnya sangat sedap...apa lagi makan time panas2. Sedar2, habis sepinggan. Aku kurang gemar dengan keju dan baunya, tetapi hairan yg ni boleh pulak makan dengan rakusnya hahaha. Dah...jom layan resipi...janji buat tau. Dah nanti try buat nanti komen kat aku hahahaha...

Resipi Mini Tortilla Pizza's
Bahan:
3 keping tortilla wrap saiz besar, dipotong bulat (aku potong ikut saiz bekas muffin)
Sos pizza/ sos tomato, secukupnya
1 biji tomato, dipotong dadu
1 mangkuk keju parut
Beberapa keping pepperoni, dipotong2 (aku pakai sosej sebab tak ada stock pepperoni)

Cara membuatnya:
1. Panaskan ketuhar 10 minit pada suhu 160 darjah.
2. Masukkan kepingan tortilla yang dipotong tadi di dalam bekas muffin atau apa-apa bekas bulat.
3. Sapukan sos pizza/ sos tomato pada tortilla.
4. Bubuh tomato yang dipotong dadu dan tabur keju parut.
5. Akhir sekali, susun kepingan pepperoni/sosej di atas keju tadi. Kemudian bakar 15 minit. Siap!

Sunday, August 24, 2014

Patty burger homemade

My homemade Patty Burger with slice cheese
Apa akan jadi apabila kita tak puas hati dengan makanan yang dibeli? Buang? Maki si penjual? Serik nak beli lagi? Jujur cakap, aku ni kalau marah boleh meletup tahap nak perang...hehehe, tapi selalu je cuba tahan nafsu amarah tu dengan mendiamkan diri.

Solusinya, aku usahakan buat sendiri apa-apa jua makanan yang teringin nak makan tapi 'ngerun' (ngeri + gerun hehehe) nak beli versi ready made. Iya, homemade. Itu solusi terbaik supaya tak panas hati. Memang banyak hal sikit bila buat sendiri ni, tapi tak apa daripada jahat mulut mengutuk hasil kerja orang lain...makan pun tak dapat berkat.

Misalnya patty burger ni, pernah jugak beberapa kali beli ready made punya. Sayang, tak kena selera. Act, aku bukanlah jenis cerewet maha diva. Cuma, kalau tak kena tahap pedas, masin, manis, pekat, cair dan yang sewaktu dengannya tu memang akan mengundang rasa nak meroyan hahahaha. Padahal, pegi makan di kedai2 yang kengkawan kata maha sedap...delicious bagai. Dapat kat tekak aku, hampeh! Macam mana?

Bukan nak puji hasil air tangan sendiri, tapi aku percaya siapa pun akan lebih puas hati kalau dapat DIY 'kan. So, hasil pertanyaan kat Mr. Google...dapat juga #resipimudah #resipiringkas untuk patty burger versi aku. Macam biasa, versi campak2 segala rempah, sos dan bahan perasa yang ada. Memang remeh sikit, tapi puas hati makan. Bermodalkan tak sampai RM20, dapat makan berkali-kali....happy me ^_^

Cuma pesanan aku, apabila ada usaha nak buat DIY kena sabar, rajin dan jangan putus asa. Kalau nak senang, memang beli aje yang siap...tapi kalau berhajat nak try masak sendiri, itulah petuanya. Sekali dua buat mungkin tak menjadi, so jangan putus asa dan meroyan kat dapur...not good ok!

Memasak ni kena rajin dan sabar. Orang pandai memasak kalau tak sabar, ke laut jugak hasilnya. Aku sendiri tak pandai memasak, cuma rajin mencuba dan nak memasak. Aku suka, sebab memasak antara terapi paling mujarab bila dilanda kegalauan emosi. Mudah 'kan!

Siapa nak try DIY patty burger  silakan, kat bawah aku share resipinya. Uolls boleh olah ikut cita rasa. Nak tambah, nak kurangkan tak ada masalah. Nanti dah buat sila share kat aku ye...^_^

Resipi homemade Patty Burger
Bahan:
1 bungkus daging cencang
1 biji bawang besar, dicencang
Sedikit serbuk paprika
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam, dikisar
Sedikit minyak zaitun
1 biji telur
Beberapa keping cheese
Sedikit mentega untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1. Di dalam mangkuk, campur daging cencang, bawang, serbuk paprika, lada sulah, lada hitam, telur dan minyak zaitun. Gaul sehingga sebati dan menjadi doh. Perapkan seketika.
2. Ambil segenggam doh patty dan kepal-kepalkan sehingga padat. Bulatkan doh dan leperkan sedikit supaya mudah ketika digoreng (jangan terlalu besar nanti lambat masak isi dalamnya)
3. Cairkan sedikit mentega dan goreng patty burger sehingga masak (kalau guna kuali ajaib tu, senang kerja).
4. Ketika patty burger masih panas, letakkan kepingan cheese. Hidangkan patty burger bersama sos pilihan.


Friday, August 8, 2014

Laksa Penang oh Laksa Penang...

Aku ada 1 masalah besar. Iya, bila aku teringin nak mkn sesuatu payah nak bawak bersabar. Dan2 tu jugak nak cari, nak masak...kalau tak ada, tak lena tido! Serius 'kan masalah aku? Sama mcm ke teringin nak makan laksa. Nak mkn pulak versi homemade, tak nak beli kedai!

Adoi, musim2 raya cenggini memang payah nak cari bahan masak laksa, terutama bunga kantan. Act, dah tahu sejak bertahun, tiap kali raya sure bunga kantan akan 'pupus' secara drastik dan malangnya, selera aku tak belajar dari sejarah. Time2 darurat cenggini tekak sibuk nak makan laksa homemade!

Dua tiga hari saya ulang-alik pasar cari  bunga kantan...memang nan ado! Subuh hari ke pasar tani pun, jangan kata kuntum...batang bunga kantan pun tak nampak bayangnya. Bak kata si penjual, "kalau ada pun nasib2 la dik!"

Hadoilah...ikan dah dibeli, daun kesom dah dipetik (aku tanam sendiri dlm pasu tau...saja nak bagi tahu, sebab nak berlagak wahahaha). Mlm kelmarin saya gigihkan jugak buat kuahnya, konon2 masak dulu sebab syg ikan beli segar2 x nak simpan dlm peti ais lama2. Kononnya lagi, aku tengah buat kuah laksa versi 'postpone'. Esoknya nak teruskan misi mencari si bunga kantan lagi, tapi nengokkan kuahnya,hidu romanya...perghhh tak tahan.


Tak tipu, memang aku pulun kuah laksa ni dengan nasi...hehehe

Makan laksa dengan nasi? Ajegile...kuah laksa mkn dengan nasi! Itu ler yg aku buat! Hahaha...rare 'kan 'kan 'kan!

Lepas dua hari mereneh kuah laksa dan makan kuahnya tanpa laksa tapi nasi...akhirnya habis jua. Tak dan jumpa bunga kantannya. Tiga hari kemudiannya, waktu pergi pasar raya (tanpa niat nak mencari bunga kantan pun)...eh...ada pulak selonggok bunga kantan segar bugar! Apa lagi, aku rembat sampai 3 kuntum. Puas hati, harga pun tak semahal yg kawan2 beli (ada yg sanggup beli 2 kuntum RM15...giler! Macam ni, tokey bunga kantan boleh buat haji hari-hari)
Bunga kantan yg akan pupus secara misteri pada musim perayaan...hehehe
Dengan adanya bunga kantan, maka, hilanglah sudah kempunan aku nak makan laksa. Perghhh...rasa nikmat sungguh tiap kali menyuap laksa ke dalam mulut. hehehehe... Nah, kat bawah tu aku share dengan uolls resipi laksa cara aku...ingat ni versi #resipimudah & #resipiringkas... kalau tak sama dengan kebanyakan resipi yg uolls jumpa, harap maklum ye ^_^

Resipi Laksa Penang 
Bahan:
1 bungku laksa beras, direbus sehingga empuk, tuskan airnya
1 kg ikan sardin segar (atau ada org panggil ikan selayang)
2-3 ekor ikan kembung
20 tangkai cili kering, dikisar
6 biji bawang merah, dikisar
3-4 keping asam kandis (uolls boleh pakai je asam keping)
Garam dan gula secukup rasa
Bunga kantan secukupnya, dibelah 4 (aku potong bulat2)
Daun kesum secukupnya

Pelengkap:
Timun, dihiris
Telur rebus, dibelah dua
Cili padi, dihiris
Daun salad
Limau nipis/kasturi, dibelah dua

Cara membuatnya:
1. Rebus ikan sehingga masak dan asingkan isi ikan daripada tulangnya. Carik-carikkan isi ikan (part ni aku tak tumbuk sebab nak rasa ketulan isi ikan tu, so uolls boleh je tumbuk/kisar...ikut suka).
2. Di dalam periuk, campur air rebusan ikan, cili kisar, bawang merah, asam kandis, bunga kantan dan air secukupnya. Rebus sehingga mendidih.
3. Masukkan isi ikan dan kacau rata. Masak sehingga mendidih.
4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa serta daun kesum. Kacau rata dan tutup api.

* aku memang tak masukkan belacan ye, bukan sebab tak suka...tapi hidung gatal kalau mkn belacan. Macam mana nak menghirup kuah laksa nanti kalau asyik menggaru aje 'kan 'kan 'kan.
 



Friday, August 1, 2014

Ceritera Syawal...

Alhamdulillah. Selesai sebulan Ramadhan, dengan mcm2 pengalaman yg pastinya menjadi ingatan sampai bila-bila. Syawal tahun ni agak lari daripada kebiasaan, aku dapat bercuti lebih awal dan memberi waktu untuk diri menyempurnakan ibadah dengan lebih baik. InsyaAllah.

Tahun ni juga, semua kuih raya dan kek hasil buatan sendiri. Sebalang pun tak ada versi 'tunjuk2', puas hati walaupun penat, migraine dan nyaris semput (...biasalah faktor usia hehehe). Kuih raya bikinan sendiri pun taklah hebat mana, biasa2 saja dan yg penting sesuai cita rasa. Double Chocolate Chip Cookies, Semperit Susu, Biskut Cornflakes, Popia Nestum, Butter Cake, Red Velvet Cake dan Chocolate Cup Cakes semua buat sendiri tau, Uolls!


Ini biskut fav sepanjang tahun...
Bunga semperit tak berapa nak menjadi...lain kali jgn membaking time malas hehehe

Butter Cake yg simple tp habis paling awal.
Iya, aku buat yang simple2 je memandangkan buat sorang. Alhamdulillah, cukup2 utk dikongsi bersama Ma dan adik-adik juga diri sendiri. Itu kepuasan yang tak dpt diluahkan dengan kata-kata. Kepada yg biasa buat, sure faham 'kan.

Seronok beraya? Apabila semakin dewasa, erti dan pengisian Aidilfitri tentunya berbeza. Kalau bercakap soal seronok, jujur kata aku masih ternanti2 saat dapat berkumpul sepenuhnya dengan semua adik-beradik mcm masa kecil2 dulu. Walaupun persiapan raya tak seberapa, juadah tak penuh meja tetap seronok sebab semua ada bersama. Hurmmm...Semoga Allah perkenankan doa-doa aku suatu hari nanti. Aamiin.

Raya tahun ni mcm mana? Biasa je, yg agak luar biasa bila aku tak dpt solat sunat Aidilfitri gara2 flat dek serangan sakit kepala. Tak tahu apa puncanya, tapi sy syak sebab 'gas' durian kampung (walaupun hanya makan sebiji kecil je...byk kali aku pikir...serius...mcm tak logik, sebab kecil sgt buah duriannya).

Tiga hari sy melelong dek sakit kepala luar biasa, pergi klinik pun hanya diberi ubat tahan sakit yg biasa aku ambil. Tak jalan jugak, letak minyak angin lagilah...jadi aku byk baring je, malam raya aku gigih 'kan jugak buat persiapan apa yang patut terutama buat rendang dan nasi impit (apa kata dunia tima raya tak ada rendang-ketupat/nasi impit??? Dah la lemang tak mampu nak buat sendiri...). Syukur, menjadi jugak nasi impit, rendang ayam, bihun sup dan lain2.

Hah...kecik je buah durian kg ni tp gasnya perghhh...
Isi durian kg...tetapi bukan byk ni yer aku mkn, sebiji durian yg aku  mkn tu tak sampai 5 ulas pun...
Aku  memang suka panjat pokok, apa lagi kalau pokok tu berbuah hehehe

 

...dan gara2 syak punca sakit kepala tu sebab 'gas' daripada durian kampung,  aku ngeri nak mkn durian sepanjang raya (...sedih ooo...dahlah musim buah durian, dapat bayangkan tak kesedihan aku tu). Kalau ikut hati memang nak balun je, tapi aku takut kalau sakit nanti menyusahkan orang (kesian org nak beraya). So, sebaiknya jangan cari pasal...tahanlah nafsu nak balun durian byk2 tu. Sebagai gantinya, aku pulun manggis, rambutan, rambai yg berbuah lebat keliling rumah.

Hurmmm...itulah cerita raya aku tahun ni. Taklah istimewa dan menarik mana pun. Apa2 pun syukur atas nyawa kurniaan Ilahi. Masih terus bernafas dan dpt bersama umat Islam seluruh dunia menyambut Syawal yg mulia.

Oh, bersempena Syawal nan mulia ni, aku nak mengambil kesempatan ni memohon kemaafan zahir dan batin sepanjang perkenalan kita di ruangan ni. Semoga Aidilfitri merapatkan semula silaturahim antara kita. Aamiin.


Thursday, July 24, 2014

Cerita si buah melaka...



Kejadian tadi, di kedai runcit:

Aku: Dik nak kelapa parut sebiji, nak isi putih aje ye. Jgn sampai kena tempurungnya. Akak nak buat kuih Buah Melaka (...muka ada senyum manis).

Adik jual kelapa: Ala kak, bila dah jadi kuih mana nampak putih ke hitam. Dah dilapis2 tak nampaklah. (Muka ada poyoS)!

Aku: Apa yg lapis2?

Adik jual kelapa: Kuih akak nak buat tu ler, bila dah kena lapis mana nampak pun kelapa tu putih ke hitam. (Muka still poyoS + bibir dicebik, sumpah x hensem!)

Aku: Bila kala pulak buah melaka tu orang buat berlapis2? Yang dilapis2 tu namanya kuih lapis, bukan buah melaka!

Budak jual kelapa: (Sambil garu2 kepala, tinggal phone terus ke bakul kelapanya. Muka senyum simpul ala2 kena ngorat.)

* Kamu pernah mkn buah melaka ke tak, dik oiii!

Buah melaka yg dibuat dgn tangan sendiri, nikmatnya lain macam. Tak percaya, cuba buat!

Dok rumah bertingkek2 bukan alasan x boleh bercucuk tanam ye hehehe


 Nah, resipi Kuih Buah Melaka:-

Bahan2:
Tepung pulut secukupnya (* anggaran bahan uolls sukat sendiri la ye, sebab aku pun main terjun je)
Sedikit air kapur (kapur yg mkn dgn sirih tu) 
Air perahan daun pandan secukupnya
Sedikit garam halus
Inti gula melaka secukupnya
Kelapa muda parut secukupnya (kalau suka, boleh gaul dgn sedikit garam halus)
Air rebusan secukupnya

Cara membuatnya:
1. Bancuh tepung pulut bersama air kapur dan air perahan daun pandan. Uli sehingga tak melekat pada jari.
2. Bulat2 'kan adunan sebelar guli (ikutlah besar mana yg uolls nak...), pecit bahagian tengah, masukkan inti gula melaka. Bulatkan semula.
3. Rebus buah melaka sehingga masak (apabila buah melaka dah timbul, maknanya dah masak...boleh angkat, letak dlm pinggan berisi kepala muda parut. 

*p/s: Ada jugak org buat mcm ni, kukus sekejap kelapa parut dan garam halus dgn beberapa helai daun pandan, baru gaul dengan buah melaka. Macam2 versi, boleh buat ikut suka...aku buat cara mudah sebab aku nk makan tapi malas nak meremeh-temeh hehehe ^_^

Tuesday, July 1, 2014

Apabila keyboard 'kerjung'...

Huishhh...penuh sawang kat 'belog' aku neh! Perghhh...lama gila tak tempek cerita di sini. Sibuk? Hemmm...Tak jugak, lebih pada malas dan tak ada mood nak bercerita...akhirnya, keyboard pun kerjunglah!

Ok...Aku dah datang blk neh, ada siapa2 rindu aku tak? (ok, sila muntah hijau jauh2 sikit ye, bahahaha). Uollz semua apa khabar? Puasa2 ni sure'lah sibuk 'kan. Puan2 tu tentunya bersilat kungfu bagai kat dapur, yang Encik2 tu pulak balik kerja kumpul tenaga nak p tarawih lepas tu berjaga tgk bola..kan ...kan? (Ke bola tgk dia? Hehehe).

Aku? Macam biasa, atas meja makan 'penuh' dgn lauk2 bujang ajelah. Paling penting, sambal yg kepedasannya tahap dewa mesti ada...tak kisahlah...sambal sotong ke, udang ke...ikan bilis or telur pun jadilah. Janji pedas!

Pasar Ramadhan memang jarang sgt2 singgah beli lauk/kuih or air. Bukan apa, tak nak sakitkan hati sendiri. Kang dapat makanan yg tak menepati selera tak, emo pulak 'kan! So, jalan selamat masak sendiri. Biarlah simple, janji puas hati. Paling penting, bersih dan dimasak penuh kasih sayang!

Setiap kali Ramadhan, mcm tu'lah cara aku. Sesimple yang mungkin, selain dpt jimat duit, tenaga dan menjaga perasaan. Masing2 punya caralah 'kan, ikut kemampuan dan keselesaan diri kita. Bahagia dan gembira berbuka juga bersahur bersama orang2 tersayang, tentunya memberi keseronokan lebih bermakna. Apa-apa pun, jaga2 jgn sampai membazir ye!

Bulan puasa ni, waktu paling seronok bagi aku tentunya time bersahur. Walaupun cuma makan roti atau kurma dengan milo panas, tetapi perasaan itu sgt indah. Arghhh...susah aku nak jelaskan dgn kata-kata.

Emmm...sebenarnya, byk benda aku nak cerita kat Ullos semua tetapi simpan dululah ye. Ni, aku nak share satu resipi mudah. Ni menu ulang tayang dan resipinya berubah ikut kerajinan (insyaAllah sedap, jangan risau), biasanya dua minggu sekali aku akan masak kari kambing ni. Kalau sambal gesek tu hampir setiap hari. Senang sgt membuatnya. So... Kot2 'lah, ada yang sudi nak cuba untuk hidangan waktu berbuka atau bersahur. Silalah ye...

Gulai Kari Kambing vs Gesek Bilis

Gulai Kari Kambing Cheq Mai


Bahan:
1/2 kilo daging kambing, (kalau boleh ambil bahagian yang bertulang...manis sikit rasanya nanti)
Minyak untuk menumis
1 labu bawang besar, dimayang
3 biji bawang merah, dimayang
3 ulas bawang putih, dimayang
1 cm halia, dimayang
4 camca besar rempah kari daging
3 camca besar cili kisar
Rempah empat sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis & buah pelaga)
2 tangkai daun kari
Air asam jawa, secukupnya
Air secukupnya

Sedikit kacang panjang, dipotong-potong
Sedikit lobak merah, dipotong memanjang
4 camca besar pati santan 

Cara membuatnya:
1.  Tumis bahan yang dimayang bersama rempah sekawan sehingga garing dan naik baunya.
2. Masukkan cili kisar, rempah kari dan daun kari, tumis sehingga pecah minyak.
3. Bubuh daging kambing, kacau rata. Tutup periuk dan masak sehingga daging empuk
4. Masukkan air asam jawa, kacang panjang, lobak merah dan sedikit air, kacau rata. Masak sehingga pecah minyak sekali lagi.
5. Akhir sekali, bubuh pati santan, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih seketika dan matikan api.

Sambal Gesek Bilis Pedas Berdegung


Bahan:
Segenggam ikan bilis, digoreng garing
15 biji cili padi
Sedikit gula
Sedikit air perahan lemon/limau nipis

Cara membuatnya: 
1. Tumbuk ikan bilis bersama cili padi sehingga lumat (versi aku, tak suka lumat sgt hehehe).
2. Masukkan sedikit gula dan perahan lemon. Gaul rata.
3. Hidangkan sambal gesek bilis ni dengan Gulai Kari Kambing (perghhh...memang terangkat  *_*)


* Ok...jumpa lagi dilain 'kerajinan' yunk...hehehe


Saturday, November 2, 2013

Kari Kambing Perawan Manis...

Hari ni mood rajin nak memasak, lagipun rasa macam dah lama sangat tak main-masak. Mulanya plan nak masak sambal tumis udang, tapi kualiti udang kat pasaraya kurang menarik. Puas tawaf, last sekali ubah fikiran masak Kari Kambing.

Masalahnya, mana nak cari daging kambing yang ada tulang? Kat pasaraya tak ada, kalau ada pun di Chow Kit. Sayangnya, malas nak drive sampai ke sana. Maka, aku buat kerja 'seorang pemalas'. Aku rembat kepingan daging kambing yang kebiasaannya kita masak steak tu. Sebabnya, nampak fizikal dagingnya bertulang dan menarik. So, apa lagi rembat la. Harganya dalam RM19.60 (...iya daging kambing memang mahal sikit, apa lagi jenis yang khas untuk masak steak 'kan).

Sampai rumah terus, bersilat dengan gagahnya di dapur (yang tak berapa nak luas tu, bolehlah syukur ada dapur, orang lain terpaksa masak dalam bilik...situ tidur...situlah masak). Resipi Kari Kambing aku mudah je, macam biasalah 'kan aku mana minat masak yang payah-payah ni...leceh der. Dah...jom ulang kaji resipi kat bawah ni...hahahaha... cuba tau jangan tak cuba, sedap!!!

Daging kambing sedang digaul sebati dengan rempah kari.

Resipi Kari Kambing Perawan Manis (ahakkks *_*)
Bahan:
1/2 kg daging kambing (bertulang sedap, manis rasanya)
Minyak untuk menumis
5-7 biji bawang merah, dimayang
3-4 ulas bawang putih, dimayang
Sedikit halia, dimayang
Rempah 4 beradik (bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis & buah pala)
1 paket kecil rempah kari babas
3-5 camca besar cili giling
2 tangkai daun kari
1 helai daun pandan, dicarik dan disimpul
Ubi kentang secukupnya
Air asam jawa secukupnya
3-5 camca besar pati santan

Cara membuatnya:
1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah empat beradik hingga garing.
2. Masukkan rempah kari, kacau rata. Kemudian masukkan cili giling, daun kari dan daun pandan. Tumis hingga pecah minyak (tutup periuk ye).
3. Bubuh daging kambing, gaul rata dan masak hingga empuk.
4. Masukkan ubi kentang, gaul sebati dan masak lagi hingga ubi empuk.
5. Masukkan air asam jawa, pati santan dan air secukupnya. Didihkan hingga kuah sedikit kering. Siap.

Kebiasaannya, orang bancuh rempah kari dengan air untuk dijadikan pes. Tapi, saya kurang gemar, lebih suka tumis kering bersama bawang dan bahan lain. Rasanya berbeza, cuba la.

Ubi kentang ni berfungsi untuk memekatkan kuah, jadi tak letak santan pun kuah tak cair. Makan pun tak muak sebab tak rasa begitu berlemak.

Sunday, October 13, 2013

Gulai Kerutuk Daging Kambing yoooo...


Sebelum ni aku tak pernah cuba sekalipun masak gulai Kerutuk. Jangan kata masak, rasanya pun aku tak tahu macam mana. Hingga suatu hari aku tumpang menginap di rumah seorang teman di Kota Bharu (ketika itu menghadiri majlis perkahwinan kawan) awal tahun 2013.

Kebetulan aku datang hari raya keempat, jadi mood raya masih meriah. Emak kawan aku yang membahasakan dirinya Mak Ngah cukup rajin memasak. Macam-macam makanan dihidangkan, sampai ketat perut dibuatnya.

“Makanlah Anis, lauk kampung macam ni ‘lah. Ni Gulai Itik Serati, gulai kerutuk. Pernah makan?” tanya Mak Ngah dengan loghat Kelantan yang agak pekat, nasib baik ada tukang ‘alih bahasa’ hehehe.

Aku senyum dan geleng kepala, Ma (mak saya) walaupun berasal dari Pantai Timur tak pernah masak gulai Kerutuk. Dari kecil sampai dah besar, Ma biasanya hidangkan Gulai Lemak Kuning, Kari Ayam, Sambal Tumis Ayam, Kurma Ayam, atau Ikan Bakar. Gulai Kerutuk memang tak ada dalam list menu keluarga kami. So, memang aku tak pernah rasa la kan.

“Sedap gulai kerutuk ni, rugi tak rasa. Kalau ada daging kambing kat pasar esok, kita buat gulai kerutuk kambing pulak. Anis boleh belajar, balik KL boleh try masak. Rempah kerutuk boleh beli atas pasar (Pasar Siti Khatijah),” ramah Mak Ngah bercerita, membuat aku tidak kekok.

Serius, memang sedap gulai kerutuk itik serati yang Mak Ngah masak. Rasanya lain macam, tak sama macam kari. Paling penting, tak manis macam kebanyakan masakan Kelantan yang lain (saya tak reti makan gulai atau sambal manis, atau ap-apa saja makanan yang manis kecuali kuih, buah atau air hehehe).

…seperti yang dijanjikan, esok harinya Mak Ngah tunjukkan saya cara memasak Gulai Kerutuk Daging Kambing. Oh, rupa-rupanya mudah aje cara membuatnya. Paling penting kata Mak Ngah, rempahnya asli dan kerisik mesti ditumbuk dengan lesung batu (ayooo…dah lama tak guna lesung batu). Kalau blender hilang rasa sedapnya.

So hari ni, aku rajin nak ‘recall’ semula cara memasak Gulai Kerutuk Daging Kambing ni. Sayangnya, daging kambing di KL kebanyakannya jenis sejuk beku. So mungkin rasa segarnya tak sama seperti di kampung, tapi apa nak buat bedal sajalah ‘kan. Kalau Uolls nak cuba, boleh tengok resipi di bawah. Atau Uolls ada cara lain, boleh share dengan aku…terima kasih.

Langkah demi langkah, ada yang terskip...boleh tengok di bahagian cara membuat ye.
Nak kasi sedap, kena guna cara lama
 
Resipi Kerutuk Daging Kambing
Daging kambing secukupnya (lagi sedap kalau ada tulang sikit), dibasuh dengan sedikit gandum dan perahan lemon untuk hilangkan bau hamis
Minyak secukupnya
Rempah kerutuk, bancuh dengan sedikit air menjadi pes
Bawang merah, dimayang
Serai, dititik
Gula Melaka
Garam dan gula
Santan secukupnya
Kerisik

Bahan kisar:
Bawang putih,
Halia
Lengkuas
Cili kering

Cara membuatnya:
1, Tumis bawang merah sehingga perang keperangan.
2. Masukkan bahan kisar dan masak sehingga garing.
3. Bubuh pes rempah kerutuk dan serai. Masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging kambing dan gaul rata.  Masak sehingga daging empuk sebelum masukkan santan pekat. 
5. Bubuh garam, gula, gula melaka dan kerisik.  Masak lagi agar kuah menjadi sedikit pekat.

Sunday, October 6, 2013

Asam Pedas Tumis Ikan Sembilang...

Ikan duri
Seumur hidup aku, tak pernah sekali pun jamah ikan sembilang apatah lagi memasaknya. Serius? Yup...aku serius ni. Kalau ikan keli, haruan, talapia, sepat atau jenahak, memang sudah biasa. Kenapa tidak ikan sembilang? Sebab, aku tak kenal macam mana rupa ikan sembilang! Iya, memang tak tahu!

Hari ni pagi-pagi saya sudah bangun merayap ke pasar tani Taman Melawati (hampir saban minggu aku ke sini hehehe). Niat aku nak cari ikan duri selepas melihat seorang teman post gambar 'Asam Pedas Ikan Duri' (di dalam Instagram) yang dimakan di Melaka. Nampak sangat menyelerakan, hingga terkenang-kenang dibuatnya. Sayangnya...Aduh, tak ada daya aku nak makan asam pedas ikan duri sampai ke Melaka.

Tiba di pasar tani, aku singgah dari satu gerai ke satu gerai yang menjual ikan. Malangnya, ikan duri yang dicari tak nampak bayang (oh ye aku kenal sikit-sikit rupa ikan duri hasil Google -an di Internet). Huish...hangin satu badan apabila benda yang dicari tak ada (hamboi mcm orang mengidap pulak...mcm je...).

Tak puas hati, aku buat pusingan kedua. Memang tak ada, hingga ke gerai terakhir aku nampak selonggok ikan. Ada misai dan bentuknya akan-akan ikan duri tapi bersaiz kecil. Aku belek dengan tekun, tapi masih waswas. Lalu aku tanya si penjual ikan yang kebetulan memandang aku yang dalam mood keliru.

Aku: Dik, ni ikan apa ye?
Si penjual ikan: Ikan sembilang, kak.
Aku: Ikan sembilang...
Si penjual: Iya, ikan sembilang. Saya kira murah-murah je ni, kak. RM9 sekilo.
Aku: Ikan ni boleh masak apa?
Si penjual ikan: Errr...
(Seorang makcik mencelah perbualan kami)...:
Makcik: Boleh bakar, masak lemak...masak asam pedas pun boleh tu.
Aku: Asam pedas? Sedap ke, Cik (Makcik)?
Makcik: Sedap jugak, isinya pejal dan tak berlemak sangat...lebih sedap kalau masak Asam Pedas Tumis, bukan direbus.

Ikan sembilang
Selepas 10 minit (gila lama hahahaha) membelek ikan sembilang tu, aku buat keputusan beli. Aku pilih empat ekor ikan sembilang bersaiz sederhana, kemudian aku beli dua ikat daun kesum. Hajat dihati nak campur dengan batang keladi, tapi serik sekejap sebab minggu lepas terbeli keladi yang gatal. Geram betul, periuk gulai kuning keladi dengan udang terjun di dalam tong sampah!

Lepas beli stock telur untuk tempahan kek dan sehelai anak tudung, aku terus bergegas balik. Tak sabar nak mengerjakan ikan sembilang buat kali pertama. Sampai di rumah, baru perasan ikan sembilang masih ada nyawa lagi...tapi kurang aktif so boleh dipegang untuk dibersihkan.

Memandangkan ikannya tak berapa besar, aku cuma kerat pada dua bahagian. Takut kalau kerat kecil-kecil nanti hancur pulak isinya. Siap bersihkan ikan, aku blend rencah untuk masak Asam Pedas. Rencahnya simple je, check resipi di bawah ye.

Resipi Asam Pedas Tumis Ikan Sembilang
Bahan:
4 ekor ikan sembilang, kerat 2
Air secukupnya
Air asam jawa, secukupnya
Gula dan garam secukup rasa
Daun kesum secukupnya
Minyak secukupnya

Bahan kisar:
15-20 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Sedikit kunyit hidup
4-5 biji lada hitam/ cili padi

Cara membuatnya:
 1. Tumis bahan kisar hingga garing (aku letak sikit daun kesum waktu menumis ni, hehehe aje tak letak pun boleh).
2. Masukkan air asam jawa, masak hingga mendidih.
3. Bubuh air dan biarkan mendidih, kemudian masukkan ikan dan bahan perasa secukupnya.
4. Masukkan daun kesum dan biarkan mendidih sehingga ikan masak sepenuhnya.

Senangkan! Cukup senang dan sedap Uolls (aku makan dengan nasi lembik yang baru masak, perghhh rasa macam makan nasi air pulak). Err...tapi masakan macam ni tak sesuai makan hari-hari. Pertama; selera makan bertambah-tambah. Kedua, pedas dan ketiga nanti gian nak makan selalu hahahaha...jahanam diet (sebab tu aku selalu buat acara 'makan besar' hujung minggu saja, hari lain makan kecil-kecilan hehehe). Kepada yang teringin, terliur sila la cuba ye. Memang meletup-letup dalam perut hahahaha.


Friday, September 13, 2013

Resipi 'Ayam Bakar Separuh Masak'...

Gambar hiasan aje, sumber Google
Lokasi: D'Mamak Corner
Masa: 11 malam
Siapa: Tiga orang teruna kebuluran berhajat nak makan macam-macam. Sambil tunggu makanan yang diorder budak-budak ni pun bersembang itu ini.

Mail: Keng...Kata lapar, kenapa order telur rebus masak separuh?

Keng: Itu makanan 'pembukaan', belum menu utama.

Semek Dol: Perghhh...betul-betul lapar nih.

Keng: Kalau ada ayam bakar 'kan best.

Semek Dol: Banyak je tempat jual ayam bakar, sini pun ada...ayam tandori.

Mail: Tandori tak power, kau pernah try 'Ayam Bakar Separuh Masak'?

Keng: Huish...tak pernah dengar tu. Kat mana kau try?

Mail: Ala senang je, buat sendiri pun boleh. Nak resipi?

Semek Dol: Eh boleh sangat, nanti boleh suruh Mak aku buat.

Mail: No problem, hah apa lagi taip kat iphone korang...aku sebut bahan dan cara buat.

Semek Dol dan Keng keluarkan iphone masing-masing. Dengan penuh teruja, mereka tunggu resipi daripada Mail. Manakala Mail dengan wajah ceria menyebut satu persatu bahan yang diperlukan untuk masak 'Ayam Bakar Separuh Masak'.

Resipi Ayam Bakar Separuh Masak:
Bahan:
Ayam Hidup
Unggun Api
Minyak Tanah
Lighter
Orang Ramai

Cara membuatnya:
1. Caranya ambik ayam hidup letak kat api, kemudian lepaskan laju-lagu.
2. Cuba try test, tengok korang pasti berjaya ikut resepi ini.

Semek Dol: Kau ni biar betul Mail, lain macam je. Kau kenakan kami eh?

Mail: Mana ada, tak caya nih tengok gambar ni (Mail terus menunjukkan gambar 'Ayam Bakar Separuh Masak' di dalam iphonenya kepada Semek Dol Dan Keng)

Inilah hasil 'resipi' Ayam Bakar Separuh Masak...

Keng: Zalim gila babi la derang ni, syaitan! Kat mana ni? Aku nak buat report!

Mail: Entah kat negara mana aku pun tak tau.. dah lama aku tak makan ayam gara-gara tengok gambar ni.

Semek Dol: Kau pun sama zalim, sekarang aku pulak yang tak selera nak makan ayam!!!